Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com
Memaparkan catatan dengan label Rasis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rasis. Papar semua catatan

2.10.13

PCA benar penahanan tanpa bicara diluluskan




 
Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah, diluluskan di Dewan Rakyat tengah malam ini.
   
Usaha wakil rakyat pembangkang untuk menggagalkan kelulusan rang undang-undang itu tidak berjaya apabila ia diluluskan dengan suara majoriti daripada penyokong kerajaan pada 12.50 malam, lapor Bernama.
   
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim membentangkan usul bagi menghentikan jam di dalam Dewan tepat 12 tengah malam untuk membolehkan perbahasan diteruskan pada hari yang sama, mengikut peraturan mesyuarat 90 (2).
   
Rang undang-undang itu dibahaskan sejak semalam selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membentangkannya untuk bacaan kali kedua.
   
Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Ahmad Zahid pada Rabu lepas.

Lewat petang ini, undian dijalankan dengan 115 anggota Parlimen menyokong dan 66 lagi membantah, membolehkan rang undang-undang itu dibincangkan di peringkat jawatankuasa.

Peringkat jawatankuasa proses itu yang dijadualkan malam ini akan menyaksikan Dewan Rakyat meneliti setiap bab dalam cadangan pindaan kepada akta itu.

Enam anggota Parlimen Pakatan Rakyat yang menghantar cadangan perubahan kepada rang tersebut akan berpeluang membahaskan hujah mereka.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pindaan itu akan diperhalusi pada peringkat jawatankuasa.

Tvtlee Lee · Bekerja di Jobless
 
sedikit kesimpulan Akta PCA yang dibincang hari ini:

1. Orang awam yang dituduh tidak boleh meminta nasihat peguam bela
2. Tuduhan kepada orang tidak boleh diumumkan, ia dianggap rahsia negara.
3. Orang yang dakwa tidak boleh membuat rayuan
4. Mahkamah boleh membuat pertimbangan mengikut kes yang berlainan. Tetapi PCA, sekiranya panel kata orang itu salah. Orang itu akan dilokap 2 tahun.
5. Panel hanya akan dengar tuduhan dari KDN. Orang dituduh tidak berhak membela diri.
6. Orang yang "membantu" penjenayah akan ditahan bawah PCA. Jika kes membantu secara paksa, misalnya membantu mangsa kemalangan. orang itu boleh ditahan dengan PCA.
7. Penuduh(KDN) yang membuat siasatan, memanggil saksi. Bukan lembaga/panel yang memanggil saksi. Panel hanya baca laporan daripada KDN
8. Hasil lembaga PCA tidak boleh disemak di mahkamah, kecuali 'prosedur' lembaga boleh dipersoalkan, bukan asas tangkapan ditangkap itu.
9. Orang yang "bergaul" dengan penjenayah, boleh ditahan bawah PCA baru ini.

11.9.13

Limpahan kolam kilang besi landa kampung Orang Asli


2:27PM Sep 11 2013  
Satu perkampungan Orang Asli di Gua Musang dilanda banjir kilat semalam apabila dinding kolam sebuah kilang keluli runtuh dan menyebabkan air takungan industri melimpah ke dalam sungai di kampung berkenaan.

Seorang penduduk kampung, Uda Busu berkata kejadian pada jam tiga petang tersebut hampir meragut nyawa seorang kanak-kanak yang sedang bermain di pinggir Sungai Kelaik.

“Anak-anak kami sedang bermain di kawasan sungai berkenanan dan ketika air tiba-tiba datang meluru menyebabkan salah seorang daripada mereka gagal menyelamatkan diri.

 “Jika tidak diselamatkan, dia akan dihanyutkan arus,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, seorang jiran mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang tersebut berlari untuk memberi amaran kepada penduduk kampung.

“Akibat daripada banjir semalam, kami bernasib baik kerana rumah kami tidak mengalami apa-apa kerosakan tetapi tanaman kami musnah”.

 “Jika malam ini hujan lebat, dikhuatiri kolam yang lebih besar akan pecah”.

“Kami bimbang ia akan memusnahkan seluruh kampung dan menghanyutkan kami hingga ke Kota Bharu”, katanya, separuh berjenaka.

Kampung yang terletak kira-kira 60km dari Gua Musang itu dihuni oleh 20 buah keluarga.

Penduduk mendakwa air sungai yang menjadi sumber air utama penduduk kampung tersebut bertukar warna menjadi merah semenjak kilang tersebut beroperasi di situ.

Ketika dihubungi, pengurus syarikat kontraktor kilang Sterling Goldhill Sdn Bhd, Julice Chu berkata mereka masih belum mengesahkan dakwaan tersebut.

“Saya akan membuat tinjauan untuk mengesahkannye kerana sebelum ini banyak aduan yang pernah dibuat oleh Orang Asli di kampung berkenaan”, kata pengurus syarikat tersebut

Bagaimanapun, Chu menyatakan hujan lebat yang sedang melanda negara beberapa hari ini mungkin akan meningkatkan semua paras air sungai dan tidak hanya berlaku pada Sungai Kelaik.

14.7.13

NGO: Perbuatan Alvin, Vivian melampau


 
Pengerusi Social Care Foundation Tan Sri Robert Phang Miow menyifatkan tindakan pasangan Tan Jye Yee (Alvin), 25 dan Vivian Lee, 24, yang memuat naik gambar hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook kelmarin, adalah melampau.

Phang yang ditemui di Balai Polis Jalan Tun Razak, hari ini, berkata tindakan itu telah menyinggung perasaan ramai umat Islam yang kini sedang menjalankan ibadah puasa.

"Ia bukan perkara yang sihat. Kita patut menghentikan tindakan ini dan tidak membiarkan ia berlaku," katanya.

Pasangan itu yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, telah memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu sambil menulis kapsyen "Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan, serta meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Robert Phang Miow ditemui selepas membuat laporan polis berhubung tindakan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dikatakan mempertikai titah Sultan Johor melantik Datuk Tee Siew Kiong sebagai anggota Exco kerajaan negeri.

- Bernama

27.6.13

Zahid Hamidi Gagal Ketepikan Kes Saman Terhadapnya

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggunakan semua ruang undang-undang untuk menghalang kes saman terhadapnya didengari di mahkamah.

Mahkamah Persekutuan pagi ini menolak permohonan menteri dalam negeri itu yang cuba mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah lebih rendah mengatakan kes saman itu perlu dibicarakan.

Saman itu difailkan oleh Amir Bazli Abdullah terhadap Ahmad Zahid yang dituduh menumbuk mukanya pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor.

Amir Bazli mengalami patah hidung (kecederaan kekal) dan rosak kekal di bahagian sebelah kiri mata.

Lima orang Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Tan Sri Md Raus Sharif mengatakan persoalan undang-undang sudah selesai.

"Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kes itu perlu dibicarakan dan Mahkamah Rayuan mempunyai pendapat sama," kata hakim itu.

"Biarlah ini dibicarakan di mahkamah dan biarkan mahkamah membuat keputusan. Dia akan mempunyai ruang untuk merayu kemudian."

Md Raus kemudian menolak permohonan Ahmad Zahid dengan kos RM5,000.

Semasa kejadian itu dikatakan berlaku, Ahmad Zahid merupakan timbalan menteri penerangan.

Dalam satu kenyataan tuntutannya, Amir Bazli berkata, kira-kira jam 10 malam pada 16 Jan, 2006, dia berada di sebuah stesen minyak di Bangi apabila ejen defendan mendekati dan mengugutnya.

Mereka membawanya secara paksa ke kelab rekreasi Country Heights di Kajang.

Terdapat, plaintif menyaksikan Ahmad Zahid dengan menantunya bernama Hisham dan anak lelakinya yang dikenali sebagai KK. Terdapat juga beberapa yang lain bersama mereka. -TMI

Liling said...
June 27, 2013 at 12:02 PM Anwar Makin Gawat, Kifarahnya Kian Ketara

Anwar tahu, tidak semua orang akan termakan dengan temberangnya. Anwar juga tahu, walau selapar mana pun terhadap kuasa, masih ramai yang berfikiran waras dan lebih rela menanti sambil berusaha mengikut kaedah yang dibenarkan oleh undang-undang dan syara’ berbanding mewujudkan kekacauan dan ketidakstabilan sepertimana yang kerap diamalkannya.

Namun dek kerana besarnya ego, dan angkuhnya dia kerana sudah terlalu lama dia bergelumang dengan wang upahan Zionis, Anwar beranggapan semua orang akhirnya akan terpedaya dengan segala kelakuan, tutur kata dan lakonannya.

Beberapa minggu sebelum PRU13 berlangsung, janji Anwar Ibrahim yang dilafazkan kepada masyarakat termasuklah kepada para penyokongnya ialah, seandainya dia gagal menjadi Perdana Menteri dan sekiranya Pakatan Rakyat gagal memenangi Putrajaya, dia akan bersara dari politik, berpindah ke luar negara, khususnya ke Eropah untuk kembali mengajar.

Kata-katanya itu mendapat reaksi sinis daripada ramai orang yang mengetahui luar dalam seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Apa yang hendak diajarkan oleh Anwar Ibrahim seandainya kelulusan akademik yang ada padanya, hanyalah ‘ijazah kesian’. Anwar tidak pernah lulus dalam pelajarannya. Dia adalah contoh pelajar tercicir kerana terlalu sibuk berpolitik, bernasib baik kerana dipilih memegang jawatan dan kuasa, kemudian lupa diri apabila menyalahgunakan kuasa yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Malah ramai yang tersenyum lebar mendengar janji Anwar Ibrahim. Bukan kerana mereka terlalu bangga dengan ketulusan yang cuba dibuktikan oleh Anwar Ibrahim tetapi kerana mereka tahu, ikrar tersebut sebenarnya langsung tidak bermakna kepada Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim bukannya jenis manusia yang berpegang kepada janji, walaupun janji yang dituturkannya sendiri.

Terbukti, keputusan PRU13 yang langsung tidak berpihak kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, menanggalkan selubung kepura-puraan yang masih berbaki untuk menutup tembelangnya. Anwar Ibrahim meloncat apabila usahanya sekali lagi gagal. Pakatan Rakyat yang dipimpinnya hanya mampu menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional. Atau lebih tepat lagi, mengurangkan 7 lagi kerusi Parlimen yang dimiliki oleh Barisan Nasional pada 2008.

Sedangkan seluruh kekuatan telah digunakan oleh Anwar Ibrahim. Bukan itu sahaja, Anwar Ibrahim yang menganggap undi daripada hampir seratus peratus masyarakat Cina, sedikit daripada masyarakat India dan sebahagian daripada masyarakat Melayu-Bumiputera, sudah cukup untuknya mendapatkan majoriti mudah bagi menawan Putrajaya.

Ternyata, walaupun Barisan Nasional, kehilangan undi Cina, manakala undi Melayu-Bumiputera pula telah berpecah-pecah, Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak tetap berjaya mempertahankan Putrajaya.

CHINAMIE yang diwujudkan oleh Anwar Ibrahim dengan bantuan DAP, gagal mengalahkan gabungan parti-parti dalam Barisan Nasional yang mendapat sokongan lebih besar daripada masyarakat Melayu-Bumiputera berbanding untuk Pakatan Rakyat.



Liling said...
June 27, 2013 at 12:02 PM Bantuan daripada DAP yang menyediakan pelbagai bukti fitnah menerusi team RED BEAN ARMY, hanya membuatkan gerombolan Anwar Ibrahim ditertawakan. Anwar Ibrahim cuba untuk menyanggah dengan melakukan himpunan besar-besaran yang kemudian akan mencetuskan gelombang Malaysia Spring yang diidam-idamkannya.

Walaupun berjaya di Stadium Kelana Jaya dengan disertai sebahagian besarnya daripada golongan muda Cina, namun ia tidak bertukar menjadi gelombang yang diharapkan. Begitu juga dengan himpunan yang dibuat di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor, kesemuanya gagal mewujudkan gelombang sepertimana yang diharap-harapkan oleh Anwar Ibrahim.

Sedar dengan keadaan itulah, konco-konco rapatnya seperti Hishamuddin Rais dan Haris Ibrahim cuba pula mewujudkan gelombang rusuhan jalanan. 18 Mei 2013, rusuhan jalanan bakal dimulakan oleh konco-konco Anwar Ibrahim.

Anwar pula menyiapkan Pelan B dengan menggunakan nama Barrack Obama. Anwar berterus-terang bahawa dia akan cuba mendapatkan bantuan Amerika Syarikat untuk campurtangan dalam politik negara ini bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri.

Ternyata, Anwar Ibrahim dan konco-konconya hanya syok sendiri. Pimpinan utama PAS yang diharapkan dapat mengerahkan ahli-ahli PAS merusuh dan berdemonstrasi di jalanan sepertimana yang dilakukan sebelum ini, bertindak berpeluh tubuh dan hanya mendiamkan diri. Kenyataan daripada Presiden PAS bahawa PAS menerima keputusan PRU13 dengan berlapang dada dan sebagai ketentuan Allah Taala, telah meranapkan sebahagian besar daripada perancangan Anwar Ibrahim.

Lebih menyakitkan hati lagi, Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan pula menyatakan secara berterus-terang bahawa dia tidak bersetuju langsung dengan rusuhan yang akan diadakan oleh konco-konco Anwar Ibrahim kerana perbuatan tersebut hanya akan menyebabkan masalah yang lebih besar melibatkan keselamatan rakyat. Bukan itu sahaja, Karpal Singh juga mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap konco-konco Anwar Ibrahim yang mahu menggulingkan Kerajaan yang sah menerusi kaedah keganasan.

Checkmate Anwar Ibrahim sudah tiba. Walaupun mungkin sebahagian besar daripada pimpinan DAP seperti Lim Kit Siang akan menunjukkan simpati kepada Anwar Ibrahim, namun Anwar Ibrahim juga sedar, dia sekarang sedang bersendirian bersama-sama konco rapatnya.

23.6.13

DAP: Kau yang hipokrit, Wan Ahmad


2:37PM Jun 23 2013  
DAP hari ini menempelak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa menjadi 'hipokrit sebenar' dengan menyatakan pilihan raya umum lalu bersih dan adil sekalipun bukti menunjukkan sebaliknya.

NONEDalam kenyataan, Pengarah Strategi DAP Ong Kian Ming mendakwa SPR menunjukkan sikap hipokrit apabila enggan mengakui bahawa dakwat kekal itu tidak kekal, perpindahan pengundi berlaku sewenang-wenangnya, persempadanan menyebelahi BN dan SPR tidak menguatkuasa peraturan pilihan raya.

Ahli parlimen Serdang itu mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum lalu.

Berdasarkan fakta, katanya, pelbagai tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat - menganjurkan perhimpunan bantahan, memfailkan petisyen, menyuarakan parlimen - tindakan konsisten dengan hasrat mereka demi mewujudkan ketelusan, adil dan sistem pilihan raya yang bersih.

21.6.13

Polis dakwa penganjur 'Black 505' mahu lihat pertempuran


7:12PM Jun 21 2013  
Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan lewat petang ini mendakwa menerima maklumat tentang cubaan peserta himpunan 'Blackout 505 esok' untuk menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa.
Ketua pasukan itu Datuk Mohmad Salleh berkata polis mendakwa menerima maklumat peserta di tujuh lokasi himpunan akan "menimbulkan kemarahan polis", dan "mencetuskan huru-hara sekitar Kuala Lumpur".

"Suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.

"Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai himpunan ini kerana ia jelas menunjukkan pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dan orang ramai," kata polis dalam kenyataan mereka.

Perhimpunan esok untuk memprotes perjalanan pilihan raya lalu antara lain menuntut pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di beberapa tempat dengan keputusan meragukan.

Dalam kenyataan sama, polis turut mengulangi kenyataan mereka sebelum ini yang tindakan tegas akan diambil terhadap himpunan itu yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Polis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas sesiapa sahaja yang melanggar akta itu dan sebarang undang-undang yang termaktub di negara ini," kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu berlawanan dengan dakwaan PKR, penganjur utama perhimpunan 'Black 505' bahawa parti itu telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu memudahkan penganjuran perhimpunan di Padang Merbok esok.

Dalam kenyataannya, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang juga ahli parlimen Pandan mendakwa tindakan itu dibuat selagi peserta perhimpunan tidak memusnahkan harta awam.
Dalam reaksi segeranya malam ini, Rafizi berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mohmad itu dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kononnya penganjur mengeluarkan arahan untuk melakukan provokasi terhadap anggota polis dengan tujuan mencetuskan rusuhan.

"Tidak ada satu perbincangan pun yang menyentuh mengenai kekasaran terhadap pasukan polis, malah saya berhubung dengan baik dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sepanjang penganjuran ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Rafizi berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohmad kerana kenyataannya itu berbau fitnah dan tidak benar.

SPR: S'gor tak perlu tubuh s'jaya siasatan


 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada keperluan bagi Selangor menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan berlakunya penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas.
Beliau berkata parti atau ahli politik yang tidak berpuas hati dengan perjalanan PRU13 seharusnya mengikut saluran yang betul dengan memfailkan petisyen di mahkamah.

"Rasa tidak puas hati mengatakan SPR itu dan ini elok dibawa ke mahkamah tetapi berhubung suruhanjaya penyiasatan berkenaan saya tidak pasti apa bendanya, adakah suruhanjaya ini boleh menyiasat SPR yang ditubuhkan di bawah perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil kepada petugas PRU13 di Melaka, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang mahu menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan PRU13.

Beliau berkata SPR tidak melakukan sebarang penipuan ketika menjalankan tugas sepanjang PRU13 sebaliknya mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki SPR namun ia tidak menyebabkan proses pilihan raya lepas terbatal.

Katanya PRU13 berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi merupakan yang tertinggi di dunia iaitu sebanyak 85 peratus.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata parti atau ahli politik juga seharusnya menerima keputusan PRU13 lepas dengan hati terbuka kerana ia adalah keputusan pengundi dan bukannya SPR.

Beliau berkata perhimpunan haram bertujuan melahirkan perasaan tidak puas hati juga tidak seharusnya diadakan kerana ia tidak mengikut saluran yang ditetapkan.

Katanya situasi itu hanya membuang masa, tenaga dan menyebabkan kemusnahan harta benda awam sekiranya berada dalam keadaan tidak terkawal.

- Bernama

Kuala Lumpur antara 10 Bandaraya paling bahaya di dunia?

Kuala Lumpur adalah bandaraya keenam paling berbahaya di dunia, demikian apa yang dipaparkan dalam laman web 10awesome.com. yang entah siapa pemiliknya..



Menerusi posting bertajuk '10 Bandaraya Berbahaya di Dunia', San Pedro Sula, Honduras disenaraikan sebagai bandar yang paling berbahaya diikuti dengan Ciudad Huarez di Mexico, Maceio di Brazil, Acapulco di Mexico dan Sharm el Sheikh di Mesir.

"Pada masa ini, ibu negera ini (Kuala Lumpur) dikatakan salah satu bandar yang paling berbahaya di dunia. Kadar jenayah meningkat sebanyak 70 peratus dalam tempoh tiga tahun yang lalu," demikian menurut kenyataan laman web itu.


http://10awesome.com/10-dangerous-cities-in-the-world/

Bagaimanapun penulis yang hanya dikenali sebagai Deaa tidak menyatakan maklumat lain sebagai sokongan terhadap dakwaan berkenaan.

Berikutan itu satu kenyataan telah dikeluarkan dalam FaceBook PDRM menafikan dakwaan penulis itu..

MAKLUMAT PALSU: Dakwaan sebuah laman sesawang yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI.

Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman sesawang tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada pihak polis.

Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi.

Sepanjang tempoh 3 tahun iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan jenayah indeks di Kuala Lumpur sebanyak 31.8%, hasil usaha berterusan pihak polis dalam menangani isu jenayah di bandaraya tersebut.

Macai tentu kata ini mesti Red Bean Army punya kerja ataupun penulis yang memburuk-burukkan Kuala Lumpur ni sahabat Anwar Ibrahim.?

-http://darisungaiderhaka.blogspot.com

20.6.13

'Tindakan boleh diambil jika penumpang enggan bayar caj 10%'



Tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap mana-mana penumpang yang enggan membayar caj tambahan 10 peratus seperti yang dibenar oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali.

Beliau berkata tindakan juga boleh diambil terhadap mana-mana pengusaha bas yang mengenakan caj lebih.

"(Sehubungan itu) Saya menyeru kepada penumpang dan pengusaha bas supaya menerima caj tambahan 10 peratus seperti yang dibenarkan oleh SPAD.

"Saya menggesa semua penumpang dan pengusaha bas untuk mematuhi pengumuman SPAD ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua hari lepas, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan suruhanjaya itu bersetuju pengendali bas ekspres mengenakan caj tambahan 10 peratus bagi musim perayaan akan datang.

Beliau berkata kelulusan caj tambahan itu dikenakan bagi semua perjalanan dari 8 Julai hingga 8 September tahun ini, merangkumi semua perkhidmatan bas ekspres dan bas tambahan.

Syed Hamid berkata langkah itu dapat membantu dan menampung kos operasi syarikat yang perlu menyediakan perkhidmatan tambahan berdasarkan permintaan tinggi daripada pengguna, terutama semasa musim perayaan.

Mengulas permintaan persatuan itu untuk menaikkan kadar tambang bas ekspres, Mohamad Ashfar berkata perbincangan secara terperinci telah diadakan dengan SPAD semalam.

"SPAD telah menjelaskan bahawa satu kajian terperinci perlu dijalankan untuk dikemukakan kepada Kabinet.

"Kabinet akan memberi kelulusan bagi sebarang kenaikan tambang bas dan proses itu mungkin akan mengambil masa beberapa bulan," katanya.

Mohamad Ashfar juga berkata tiada undang-undang yang menyatakan pengusaha bas perlu menjual tiket lebih awal sempena perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Beliau berkata langkah itu merupakan perkhidmatan yang disediakan pengusaha bas secara individu berdasarkan model perniagaan mereka sendiri.

"Oleh itu, untuk perjalanan semasa perayaan Aidilfitri, pengusaha bas akan mula menjual tiket lebih awal berdasarkan model perniagaan mereka," katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pengusaha bas akan memastikan bilangan bas mencukupi bagi membolehkan semua orang pulang dengan selamat semasa perayaan Aidilfitri.

-Bernama

19.6.13

Faizal Tahir digam Media Prima kerana menyokong Pakatan?

Semalam, terdapat laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah digam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima Berhad. Khabarnya penyanyi yang popular menerusi lagu Sampai Syurga itu digam dek kerana kelantangannya bersuara tentang isu politik negara, baru-baru ini.



Menerusi kenyataan di portal Gua.com.my hari ini, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar tampil menafikan laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah digam oleh stesen televisyen dibawah Media Prima.

“Siapa yang mainkan isu ini? Saya pun tidak tahu ada timbul cerita begini. Apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali”

“Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Faizal Tahir telah di’gam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima. Dia masih lagi artis naungan Monkey Bone. Orang di luar sana boleh buat sebarang spekulasi, tetapi saya nafikan perkara ini,” jelas Ahmad Izham Omar.

Semalam kecoh apabila penyanyi itu dikatakan dimaklumkan secara lisan mengenai dirinya digam. Malahan sebaik sahaja perkara ini berkuatkuasa, beberapa acara yang melibatkan Faizal Tahir dengan stesen televisyen milik syarikat berkenaan khabarnya telah pun dibatalkan secara tiba-tiba.

Sementara itu pengurus peribadi Faizal Tahir, Jeff Wai mengatakan yang penyanyi itu belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan dan beliau sendiri tidak pasti sama ada laporan sebelum ini benar atau tidak.



-http://darisungaiderhaka.blogspot.com

17.6.13

Terima RM5,000 Mazlan punca tiada petisyen Yusni di Sg.Acheh?

Monday, 17 June 2013

Apabila Speaker DUN P.Pinang buat petisyen PRU13, ada orang tanya saya, "Umno dan SPR tak tipukah di DUN Sungai Achrh?"

Saya cakap, che'GuBard kan sudah buat petisyen di DUN itu.

"Mana Yusni Mat Piah," tanya pemuda Pas.

Cikgu Asnah, Rosidi Hussain, Arshad Mohd.Salleh itu calon Pas. Mereka semua buat aduan duit SPRM.

"Kenapa (Yusni) Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang itu tak pergi buat laporan di Sungai Acheh?" tanya pemuda itu lagi.

Tak sempat saya menjawab, ada pemuda lain mencelah, "mungkin sebab terima RM5,000 tunai daripada adik Mazlan Ismail."

Sampai hari ini Yusni tak pernah nafi mengenai khabar menerima duit sebanyak itu melalui Omar Singer (Ketua Pas Kawasan Permatang Pauh).

Orang tarbiah itu tak pernah nafi ada konsesus untuk gembling pro Pas menyokong Mazlan di sebalik politik wang itu.

Yusni tak buat petisyen PRU13 dan aduan di SPRM mungkin bersebab?

9.6.13

Menteri: Individu didakwa hina Nabi dikenalpasti


 
Menteri: Individu didakwa hina Nabi Muhammad dikenalpasi
Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad melalui laman sosial Facebook dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian itu memandang serius kes penyalahgunaan Internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan yang boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.

"Saya ingin mengingatkan setiap pengguna Internet di negara ini bahawa mereka tidak akan terlepas dari undang-undang, walaupun perlakuan atau penyataan mereka di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog itu adalah atas dasar peribadi kerana ianya boleh mencetus provokasi di negara ini," katanya kepada pemberita, di Kemaman hari ini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan jamuan rakyat di Felda Neram Satu, juga berkata kecanggihan teknologi membolehkan individu terbabit dikesan pihak berkuasa seperti kes-kes sebelum ini termasuk yang menghina Yang di-Pertuan Agong.

Kelmarin, dua akaun Facebook menggunakan nama 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina nabi.

Ditanya kemungkinan Malaysia menyekat akses media sosial seperti Facebook, Ahmad Shabery berkata langkah itu tidak perlu buat masa ini kerana medium berkenaan juga mempunyai kebaikan yang dapat dimanfaatkan banyak pihak.

"Kita tidak akan mengharamkannya hanya kerana tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab...cuma rakyat perlu tahu pihak berkuasa tidak akan berdiam diri jika mereka menyalahgunakan penggunaan laman media sosial.

"Tetapi saya tidak menolak kemungkinan itu andainya terdapat penggunaan secara negatif yang keterlaluan hingga mendatangkan rasa resah, gelisah dan kemarahan di kalangan rakyat... mungkin ketika itu kerajaan perlu menerima pandangan dan desakan dari pelbagai pihak untuk melakukannya," katanya.

Antara negara yang mengharamkan akses Facebook ialah China, Vietnam, Syria, Iran, Pakistan, Korea Utara dan Uzbekistan.

- Bernama

5.6.13

Polis tunggu 4 rakan suspek didakwa hina Agong tampil


8:42PM Jun 5 2013  
Suspek wanita yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya yang ditahan semalam, dibebaskan lapan jam kemudian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria berkata polis masih menunggu empat lagi rakannya bernama Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay untuk tampil memberi keterangan.
  
Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyebut pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan dan menahan suspek hasil siasatan serta maklumat orang ramai.

Dalam satu kenyataan semalam, SKMM menyebut siasatan terhadap wanita itu dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948.

SKMM turut meminta rakan suspek tampil bagi membantu siasatan.

4.6.13

'Kawal portal atas talian langgar jaminan MSC'


3:31PM Jun 4 2013  
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Malaysia tidak patut menuruti model Singapura yang mengawal portal atas talian kerana ia melanggar Akta Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menjamin tiada penapisan internet.

dap special meeting 110313 lim guan eng"DAP kesal apabila menteri komunikasi dan multimedia yang baru dilantik Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memulakan penggalnya dengan memungkiri janji BN sebelumnya untuk tidak menapis Internet, apabila mahukan kawalan ke atas portal atas talian.

"Di mana 'Janji Ditepati' BN?" kata Lim (kanan) dalam kenyataannya hari ini.

MSC dilancarkan pada 1996 oleh perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melonjakkan teknologi maklumat di negara ini. Terdapat sepuluh perkara dijamin, termasuk tiada penapisan Internet.

Ahmad Shabery semalam berkata, kerajaan sedang menimbang untuk mengawal portal berita seperti yang dilaksanakan Singapura pada minggu lalu.

Ahmad Shabery berkata kerajaan sedang menjalankan kajian untuk membolehkan pelaksanaannya tidak bertentangan dengan prinsip sedia ada.

NGO mahu M'sia sekat Facebook


6:58PM Jun 4 2013              
 
Sebuah NGO meminta supaya kerajaan menyekat laman sosial Facebook seperti yang dilakukan di Iran dan China bagi membendung sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.

NONEPengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin (kiri) berkata, tindakan itu perlu difikirkan kerana terdapat pengguna yang menggunakan laman itu untuk menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara, lapor Sinar Harian.
Selain itu, beliau juga meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membangunkan mekanisme bagi menyekat bahan yang boleh menimbulkan kemarahan atau menghina di laman sosial itu dan juga blog.

"Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah," katanya seperti dilapor dalam akhbar itu hari ini.

Hamidzun mengulas tindakan sekumpulan pengguna Facebook yang didakwa bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman sosial itu.

29.5.13

PKR dedah dakwaan penipuan kes undi awal


 
PKR hari ini mendedahkan dua laporan polis berhubung dakwaan penipuan yang berlaku semasa proses pengundian awal bagi pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Pengarah strateginya, Rafizi Ramli berkata, salah satu laporan berkenaan adalah mengenai kejadian di Melaka, berhubung tindakan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa mengira kertas undi sebelum masa yang ditetapkan.

Laporan kedua adalah berhubung kejadian peti undi yang didakwa lewat tiba di satu pusat pengiraan undi di Gerik, Perak sehingga menyebabka         n kiraan undi tersebut ditolak.

"Wujud perkara yang meragukan dalam undi awal apabila tidak sampai 8 peratus pun dalam kebanyakan keputusan pilihan raya yang tidak berpihak kepada Pakatan.

"Jadi dalam keadaan kita ada 250,000 undi awal, hari ini kita tampilkan perkara yang meragukan seperti ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Dalam kejadian di Melaka itu, ejen pusat mengundi PKR Abu Hussin Tamby mendakwa melihat antara tujuh hingga lapan orang individu yang memakai baju seragam SPR sedang mengira kertas undi di satu lokap polis.

Dakwanya, peti undi bagi pengundian awal tersebut dibawa dari pusat pengundian awal di balai polis Lubok China ke lokap di ibu pejabat polis daerah Alor Gajah pada 30 April lalu.

Sedangkan, peraturan SPR menetapkan agar kertas undi awal tersebut dikira dan peti undi tersebut dimaterai di tempat pengundian awal lagi, katanya dalam laporan polis bertarikh 2 Mei.

"Selepas selesai mengiringi untuk menyimpan peti undi awal di dalam lokap saya sempat lagi melihat petugas-petugas yang memakai baju SPR sedang mengira kertas-kertas undi," kata Abu Hussin, 42 dalam laporannya.

Dalam kejadian di Gerik, Perak pula, ejen tempat mengundi parti tersebut Shairi Md Tajuddin dalam laporannya mendakwa karung undi pos dari satu pusat pengundian di Pengkalan Hulu tidak sampai ke tempat pengiraan undi dalam masa yang ditetapkan pada hari pengundian 5 Mei.

Beliau menyalahkan SPR atas kelewatan perkara berkenaan, yang didakwa menyebabkan undi awal berkenaan ditolak, kata Shairi, 48, dalam laporan bertarikh 15 Mei itu.

“Saya beranggapan ini adalah salah laku yang disengajakan oleh pihak SPR bagi tujuan penyelewengan undi bagi memberi kemenangan kepada Umno/BN di parlimen Gerik dan DUN Pengkalan Hulu,” katanya dalam laporan tersebut.

25.5.13

TOYOTA BALAKONG RASIS

23 May 2013, 09:56 PM 
 
1. Hanya bertahan sekitar 7 tahun sahaja gear box AUTO Avanza kami... akhirnya meragam kini... perlu ingat betul-betul jangan lebih dari 20,000km atau setahun (mana satu yang lebih awal) baru tukar minyak gear auto ini masih meraung macam orang kena polong; Kes Avanza milik keluarga kami dirujuk:

i. Sy tak pasti bila perlu ditukar sbb pihak Toyota tak kasi tahu atau letak pelekat/sticker ingatan buat kami; Apatah lagi jika yang punya Avanza ini adalah seorang isteri yang hanya KOSONG pengetahuannya tentang masalah teknikal sebuah kereta. Sedangkan sejak beli kami tak pernah tukar minyak gear di luar sentiasa di Pusat Servise Avanza di Balakong Selangor. Nak jadi kes: Kegagalan pihak Pusat Servis Toyota memantau perkara ini secara bersungguh-sungguh pengguna yang menaggung risiko. Jika ini terusan berlaku pastinya  akan membuat semua pembeli akan bertukar ke kereta keluaran lain. Sebab kos untuk menukar baru gear box kereta Avanza ini amat MAHAL sampaikan RM20K.

ii. Bila SUDAH meragam sy beli minyak gear keluaran Toyota buatan Japan... pertama kali tukar dengan pomen sendiri. Mak Datok  keadaaan minyak teramat kotor seperti telah bertahun-tahun tidak ditukar. Sy memang percaya dengan khidmat Pusat Servis Toyota di Balakong sementelah isteri sy yang sentiasa menghantar di sana. Tapi melihat keadaan minyak sebegini nampak sangat ada sikap tak prihatin pihak Toyota dalam memantau Avanza kami.

iii. Di label tin minyak yang sy beli; Siap tertulis Type T-IV hanya untuk kenderaan Toyota; sy baru pakai sehari kebarangkalian masih tak stabil (atau memang mekanikal di dalam gear auto telah bermasalah) ; kami terpaksa berkejar ke Balakong. Apa yang berlaku Andy Lau Pit Then: Service Advisor berbincang dengan isteri saya; katanya minyak yang kami guna tak sesuai ... kononnya yang sesuai hanya DX3 (kod spare part sama 08886 dengan minyak T-IV)  Pihak Toyota buang minyak yang sy beli (sekitar RM100) baru pakai sehari. Sikap TAMAK & tidak mahu memberikan peluang pihak lain mencari rezeki dengan kenderaan Toyota ini bagi saya adalah sikap peniaga RASIS; samseng & tak bertamadun. Jika betul tak boleh guna minyak gear auto lain tempahlah pelekat tampal kat cermin kereta Avanza atau TULIS di buku panduan Avanza. Hanya Dexron ATF sahaja untuk Avanza. Silap masuk minyak gear auto habis kong. (Siapa mekanik sini sila beri pendapat)

Dexron ATF kononnya hebat sesuai tapi bila taruh lagi teruk jadinya gear auto sy berbanding dari T-IV tin hitam lebih lancar. Di buku manual Avanza sy  tidak pun  jumpaditulis Dexron ATF untuk Avanza. Semua Avanza luar sana taruh minyak tin hitam T-IV seperti sy beli tak pun jadi masalah; yang pasti 8 tahun tak pernah tukar minyak gear auto di luar sentiasa di Pusat Servis Toyota. Bila sy tukar buat pertama kali tenguk punyalah likat hitam minyaknya. Pasti sy kecewa. Pomen di Balakong ini main-main tak betul ikut jadual ganti minyak auto gear Avanza itu yang jelas.

Terbaru; bila sy balik buat servis suhu enjin naik tinggi. Bila sy pantau enjin Avanza sy kabel air pun tak disambung. Coolant punyalah mahal harga...

kalau kabel air tak sambung itu namanya aniaya pelanggan. Jangan berniaga macam ini brother.

Kes minyak gear auto: jika benar Pusat Servis Toyota Balakong jujur kenapa tak taruh baki 4 liters; ini pasti beli jenis tin besar jika begitu jangan tuntut bayaran 4 liters; sebab sy ganti sendiri mana habis tin 4 liters. banyak amat berbaki sekitar 3 liters sahaja diguna dari tin 4 liters.



iv. Pemilik Toyota menukar minyak gear  auto semestinya di hormati; isu yang remeh sebegini sebaiknya pusat servis Toyota perlulah berbudi bicara. Lebih baik bertanya dahulu dengan empunya kereta bukan main buang sahaja; takkan tak perasan minyak tersebut baru sehari diguna kenapa dibuang ikut suka hati; yang lagi sedih minyak tersebut memang keluaran Toyota buatan Japan. Ingat beli minyak tersebut dengan duit KULIT kerangkah?. Isteri sy memang telah memberi tahu minyak tersebut baru sehari dipakai; nampak sangat autanya pomen ini; sy memang nak tahu mereka ini smart atau tidak; sengaja sy taruh lebih dari sukatan. Jika benar tukar minyak lain takkan masih lebih sukatannya... hahaha!.

2. Sikap tak beretika dengan pelanggan wanita sebegini oleh staf di Pusat Servis Toyota pastinya akan membuat pengguna kenderaan Toyota menyampah untuk berurusan dengan Toyota. Kecuali kereta Toyota milik syarikat di manaboleh buat penolakan Cukai Pendapatan Syarikat yang merugikan kerajaan tentunya. Semua orang tahu Pusat Servis Toyota menggenakan bayaran servis amat mahal; bayangkanlah Long Life coolant RM29.90 sebotol; perlu ditukar 3 botol tiap kali buat servis di pusat servis mereka; tanpa berunding dengan pelanggan untuk coolant ini; main taruh saja.  Pengguna kereta Toyota perlu berbelanja RM73.83 untuk coolant sahaja. Bagi sy ini bisnes menganiaya pihak pengguna perempuan. Isteri sy manalah tahu bab coolant ini. Jika sy berurusan dengan Toyota memang sy tolak. Hebat sangatkah coolant yang pihat Toyota bekalkan. RM73.83dah nak sama minyak hitam pun minyak gear harganya. Mak Datok

i. hahaha berbalik kes gear auto sy yg memang telah rosak; masalah masih tidak berubah biarpun ditukar dengan dengan minyak gear auto  Dexron ATF yang konon minyak PALING sesuai untuk Avanza 1.3. Ada ketika masih sangkut di gear rendah masih mengaum. Katanya gerigi di dalam gear auto sudah makan. Pengguna perlukan RM20K untuk membeli gear box yang baru di Pusat Servis Toyota seantero negara. Nahas. Dah tahu dah rongak gigi gear tu kenapa nak taruh mintak hebat?. Biarlah minyak kami guna tu kekal dah memang kena TUKAR gear box. Sy pasti tarak tukar pun sebab memang kami taruh lebih dari sukatan seperti sy ceritera tadi.

3. Ada sesiapa di sini tahu apa ke bendanya minyak gear auto Toyota Type T-VI ini konon katanya hanya sesuai untuk Vios dan jenama lain bukan tak sesuai untuk Avanza; sedangkan di Tin yg saya beli tiada tertulis pun untuk kereta Toyota jenis apa.(Selalunya minyak enjin memang ada kadar kandungannya) Kod alat ganti sama 08886 di tin minyak gear sy beli pun di resit invoice pihak Toyota yang bekalkan 08886DX3. Jika benarlah telahan ini seharusnya pihak jurujual juga pengeluaran minyak gear box perlu menulis jenama kereta di tin mereka agar pengguna tidak tertipu. Tulis di resit invoise 4 litre mana lagi sekitar 1 liters yang harganya sekitar RM20. Sy beli tin 4 liters jika taruh dalam gear auto; melimpah atau gilerrr namanya. Hanya sekitar 3 liters sahaja perlu diisi. Pastikan TULIS di buku panduan agar pengguna Avanza lain tidak terkena hanya minyak Dexron ATF susah sangatkah!?.

4. Sy temui URL Toyota Avanza di Indon juga tempatan kebanyakan pomen tempatan mengguna Type T-VI keluaran Toyota untuk minyak gear auto Avanza seperti saya beli. Perlu diketahui kebanyakan barangan gantian di Toyota Balakong Selangor buatan Thailand. Kilang barangan gantian Toyota kini dibuka di Thailand bukan di negara Malaysia. Dalam masa yang sama jika kita membeli alat gantian di kedai pasar terbuka; masih terdapat barangan tulin/ori dari Japan tapi agak mahal. Barangan dari Thailand yang pihak Toyota bekalkan bukan saya nak komdem tetapi musibahnya Avanza kami jangan termasuk lubang sikit. Pasti berdengunglah tayar kereta kami. Tak seperti asal kami beli; bertahun-tahun lamnya ianya masih hebat. Ini berlaku banyak kali terkadang setahun sampai dua kali tukar. Hatta sy tukar sendiri di pomen sy bukan Pusat Servis Toyota; hampir separuh kali ganda murahnya. Malahan sy ADA banyak pilihan nak pilih buatan Thailand atau ori Japan atau bersepah barangan buatan Taiwan atau Balakong mari... di pasaran terbuka.

5. Perkara yang seakan sama berlaku sekitar tahun lalu di mana bateri yang baru dipakai sehari senang-senang ditukar dengan bateri baru oleh mekanik di Pusar Servis Toyota Balakong. Maklumlah mereka berurusan dengan isteri saya yang kosong masalah bateri. Macamlah bateri itu tak ada gerenti. Bayangkan jika kereta Toyota anda sangkut jauh di kampung halaman; takkan nak bergegas ke Pusat Servis Toyota sekadar tukar bateri. Dalam masa yang sama bila nak buat senggara sehari kemudian di Pusat Servis Toyota dikatakan bateri yang baru sehari beli itu bermasalah. Agaknya jika ada kabel getah lain yang lekat di Avanza kami pun mereka mahu buang. Seperti notis di lapik kaki kami; sy lapik dengan getah lain pun mereka kasi amaran bahaya. Sebab lapik kaki mereka 7 tahun sy pakai nampak baru. Tulis cara betul amaran tu; Jangan lapik sebarang lapik kaki lain di atas lapik kaki sedia ada milik Toyota. Ini amat bahaya kebarangkalian akan menyekat pedal brek tau pedal minyak. (Sila alihkan lapik sedia ada & pastikan tukar lapik kaki yang SELAMAT sekeping sahaja) Atau rekalah ayat yang lebih sesuai bukan ayat begini. "Use Toyota Original Equipped Floor Mat" orang akan gelak & akan kata apalah Toyota ni takut kilang lapik kaki mereka akan tutupkah atau pelbagai ayat lain jika kena guna lapik kati milik mereka sahaja.

BIADAP@Tamak cara Toyota di Balakong ini berniaga.Takkan pihak Toyota tak kasi peluang penggguna kenderaan mereka bertukar ke jenama bateri yang lain ketika terdesak. Apakah hanya pihak Toyota yang HEBAT buat bateri, buat lapik kaki, pun buat minyak enjin; jenama minyak syarikat lain tak RETI. Nak cari pomen luar pun sekarag ni suasah dapat yang jujur seperti sy manalah tahu minyak gear auto tu Avanza hanya ada satu pilihan di Pusat Servis Toyota Balakong sahaja. Jika tahu takkan nak aniayakan kereta sendiri. Perkara sebegini kerajaan kena pantau & mesti dihentikan. Jangan ada peniaga berniaga cara BACUL begini. Takkan perkara remeh begini sy terpaksa buat repot polis. Berapa ramai kaum wanita di luar sana jadi makanan pihak Toyota Balakong ini.

Ini baru kes Avanza kereta murah belum kereta mewah; secara lojik pun jika beli RM58K kenapa pihak Toyota perlukan RM20K untuk ganti seketul gear auto mereka.  Toyota nak kaya cepat atau cukai kerajaan terlalu tinggi. Pihak kerajaan perlu memantau perkara ini agar tiada berlaku perniagaan yang licik lagi bacul sebegini. Kasihan rakyat Malaysia. Nak beli MPV buatan tempatan cer semak berapa harganya?. Kualitinya yang dipertikaikan oleh pengguna. Beli Toyota yang harga patut lain pula ceriteranya.
Cer tenguk bengkel ni buat bisnes agaknya hancur semua gear box Avanza sebab guna minya T-IV
http://p44autoworks.blogspot.com/2011/06/toyota-avanza-servis.html

22.5.13

Benarkah Zahid Hamidi Nak Tangkap Anwar?

Bernarkah Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Keselamatan Dalam Negeri bercita-cita untuk menangkap DS Anwar Ibrahim atau ia sekadar propagnda murahan akhbar pencacai yang begitu tertekan dengan sambutan rakyat terhadap siri perhimpunan yang diadakan oleh Pakatan Rakyat di seluruh negara?



Jika benar Ahmad Zahid Hamidi bercita-cita demikian, yang akan menerima kesan negatif paling besar ialah UMNO BN sendiri kerana masing-masing sudah pun melihat bagaimana sambutan rakyat terhadap Anwar malah segala kempen dan perancangan untuk menghancurkan kareer Anwar tidak berjaya. Malah apa yang berlaku ialah di sebaliknya dimana "majoriti" rakyat menyokong Anwar. Saya menekankan perkataan "majoriti" kerana itulah hakikatnya, Pakatan Rakyat berjaya memperolehi "majoriti" undi popular semasa PRU13 yang lalu.

Hanya "persempadanan" yang dilakukan oleh SPR menyebabkan majoriti "bilangan kerusi" tidak dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Hal itu pun masih banyak menimbulkan keraguan kerana petisyen akan berlaku selepas ini yang mana sekurang-kurangnya 27 kerusi parlimen kini sedang diteliti oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

UMNO BN tetap tumbang kerana sepertimana GB selalu ungkapkan, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan cara penipuan tetap tiada keberkatan dan kemenangan secara demikian tidak mempunyai dasar yang kukuh untuk bertahan lama.

'Tak suka sistem p'raya, duduk dalam hutan'


 
Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor Datuk Seri Noh Omar menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung gesaan berpindah ke negara lain jika tidak puas hati dengan sistem pilihan raya sedia ada.

Noh yang menyifatkan pembangkang sebagai melampaui batas turut berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".

"Pembangkang nampaknya sudah melampaui batas dan tak hormati perlembagaan dan tatasusila. Saya secara peribadi menyokong penuh kenyataan Datuk Zahid.

"Hanya orang duduk dalam hutan.... Tak mahu ikut undang-undang, duduk dalam hutan," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas kepada menteri pertanian dan asas tani yang baru Datuk Seri Ismail Sabri.
 
 Peluit Ralit · umur 44 tahun
Sejak berzaman sering berlaku kekalutan biarpun ada undang-undang yang tersohor rekaan manusia yang bertamadun... malah ujud perundangan Islam yang adil tetapi manusia memang suka UNDANG-UNDANG RIMBA... nak buat macam mana kan?
 

21.5.13

PAS: Zahid sudah tunjuk taring jantan


10:43AM Mei 21 2013  
Datuk Seri Zahid Hamidi terus dikritik kanan dan kiri ekoran tulisannya di akhbar Umno Utusan Malaysia yang menggesa pihak yang enggan menerima sistem pilihan raya berpindah ke negara lain, kali ini oleh Pemuda PAS.

Sayap kanan parti Islam itu menyifatkan Zahid membuat kenyataan angkuh dan bongkak walaupun baru seminggu dilantik sebagai menteri dalam negeri, bertukar portfolio dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri pertahanan.

pas muktamar 130610 nasruddin hassan 2"Baru seminggu dilantik sebagai menteri dalam negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan taring jantan dan kuasa besarnya sebagai pemimpin kerajaan," kata ketua dewan itu Nasruddin Hassan (kanan).

Zahid sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, sama ada list system atau single transferable vote di negara republik.

Setelah diasak hebat, beliau semalam memberikan amaran kepada Malaysiakini yang memberitakan tulisannya di Utusan supaya berpegang kepada etika kewartawanan tanpa memutarbelitkan berita atau kenyataan asal menjadi kontroversi.

'Belajarlah dari Khairy'
Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Nasruddin yang juga anggota Parlimen Temerloh berkata, kenyataan Zahid bersifat dendam, emosi tidak bertempat dan kurang cerdik.

"Beliau menghukum dengan pandangan yang kabur tanpa melihat keseluruhan pandangan rakyat," katanya.

"Beliau tidak tahu sekiranya rakyat sedar perjalanan pilihanraya berlangsung dengan adil dan bersih, mustahil rakyat akan berani dan sanggup turun ke Perhimpunan ‘Black 505' dengan berhujan, tanpa upah dan dalam notis yang singkat."

Nasrudddin juga berkata, Zahid sepatutnya belajar dari Menteri Belia dan Sukan Umno Khairy Jamaluddin yang "mentah dari sudut pengalaman, tetapi akalnya panjang" yang tidak berdendam terhadap musuh politik, sekali gus menggambarkan politik baru yang diinginkan rakyat.

Khairy dalam sidang media pertamanya sebagai menteri di Putrajaya sebelum ini mendapat pujian selepas berazam melibatkan semua pihak, termasuk pembangkang dalam agenda membentuk kerukunan sosial selepas pilihan raya umum

Beliau malah berazam menjadikan kementeriannya milik semua orang dan bukan hanya "kementerian beliau dan sukan BN".