E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Hakim yang mengendalikan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa satu jam untuk memeriksa unit kondominium, tempat didakwa berlakunya perbuatan itu pada 2008.
Anwar, dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa bekas majikannya itu meliwatnya, turut hadir apabila Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memeriksa apartmen dua bilik tidur itu yang terletak di tingkat lima.
Mohd Saiful menunjukkan kepada hakim tempat Anwar duduk di ruang tamu apabila dia datang untuk menghantar dokumen dan bilik tidur utama di mana kejadian liwat itu berlaku selepas itu.
Semasa pemeriksaan itu, Mohamad Zabidin dilihat bertanya beberapa soalan kepada Mohd Saiful.
Terdapat sebuah katil kelamin di bilik tidur utama di mana tingkapnya ditutupi langsir warna kelabu gelap. Langsir berwarna serupa juga terdapat di ruang tamu yang juga terdapat sofa kulit berwarna pudar. Di ruang makan, terdapat sebuah meja makan untuk enam orang.
MyMetro
Hakim periksa kondo
KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah semalam menluangkan masa sejam melawat dan memeriksa Unit 11-5-1 di tingkat lima Kondominium Desa Damansara di sini iaitu apartmen yang didakwa Mohd. Saiful Bukhari Azlan sebagai tempat dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau tiba di kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara itu pukul 12 tengah hari pada hari kedua prosiding dengan diiringi 15 kereta dan dua buah van.
Antara yang kelihatan mengiringi Hakim Mohamad Zabidin ialah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan, Mohamad Hanafiah Zakaria.
Berikut adalah laporan Bernama berhubung lawatan itu:
Anwar dan bekas pembantunya Mohd. Saiful turut hadir ketika Hakim Mohamad Zabidin memeriksa unit apartmen dua bilik tidur yang terletak di tingkat lima itu.
Mohd. Saiful menunjukkan kepada hakim tempat Anwar duduk di ruang tamu apabila dia datang untuk menghantar dokumen dan bilik tidur utama di mana kejadian liwat itu berlaku selepas itu.
Semasa pemeriksaan itu, Hakim Mohamad Zabidin dilihat bertanya beberapa soalan kepada Mohd. Saiful.
Terdapat sebuah katil kelamin di bilik tidur utama di mana tingkapnya ditutupi langsir warna kelabu gelap.
Langsir berwarna serupa turut digunakan di ruang tamu yang juga terdapat sofa kulit berwarna pudar.
Di ruang makan terdapat sebuah meja makan untuk enam orang.
Anwar meninggalkan apartmen itu selepas selesai pemeriksaan di bilik tidur utama.
Dari apartmen itu, hakim dan Mohd. Saiful pergi ke pejabat pengurusan kondominium itu untuk memeriksa kemudahan Kamera Litar Tertutup (CCTV).
Konvoi 10 hingga 15 kenderaan itu berlepas dari Mahkamah Tinggi di Jalan Duta di sini pada pukul 11.43 pagi sambil diiringi pegawai mahkamah, kesemua anggota pasukan pendakwaan dan juga pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh.
Mohd. Saiful yang memakai sut kelabu gelap dan kemeja putih diiringi peguam Zamri Idrus yang bertindak sebagai peguam pemerhati baginya.
Sejurus tiba Mohd. Saiful menunjukkan kepada Hakim Mohamad Zabidin tempat dia meletakkan keretanya pada hari kejadian dan lif yang digunakannya untuk ke apartmen itu.
Kira-kira 50 anggota polis ditugaskan berkawal di kawasan kaki bukit kondominium itu yang terletak di kawasan perumahan banglo dan apartmen eksklusif.
Kondominium itu terletak kira-kira tiga hingga empat minit perjalanan dengan kenderaan dari rumah lama Anwar di Jalan Setiamurni, Bukit Damansara.
Terdahulu tinjauan Kosmo! mendapati 50 orang termasuk media dan anggota polis membanjiri kawasan bukit yang menempatkan kondominium tersebut.
Seramai kira-kira 10 penyokong Anwar turut berada di pintu pengawal keselamatan kondominium untuk memberi sokongan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Sebaik Anwar tiba, kesemua penyokong itu melaungkan perkataan 'reformasi' sebagai tanda sokongan selain menghamburkan kata-kata kesat tehadap Mohd. Saiful.
Pengamal media termasuk dari luar negara bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki bangunan kondominium tersebut.
Keadaan di pekarangan kondominium itu terkawal dan kesemua penyokong termasuk pihak media beredar dari situ pada pukul 1.15 minit petang.
Kosmo!
Saiful, Anwar ke lokasi
|
|
nota dan mengarahkan Mohd. Saiful ke wad kecemasan di HKL.
Utusan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan