No. Repot: 4350/08, Balai Polis Jalan Travers, K.L.:
Pada 28/6/08 jam 1745 satu repot di HKL oleh Mohd Saiful Bukhari b. Azlan [ No.K/P: 850706-01-5687], umur 23 tahun, kandungan repot:
“Saya Mohd Saiful Bukhari b. Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya.Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondo Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, K.L. Oleh itu tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan ke atas saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Sri Anwar Ibrahim-Ketua Umum PKR.”
Mohd Saiful Bukhari Azlan nama yang akan popular macam Sukma Dermawan dan Dr. Munawar satu ketika dahulu. Hensem budak tu, daripada gambar yang diberikan oleh Datin Wan Azizah dan di publishkan oleh Malaysia-today nampak mamat tu macam budak baik. Wan Azizah beritahu wartawan si Saiful ini adalah leader persatuan pelajar yang diambil bekerja sebagai pembantu peribadi DSAI semasa pilihanraya umum ke 12. Ini gambar-gambarnya….
Ini pula komen daripada DSAI dari blog rasmi beliau. Aku cuma tertarik dengan kenyataan ini:
“ Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.”Ini pula komen dari beberapa tokoh lain:
“It is a new case. We will see what the police are going to say, what the government will say ” Dr. M said after meeting Bosnia and Herzegovina President Dr Haris Silajdzic here yesterday.
“Let the police investigate and take the necessary action,” Pak Lah told reporters here.
Masa member aku bagitau aku semalam yang Anwar menyorok di kedutaan Turki, aku terus bertanya, kenapa Turki? Apa kejadahnya menyorok di kedutaan? Kenapa tak pergi ke kedutaan lain? Atau menyorok kat rumah Pak Lah ke?
“We will ask the ambassador to reconsider (granting Anwar refuge) as it is meddling in Malaysia's internal affairs,” Datuk Seri Dr Rais Yatim said, adding that the Government also wanted to know why Anwar had gone to that particular embassy (Turkish embassy).
Tapi kenyataan yang paling best adalah dari menantu kesayangan Pak Lah:
“Saya sendiri tidak menolak kemungkinan Anwar sendiri yang menyuruh pembantunya itu membuat laporan polis dan ini adalah satu taktik konspirasi beliau untuk meraih simpati orang ramai,” kata Khairy.KJ yang sememangnya creative dan bijak menganalisis situasi. Secara jujur aku tidak menolak 100% pandangan KJ tu sebab how come Wan Azizah boleh simpan gambar budak tu dengan pak menteri dalam handphone beliau. Azmin Ali pun dengan confident beritahu wartawan Anwar ada alibi untuk menidakkan tuduhan budak tersebut. Seolah-olah semuanya telah dirancang dengan rapi.
Antara banyak-banyak komen aku paling respect komen yang aku rasa paling jujur kita boleh dengar.
“Ini kerja-kerja politik belaka. Geng-geng politik semua, kerana tidak beriman. Dalam blog pun dibuat macam-macam tuduhan…”
“Tuduhan zina ini berkehendak kepada saksi, tidak boleh tidak,”
“Bukan itu sahaja malah boleh menjejaskan imej negara, apa sebab hendak buat tuduh menuduh begini,”
“Allah Taala akan kenakan bala ke atas orang yang menuduh ”Komen diatas diberikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Cool, kan?
Aku malas nak buat link ke laporan yang aku ambil kata-kata mereka diatas. Search la Google kalau nakkan bukti.
Yang pasti dunia politik Malaysia akan semakin meriah....
Adakah kes liwat DSAI ini akan menelan cerita Akuan Bersumpah Raja Petra?
Update (Evening):
Somebody email this picture to me and claims that this lady adalah Saiful's fiance. Donno true or not. If somebody get any info please let me know. Sender said we can view the picture from this blog http://riwayathayat.blogspot.com/. Sadly, that blog dah tidak boleh diaccess oleh public anymore.
Betul ke ini gambar tunang Saiful? Sesiapa ada maklumat sila share. Kalau empunya badan tidak mahu gambar dia dipaparkan tolong beritahu aku. Mungkin aku akan buang. Nasib la, since tunang kau dah bertukar jadi 'celebrity' terpaksa lah kau tanggung malu/popularity, which way you look at it.
http://www.akubetul.com/
http://www.akubetul.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan