Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

4.2.10

Anwar minta liwat Saiful


MOHD. SAIFUL diiringi bapanya, Azlan Mohd. Lazim yang turut menghadiri perbicaraan kes liwat Anwar.


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini yang memulakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dikejutkan dengan keterangan saksi pertama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dia diajak oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk melakukan hubungan seks luar tabii.

Marah dan takut dengan permintaan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Mohd. Saiful yang ketika itu merupakan pembantu khas kepada Anwar beberapa kali menolak ajakan tersebut sehingga menimbulkan kemarahan bekas majikannya itu.

Terdahulu mahkamah membacakan sekali lagi pertuduhan terhadap Anwar yang didakwa meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Anwar, 63, yang hadir di mahkamah bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak serta menantunya membantah pertuduhan itu dengan suara yang kuat: "Ia satu tuduhan jahat dan fitnah oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan karier politik saya."

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah kemudian mengarahkan perbicaraan dijalankan setelah menolak permohonan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar untuk menangguhkan prosiding itu.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan menyoal Mohd. Saiful semasa pemeriksaan utama berhubung apa yang berlaku pada hari kejadian.

Mengikut Mohd. Saiful, dia mulanya diminta oleh Anwar untuk ke Kondominium Desa Damansara pada pukul 10.30 pagi 26 Jun 2008 berhubung satu mesyuarat pada pukul 12 tengah hari di kondominium itu.

Kondominium itu dimiliki rakan baik kepada Anwar bernama Hasanudin.

Mohd. Saiful berkata, Anwar juga mahu berjumpa dengannya kononnya bagi berbincang mengenai jadual kerja. Dia pergi ke kondominium itu pada pukul 1.45 petang.

Dia turut membawa dokumen yang diletakkan dalam beg hitam untuk diserahkan kepada Anwar seperti yang diminta oleh Ibrahim Yaacob (Ketua Staf di pejabat Anwar).


ANWAR hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dengan ditemani isteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.


Saiful: Saya lalu pos pengawal, saya berhenti dan tidak beritahu nak ke mana tapi cuma katakan 'Mokhtar'. Saya telah pergi beberapa kali ke sana dan saya hanya perlu kata demikian.

Yusof: Kemudian?

Saiful: Saya letak kereta di tempat pelawat di B4 dan terus masuk lif ke tingkat atas sebelum terserempak dengan seorang lelaki tapi tidak berapa cam lelaki itu. Saya kemudian naik ke unit 11-5-1.

Yusof: Apa yang kamu nampak?

Saiful: Saya melihat Anwar duduk di meja makan. Saya masuk dan duduk di hadapannya sebelum serahkan dokumen.

Yusof: Kemudian?

Saiful: Kami bincang tentang jadual kerja tapi tak lama selepas itu Anwar tanya satu soalan dalam Bahasa Inggeris: "Can I **** you today?"

Yusof: Apa reaksi kamu?

Saiful: Saya marah dan takut, saya menolak pelawaan Anwar dan saya kata tidak mahu.

Yusof: Apa Anwar kata?

Saiful: Dia dengan nada marah berkata: "Why?" Saya kata perkara sama, saya tak sanggup melakukan tapi dia marah lagi. Saya yang takut kemudian diarahkan masuk ke bilik tidur utama.

Saya mengikut permintaan Anwar masuk ke bilik tidur. Anwar pergi ke hujung bilik dan tutup langsir sebelum datang balik untuk tutup lampu bilik.

Yusof: Gelap tak?

Saiful: Gelap tapi masih ada cahaya dari celah langsir. Anwar arahkan saya bersihkan diri dalam tandas. Saya buka pakaian dan masuk ke dalam tandas untuk membasuh badan.

Saya ambil tuala dalam tandas dan keluar sambil bawa baju kemeja untuk digantung pada tempat pemegang. Saya nampak Anwar di hujung penjuru katil.

Anwar berdiri dengan bertuala putih dan arahkan saya datang kepadanya. Anwar kemudian peluk saya sambil berdiri.

Keterangan Mohd. Saiful tiba-tiba terhenti apabila Karpal Singh memohon supaya keterangan saksi itu dibuat secara tertutup di dalam kamar.

Mohd. Yusof bagaimanapun membantah atas alasan orang awam perlu mengetahui perkara sebenar.

Hakim Mohamad Zabidin kemudian bersetuju supaya keterangan Mohd. Saiful direkodkan tanpa kehadiran orang awam dan media.

Pada awal keterangan, Mohd. Saiful memberitahu, dia dijemput rakan untuk bekerja dengan Anwar pada awal Mac 2008, seminggu sebelum pilihan raya umum 2008.

Tugasnya sebagai pembantu peribadi Anwar antaranya mengatur pertemuan dengan ahli Parlimen yang ingin melompat parti, mengemaskini dokumen sulit dan mengawal selia telefon bimbit peribadi Anwar.

Saksi itu memberitahu, dia diberikan gaji sebanyak RM1,000 namun sekiranya berpeluang mengikuti perjalanan ke luar negara bersama Anwar, dia akan mendapat elaun khas.

Saiful: Ia bergantung kepada perjalanan itu seperti ke Singapura dan Hong Kong, masing-masing sebanyak AS$1,000 (RM3,400) dan HKD$10,000 (RM4,400)

Yusof: Bila berhenti kerja?

Saiful: Secara rasmi tiada tapi secara automatik selepas buat laporan polis pada 28 Jun 2008 tapi saya ada buat surat letak jawatan pada pagi 27 Jun 2008.

Saya juga hantar e-mel melalui telefon Blackberry kepada Datuk Seri Anwar untuk letak jawatan.

Yusof: Apa sebab berhenti kerja?

Saiful: Kerana saya tak sanggup lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan. Tapi dalam e-mel tersebut saya bagi dua alasan untuk berhenti.

Pertama, saya tidak berdisiplin dan selalu datang lewat ke pejabat sebab itu Anwar selalu marah saya.

Kedua, saya tertekan dan rasa kurang kelayakan kerana di pejabat baru PKR di Tropicana Damansara, saya diberikan sebuah bilik sedangkan orang lain di luar. Selagi saya jadi pembantu peribadi Anwar akan timbul isu.

Perbicaraan bersambung hari ini.

Kosmo!

Tiada ulasan: