Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

10.2.10

Politik Melayu Perak Masih Gurur




Posted on Wednesday, February 10 @ 00:41:36 PST
Dilulus untuk paparan oleh brucekk

Open Artikel Oleh: peluit

"Sebagai contoh dalam PR10 (1999) pengundi di Parit memilih kawasan Belanja PAS majoriti 119 & Bota majoriti 631 PKR. Tak sekuat mana sebenar pengaruh PR di sini. Tak kisahlah majoriti 1 pun dikira menang.

Bila kita amati pula keputusan PR11 (2004) BN mengambil alih dua Dewan Undangan Negeri (DUN) ini. Majoritinya agak tinggi 3,143 di Belanja & 1,729 di Bota.

2008 Dalam gelombang perubahan yang besar Tsunami berlaku pelik orang Melayu di sini, amat menyayangi BN, UMNO tentunya. BN masih berkubu di sini Majoriti 2,310 di Belanja & 2,068 di Bota.

Pengundi Melayu di kawasan Belanja lebih dari 80% Bota pula lebih dari 90%. Dari kajian rambang Peluit di PR 12 di Belanja orang kita Melayu masih menyayangi UMNO hampir-hampir 50% dari pengundinya. Bota pula, masih amat gurur pengundi Melayunya, cuma semakin menyayangi PAS.

(gurur bererti Ar harapan hampa, fikiran yg bukan-bukan. Istilah dari Kamus Dewan Edisi Empat.)

PR kena kembali ke tahun 1999 kenapa mereka boleh bertapak di sini. Bagaimana ketika PR boleh merampas kekuasaan BN. Peluit tak pasti kemelut apa berlaku di sini pada 1999. Mungkin pengundi di sini boleh menceriterakan kepada pemimpin PR. Apa yang mereka mahu.

PR Kena belajar aroma apa yang BN hamburkan di Parit ini maka orang kita amat tertarik dengan juadah yang BN sajikan. Dari skala yang dicatatkan BN masih selesa di sini. Bukan mudah memujuk hati lebih dari 1,000 pengundi di sini. (Majoriti PR12 2008 dua-dua kawasan ini melebihi 2,000 pengundi memihak BN)

Peluit hanya buat satu kajian kawasan parlimen sahaja. Cubalah kaji yang lain. Jelas PAS asyik tewas di tangan UMNO.

Perlu diperhatikan juga, kita amati keputusan PR12 lalu banyak kawasan BN menang tipis. Kubu Gajah 66, Alor Pongsu 95, Lubok Merbau 72, paling tipis di Pengkalan Baharu 14 majoriti sahaja... ( Undi Rosak 334.)

Seyogia itu, baik BN atau PR punyai penyokong yang seimbang di Perak. Kedua-dua parti boleh gah jika kuat berkempen bagaimana mahu menambat hati rakyat.

Datuk Seri Nizar bekas MB Perak adalah Idola kaum Cina, sebaiknya PR menggunakan peluang yang baik ini mencari jalan bagaimana mahu menambat hati kaum Melayu Perak yang masih gurur ini. Biarkan Datuk Seri Nizar menjadi Idola kaum Cina, sementara itu perlu ada arus@gelombang yang dapat menyedarkan kaum Melayu memilih PR ketika PR13 nanti. Peluit nampak orang kuat PR baik DS Anwar mahu TG Nik Aziz kena rajin turun padang ke Perak.

Sebaiknya PAS kena menang banyak kerusi bukan 2 DUN sahaja; agar nama Datuk Seri Nizar akan terus semarak di hati gurur Melayu Perak.

BN pula punyai banyak senjata tajam yang dapat membenam PR sampai tersungkur teruk. Kuasa@pucuk pimpinan negara di tangan mereka. Media Arus Perdana mainan mereka. Duit juga berkepuk untuk memancing undi. Apatah lagi SPR jika masih kekal dengan taktik lama yang banyak menguntungkan BN.

Tak mungkin BN mahu membubarkan (DUN) Perak dalam kemelut politik sebegini. BN yang sah punyai MB di Perak pastinya mahukan segalanya. Pastinya BN sedang mencari isu yang boleh melobi pengundi kaum Cina di Perak agar menyokong mereka. Jika kaum Cina kembali ke BN harapan PR untuk memerintah di Perak amat tipis. Peluit tak yakin dengan pengundi Melayu Perak yang gurur ini.

Peluit tak sabar menunggu PR13 yang menentukan untung nasib kedua-dua parti ini. "

Tiada ulasan: