Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

4.2.10

Sokongan Rakyat Kepada Pakatan Rakyat Semakin Meningkat



Posted on Thursday, February 04 @ 05:18:06 PST by Paktam

Oleh Misbahul Munir

Malam tadi saya bersama beberapa ADUN PR Perak dan Selangor berada di Dewan Tookong, Sungai Tiang Baroh dalam program ceramah penerangan bersama masyarakat Cina di DUN Rungkup. Sambutannya cukup menggalakkan. Beberapa tahun sebelum ini, saya tidak pernah merasai sambutan sebegitu hebat dari kalangan masyarakat Cina di Sg. Tiang.


Para penceramah pula dari kalangan Adun-adun PKR dan DAP. YB Kesavan memulakan ceramah dengan begitu baik dan diberi tepukan yang gemuruh, diikuti dengan ceramah YB Sum Cheok Leng, Adun Bercham, YB Wong Kah Woh, Adun Canning dan YB Ng Sueei Lim, Adun Sekinchan.

Ceramah dari YB Ng cukup mencuit dan mempersonakan sekali, beliau berceramah dengan tiga bahasa, Mandarin, Bahasa Melayu dan Jawa. Ramai juga masyarakat Melayu Jawa yang turut hadir dalam program tersebut. Kepetahan berbahasa Jawa menarik minat masyarakat setempat untuk menjemputnya menyampaikan ceramah di kampung-kampung yang ramai orang Jawa.

Saya diminta menyampaikan ucapan di akhir program tersebut, peringkat awal saya menolaknya, saya bagi alasan,kalau nak suruh saya berucap sepatutnya pada awal program untuk mengalu-alukan kehadiran selaku YDP Kawasan dan juga bekas calon. Ucapan YB Ng dari Sekinchan sudah dianggap ceramah kemuncak, kalau selepasnya saya pula berucap, bimbang orang-orang Cina semua bangun meninggalkan majlis, jam pula sudah menunjukkan 10.30 malam. Orang Cina tidak biasa dengan program sehingga tengah malam.

Pengerusi minta saya berucap juga, ternyata telahan saya tidak benar. Sepanjang saya berucap semua hadirin menunggu dengan penuh minat sehingga habis, tidak ada kelihatan yang bangun meninggalkan majlis, ucapan ringkas sahaja lebih berkisar pengalaman memerintah selama 11 bulan di Perak dengan program-program kebajikan yang berjaya dilaksanakan.

Ketika bersalaman dengan orang ramai untuk meninggalkan majlis, kesemua tetamu dari kalangan masyarakat Cina kelihatan berpuas hati dengan majlis yang diadakan, mereka memberi jaminan pilihanraya akan datang pengundi Cina di Sg. Tiang pasti akan memberi undi kepada calon PAS.

BUBAR DUN PUN TAKUT, BERDEBAT PUN TAKUT UMNO BN cukup takut bubar DUN Perak, sebaliknya mencabar PR kosongkan kerusi. PR tidak pernah takutkan kerusinya hilang, sebab itu PR cabar bubar DUN Perak. Semua dapat bertanding semula, Zambry dapat bertanding, tiga orang yang melompat tu masih boleh bertanding.

Kalau 28 kerusi PR kosong, pilihanraya kecil diadakan semula, saya yakin Insya Allah PR akan dapat balek semula kerusi dengan majoriti yang lebih baik, walaupun bertukar calon. Tetapi BN tetap menguasai kerajaan haram Perak. Jadi tidak ada kesudahannya kemelut politik Perak.

Yang rakyat pertikai bukan 28 kerusi PR, tetapi status kerajaan BN Perak. Mahkamah Federal pula menunggu sekian lama untuk memutuskan siapa MB Perak yang sah. Jalan terbaik bubar DUN Perak, bagi peluang dan mandat pada rakyat untuk memilih semula kerajaan baru di Perak.

Ahli-ahli akdemik, penganilis politik, pakar perundangan, bahkan tokoh-tokoh politik dalam UMNO sendiri setuju bahawa kemelut politik Perak hanya akan berkesudahan melalui pembubaran DUN. Yang terbaru Prof Madya Dr. Ghazali Mahyuddin dari UKM bersetuju bubar DUN Perak adalah jalan terbaik penyelesaian kemelut politik Perak, sebelum ini ramai lagi ahli-ahli akademik dan pakar perundangan negara yang setuju pembubaran DUN Perak, hanya pemimpin UMNO yang sombong, tak sedar diri, dangkal dan bodoh sahaja yang mempertahankan kerajaan haramnya. Apatah lagi Setiausaha Akhbar MB Perak yang tahap kecerdikannya sama macam Zambry bosnya itu.

Takut bubar DUN satu hal, nak berdebat dengan Hj Nizar pun takut. Kalau tak berani berdebat secara terbuka, boleh berdebat secara tertutup pun tak apa. Setiausaha Akhbar Zambry kalau nak tumpang glamour bolehlah berdebat dengan sdr. Safarizal Salleh, Pen. Setiausaha DPP Perak. Dulu Pemuda PAS Perak cabar Pemuda UMNO berdebat, tak juga disahutnya, sekarang saya cabar Zambry berdebat dengan Hj Nizar. Tajuk debat Setahun pencapaian PR/BN perintak Perak. Supaya rakyat boleh menghakimi debat tersebut, adakan secara terbuka, sehari selepas debat, mengadap Tuanku, mohon bubar DUN. Berdasarkan hujah masing-masing, rakyat akan membuat penilaian samada memilih PR atau BN yang akan memerintah Perak.

http://misabah.blogspot.com

Tiada ulasan: