Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

9.2.10

Usia Negeri Pakatan Rakyat hanya tinggal 2 Tahun

Re: Usia Negeri Pakatan Rakyat hanya tinggal 2 Tahun (Score: 1)
Oleh peluit (peluit@yahoo.com) on Tuesday, February 09 @ 22:01:12 PST
(User Info | Send a Message) http://rangbulan.blogspot.com

Peratus pengundi di Malaysia tak banyak mana bedanya antara pengundi Melayu & bangsa asing. Jangkaan Peluit mungkin sekitar 55% sahaja. SPR tak letakkan majoriti peringkat kebangsaan sepenuhnya bagi setiap bangsa@kaum di Malaysia di laman sesawang rasminya.

Melayu sudah tentu berpecah paling tidak ke 3 kumpulan, UMNO, PAS & PKR. Cina & India kaum yang pandai berpolitik. Mereka pilih mana parti yang dapat memberi imbuhan buat mereka. Mereka tak jumud atau setia dengan mana-mana parti kaum mereka. PR12 lalu mereka pilih PR jangan harapkan sangat PR13 mereka masih memihak PR.

Yang nyata bumi ini jika dikaji sejarah atau asal kejadiannya adalah bumi Tanah Melayu. Jika politik pun tidak di tangan kaum Melayu, kita hanya dapat bergantung kepada Agung. Jika Agung pun telah semakin terhakis kuasa serta kewibaannya apa lagilah yang kaum Melayu ada.

Isu perkauman ini bukan mainan, tidak boleh dipersoalkan tetapi sebut Melayu pasti Islam tidak boleh lari dari kelompok kaum Melayu. Isu kaum adalah isu agama juga. Agama adalah hak kebebasan untuk semua. Tapi apa jadinya Melayu Islam kini jika terusan berbalahan.

Kita kering hati memilih antara Islam mana dalam kelompok parti Melayu yang ujud di Malaysia kini. UMNO & PAS sejak azalinya sukar lekat berpakat. PKR Peluit yakin seampuhnya S46. Mimpi ngeri akan berlaku jika jumlah kepadatan penduduk dimajoriti oleh kaum asing dalam masa yang sama kaum Melayu ini masih berbalahan tentang agama & politik.

Mahukah orang Melayu yang kini bagaikan anai-anai satu hari nanti menjadi kelekatu mati mengejar neon kemajuan.

Tranungkite

Tiada ulasan: