Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com
Memaparkan catatan dengan label Lari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lari. Papar semua catatan

14.5.13

Bagaimana Kertas undi boleh terbang ke peti undi kawasan lain

Pemuda PAS Johor hari ini membuat laporan polis ke atas penemuan beberapa kertas undi dari kawasan DUN Nusa Jaya dalam satu peti undi dari kawasan berlainan.

Yang Dipertua PAS Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, seorang ejen pengiraan undi PAS untuk kawasan DUN Mahkota telah menemui perkara itu ketika penjumlahan dijalankan untuk pengundian awal pada 5 Mei.

Khairul Faizi, yang membuat laporan di balai polis Kluang berkata para ejen mengesan perkara itu apabila mendapati nama calon PAS untuk Nusa Jaya, Salahuddin Ayub tertera di kertas undi tersebut.

Mahkota terletak dalam kawasan parlimen Kluang manakala Nusa Jaya terletak dalam kawasan parlimen Gelang Patah.

Katanya, ejen terbabit mengemukakan bantahan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan menuntut agar undi tersebut dikira untuk kerusi Nusa Jaya.

Namun, SPR menganggap undi berkenaan sebagai undi rosak, katanya.

“Kami merujuk peguam dan memutuskan untuk membuat laporan polis kerana mengesyaki peti undi untuk pengundian awal bagi Mahkota, yang dimaterai dan ditempatkan di balai polis, mungkin telah diusik,” katanya.

Beliau menambah, ejen pengiraan berkenaan bagaimanapun tidak melihat sama ada kertas undi tersebut memihak kepada Salahuddin, yang tewas di kerusi Nusa Jaya kepada calon BN Zaini Abu Bakar dengan 2,201 undi. -MK

Anonymous said...
May 10, 2013 at 8:46 PM
Apa Cina mahu?

Senang saja jawap soalan ni.

Cina mahu Anwar, tak mau Najib.
Cina mahu PAS, tak mau UMNO.
Cina mahu DAP, tak mau MCA.
CIna mahu PR, tak mau BN.
Cina mahu Bersih, tak mau Kotor.
Cina mahu undi bersama Melayu, India dan lain bangsa warganegara Malaysia, tak mau undi bersama Bangladesh dan rakyak negara luar.
Cina mahu hidup bersama Melayu, India dan lain-lain warganegara Malaysia untuk maju bersama-sama.

Cina hanya 20% dalam Malaysia.
PR dapat 50.3%, BN dapat 46.8%.
Kata la semua 20% Cina undi PR, jadi mana yang lagi 30.3% itu?

Lagi pun bukan full 20% Cina undi DAP. Ada banyak Cina undi PKR dan PAS juga. (saya undi PKR)

Itu pun belum kira yang sikit undi kepada BN. Ini BUKAN Tsunami Cina, ini Tsunami BN.

9.5.13

Tamak Punca Beberapa DUN Di Selangor Kalah?

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menyaksikan kedudukan Pakatan Rakyat (Pakatan), yang terdiri dari gabungan PAS, DAP dan PKR, di Selangor semakin kuat.

Pakatan semakin kuat walaupun usaha untuk mengambil alih pentadbiran negeri yang paling kaya itu diketuai sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

Pencapaian PAS paling memberangsangkan apabila berjaya memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding hanya lapan DUN pada tahun 2008.

DAP pula menambah dua kerusi iaitu daripada 13 DUN pada PRU-12 kepada 15 DUN pada PRU-13 Ahad lepas.

Namun PKR mengalami kemerosotan apabila memenangi 14 kerusi DUN kali ini, berbanding 15 DUN pada tahun 2008.

Siapa yang harus dipersalahkan kalau bukan Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali. Beliau harus bertanggungjawab di atas kemerosotan kerusi DUN PKR di Selangor.

Umum mungkin melihat pada angka dan beranggapan PKR cuma kalah satu kerusi DUN tetapi apa yang orang ramai tidak sedari ialah ini adalah akibat sikap tamak haloba Azmin.

PKR sepatutnya boleh menang di dua lagi DUN (Semenyih dan Kota Damansara) menjadikan sekurang-kurangnya memenangi 16 kerusi DUN di Selangor.

Hanya kerana isu kecil penggunaan logo (genggam tangan) PSM (Parti Sosialis Malaysia), yang akhirnya PSM mengalah dan bersetuju menggunakan logo PKR.

Azmin tanpa belas kasihan dan bertimbang rasa terhadap usaha dan gerak kerja Setiausaha PSM, S Arutchelvan di Semenyih sejak lebih 10 tahun lepas, membuat keputusan agar PKR tetap bertanding di DUN Semenyih.

Seterusnya bos Azmin iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak membantah keputusan Azmin dan tanpa rasa bersalah kepada PSM, seterusnya mengumumkan Hamidi Hassan sebagai calon DUN Semenyih pada malam 4 April lalu.

Sumber PAS memberitahu FMT, apabila senario ini berlaku, ia mendesak PAS juga untuk meletakkan calonnya sendiri di DUN Kota Damansara kerana tidak mahu rugi dari segi pembahagian kerusi apatah lagi ianya kerusi yang berpotensi dimenangi PAS.

Maka PAS mencalonkan Ridzuan Ismail di Kota Damansara walaupun penyandang DUN itu, Dr Mohd Nasir Hashim bertanding di situ.

Tidak mungkin Ridzuan menghantar kertas pencalonan kalau tidak mendapat watikah daripada PAS Pusat sedangkan pada asalnya PAS tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertanding di Kota Damansara.

Arutchelvan dan Dr Nasir masing-masing calon yang paling layak untuk bertanding di DUN Semenyih dan DUN Kota Damansara.

Akhirnya mereka bukan sahaja terpaksa bertarung dengan calon BN tetapi juga dengan PKR dan PAS; walaupun Setiausaha PAS, Datuk Mustafa Ali mengarahkan Ridzuan menarik diri dari bertanding di Kota Damansara.

Pakatan lawan Pakatan

Kalau bukan sebab Azmin yang disebut-sebut mempunyai cita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor, yang membuli PSM dengan meletakkan calon di Semenyih, maka situasi “Pakatan Rakyat lawan dengan kawan Pakatan Rakyat” tidak akan wujud di DUN Semenyih dan DUN Kota Damansara.

Jika Arutchelvan dan Dr Nasir dibiarkan bertanding atas tiket PKR, sudah tentu hari ini PKR mempunyai 16 kerusi DUN di Selangor dan kedudukan Menteri Besar terjamin.

Apa yang sedang berlaku sekarang ialah, PKR sudah hilang hak untuk tuntut jawatan Menteri Besar secara automatik. Malah Azmin juga boleh lupakan angan-angan beliau (jika benar spekulasi) untuk duduk di kerusi empuk sebagai orang nombor satu kerajaan negeri Selangor.

Kini kedudukan PKR untuk duduk di kerusi Menteri Besar Selangor terletak atas ehsan (courtesy) PAS dan DAP. Dikhabarkan PAS dan DAP selesa dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan mahu beliau meneruskan agenda pembaharuan di Selangor.

Bagaimanapun apa yang mungkin berlaku PKR terpaksa mengorbankan satu lagi jawatan Exco kepada PAS sebagai ‘make weight’ dalam rundingan ‘bargaining’ tersebut iaitu Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Azmin mungkin terpaksa mengigit jari dan kuasa menentukan siapa Menteri Besar Selangor bukan ditangan beliau mahu pun ditangan Anwar tetapi PAS dan DAP yang akan menentukan.

Azmin juga sepatutnya membuat pertukaran strategi saat akhir dengan meletakkan calon DUN Bukit Melawati, S Manikavasagam di DUN Ijok kerana lawannya ialah K Partiban dari BN.

Seharusnya Azmin mencaturkan calon PKR DUN Ijok, Idris Ahmad pula bertanding di DUN Bukit Melawati bertemu calon BN, Jakiran Jacomah.

Keputusan PRU-13 di DUN Bukit Melawati menunjukkan Manikavasagam gagal mendapat undi yang banyak di kawasan majoriti pengundi Melayu. Ada kesilapan strategi di sini.

Diharap Azmin tidak menyalahkan Pakatan Rakyat sebaliknya diri beliau sendiri yang mempunyai kelemahan. -FMT

Azmin Ali mahu tinggalkan Pakatan Rakyat?


 
Orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dikatakan mahu meninggalkan PKR dan Pakatan Rakyat.

NONEMenurut sumber parti, ahli politik berusia 48 tahun itu mahu meninggalkan gabungan itu "kerana didakwa tidak puas hati dengan peruntukan jawatan exco kerajaan negeri Selangor di kalangan parti dalam Pakatan."

Adalah dipercayai bahawa 11 tokoh kanan Pakatan - yang dikatakan baru terpilih sebagai ahli Parlimen - akan menurut jejak langkah Azmin.

Ketiadaan Azmin di perhimpunan raksasa Pakatan yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelana Jaya, Selangor pada malam Rabu, turut menarik perhatian, begitu juga dengan tweet pedas Azmin mengenai program tersebut.

Di Twitter, beliau mengecam Pakatan kerana menganjurkan perhimpunan tersebut, sambil menggesa parti itu menerima kekalahan mereka dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Azmin menulis dalam tweetnya: "Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman, muhasabah diri, akui kelemahan, maju ke hadapan, tumpu rakyat bukan kerabat."

7.5.13

Moh kita mandi sungai

Dah puas berpolitik; naik sengal rasa kepala. Sengalnya bukan apa. Ada sesuatu tak kena dan rasa tak adil di sana sini. Pemimpin yang bertanding akan menjadi Idol sezaman. Pasti jika sebut pemimpin Malaysia yang menerajui kerajaan. Pasti hidup mewah. Tak kiralah parti mana. Sebab di Malaysia ada dua parti besar. BN & PR. Dua-dua parti ada negeri masing-masing. Cuma sejak berzaman jika jadi pemimpin bagi Kelantan tak nampak mewahnya. Pemimpin bagi Selangor yang kaya raya insya-Allah akan kaya. Cuma tak nampak lagi.



Rakyat marhaen seperti sy biasa-biasa saja. Mengundi tetap mengundi & undi adalah rahsia.  Emmm bila dah penat mengikuti perkembangan politik ini. Sy rasa mahu berehat. Moh kita kita terjun sungai. Teringat zaman kita kecil-kecil; dulu. Gumbira tanpa nak fikir bab masalah negara.

RangBul@n

5.5.13

Tun Mahathir ke luar negara?


Posted on Sunday, May 05 @ 18:03:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Berita Oleh TKOOffline

Menurut sumber Tun Mahathir telah berlepas ke luar negara petang tadi. Sumber mengata untuk berubat. Betul atau tidak walahulam...

...@ dah bersiap melarikan diri??

RangBul@n:
pastikah ini gambar terkini?