Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

23.5.13

'Isytiharkan tanah rizab Melayu di bandar'


11:01AM Mei 23 2013
Pada 12 Mei, Malaysiakini melaporkan ucapan bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah dalam "Wacana Post Morterm PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah".

Mohd Noor Abdullah dilaporkan menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Beliau membuat seruan demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.

Ekoran kenyataan itu, beliau mendapat kritikan keras pelbagai pihak, termasuk oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya mengatasi kumpulan pelampau Ku Klux Klan di Amerika Syarikat.

Gabungan NGO-NGO Malaysia dalam kenyataannya pula mendakwa, laporan Malaysiakini berhubung perkara itu tidak tepat, berniat jahat dan bertujuan melaga-lagakan keharmonian dan perpaduan kaum.

Mereka mendakwa kenyataan itu dimanipulasikan oleh wartawan dan berita itu hanyalah segmen-segmen kecil yang dipilih-pilih berdasarkan ucapan penuh Mohd Noor yang berdurasi hampir 60 minit.

Justeru, bagi membantu pembaca mendapatkan gambaran sebenar, berikut transkrip penuh ucapannya berdasarkan rakaman audio dalam wacana itu.

Di bawah ini bahagian kedua daripada tiga bahagian:Orang Cina must bear the consequences of the Malay backlash oleh kerana sudah dapat kekayaan negeri. Kuasa ekonomi sudah pegang, hendak kuasa politik pula. Dilembikkan apa yang ada pada Melayu ini. Macam mana jadi begitu? Mana maruah kita?

Mari kita bertindak agresif, perlembagaan menyatakan, tanah rizab Melayu yang telah diisytiharkan sebelum merdeka wujud sampai bila-bila, dan kalau dicabut (atau) dikeluarkan, tambah lagi.

Lepas merdeka ini, menteri besar dan exconya boleh lagi mengisytiharkan kawasan-kawasan Melayu ikut jaminan perlembagaan.

Apa kita boleh buat? Pertama, tanah rizab Melayu hendaklah diisytiharkan di kawasan-kawasan bandar supaya orang Melayu boleh memiliki rumah, bukan saja memiliki rumah tetapi berniaga di kawasan bandar yang selama ini dimiliki oleh orang Cina.

Istilah cantiknya ialah "menyusun semula masyarakat", itu istilah cantik. Istilah kasarnya, berhijrahnya orang Melayu ke bandar supaya rumah-rumah yang ada di bandar itu, sama-sama kita memilikinya dengan orang lain, bukan kita sekadar melihat saja.

Kedua, isytiharkan tanah rizab Melayu, bagi orang Melayu berladang dan menternak kerana perlembagaan mengatakan, menteri besar boleh isytiharkan tanah rizab Melayu di mana-mana saja.

Kalau begitu, cari tanah yang cantik untuk orang Melayu bercucuk tanam dan berladang. Jangan seperti sekarang, lima ekar, 10 ekar sahaja, tidak.

Kalau bukit itu ada batu, berikan orang Melayu buat kuari.... Begitu juga kawasan berternak.

Kalau ada kawasan seperti Genting Highlands atau Gunung Ansi di Negeri Sembilan, untuk kawasan peranginan, isytiharkan sebagai kawasan tanah rizab Melayu untuk orang Melayu membuat kawasan pelancongan dan peranginan. Jadi kita ini bukan sekadar memerhatikan, kita punya! Buat macam itu.

Saya gunakan istilah agresif saya. Kenapa tidak? Tanah rizab Melayu ini kita susun atur, kita agih-agihkan di tempat-tempat untuk menjamin majoriti kawasan Melayu dan untuk masa depan PRU seterusnya.

Ini cakap agresif, supaya, mana kawasan Melayu diletakkan, letakkan supaya menjamin kawasan itu kawasan hijau.

Fasal 153, kedudukan istimewa orang Melayu, sudah 56 tahun berlalu kita masih memiliki tak sampai 20 peratus (ekonomi) negara ini. Kenapa? Jadi saya agresif dan katakan, susunlah strategi supaya dalam masa 10 tahun ini, Agong mengarahkan badan-badan, pihak berkuasa berkenaan untuk menjamin supaya kekayaan negara ini dimiliki 67 peratus (Melayu) dalam tiga bidang.

Fasal 153 ini menjamin supaya Melayu berada pada tahap yang selesa sepatutnya, dalam bidang pelajaran, perkhidmatan awam dan perniagaan. Jadi, susun strategi, daripada hari ini, seeloknyalah, kalau tidak dari semalam lagi.

Segala perniagaan sudah ada 67 peratus untuk orang Melayu ambil sahaja bila-bila masa. Apa perniagaan yang ada sekarang ini, dah ditetapkan 67 peratus untuk Melayu ada di sana. Nak berniaga esok, minta lesen dapat.

Kenapa hendak tunggu lagi, minta nak pertimbangkan, tidak. Agong mempunyai hak untuk mengarahkan pihak berkuasa yang wajib untuk menentukan kadar peratusan Melayu sekian banyak.

Jadi kalau katakan SPAD mengarahkan teksi di seluruh KL ini sekian banyak, untuk Melayu sekian banyak, (kalau ada) masih kosong lagi, Melayu hendak bawa teksi, buat sekarang, tak payah tunggu lagi. Sepatutnya begitu dalam apa (pun) jenis perniagaan.

Tapi janganlah berniaga setakat bawa teksi saja. (Perlu buat) dari peringkat pengeluaran sehingga downstream.

Supaya jangan kita hendak buat rumah, hendak cari zink pun tak dapat cari. Papan pun tak dapat hendak cari. Tak boleh. Macam kuari tadi, satu bukit itu tanah rizab untuk Melayu saja. Nak batu minta, pergi ke sana, sudah ada.

Kontraktor pula, kita dah katakan 67 peratus tadi, minta lesen, pasti dapat oleh kerana sudah ada 67 peratus untuk orang Melayu (untuk) kontraktor tadi.

Dalam negara yang amalkan demokrasi, bilangan penduduk amat penting. Dalam memilih kerajaan tadi, one vote counts. Jadi bilangan penduduk kita harus kita ketengahkan.

Orang Melayu harus dengar. Tadi saya katakan, siapa sepupu kita? Siapa saudara mara kita? Tadi saya terangkan tafsiran orang Melayu, kita ini Melayu Nusantara,

Jangan kita ada perasaan tak suka, iri hati, katakan kepada Indian Muslim (atau) Chinese Muslim oleh kerana mereka adalah ummah dan seagama dengan kita.

Bila kita ramai, sebab itu kuota kita tadi, saya tingkatkan kepada 67 peratus. 67 peratus dalam kiraan saya, two-thirds majority. Jadi kita pegang two-thirds majority itu dalam segala urusan, perniagaan, lesen dan sebagainya. jadi kita perlu ramaikan orang Melayu.

Saya galakkan, pertama, perkahwinan antara Melayu dengan orang Cina dan orang India. Saya galakkan kerana melahirkan keturunan Melayu sampai bila-bila. Mengapa kita tidak relakan orang kita kahwin dengan orang Cina dan India?

Ramai lagi contoh orang Islam Cina yang boleh mengajak orang Cina dan India masuk Islam. orang Cina ini dia sombong sikit, dia takkan masuk Islam kerana Melayu, tetapi dia boleh masuk Islam kerana saudaranya Cina.

Jadi kita bagi kemudahan-kemudahan, kayakan orang Cina ini, supaya kalau dia kaya nanti dia jaga saudara mara dia, mak ayah dia yang belum masuk Islam lagi, sebagai contoh yang baik untuk diteladani orang Cina dan orang Islam.

Selama ini kita tak kenal saudara mara kita, sepupu kita, kita abaikan. Jangan sekali-kali kita derhaka kepada sepupu kita orang asli tadi oleh kerana kalau kita derhaka kepada dia maka orang akan menderhaka pada diri kita sendiri.

Kita nyatakan kita bertamadun, kita dah maju, tetapi apa kita buat kepada Orang Asli? Jangan minta dia minta daripada kita. Dia tidak tahu hendak minta. Minta dari kita pun dia tak tau. Jadi kita kena bagi pada dia.

Sekolah mana kita buka kepada dia, kita ambil dari kampung itu hantar ke sekolah, seperti mana anak Melayu dihantar ke Kolej Kuala Kangsar kan, ataupun university college.

10.5.13

MAHATHIR ADALAH DALANG SEBENAR INSIDEN LAHAD DATU?

Posted by MPP On Selasa, 19 Mac 2013 2 comments
Rata-rata panelis forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis terbabit.

Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah sejak awal tahun 80-an.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim dalam ucapannya mengakui, beliau pernah menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa semasa menjadi Ketua Daerah Sandakan.

Terlibat dalam Projek IC tanpa sedar, Hasnar berkata borang kosong terbabit kemudiannya disahkan dan dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum diubah menjadi sijil kelahiran.

Katanya, semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979 sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram.

“Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup. Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,” katanya di hadapan kira-kira 1, 000 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Beliau turut mengakui wujud pertemuan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Almarhum Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dengan 15 pegawai tertinggi kerajaan ketika itu termasuk Ketua Pengarah Imegresen, polis, dan Timbalan Ketua Pengarah JPN di pejabat Jabatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, semasa pertemuan itu Megat Junid memberitahu mereka Dr Mahathir sendiri meluluskannya dan mahu meminta RM 2 juta untuk kos projek terbabit.

“Berikutan itu saya ditahan ISA selama 59 hari namun tidak diseksa atau dipukul,” katanya yang juga pernah menjadi saksi penting kes petisyen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada tahun 1999.

Sementara itu, Siti Aminah Mahmud berkata dirinya tidak sedar terlibat dalam Projek IC di Sabah ketika menjadi ahli Umno dan bertugas di Pejabat Umno Bahagian Sembulan.

Katanya, pada tahun 1990 sehingga 1995 beliau membantu mendapatkan gambar dan cap jari pendatang asing untuk dihantar ke pejabat Umno.

“Saya tak tahu di mana mereka cetak kad pengenalan…saya bantu Umno di Sabah dan menambahkan undi Melayu,” katanya.

Beliau juga ditahan di bawah ISA dan disiasat selama 10 hari.

Turut hadir berucap pemimpin Sabah Datuk Kalakau Untol, ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid dan sasterawan negara Tan Sri A Samad Said.

9.5.13

Tokoh berhaluan kiri - Anwar Ibrahim


Posted on Thursday, May 09 @ 21:34:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel Oleh: cosanostra

"Sebut sahaja nama Anwar Ibrahim, dalam fikiran orang akan membayangkan susuk individu yang lantang bersuara membela nasib rakyat, seorang yang jiwanya begitu kental dan kuat untuk memerdekakan Malaysia dari parti Barisan Nasional, seorang yang murah senyuman dan mempunyai karisma serta mempunyai jutaan penyokong setia.

Tidak kurangnya mereka yang menentangnya menggelar dirinya sebagai agen Yahudi dan kaki seks.

Perjalanan karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia sejak dilucutkan jawatan sebagai orang nombor dua dalam negara penuh dengan liku dan rintangan. Beliau di penjara sembilan tahun di atas kesalahan yang beliau tidak pernah lakukan. Beliau juga pernah dipukul di dalam penjara oleh bekas Ketua Polis Negara ketika itu.

Namun semua ini tidak mematahkan semangat beliau untuk melawan ketidakadilan yang berlaku keatas rakyat di Malaysia. Anwar Ibrahim adalah seorang individu yang mempunyai aura yang tersendiri. Bila sebut sahaja nama Anwar Ibrahim datang memberi ceramah, pasti yang akan turun mendengar ceramah tersebut melebihi 1000 orang. Bila disebut juga nama Anwar Ibrahim, orang Barisan Nasional merasa benci dan dalam masa yang sama mereka gentar dengan individu ini.

Beliau adalah seorang yang tegas di dalam urusan kerjanya. Kadang-kala boleh dikatakan Anwar Ibrahim ini seorang yang panas baran. Tanyalah siapa sahaja yang pernah duduk bermesyuarat dengannya pasti akan tahu akan sifatnya. Dalam sifatnya yang begitu, beliau adalah seorang yang senang untuk didekati oleh rakyat bawahan. Sifat merendah dirinya memang terkenal sejak beliau dibangku sekolah lagi.

Anwar Ibrahim memang terkenal di Permatang Pauh sejak sebelum beliau terlibat di dalam politik. Orang lama di Permatang Pauh sangat mengenali individu ini. Menurut mereka, Permatang Pauh ini tempatnya Anwar datang bermain-main atau berjalan-jalan.

Di Permatang Pauh, Anwar Ibrahim masih disayangi oleh kebanyakan ahli-ahli UMNO. Tidak hairanlah di Permatang Pauh ini Anwar Ibrahim begitu kebal. Undi kepadanya datang bukan sahaja dari ahli-ahli atau penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, tetapi juga datang dari ahli-ahli UMNO itu sendiri.


Suatu ketika sebelum penamaan calon berlangsung, kedengaran desas-desus Anwar Ibrahim tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh yang telah menjadi tradisi kepada dirinya dan keluarganya. Ramai yang agak kecewa dan sedih. Ramai juga yang menemplak dan merendah-rendahkan kredibiliti dirinya. Ada yang mengatakan beliau takut tewas dan atas sebab itu beliau mahu lari ke kawasan lain.

Pada malam Jelajah Merdeka Rakyat yang dibuat di padan bola sepak Taman Pauh Jaya, akhirnya Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh. Baginya, Permatang Pauh mempunyai sentimental value yang kuat kepadanya. Hatinya begitu dekat dengan Permatang Pauh. Permatang Pauh adalah kampung halamannya dan orang kampungnya begitu menyayanginya. 

Anwar Ibrahim dan Permatang Pauh tidak dapat dipisahkan. Anwar Ibrahim kini digelar sebagai penentang berhaluan kiri dasar kerajaan Malaysia. Hidupnya banyak dihabiskan untuk membela nasib rakyat berbanding masanya untuk keluarga. Pengorbanan yang dilakukan oleh keluarganya cukup besar. Mereka tahu, Anwar Ibrahim bukan milik mereka sahaja tetapi Anwar Ibrahim adalah milik rakyat Malaysia.

Sumber dari: www.shutterblast.blogspot.com
"

Dr M: Pakatan tak boleh terima kekalahan



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Stadium Kelana Jaya malam tadi kerana mereka tidak boleh menerima kekalahan.
  
Beliau berkata ini adalah sukar kerana mereka cuba menimbulkan masalah dan menekan kerajaan.
  
post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 9"Saya pasti dalam masa terdekat mereka akan keluar ke jalan dan menimbulkan masalah khususnya kepada golongan peniaga," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah 'Master Foreign Going' daripada Persatuan Malim-Malim Pelabuhan Malaysia (MHAPA) di Shah Alam.

Perhimpunan pakatan pembangkang, yang disertai ribuan orang, bertujuan membantah keputusan PRU13.

Dalam pilihan raya umum Ahad lalu, BN memenangi 133 kerusi manakala Pakatan Rakyat mendapat 89 kerusi.

- Bernama
1. 120,000 banjiri perhimpunan Pakatan Rakyat
2. Rafizi ketuai siasatan penipuan p'raya
3. Tiada lagi projek 16 September
4. Anwar: Himpunan 8 Mei untuk bantah 'penipuan'
5. Pakatan tolak keputusan p'raya



Apain Soriun · Pengulas Tertinggi · Rubber tapper
seandainya PR yang kerajaan dan PR didapati menipu dalam pilihanraya sudah tentu UMNOBN juga bertindak sedemikian...peningkatan mendadak undi dari masyarakat cina terhadap PR juga UMNO tidak boleh terima dan mengatakan tsunami cina pada hal ini tsunami rakyat malaysia yang sebenarnya.

Mno Ros · Pengulas Tertinggi
sebelum ini pon mereka menipu juga.. tapi kita sudah tak boleh tahan berterusan di tipu... tunggu 5 tahun lagi pon kena tipu jugakkkkkk..arghhhhhhhh!!!!!
 

Anwar puji peserta perhimpunan Pakatan


9:37PM Mei 9 2013  
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji peserta perhimpunan Pakatan Rakyat di Kelana Jaya malam tadi yang sanggup menempuh hujan dan kesesakan lalulintas untuk hadir membantah penipuan pilihan raya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata, rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat telah menunjukkan keberanian dan keazaman malam tadi untuk tujuan yang mulia.

NONE"Anda hadir dengan aman, anda menunjukkan kesetiaan anda kepada
Yang di-Pertuan Agong dan menyanyikan lagu Negaraku dengan bangga. Anda menunjukkan dengan jelas bahawa anda bersatu sebagai Bangsa Malaysia," katanya.

Puluhan ribu penyokong Pakatan membanjiri stadium Kelana Jaya malam tadi untuk menyatakan bantahan mereka terhadap dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum Ahad lalu.

Pemimpin BN pula berkata, walaupun terdapat dakwaan berlaku penipuan, tetapi Pakatan menang kerusi terbanyak di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, dan perhimpunan itu diadakan kerana pakatan pembangkang itu tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka gagal menubuhkan kerajaan pusat.

'Pakatan tidak akan berputus asa'

Anwar berkata hujah sedemikian merupakan satu penghinaan kepada pengundi.

"Ia juga satu pembohongan terang-terangan. Sebenarnya kemenangan anda telah dicuri daripada anda. Bagaimana ini boleh diterima?

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 9"Merekalah yang tidak dapat menerima kekalahan dan terpaksa
melakukan penipuan untuk terus berkuasa.

"Anda berada di pihak yang benar," kata Anwar sambil menambah bahawa kebenaran akan terserlah juga akhirnya.

Anwar berkata, penyokong Pakatan kini berdepan dengan kempen intimidasi perkauman dan menyeru mereka menunjukkan "tekad yang waja".

"Anda tunjukkan bahawa anda tidak akan berhenti sehinggalah keadilan dan kemenangan dikembalikan kepada anda.

"Dalam semua usaha ini, saya berjanji bahawa Pakatan Rakyat bersama anda sepenuhnya. Kami akan berdiri teguh bersama anda di sepanjang jalan. Kami tidak akan menyerahkan kalah," katanya.

8.5.13

Kenali Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Penulis : matuse68 on Saturday, April 27 | 2:20 PM

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetahuinya.
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR"
Beliau Berumur 81 Tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya.
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat . 

"SHARE" Jika Anda Kagum dengan Pentadbiran Tok Guru Kito ♥

"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR"
::: Eksklusif @[212631922161808:274:Hanya Di Kelate] ::::

5.5.13

Pakatan tolak keputusan p'raya


1:43AM Mei 6 2013  
Pakatan Rakyat hari ini menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang memihak kepada BN.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, ini kerana terdapat penipuan dan penyelewengan pilihan raya.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur sejurus selepas keputusan diketahui, Anwar berkata, selagi SPR tidak menjelaskan dakwaan penipuan dan pertikaian diselesaikan, baginya BN hanya menang tipis.

Kira-kira 12.45 pagi tadi, BN sudah melepasi jumlah 112 kerusi Parlimen, yang sekali gus mengesahkan kemenangan gabungan itu.

Setakat berita ini ditulis, keputusan muktamad masih belum dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

4.5.13

Selamat Mengundi

Selamat Mengundi Calon Pemimpin anda.
Pilihlah pemimpin yang dedikasi amanah berkarisma ikhlas serta jujur.
Yang penting jiwanya berjiwa Islam.

Kita boleh lihat sendiri dari parti mana atau kumpulan pemimpin mana
yang sentiasa merendah diri & dekat di hati rakyat.
Sentiasa turun padang & sering berjuang menegakkan kedaulatan Islam.
Tidak mementingkan diri sendiri & kroni.

Jika di tempat anda tiada pilihan pemimpin Islam;
pilihlah rakan kita yang beragama lain TETAPI dekat dengan Islam.
Pemimpin yang bukan Islam tetapi tidak menolak wawasan Islam.
Berpakat dengan Islam tidak menghina Duli Yang Maha Mulia Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong Malaysia & Islam.
Tidak risau agar Islam ditinggikan kedaulatannya.


Hanya setakat ini nampaknya RangBul@n membuat pencerahan di blog ini
dengan perkembangan kempen pilihan raya di situs ini

Menang atau kalah terimalah dengan reda & sebaiknya jangan sesekali melakukan
RUSUHAN.

17.4.13

BN guna strategi '5 lawan 1' gempur Hadi di Marang


17 April 2013
PRU13
PRU13
 
KUALA TERENGGANU - Barisan Nasional (BN) akan menggempur kubu kuat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Marang dengan strategi 'lima lawan satu'  bagi menguasai kerusi parlimennya dan empat kerusi dewan undangan negeri (Dun) di situ.

Ketua Umno Bahagian Marang Datuk Yahya Khatib Mohamad yang juga calon BN untuk kerusi parlimen itu, berkata menerusi strategi berkenaan, fokus utama ialah menyingkirkan sokongan terhadap Abdul Hadi di kerusi Parlimen Marang dan juga Dun Rhu Rendang.

"Kami semua akan bersatu menentang Abdul Hadi. Kami bukan sahaja mahu memastikan kemenangan di kerusi masing-masing tetapi juga berusaha mengetepikan pengaruh Abdul Hadi," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Kerusi Parlimen Marang dan Dun Rhu Redang dianggap 'kerusi keramat' Abdul Hadi.
Beliau mula bertanding di kerusi parlimen itu pada 1978 namun kalah dan cubaan keduanya pada 1986 juga gagal. Nasib Abdul Hadi berubah pada 1990 dan beliau menguasai kerusi itu sehingga 2004 apabila dikalahkan Datuk Abdul Rahman Bakar sebelum menang semula pada 2008.

Kerusi Dun Rhu Rendang pula dikuasainya sejak pilihan raya umum 1986 sehingga sekarang. Selain Rhu Rendang, tiga lagi DUN di kawasan parlimen itu ialah Bukit Payung, Alur Limbat dan Pengkalan Berangan. Pada pilihan raya umum 2008, BN menang di Dun Pengkalan Berangan menerusi Yahya dan Alor Limbat (Alias Abdullah).

Kali ini BN mengekalkan Alias di Dun Alur Limbat dan meletakkan dua muka baharu iaitu Nik Dir Nik Wan Ku  di Dun Rhu Rendang dan Abdul Latif Awang (Pengkalan Berangan), manakala Dun Bukit Payung akan ditandingi semula calon pada 2008, Zaidi Muda yang kalah dengan perbezaan 115 undi.

Mengulas lanjut, Yahya berkata pemilihan calon BN terbabit adalah berdasarkan kehendak masyarakat setempat yang mahukan pemimpin mesra rakyat, mudah didekati dan dihubungi selain bersungguh-sungguh mahu membawa pembangunan di Marang.

Sementara itu, calon BN di Bukit Payung, Zaidi berkata sokongan rakyat di kawasan Parlimen Marang sukar hendak dibaca dan sentiasa berubah mengikut keadaan.

"Kalau tengok keadaan sekarang, ceramah Pas di Bukit Payung kurang dapat sambutan dan kita yakin jika ini berterusan Bukit Payung kembali ke tangan BN," katanya. - Bernama

12.4.13

Sejarah Parti Islam Semalaysia (PAS)

SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dalam politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Kesedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan kesedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentuk-bentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kewajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasanya.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.


1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.
3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi
Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,
dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of
Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.

11.4.13

Elok kita baca tapi fikirkan kesan kedatangan warga asing ke Tanah Melayu ini.

  • Md Nor Alui · Pengulas Tertinggi
    PARTI UMNO TELAH BERJAYA MENDAPATKAN
    HAK ISTIMEWA UNTUK ORANG CHINA DAN INDIA.

    Sebenarnya Parti UMNO adalah satu-satunya parti Melayu yang telah memperjuangkan kebajikan kaum-kaum yang dibawa oleh British dari India dan China supaya mereka diberi HAK ISTIMEWA menjadi Warganegara Tanah Melayu secara Automatik.
    Parti UMNO telah berjaya memujuk Raja-Raja Melayu supaya bersetuju menandatangani Perjanjian penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dan Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, yang menjadikan Orang India dan Orang China mendapat hak istimewa taraf Warganegara Tanah Melayu secara automatik. Tambahan pula diketika itu Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan Panglima Angkatan Bersenjata adalah di pegang oleh Kerabat DiRaja Melayu iatu Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj, General Tengku Osman Jewa dan General Tengku Ahmad Nerang menjadikan Raja-Raja Melayu bertambah yakin dan percaya untuk setuju-terima dengan pujukkan Parti UMNO bagi memberi Hak Keistimewaan taraf Warga Negara secaara automatic kepada orang India dan China. 

    Untuk memujuk orang Melayu supaya bersetuju orang India dan China diberi hak keistimewaan mereka mendapat taraf warganegara Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) secara Automatik, maka UMNO telah menjanjikan dan menjaminan bahawa segala kepentingan Bangsa Melayu dan agama Islam akan diberi perlindungan yang selamat dengan dimaktubkan didalam Perlembagaan Negara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) ini, antara lainnya dalam Fasal 152, 153 dan lain-lain Fasal yang ada hubung kait dengan agama Islam dan Bangsa Melayu.
    Perjanjian penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu ini telah ditandatangani oleh semua Raja-Raja Melayu dengan Wakil Queen Elizabeth II, Raja Inggeri dari Great Britain. 

    Tidak ada Raja India dan Raja China terlibat dalam perjanjian ini kerana mereka yang dibawa oleh British dari India dan China adalah bertaraf BRITISH SUBJECT iaitu dibawah tanggongan British.

    Tujuan British membawa Orang India dan Orang China ke Tanah Melayu ini ialah untuk menjana ekonomi England dimana mereka dijadikan tenaga kerja dalam perladangan getah dan binaan landasan kereta api serta perlombong bijih. 

    Dari hal yang demikian, adalah diharapkan semuga Orang India dan China diminta janganlah membenci dan menghina kepada Parti UMNO/Barisan Nasional yang telah banyak berjasa lama semenjak sebelum Perang Dunia Pertama lagi. Jadilah masyarakat yang mengenang budi. Janganlah mendengar guruh dilangit, air ditempayan di curahkan. Kenangkanlah dengan apa yang telah terjadi di Kampung Buah Palah di Pulau Pinang
  • David Choo · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Self Employed (Business)
    KAU NI MASIH HANTU UMNO LAGI SI PENYAMUN NEGARA ITU.... KAU 2 X 5 SENGAN UMNO..
  • Md Nor Alui · Pengulas Tertinggi
    Kamu lah jenis orang yang tidak mengenang budi. Kalau tidak kerana perjuangan UMNO, sampai hari ini kamu masih bukan warganegara Malaysia.