Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

3.2.10

Zalim Korbankan Nasib Anak Yatim, Miskin

Posted on Tuesday, February 02 @ 18:14:21 MYT
Topic: Berita / Isu Semasa


Oleh Kazman Kamal

Sepang -- Pemuda UMNO Selangor menyifatkan tindakan Kerajaan Negeri menolak usaha Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menyelamatkan tanahnya seluas 526 hektar di Serendah, Rawang sebagai perbuatan yang menzalimi rakyat, khususnya anak yatim dan keluarga miskin.

Janji pakatan wujudkan negeri berkebajikan kini jadi berpakat-pakat menindas dan menzalimi rakyat. Ini bukan pakatan rakyat, tetapi pakatan pemerintah zalim!

Ketua Pemudanya, Suhaimi Mohd Ghazali, berkata keengganan kerajaan negeri melanjutkan tempoh pembayaran cukai tanah tersebut yang berjumlah RM5.7 juta walaupun Yayasan Melaka sanggup membantu YBK membayarnya adalah satu keputusan yang boleh diduga.

Menurut beliau adalah sesuatu yang amat sukar untuk diterima akal, anak Melayu dan beragama Islam seperti Tan Sri Khalid Ibrahim sanggup mempermainkan sebuah pertubuhan kebajikan yang sejak dari dahulu membela nasib anak-anak yatim dan golongan miskin.

"Apa sudah jadi dengan slogan yang sering dilaungkan oleh pakatan pembangkang bahawa Selangor adalah negeri kebajikan? Apatah lagi ia berkait pembelaan terhadap anak-anak yatim dan golongan miskin.

"Sebagai ketua kerajaan sebuah negeri, Khalid sepatutnya merasa malu kerana ada pemimpin dari negeri lain sanggup menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh sebuah badan kebajikan di negeri yang dipimpinnya.

"Dia (Khalid) tak nak tolong satu hal, orang nak tolong pun dia tak bagi. Ternyata dia sanggup zalimi rakyat demi kepentingan politik sempit," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas tindakan kerajaan Selangor yang tidak mahu melanjutkan tempoh pembayaran cukai tanah tersebut yang berjumlah RM5.7 juta walaupun Yayasan Melaka sanggup membantu YBK membayarnya.

Suhaimi yang juga Ketua Pemuda Sepang seterusnya menambah adalah sesuatu yang menyedihkan tanah milik YBK yang sejak dari dulu menjadi sumber dana bagi menampung kos operasi rumah- rumah anak yatim dan membantu golongan miskin bakal hilang begitu sahaja hanya kerana yayasan itu tidak mampu melunaskan cukai tanah.

"Sebagai orang Islam, Khalid tentunya sedar dan memahami betapa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW amat membenci kepada pihak-pihak yang menzalimi dan menganiayai anak-anak yatim.

"Kalau kebajikan anak yatim dan golongan miskin pun dia sanggup permainkan apalagi yang boleh rakyat harapkan dari kerajaan yang kononnya mendakwa menjaga kebajikan rakyat," ujarnya.

http://www.pemudaumno.org.my

Tiada ulasan: