KUALA LUMPUR - Usaha menghimpunkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas solat Jumaat di Masjid Wilayah di Jalan Duta di sini semalam untuk berarak ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta tidak mendapat sambutan apabila hanya kira-kira 50 penyokong yang hadir.
Perhimpunan yang diketuai Anggota Parlimen kawasan Batu, Tian Chua sepatutnya berarak dari Masjid Wilayah ke Mahkamah Tinggi tetapi perarakan itu dibatalkan memandangkan kes itu ditangguhkan ke Isnin depan dan kekurangan penyokong.
Pagi semalam, sebanyak tiga trak membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), dua trak penyembur air dan dua trak polis berada di perkarangan kompleks mahkamah sebagai persediaaan menghadapi demonstrasi tersebut.
Sementara itu, suasana di Mahkamah Jalan Duta yang masuk hari ketiga prosiding juga dilihat semakin sepi dengan kehadiran penyokong Anwar berbanding pada hari pertama iaitu seramai 30 orang.
Pada hari kedua, hanya tinggal 10 orang manakala hari ketiga pekarangan mahkamah sunyi sepi.
Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan