Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

15.6.14

BN Culik

KIRIMAN TERKINI
Pada tahun 1968 lima orang adun PAS Kelantan diculik dan disembunyikan di Kuala Lumpur lima orang adun itu ialah: 1. Omar Muhammad (adun Tanah Merah Timur) 2. Saufi Idris (adun Kota Bharu Timur) 3. Abdullah Yusof (adun Tok Uban) 4. Abdul Rahman Mohd.Salleh (Pasir Puteh Tenggara) 5. Yusof Abdul Latif (Tanah Merah Barat).

Mereka diculik dan disembunyikan di Kuala Lumpur dengan diberikan makan minum dan dipaksa buat pengisytiharan keluar dari PAS dan dipaksa kemukakan usul undi tidak percaya kepada Kerajaan PAS Kelantan, tetapi lima orang adun itu apabila sampai sahaja di Kelantan mereka buat pendedahan apa yang telah berlaku dan mereka tidak ikut apa yang diarahkan oleh umno/Perikatan waktu itu.
Itulah keistimewaan orang Kelantan yang tiada pada Melayu di negeri lain, contoh tiga ekor melayu yang diculik di Perak pada 2009 yang dua ekor itu melayu, tetapi mereka tak seperti lima adun di Kelantan.
Itulah kerja umno sejak tahun 1968 di Kelantan, 1969 di Perak, 1972 di Terengganu dan 2009 di Perak, umno memang jenis celaka.


Belum lagi ambil kira PAS ditendang dari BN tahun 1978, perisytiharan darurat di Kelantan hujung 1977 walau pun keadaan boleh dikawal, kerana yang buat huru-hara itu diketuai oleh Ibrahim Ali, dalam parlimen yang bantah darurat di Kelantan ialah Y.B. Lim Kit Siang dari DAP.


Sebab itu PAS jangan dipatuk ular yang sama dari lubang yang sama, maka itu PAS wajib kekal bersama DAP dan PKR dalam PR. Jangan lupa kejahatan umno celaka seperti di atas, itu hanya sikit sahaja yang teman catatkan, belum lagi kakitangan awam yang ditukarkan ke sana dan ke sini kerana aktif dalam PAS dan ada yang diambil tindakan tatatertib kerana aktif dalam PAS. Ini yang geng UG celaka dalam PAS dah lupa atau buat-buat lupa. Belum lagi royalti minyak untuk Kelantan, belum lagi royalti minyak yang ditarik balik bila PAS menang di Terengganu.


Jahat, zalim sungguh umno celaka, umno babi, umno anjing, umno kera yang hina, umno binatang ternak setan.


TUMBANGKAN UMNO/BN DALAM PRU14 NANTI DAN SEBARANG PRK SELEPAS INI.

21.5.14

Anak Mahathir puji Dyana Sofya

Anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir memuji calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang menurutnya lebih baik daripada kebanyakan ahli politik sedia ada.

“Gadis ini sangat bijak. Beliau boleh berfikir, petah berkata-kata, dan beliau juga boleh menulis.

"Itu sudah tiga perkara, lebih baik dari kebanyakan ahli politik," katanya dalam satu tulisan di Facebook.

Beliau merujuk kepada satu tulisan Dyana yang disiarkan di laman The Malay Mail Online, berhubung pendirian peguam muda itu dalam isu kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Selain itu, Marina yang dikenali sebagai aktivis sosial, turut menafikan tanggapan bahawa beliau juga akan menyertai DAP, seperti Dyana.

Beliau malah menganggap perkara itu sebagai satu jenaka dan berkata, tanggapan itu timbul ekoran salah tafsir ke atas satu kenyataan oleh ibu Dyana, Yammy Samat.

"Kononnya ada orang kata saya akan sertai DAP... Ini perkara paling kelakar yang saya pernah dengar sejak sekian lama.

"Saya rasa ada orang salah tafsir apa yang ibu Dyana katakan.

"Tidak, saya tidak sertai mana-mana parti politik. Itu bukan satu-satunya cara untuk berkhidmat kepada negara.

"Dan saya tidak (berminat) untuk bercakap mengenai politik sepanjang masa. Kadang-kadang saya hanya mahu bercakap tentang tenis," katanya.

Janji Dyana: Dicerca, ditohmah saya tetap di sini

Walaupun diganggu sekumpulan pemuda bermotosikal sewaktu menemui pengundi pada petang semalam, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud kembali ke kawasan sama di Padang Tembak, Teluk Intan pada sebelah malamnya untuk berceramah.

Menurut Dyana, beliau sudah menawarkan dirinya sebagai calon anggota Parlimen Teluk Intan kepada pengundi di situ dan ujian demikian tidak melemahkan semangatnya walaupun beliau mengakui sedikit takut sewaktu diganggu.

"Dicerca ditohmah, macam-macam tak boleh, saya dah kata saya di sini untuk rakyat Teluk Intan," katanya tegas sewaktu berceramah di perkarangan rumah seorang penyokong PAS di Padang Tembak, malam tadi.

Petang semalam, sekumpulan kecil pemuda bermotosikal mengganggu Dyana sewaktu dia menemui pengundi di pasar Padang Tembak.

Pemuda tersebut cuba mendekatinya dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang menemaninya dalam tinjauan mesra di kawasan itu.

Bagaimanapun, anggota keselamatan DAP bertindak menyekat pemuda itu dan anggota polis juga meminta kumpulan pemuda itu supaya beredar dari situ.

Dalam ceramah sama, Dyana menegaskan ujian begitu terlalu kecil jika dibandingkan dengan kecekalan pemimpin veteran DAP seperti mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang telah lama bergelumang dalam politik untuk rakyat Malaysia.

"(Selama) 40 tahun (mereka) berjuang untuk rakyat - bukan ada personal gain (keuntungan peribadi) dan bukannya dapat projek pun," kata setiausaha politik Lim Kit Siang di Gelang patah itu.

Di hujung ceramahnya, Dyana memujuk hadirin ceramahnya agar 'menghantar' beliau ke Parlimen bagi mewakili mereka.

Bagaimanapun, pujukan Dyana itu dibalas dengan usikan 'nakal' seorang hadirin ceramah.

Individu itu yang hanya kedengaran suaranya tetapi tidak dapat dicam wajahnya mencelah ceramah itu dan berpesan secara ringkas agar Dyana "Jangan tolak hudud."

Dyana yang mendengar celahan itu dengan jelas hanya tersenyum dan menjawab: "Saya bukan tolak hudud, baca balik kenyataan saya sebelum ini".

Peguam muda itu dalam wawancaranya dengan Malaysiakini selepas diumum sebagai calon  menjelaskan bahawa beliau tidak menentang hudud, namun, pelaksanaannya di Malaysia tidak boleh dijalankan selagi isu sosio-ekonomi tidak di atasi.


Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
Tahniah Dyana. Orang yang macam ni yang kita mahu, cekal & tabah menghadapi segala rintangan. Namun itu tak sedikit pun mematahkan semangatnya. Perjuangan demi martabatkan keadilan pastinya akan berliku-liku & berbagai halangan, tapi semua itu adalah asam garam perjuangan. Bak kata pepatah, 'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai'. Teruskan perjuanganmu wahai serikandi Melayu DAP, lawan tetap lawan!...
  • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
    'Peguam muda itu dalam wawancaranya dengan Malaysiakini selepas diumum sebagai calon menjelaskan bahawa beliau tidak menentang hudud, namun, pelaksanaannya di Malaysia tidak boleh dijalankan selagi isu sosio ekonomi tidak di atasi.'

    Dyana sama sekali tak menentang hudud. Cuma dia berpendapat, hudud di Malaysia wajar diadakan, setelah masalah sosio ekonomi diselesaikan. Ini adalah perbezaan pendapat di segi pelaksanaan, bukan penentangan. Sikap ini amat berbeza dengan mca, gerakan dll parti komponen bn yang jelas menentang hudud dari dilaksanakan...
  • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
    Munculnya Dyana sebagai calon DAP diTeluk Intan, mengandungi hikmah tersirat. Gelaran & tohmahan, kononnya DAP adalah chauvinis oleh pihak 'tut', telah terbatal dgn sendirinya bila wanita melayu muda ini menjadi calon DAP. Di kawasan Teluk Intan yang majoritinya bangsa cina, pencalonannya adalah satu pertaruhan berisiko tinggi. Apa lagi lawannya pun dari kaum cina. Tapi bagi rakyat yang matang, siapa pun menjadi calon tak menjadi masalah, yang penting dia bawa agenda rakyat marhaen. Tahniah pada DAP dengan pencalonan ini. walaupun pada dasarnya ia adalah berisiko tinggi, namun rahmat & hikmah yg tersembunyi adalah jauh lebih besar. Ini adalah petanda yang jelas, DAP bukan lah parti berbentuk perkauman seperti dicanangkan setengah pihak. Ia adalah parti berbagai kaum & bangsa. Yang penting, agendanya memperjuang & memartabatkan rakyat. Latar belakang Dyana dari keluarga yang kuat umno, sudah pasti membuka mata ahli-ahli umno, bahawa apa yang mereka dengar selama ini tentang DAP adalah wayang semata. Kalau keluarganya boleh menerima Dyana sebagai wakil DAP, apakan lagi Melayu lain. Inilah antara hikmah terbesar dari pencalonan Dyana...

'KJ, awak dulu pun tiada pengalaman'

Sewaktu Khairy Jamaluddin galak mengkritik Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon DAP tanpa pengalaman, ketua pemuda Umno itu perlu sedar yang beliau juga muka baru sewaktu dilantik sebagai menteri.

Kenyataan itu dibuat secara bersama oleh MP Kulai, Teo Nie Ching dan ADUN Bukit Gasing R Rajiv.

"Sebelum beliau menjadi menteri beliau dan sukan pada tahun 2013, Khairy juga tiada pengalaman untuk berkhidmat sebagai menteri.

"Adakah ia bermakna perdana menteri kita, Datuk Seri Najib Adbul Razak tersilap langkah apabila menamakan beliau sebagai menteri kabinet?" soal mereka dalam satu kenyataan bersama.

Menurut mereka, Khairy kini sudah menjadi menteri selama setahun.

"Jika beliau rasa prestasinya memberangsangkan, apa yang membuatkan beliau merasakan Dyana tidak mampu melakukan perkara sama jika diberi mandat untuk berkhidmat?" kata mereka lagi.

Semalam, Khairy dilapor sebagai berkata yang calon BN, Datuk Mah Siew Keong adalah lebih berpengalaman dan presiden Gerakan itu akan mempunyai akses kepada dana persekutuan jika beliau menang di Teluk Intan.

17.5.14

Dr Mahathir bin Mohamad

Dr Mahathir bertanding pilihanraya kali pertama pada 1964 dan menang dengan mengalahkan calon PAS Mohd.Shaari bin Haji Abd. Shukur dengan mejeroti 4210, Dr.M dapat 12406 dan Mohd.Shaari 8196 di Parlimen Kota Setar Selatan.

Dalam sidang parlimen pada 1966 wakil PAS Dato' Mohamad Asri bin Haji Muda ketika menyokong usul Abdul Samad Gul untuk mengukuhkan hak-hak Bumiputra antara lain Dato' Asri berkata "......usul ini ialah sekadar meminta supaya Perlembagaan Malaysia ini dipinda, tentulah cara hendak dipinda perlembagaan itu mestilah dengan ada Committee atau jawatankuasa atau pun satu suruhanjaya bagi mengkaji mana2 fasal yang lemah diperkuatkan dan mana2 fasal yang tidak ada diadakan bagi maksud dan tujuan terjaminnya hak-hak Bumiputra dalam negeri kita ini......"

Dr Mahathir bin Mohamad (Kota Setar Selatan) telah turut mengambil bahagian dalam perbahasan itu, diantara lain beliau berkata:-

"....saya menentang usul ini, ialah oleh kerana ini adalah bukan satu usul yang akan membina satu Malaysia yang kuat tetapi cuma akan menimbulkan perasaan perkauman yang akhirnya akan menjahanamkan sama sekali Malaysia yang kita sayangi.......saya tidak percaya, saya sebutkan lagi, saya tidak percaya dengan adanya, dengan dicatatkan didalam perlembagaan hak-hak Bumiputra maka ia akan membawa kepada kesenangan bagi orang2 Melayu.......",

"....dan pada satu masa kita akan buang sama sekali hak-hak istimewa orang2 Melayu, saya faham bahawa hak2 ini yang ada tercatat di dalam perlembagaan pada masa sekarang juga ialah satu tanda penghinaan bagi orang2 Melayu, ini menyifatkan orang2 Melayu seperti Red Indian di dalam Amerika dimana mereka itu mesti diberikan Reserve supaya mereka itu dapat hidup di Amerika",

".... saya percaya Parti Perikatan begitu juga Kerajaan Perikatan akan berusaha supaya pada suatu masa kita dapat membuangkan sama sekali hak-hak, janganlah menambahkan lagi hak-hak ini" (Harnsad parlimen m/s 93-94). Waktu itu semua wakil Perikatan menentang usul PAS dan menyokong Dr.Mahathir Mohamad.

(umno memang MAHARAJA MUNAFIK)

13.5.14

Perjalanan politik Ahmad Said sejak 1975

Mei 13, 2014

Perjalanan politik Ahmad Said sejak 1975
Datuk Seri Ahmad Said - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Said yang dilahirkan pada 1957 merupakan Menteri Besar Terengganu sejak 2008 hingga 12 Mei 2014.

Beliau kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Terengganu dan merupakan bekas ahli UMNO.

Ahmad Said merupakan anak bongsu kepada pasangan Said Bin Mohamad dan Wook Binti Ali dimana beliau telah dilahirkan pada 15 Februari 1957 di Teluk Kalung, Kemaman, Terengganu.

Zaman persekolahan Ahmad bermula pada tahun 1964 di Sekolah Kebangsaan Telok Kalong, Kemaman, Terengganu. Beliau kemudiannya menyambung persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Chukai, Kemaman dari tahun 1970 hingga 1974.

Ahmad Said yang merupakan graduan jurusan sains politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mula menceburi bidang politik seawal tahun 1975 iaitu di usia 19 tahun beliau dilantik sebagai Naib Ketua UMNO Cawangan Telok Kalong, Kemaman.

Beliau memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1978 sehingga dilantik menjadi ADUN Kijal pada 1990.

Susulan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi undian majoriti di Terengganu sekaligus memegang 24 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan, dengan PAS memenangi baki lapan kerusi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Ahmad Said menang dalam kawasan DUN Kijal menewaskan calon PAS, Hazri Jusoh dengan majoriti 3,157 undi. Beliau memperoleh 8,169 undi manakala Hazri 5,012 undi.

Semasa pembentukkan kerajaan baru di Terengganu, kerajaan pusat yang pada masa itu diketuai Tun Abdullah Ahmad Badawi mengemukakan pelantikan semula Datuk Seri Idris Jusoh untuk penggal kedua sebagai Menteri Besar.

Kontroversi pelantikan MB Terengganu bermula selepas Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada masa itu enggan melantik semula Idris sebagai MB negeri itu. Kontroversi sama pernah terjadi di Perlis dimana pilihan Perdana Menteri pada waktu itu ditolak dan akhirnya kuasa membuat keputusan pada waktu itu diberi sepenuhnya kepada Raja Perlis.

Pada 23 Mac 2008, pejabat Sultan Terengganu mengumumkan pelantikan ADUN Kijal, Ahmad Said sebagai menteri besar baru.

Selepas majlis angkat sumpah, Ahmad Said berikrar untuk menunaikan tanggungjawabnya serta membasmi kemiskinan di negeri itu.

Pada PRU 13, Ahmad Said memenangi kerusi Kijal, sekali lagi mengalahkan Hazri Jusoh daripada PAS dengan undian majoriti sebanyak 4,204.

Semasa krisis banjir yang melanda Pantai Timur pada Disember 2013, Ahmad Said telah menahan dua buah lori Gardenia bagi mengagihkan makanan kepada mangsa banjir yang berada dalam keadaan kelaparan waktu itu, dimana tindakan ini telah mendapat pujian termasuk oleh pihak pembangkang.

Ahmad Said turut dipuji rakyat Malaysia selepas insiden tersebut menjadi bualan hangat di platform media sosial Facebook dan blog.

Februari lalu, Ahmad Said mengkritik keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghukum Pasukan Bola Sepak Johor (Johor FA), bukannya individu yang terlibat dalam insiden ‘serangan terowong’ di Stadium Larkin.

FAM mengenakan denda RM30,000 kepada Johor FA untuk insiden tersebut sewaktu perlawanan pusingan kedua Piala FA, Johor Darul Takzim (JDT) menentang T-Team pada 1 Februari 2014.

Ahmad mendakwa keputusan FAM itu tidak wajar kerana pengadil dan pegawai perlawanan tidak melihat apa yang berlaku dalam terowong sewaktu perlawanan berhenti rehat pada separuh masa pertama.

Beliau turut meminta pemain dan pegawai T-Team yang menyaksikan kejadian di terowong Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor baru-baru ini, termasuk pemain pertahanan pasukan itu, Mohd Irfan Abdul Ghani, bersumpah menggunakan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran.

Pada 12 Mei 2014, Ahmad Said meletak jawatan sebagai MB Terengganu seterusnya memberi laluan kepada Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang merupakan ADUN Seberang Takir menjadi MB.

Ahmad Said dilaporkan keluar daripada UMNO selepas permintaannya untuk meletak jawatan selepas 17 Mei ini tidak dibenarkan.

Ahmad Said ketika dihubungi Astro AWANI  berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pertukaran itu namun ditolak atas alasan ia perkara peribadi.

Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika ini adalah 15 kerusi Barisan Nasional, 15 lagi Pakatan Rakyat dan dua Bebas selepas Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar parti beberapa jam selepas perletakan jawatan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.


Bekas MB Terengganu, Ahmad Said keluar UMNO

Mei 13, 2014

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.

Keluar UMNO Ahmad Said
Surat keluar parti Datuk Seri Ahmad Said yang diemailkan kepada AstroAWANI.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

UMNO Keluar
Surat keluar parti ADUN Ajil, Ghazali Taib yang diemailkan kepada AstroAWANI.

Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Baki dua lagi adalah calon bebas.

Ahmad Said dedah punca sebenar keluar dari Umno

Ahmad3PETALING JAYA - Keputusan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said keluar dari parti Umno ekoran rasa tidak puas hati terhadap permintaannya untuk meletakkan jawatan itu selepas melangsungkan majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

Dilaporkan bahawa Ahmad Said memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pertukaran itu namun ditolak atas alasan ia merupakan perkara peribadi.

Ahmad Said bertindak keluar dari Umno hanya beberapa jam selepas beliau meletakkan jawatan Menteri Besar Terengganu pada Isnin.

Ahmad Said dalam Astro Awani pada Selasa dipetik sebagai berkata, beliau meminta untuk penangguhan bukan kerana tidak mahu tetapi mahu menunggu sehingga selesai majlis perkahwinan anaknya.

“Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar? Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai.

“Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada UMNO, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan,” katanya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Terdahulu, Najib memberi tempoh selama setahun kepada Ahmad Said memegang jawatan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selepas negeri itu menang tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei tahun lalu.

Difahamkan kira-kira dua minggu selepas PRU-13, Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun.

Selepas Ahmad Said, dua Adun lagi yang turut mengikut jejak beliau keluar dari Umno iaitu Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud, dengan masing-masing bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Perkembangan terbaharu mengenai kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu adalah 14 kerusi Barisan Nasional (BN), Pas (14), Parti Keadilan Rakyat (1) dan Bebas (3), lapor mStar.

17.2.14

Zaid: Tak perlu betulkan yang tak rosak


Dua minggu selepas 'menyokong' bekas bos beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi menteri besar Selangor yang baru, bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim kini bertukar arah.

Dalam tulisan blog beliau yang terbaru, beliau mahu MB sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai peneraju utama kerajaan negeri.

"Selangor masih perlukan Khalid sebagai menteri besarnya. Marilah kita hormati mandat yang diberikan kepada beliau selepas pilihan raya lalu dan biarkan beliau buat kerjanya," kata beliau hari ini.

Zaid memberi amaran bahawa perjuangan untuk politik yang lebih matang dan baik akan tergugat sekiranya mereka yang melakukan kerja dengan baik dipecat atau ditukar hanya untuk melakukan strategi politik yang tidak terbukti dan kurang jelas.

"Jadi kenapa nak tukar MB sekarang yang bukan hanya bekerja dengan mandat rakyat, tetapi telah membuktikan dengan jelas kepimpinan beliau baik untuk negeri.

"Benar Anwar pernah memegang jawatan politik tinggi sebelum ini dan pernah menjadi menteri kewangan. Tetapi ia tidak mengubah kenyataan bahawa tidak perlu betulkan sesuatu yang tidak rosak.

Pada 1 Februari lalu, Zaid menulis dalam laman mikro 'Twitter' "Anwar Ibrahim telah membuat keputusan tepat untuk jadi MB. Harimau mesti berhadapan dengan singa baru selesa rakyat jelata".

Beliau menjelaskan keputusan itu setelah melihat 'trend' pengundi Cina yang mahu menggunakan PRK Kajang 23 Mac depan untuk menghantar mesej lebih positif mengenai keperluan untuk bergerak ke hadapan.

"Mereka (pengundi Cina) mungkin tidak mahu mengundi MCA kerana masih kecewa dengan isu masa lalu dan cara parti yang gagal menangani isu ini sejak sekian lama.

"Saya percaya mesej positif yang pengundi Cina akan hantar bukan untuk memberi undi kepada Anwar," kata beliau.

PRK Kajang: Polis buka lagi kertas siasatan


Polis membuka satu lagi kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) berkaitan berkempen awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini menjadikan sejumlah empat kertas siasatan dibuka berhubung perkara sama kerana individu terbabit tidak mengemukakan sebarang kenyataan bertulis 10 hari sebelum melakukan kempen.
  
"Yang melanggari APA 2012 dan sebagainya kita akan ambil tindakan dan sememangnya kita telah buka siasatan dan kita akan berunding dengan pihak peguam negara.
  
"Ada kertas siasatan yang sudah lengkap. Setakat ini ada empat kertas siasatan yang telah kita buka dan kita tidak menjurus kepada individu yang sama. Biarlah kita siasat dulu, dah selesai nanti, kita tuduh di mahkamah baru tahu individu terbabit nanti," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen atau daerah terbaik Op Selamat 4/2014 sempena Tahun Baru Cina di KL Sentral di ibu negara hari ini.

Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar dilapor mengesahkan tiga kertas siasatan dibuka terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menurut Seksyen 9(5) akta itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berhubung kempen yang diadakan.
  
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya sedang berunding dengan Peguam Negara untuk memperkemaskan lagi siasatan terhadap kes klip video membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang didakwa berbaur fitnah.
  
"Kita akan teruskan siasatan dan saya minta orang yang membuat video ini untuk berhenti, khabarnya dia nak buat dalam versi bahasa Malaysia pula, saya minta cukuplah, orang Malaysia faham walaupun dalam bahasa Cina.
  
"Cukuplah dengan kempen benci-membenci yang menanamkan sifat-sifat kebencian terhadap orang-orang tertentu, apa faedahnya, ia akan meruntuhkan lagi kerukunan masyarakat kita, saya meminta mereka ini teruskan membina negara kita dari buat perkara tidak berfaedah," katanya.
  
Mengulas mengenai insiden di dalam terowong yang membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Februari lalu, Khalid berkata pihaknya akan memanggil beberapa lagi saksi untuk membantu siasatan.
  
-Bernama

Mahfuz: Sudahlah buli MCA, Umno

 

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar meminta agar Umno tidak terus membuli MCA dan bertanding menentang dua lagi calon Melayu di pilihan raya kecil Kajang 23 Mac depan.

Dalam sidang medianya hari ini, Mahfuz berkata membenarkan MCA bertanding di situ walaupun tahu telah ditolak oleh masyarakat Cina ibarat membuli parti tersebut.

"Semalam, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan sendiri minta kepimpinan buat keputusan bertanding.

"Saya nak minta beliau desak kepimpinan Umno untuk benarkan Umno yang bertanding menentang (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan (Datuk) Zaid Ibrahim," katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Ahmad berkata tindakan BN melengah-lengahkan perkara itu menyukarkan jentera parti pemerintah berkenaan selain tertanya-tanya sama ada BN akan meletakkan calon menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di kerusi berkenaan.

"Sekarang ini, ada kenyataan minta BN bertanding dan ada pula cakap jangan. Jadi, kedudukan jentera parti ada yang bersemangat tetapi ada juga yang masih separuh hati.

"Sebab itulah, saya berharap pucuk pimpinan BN akan buat keputusan segera sama ada bertanding atau tidak dan soal siapa akan jadi calon itu nanti boleh diputuskan," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz  berkata beliau tiada masalah untuk bekas ahli Majlis Sekretariat Pakatan Rakyat, Zaid bertanding dalam pilihan raya kecil itu atas semangat demokrasi.

"Bagaimanapun PAS akan sepenuhnya bergerak membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang," kata Mahfuz yang juga yang pesuruhjaya PAS Kedah.

Sementara itu ADUN Batu Burok PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi berkata beliau bersama kepimpinan Pakatan Rakyat Terengganu dipanggil bertemu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada Jumaat ini.

Beliau berkata MP Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, ADUN Bandar Azan Ismail serta kerabat diraja Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan bersamanya membawa laporan dan dokumen berkenaan isu rasuah dan korupsi di negeri itu.

"Hari Jumaat ini akan saya akan bawa empat isu penyelewengan dan rasuah di negeri iaitu isu pembalakan, perlombongan, Tasik Kenyir serta pembinaan dan perubahan Pasar Payang," kata beliau.

15.2.14

Kerajaan yang CELAKA

M S Ibrahim Al-Malbar

“Itu kitab (Al-Quran) tiada keraguan dalamnya, petunjuk bagi orang2 yang bertakwa” (Al-Baqarah:2)

“Dan jika telah adalah kamu dalam keraguan daripada apa yang telah menurunkan Kami (Al-Quran) atas hamba Kami (Muhammad s.a.w.), maka datangkanlah oleh kamu dengan satu surah yang seumpamanya dan serulah penolong2 kamu daripada selain Allah, jika telah adalah kamu orang2 yang benar” (Al-Baqarah:23)

“Maka jika telah tidak kamu perbuat dan sekali-kali tidak kamu dapat buat, maka takutlah api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu yang disediakan untuk orang2 kafir” (Al-Baqarah:24)

“Macammana kamu kufur dengan Allah dan telah adalah kamu (benda) yang mati, maka telah menghidupkan Ia (akan) kamu, kemudian Ia matikan kamu, kemudian Ia hidupkan kamu, kemudian kepadaNya kamu dikembalikan” (Al-Baqarah:28)

“Maka celakalah orang2 yang menulis kitab dengan tangan2 mereka, kemudian mereka berkata ini daripada sisi Allah, untuk menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), maka celaka bagi mereka daripada apa telah menulis tangan2 mereka dan celaka bagi mereka daripada apa telah mereka perbuat” (Al-Baqarah: 79)

Perintah2 Allah dalam Al-Quran hanya untuk orang2 yang bertakwa dan Al-Quran juga terkandung dalamnya segala2 yang diperlukan oleh manusia dan jin untuk berurus hidup di bumi ini, tetapi jika kita ragu dengan sistem undang2, kehidupan, ekonomi, percukaian dan lain2 maka Allah cabar kita datangkan satu sistem seperti yang Allah ciptakan dan Allah cabar kita supaya ajak pakar2 dalam semua bidang untuk membantu kita jika kita adalah orang yang benar, dan Allah bagi tahu bahawa kita tidak mampu untuk membuat seperti yang telah diperintahkan dalam Al-Quran, maka Allah suruh kita takut kepada api neraka, itu bererti jika kita masih degil untuk kembali kepada sistem yang Allah perintahkan, maka kita setaraf dengan orang2 yang kafir atau Bahasa kasarnya kafir.

Allah tanya lagi macam mana kita boleh kufur, padahal kita ini dulunya tidak wujud kemudian Allah lahirkan kita di dunia ini, ertinya kita tidak dibenarkan membuat sesuatu yang Allah telah sediakan dalam Al-Quran, jika kita buat juga maka kita tergolong dalam golongan kufur atau kafir.

Ayat Al-Baqarah 79, hari ini terdapat undang2 yang disebut jinayah keluarga Islam atau jinayah syariah yang mana undang2 itu dicipta oleh manusia yang diluluskan dalam dewan undangan negeri atau parlimen, kemudian diisytiharkan ianya adalah jinayah syariah atau undang2 Islam, sedangkan ianya tiada kaitan langsung dengan Allah, maka celakalah pemerintah2 yang mencipta undang2 dan sistem kehidupan yang menyalahi perintah Allah.

“…..dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang2 kafir”(Al-Maidah:44)dan Zalim ayat 45 dan Fasik ayat 47.

Semakin jelas bahawa pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah maka mereka itu adalah pemerintah yang kafir kerana engkar perintah Allah, Zalim kerana hukuman ciptaan manusia tiada keadilan kepada pelaku kesalahan dan yang teraniaya dan Fasik kerana ianya adalah suatu dosa yang berlarutan.

“Apakah hukum jahiliyah yang mereka hendak?,dan siapakah lebih baik (hukum) daripada hukum Allah bagi kaum (orang2) yang yakin?” (Al-Maidah:50)

Pemerintah yang tidak ikut hukum Allah adalah pemerintah jahiliyah, siapakah yang memerintah Negara Malaysia ini selama 57 tahun dengan menolak segala sistem Allah? Jawabnya kerajaan umno/BN, maka kerajaan BN adalah pemerintah yang termasuk dalam kategori yang Allah sebut sebagai CELAKA, KAFIR, ZALIM, FASIK DAN JAHILIYAH.

“Maka celakalah bagi orang2 yang solat”, “(iaitu) orang2 yang mereka dari solat mereka lalai” (Al-Maun:4-5)

Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Nabi apa itu lalai, maka Nabi bersabda “...melewat-lewatkan solat”

Hanya kerana lewatkan solat pun dikata Celaka (dirikan solat tetapi hanya melewatkan sahaja, ini satu riwayat), apa nak dikatakan kepada pemerintah yang tidak laksanakan sistem yang Allah perintahkan? Pastinya kera,babi,anjing dan binatang ternak yang paling tepat.

9.2.14

Anwar: Apa saya buat jika MB S'gor

Orang pertama yang akan ditemui pengunjung ke ibu pejabat PKR adalah pengawal keselamatan bermisai tebal yang dikenali sebagai Balu.

Bertugas di pondok maklumat tetapi tidak diberikan kerusi untuk duduk, Balu hanya berjenaka apabila ditanya tentang perkara itu: "Dalam parti ini, masalah terbesarnya adalah kerusi".

Terkini, kerusi yang menjadi perhatian ramai adalah kerusi menteri besar Selangor yang disandang Tan Sri Khalid Ibrahim.

Percaturan Anwar untuk masuk ke dalam dewan undangan negeri Selangor yang dinamakan sebagai 'Langkah Kajang' - dilihat sebagai satu usaha untuk menukar Khalid dengan Anwar.

Sebagai ahli politik berpengalaman dan kini bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang, Anwar dilihat cukup berhati-hati apabila berbicara tentang rancangannya nanti.

"Jika saya jadi MB," katanya sambil menegaskan perkataan 'jika', "ia adalah sementara sebelum saya jadi perdana menteri."

Pertemuannya dengan Malaysiakini semalam berlangsung di antara siri wawancara media-media lain.

Malah, baju kemeja rona merah jambu berjalur di batang tubuhnya tidak mampu menyorokkan riak keletihan pada wajahnya.

Namun, keletihan itu tidak menggugah pemain politik veteran seperti Anwar daripada membuat kenyataan yang tidak diperlukan - iaitu jawatan tersebut hanyalah batu loncatan dan Khalid adalah satu lagi bidak catur dalam perjalananya ke puncak perdana.

Anwar sebaliknya melukiskan gambaran lebih lunak tentang persahabatan dan politik.

Khalid katanya, adalah seorang kawan yang baik tetapi Selangor memerlukan "kekuatan politik".

Pengguna laman sosial juga tawar ganjaran ajar Zahid

Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa tawaran wang tunai untuk 'menampar' seorang ahli parlimen DAP bukan "satu ancaman", menyebabkan laman media sosial kecoh dengan tawaran mereka sendiri.

Tidak seperti sekumpulan NGO Islam yang menawarkan RM 1,200 untuk menampar Teresa Kok, pengguna laman sosial itu juga membuat tawaran kepada mereka yang berani untuk menyedarkan Zahid.

Tawaran dari pelbagai individu itu bermula serendah 5 sen dan setinggi RM 1,500 dan beberapa pengguna mencadangkan majlis kutipan derma bagi tujuan itu.

'Twit' dalam bahasa Melayu dan Inggeris mengenai hal itu memenuhi laman tersebut sehingga lewat malam semalam sehingga ada yang menawarkan seikat kangkung bagi tujuan sama.

Beberapa pengguna, seperti personaliti media Asha Gill mencadangkan supaya menggabungkannya dengan kempen derma, manakala kebanyakan yang lain rasa jengkel dengan menganggap kenyataan Zahid tidak logik.

Dakwaan ugut Teresa, ADUN lapor polis

Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, berhubung dakwaan beliau memfitnah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
  
Md Alwi berkata laporan polis itu untuk mempertahankan dirinya berhubung laporan polis oleh ahli Parlimen Seputeh itu yang mendakwa beliau telah diugut dan diancam melalui Khidmat Pesanan Ringkas dan Aplikasi Whatsapp.
  
"Saya nak beritahu masyarakat bahawa YB Teresa Kok ini telah memutar-belitkan cerita dengan menyatakan saya mengugut dan mengancam beliau.
  
"Macam mana saya nak ugut beliau sedangkan bukan beliau yang menjawab panggilan tersebut dan saya hubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan mengenai video yang dibuat dan telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Islam," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu semalam.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Azham Othman mengesahkan menerima laporan daripada Md Alwi.
  
- Bernama

Tampar Teresa: Pemuda MCA kecewa kenyataan Zahid


Biro Undang-undang Pemuda MCA meluahkan rasa kecewa berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung tawaran ganjaran menampar Ahli Parlimen Seputeh berhubung Video Tahun Baru Cina tidak menjamin siasatan dijalankan.

Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Bironya Eric Choo berkata bukan kuasa Zahid atau polis memutuskan sama ada mereka yang menawarkan ganjaran itu telah melakukan satu kesalahan atau tidak.

Eric berkata menteri dalam negeri sepatutnya mengingatkan bahawa tugas dan tanggungjawab polis hanya menyiasat dan kemudian keputusan serta tugas mendakwa terletak kepada peguam negara.

Sehubungan itu, dengan rasa rendah diri, Eric berharap Zahid tidak lagi membuat kenyataan yang boleh mempengaruhi kes itu sebaliknya membiarkan undang-undang dan prosedur menentukannya.

Semalam, Zahid dilaporkan berkata tawaran ganjaran wang kepada sesiapa yang pertama menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bukan satu ancaman, maka "tiada apa yang perlu disiasat kerana ia bukan satu ancaman".

Zahid: Tawaran tampar Teresa bukan ancaman

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata tawaran ganjaran wang kepada sesiapa yang pertama menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bukan satu ancaman.

Ahmad Zahid, yang juga naib presiden Umno, dipetik oleh The Malaysian Insider sebagai berkata bahawa "tiada apa yang perlu disiasat kerana ia bukan satu ancaman".

Portal berita itu memetik Zahid sebagai berkata dalam satu majlis di penjara Kajang bahawa menampar bukan satu ancaman, tetapi jika mereka kata bunuh, maka ia satu ancaman.

Ahmad Zahid berkata polis hanya akan mengambil tindakan sekiranya perbuatan menampar berlaku.

"Jika mereka menamparnya, maka kita akan mengambil tindakan," katanya sambil dipetik sebagai menambah bahawa perkara menampar itu adalah antara Teresa dan kumpulan berkenaan.

Dilaporkan beberapa NGO Islam yang mengadakan protes di Jalan Tun Perak, dengan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mustafa Hamzah menawarkan ganjaran wang kepada orang yang pertama yang berjaya menampar Teresa.

Teresa telah membuat laporan polis mengenai perkara itu semalam. Beberapa peguam, ketika dihubungi, berkata tawaran itu merupakan satu perbuatan jenayah kerana ia adalah sebahagian daripada intimidasi jenayah di bawah Seksyen 503 dan 505 Kanun Keseksaan.

Polis menyatakan bahawa mereka telah mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 505(c) kerana berniat menghasut sesiapa sahaja untuk melakukan kesalahan, dan Seksyen 506 bagi intimidasi jenayah.

Ahmad Zahid, bagaimanapun, berkata video Teresa mengenai
Tahun Baru Cina juga disiasat kerana sudah terdapat lebih 300 laporan polis yang dibuat terhadap klip tersebut.

Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) telah memulakan siasatan dan pihaknya akan mengumpul semua laporan dan akan meneliti perkara itu.

Khamis lalu, selain tawaran menampar Teresa, NGO terbabit juga menyembelih empat ekor ayam dan melumurkan darahnya pada banner gambar pemimpin Pakatan Rakyat.

menghina demokrasi

Pada 1997 umno/BN mengosongkan kerusi dun Permatang yang di sandang oleh Jamaluddin Adnan untuk memberi laluan kepada Abu Hassan Omar menjadi MB Selangor, Abu Hassan Omar juga mengosongkan kerusi parlimen Kuala Selangor, Mengapa puak2 umno/BN Laknatullah, babi daging tidak kata ianya menghina demokrasi dan membazirkan wang rakyat. Kepala Hotak kome umno/BN HARAMJADAH, sah umno/BN memang anak haramjadah.

2.2.14

Ahmad: Isu seks Anwar jadi modal BN di Kajang

Rayuan kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupai beliau dijangka menjadi modal kempen BN dalam pilihan raya kecil Kajang tidak lama lagi.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi Kajang perlu diingatkan yang pembangkang menawarkan seorang calon dengan beban kes mahkamah yang masih belum selesai.

"Yang akan berlawan dengan kita ini ialah Anwar Ibrahim yang kes liwatnya belum selesai. Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, dia tak boleh menghalang siapa-siapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah.

"Kes liwat dengan Saiful dan kes video itu. Jadi pengundi Kajang kena diberitahu tentang perkara ini dan tidak ada menyalahi apa-apa untuk kita bercerita tentang Anwar Ibrahim ini supaya pengundi Kajang memilih orang yang benar-benar sesuai menjadi ADUN mereka.

"Itu satu perkara yang saya sebut tadi dalam penjelasan untuk bercerita siapa sebenar Anwar Ibrahim," katanya di Kajang petang tadi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat tertutup pilihan raya kecil DUN Kajang anjuran Umno bahagian Hulu Langat.

Rayuan kes liwat itu diketuai pendakwaraya Tan Sri Shafee Abdullah akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini , depan tiga orang hakim.

Lipat ganda usaha

Berkaitan isu video, Ahmad dipercayai merujuk video yang didedahkan oleh Trio Datuk 'T' pada 21 Mac 2011 dan dipertontonkan kepada wakil media di Hotel Carcosa Seri Negara.

Bagaimanapun Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata jentera pilihan raya Umno perlu melipatgandakan usaha bagi mendedah wajah sebenar ketua umum PKR itu supaya pengundi Kajang tidak tertipu seolah-olah kesnya itu sudah selesai.

"Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, ho, dia ini dah lepas.

"Tak betul, tak betul. Dia ini belum lepas. Dia belum lepas kes liwat, dia belum lepas hakim di Mahkamah Rayuan. Saya sebut ini tentang fakta. Adakah apa yang saya sebut ini tak betul?

"Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar, bahawa Anwar Ibrahim belum lepas lagi kes liwat dia di Mahkamah Rayuan," kata Ahmad.

Sementara itu, beliau yang juga timbalan menteri kewangan berkata data-data setakat ini menunjukkan BN berpeluang memenangi pilihan raya kecil Kajang.

"Saya menaja program (taklimat tertutup) ini untuk memberikan semangat kepada mereka dan menunjukkan data-data bahawa tak mustahil kita boleh menang di Kajang ini," katanya.

Kekosongan kerusi itu berlaku selepas penyandang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ - sekaligus mencetuskan spekulasi beliau bakal mengambil alih tugas menteri besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim

MB: Kritikan 'nafsu besar' bukan pendirian saya

Menteri besar Selangor enggan dikaitkan dengan tindakan bekas setiausaha politiknya Faekah Hussin mengkritik pihak yang “bernafsu besar”, di tengah-tengah kehangatan konflik Selangor.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak 'perang dingin' Faekah dan seorang lagi bekas setiausaha politiknya Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai tidak mencerminkan pendiriannya dalam isu pilihan raya kecil Kajang dan pertukaran MB.

"Saya akan buat kenyataan akhbar mengenai apa pendirian negeri dan pendirian kita dalam hal ini... apa-apa (yang ditulis) dalam web itu bukan kenyataan rasmi.

"Kita tak boleh gunakan itu sebagai satu usaha untuk membangunkan atau menjatuhkan orang lain yang mungkin akan cetuskan kemarahan dan rasa tak percaya (kepada pemimpin)," katanya ketika ditemui di Shah Alam hari ini.

Semalam, Faekah (kanan) menulis beberapa kenyataan dalam Twitter yang antara lain mengkritik pihak tertentu yang mengejar jawatan MB Selangor.

Antara kenyataannya Faekah: "Yang mengejar bernafsu besar, yang mengendong patutkah berjiwa besar?"

Hari ini Nik Nazmi menyindir, juga melalui Twitter: "Kita sudah bukan setpol (setiausaha politik) tapi masih banyak cakap soal politik."

Hal ini berlaku setelah timbul ura-ura Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor ekoran peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang bagi memberi laluan kepada ketua umum PKR.

Khalid sedia Berdamai
 
Sementara itu Khalid menyeru agar semua pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat di Selangor bagi bersatu demi kebaikan rakyat Selangor.
 
"Politik memang terbuka. Jadi tidak menjadi satu masalah. Dalam politik kita sekarang perlu menimbulkan suasana hormat-menghormati satu sama lain.
 
"Politik ini bukan akhirnya. Politik satu usaha supaya satu kumpulan mendapat sokongan rakyat untuk diberikan kuasa memerintah. Jadi orang yang dipilih boleh menyumbang kepada kejayaan negeri," kata beliau.
 
Khalid turut meminta agar orang ramai tidak membuat kesimpulan berdasarkan apa yang didengari di laman media kerana beliau dan parti akan membuat kenyataan rasmi kepada media.
 
Beliau berkata demikian ketika menjawab sama ada beliau tahu Azmin telah dipilih untuk mengetuai jentera pilihan raya parti untuk PRK Kajang.
 
"Apapun kenyataan-kenyataan ini kalau berlaku dia mesti ada pengumuman rasmi, jadi saya tidak akan membuat kenyataan sehingga ada pengumuman rasmi," kata beliau.
 
Anwar berjersi Selangor
 
Sementara itu kehadiran Anwar dalam majlis petang tadi turut menjadi tumpuan.
 
Anwar yang berbaju jersi Selangor diraikan datang sebagai "Penyokong Setia Pasukan Bola Sepak Selangor" oleh pengacara majlis.
 
Bagaimanapun beliau hanya sempat duduk sebelum tergesa-gesa meninggalkan majlis berk
enaan kira-kira 15 minit kemudian.
 
Seorang pengiring beliau memberitahu media bahawa Anwar perlu bergegas ke Kedah bagi menghadiri program dan tidak sempat menghabiskan masa mengikuti program Khalid.
 
Hari ini merupakan hari kedua berturut-turut Anwar hadir bersama Khalid dalam program rasmi kerajaan negeri Selangor.

Chong Wei terkejut, KJ kata jangan sentuh

Pemain badminton dunia Datuk Lee Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang spekulasi beliau sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui cadangan agar beliau menukar haluan ke arena politik, lapor Utusan Online.

"Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian itu.

Lee juga dilapor juga menolak memberikan sebarang komen tentang kesediaannya bertanding di kawasan tersebut.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

Beliau dilaporkan menulis di laman mikro Twitternya, Lee "harta" negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan pilihan raya kecil Kajang.