Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

4.2.10

Nik Aziz mahu Pas, Umno duduk berbincang - Kes Liwat Anwar

KOTA BHARU: Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu Umno dan Pas duduk semeja membincangkan isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin Umno perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.

Nik Abdul Aziz juga berkata, tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara Umno dan Pas sudah lama. Selama 5O tahun Umno bertengkar dengan Pas, apa hasilnya, banyak masa habis,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini.

Seminar sehari yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam (Putik) di sini, turut dihadiri Editor majalah Herald-The Catholic Weekly , Lawrence Adrewe dan wakil Buddha, Loo Choo Siang.

Isu kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno pernah dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada muktamar parti tahun lalu bagi membincangkan kepentingan umat Islam di negara ini dan pembangunan orang Melayu termasuk menjaga hak kaum lain, namun ia ditentang Nik Aziz.

Walaupun Umno menerima dengan tangan terbuka kesediaan mereka untuk berbincang ia juga ditentang Nik Aziz dan beliau mendesak Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu yang dikategorikan prokerajaan perpaduan.

Mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Namun, akhirnya Abdul Hadi dan beberapa pemimpin Pas lain terpaksa akur untuk membatalkan perbincangan itu. - Bernama

Tiada ulasan: