Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

4.2.10

Kes liwat Anwar punca urusan mahkamah sedikit sukar


2010/02/04

KUALA LUMPUR: Bilangan besar pengunjung yang hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini bagi mengikuti perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan kesukaran kepada peguam dan orang ramai yang mempunyai urusan mahkamah.


Kawalan keselamatan yang lebih ketat di sekitar bangunan mahkamah dan
kawasan persekitarannya, turut merumitkan keadaan.

Para pengunjung ke kompleks enam tingkat itu juga hanya dibenarkan
menggunakan lif-lif tertentu sahaja.

Tinjauan juga mendapati sejak kes perbicaraan itu bermula, pengunjung ke kompleks mahkamah itu tidak lagi dibenarkan meletakkan kenderaan di sepanjang jalan raya berhampiran dengan kompleks mahkamah dan terpaksa meletakkan kenderaan masing-masing lebih jauh.

Pagi ini, para wartawan yang membuat liputan di mahkamah turut berhadapan
dengan masalah apabila tidak dibenarkan naik ke tingkat lima untuk ke pusat
media.

Tingkat lima itu turut menempatkan Mahkamah Tinggi 3 yang mendengar kes
Anwar.

Kekecohan itu bagaimanapun dapat diatasi apabila Pegawai Penjaga Mahkamah,
Superintendan R Munusamy campur tangan dalam masalah berkenaan.

Beliau kemudian menjelaskan kepada pemberita bahawa wujud salah faham.


Sementara itu, Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Norila Mohd Daud
yang mendapat aduan daripada beberapa wartawan bertugas mengenai perkara itu
turut meluangkan masa selama dua jam meninjau keadaan di mahkamah dan bertemu
dengan Munusamy.


Norila melahirkan rasa puashatinya dan terima kasihnya dengan kerjasama yang
diberikan oleh Munusamy dalam memudahkan tugas wartawan membuat liputan di
kompleks mahkamah itu.

-Bernama

Tiada ulasan: