Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

4.2.10

Perak: Nizar dahului, Zambry ekori rapat


Hafiz Yatim
Feb 5, 10
6:00pm

Meskipun berjaya merampas Perak dengan cara yang penuh kontroversi, namun kepopularan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, baru-baru ini menunjukkan sedikit peningkatan.

Bagaimanapun, bagi sebahagian besar rakyat Perak, menteri besar yang digulingkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah orang yang paling layak menerajui negeri itu.

Menurut bancian yang dijalankan oleh Merdeka Centre, yang dikeluarkan hari ini, sempena ulang tahun pertama BN berkuasa, 46 peratus menyokong Nizar manakala Zambry mengekori rapat dengan 44 peratus.

Bancian itu juga menunjukkan di kalangan masyarakat Cina, sokongan kepada Nizar adalah padu. 59 peratus menyokongnya berbanding hanya 16 peratus yang mahukan Zambry.

Di kalangan masyarakat Melayu pula, 67 peratus menyokong Zambry berbanding 35 peratus undi yang diperolehi oleh Nizar.

Kajian oleh Merdeka Centre itu membabitkan sampel 805 orang. Daripada jumlah itu, 382 adalah Melayu, 330 Cina manakala 93 lagi terdiri daripada India.




MB Perak: Mahkamah Persekutuan putuskan 9 Feb
Jan 25, 10 1:16pm

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah menteri besar Perak yang sah.

Ketika dihubungi, peguam Nizar mengesahkan keputusan tersebut akan diumumkan pada tarikh tersebut. Mereka menerima faks dari pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan mengenai perkara itu pagi ini.

Kes tersebut didengar oleh panel lima hakim yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk
Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Panel tersebut menangguhkan kes tersebut pada 5 November tahun lalu selepas mendengar hujah kedua pihak.

Sebelum ini, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Pada Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Mohammad Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, tidak membantah berhubung permohonan itu.

Pertikaian bagi jawatan menteri besar Perak bermula selepas tiga anggota dewan undangan negeri meninggalkan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dan memberikan sokongan kepada BN pada Februari.

Mohammad Nizar, 52, kemudian memfailkan semakan kehakiman menuntut writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk tunjuk sebab berhubung atas asas apa atau hak beliau (Zambry) adalah Menteri Besar yang sah.

Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi keputusan itu diubah oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Mei.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Mohammad Nizar atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan Sultan, dan sebaik seorang menteri besar dilantik, beliau dan Ahli Majlis Mesyuaratnya hanya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.

Mahkamah Rayuan pula memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah, adalah betul dalam melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru mengikut Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas berpuas hati Zambry mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri Perak.

MalaysiaKini

RangBulan: Kajian Rambang PR12, UMNO masih amat kukuh di Perak, jika bergantung dengan pengaruh Melayu Perak rasanya PR hanya akan putih mata. Kebanyakan kawasan PAS bertanding akan ditewaskan dengan mudah oleh UMNO di Perak.

Apakah isu DS Anwar akan menjadikan gelombang berubah, sejarah membuktikan Melayu Perak tak sama dengan Melayu di Kelantan, Kedah atau Terengganu.

Tiada ulasan: