Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

4.2.10

Sedutan perbicaraan kes liwat Anwar

MOHD. YUSOF ZAINAL ABIDEN (MY): Kes untuk sambung pemeriksaan utama.

KARPAL SINGH (KS): Saya ingin membuat satu permohonan berhubung apa yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini. Saya ingin Yang Arif tahu bahawa ini adalah akhbar yang dimiliki oleh UMNO. Kami ingin mengatakan, penglibatan PM sebagai Presiden UMNO. Tajuk muka depan berwarna kuning dan latar belakang berwarna hitam: Tak rela diliwat lagi. Di muka surat tiga, Berhenti kerana tidak mahu diliwat lagi. Ini adalah perkara yang serius sama ada ia terjumlah kepada tindakan menghina mahkamah.

Persoalan sama ada perbuatan menghina mahkamah yang dilakukan di luar membolehkan ia dikenakan tindakan menghina mahkamah?

Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa atas apa yang disiarkan dalam Utusan Malaysia. Apa yang disiarkan adalah melebihi daripada yang sepatutnya dan Yang Arif mesti bertindak.

MY: Adalah tidak sepatutnya untuk mengatakan PM dan UMNO telah melakukan khianat. Karpal telah membuat hujahan bahawa telah berlaku penghinaan mahkamah. Sama ada laporan tersebut dibuat dengan tepat atau sebaliknya, saya tidak dapat mengesahkannya. Tetapi saya rasa ada terdengar perkataan tersebut diucapkan. Berkira-kira untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran kehakiman dan adalah serius... Saya tidak melihat sebarang perbezaan antara apa yang dilaporkan dan apa yang telah dipadamkan daripada nota prosiding semalam. Saya ingin mengatakan sekiranya ia adalah laporan palsu dan laporan yang tidak tepat melainkan ia dibuat dengan niat jahat, ia tidak terjumlah kepada menghina mahkamah. Tidak boleh diambil tindakan oleh mahkamah ini, mahupun Peguam Negara.

Saya sedar prosiding ini direkodkan. Sekiranya laporan tersebut tidak tepat, mahkamah mesti berpuas hati bahawa perbuatan tersebut telah menjejaskan perbicaraan yang adil.

Saya mencadangkan Karpal Singh mengambil sebarang tindakan terhadap pemberita tetapi pada peringkat ini kita perlu meneruskan perbicaraan.

KS: Malahan apa yang telah dipadamkan daripada keterangan semalam adalah reputasi. Ia adalah penghinaan. Jika akhbar menyiarkan apa yang tidak sepatutnya ia mestilah dihukum oleh mahkamah berdasarkan undang-undang. Mahkamah tidak perlu bertolak ansur dengan laporan yang mengandungi fakta yang mengelirukan dan tidak tepat. Semua keterangan saksi terkandung dalam nota Yang Arif. Ia adalah maruah dan integriti mahkamah ini.

HAKIM MOHAMAD ZABIDIN MOHD. DIAH: Saya tangguhkan prosiding selama lima minit.

(03:33 pm)

HAKIM: Permohonan menghina (contempt) oleh Karpal, ia tidak dilakukan di dalam mahkamah ini sama ada ia ditulis untuk mengganggu perjalanan keadilan. En. Karpal boleh membuat laporan polis. Pada peringkat ini mahkamah tidak bercadang untuk contempt mana-mana pihak.

KS: Setidak-tidaknya pihak media akan lebih berhati-hati.

HAKIM: Harap kita boleh teruskan dengan perbicaraan.

MY: Di peringkat ini, pihak pendakwa ingin mengemukakan rakaman CCTV untuk mengesahkan kehadiran pengadu di tempat kejadian. Kami akan menggunakan salinan rakaman masuk dan akan mengemukakan salinan tulen menerusi saksi-saksi.

HAKIM: Untuk dilihat dan disahkan?

MY: Yang Arif pihak pendakwa telah menyerahkan gambar tetapi untuk hari ini dalam gambar ini, bercadang untuk memainkan rakaman pada 26, 6 petang untuk pergi ke skrin berkaitan. Ada 2 hard disk (pemacu keras) yang terlibat.

HAKIM: Lihat dan camkan muka dia (pengadu) dan kereta?

MY: Ya.

KS: Kami sahkan ia diserahkan mengikut Seksyen 51A Akta Keterangan.

JURUBAHASA: SP1 (saksi pendakwaan pertama) diingatkan masih dalam sumpah.

MY: Akan minta pembantu pergi 2.45 petang (26 Jun). Minta SP1 pandang ke skrin.

14:46 masanya. Ini kamera di pintu masuk.

HAKIM: Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) nampak?

DSAI: Tidak berapa terang.

ANWAR Ibrahim duduk di bar table (meja peguam) untuk hampir dengan skrin

PEMBANTU: Masalah hang (tersangkut) sebentar.

MY: Terus pergi hard disk di lif. En Hanafiah akan menyoal saksi tentang hard disk. Pergi 14:42.

MY: Yang ada gambar, sebelum tutup lif, gambar siapa?

MOHD. SAIFUL BUKHARI AZLAN (SAIFUL): Gambar saya.

MY: Ini masa di mana?

SAIFUL: Di P2 (tempat parking).

MY: Teruskan?

SAIFUL: Ini adalah dari P2 ke tingkat 5. Saya keluar dan terus ke kanan.

MY: Lihat lelaki ini? Adakah ini lelaki yang kamu selisih?

SAIFUL: Ya.

MY: Gambar keluar dari lif? Frame 16:11.

SAIFUL: Saya di tingkat 5, masuk lif untuk turun ke bawah. Ini masa balik.

MY: Itu beg hitam?

SAIFUL: Ya, beg hitam yang saya pegang.

MY: Itu kamu keluar di ground floor (aras bawah)?

SAIFUL: Tersilap keluar. (frame berjalan terus) baru berada di P2.

MY: Ketibaan pada 14:47. Nak tunjukkan ketibaan SP1, naik kereta apa?

SAIFUL: Saya naik Fiat merah WPK 5925.

(Tersangkut (hang) lagi)

MY: Sebelum ini berfungsi dengan baik.

PEMBANTU: Hard disk 1 yang (hang)

MY: Kita dah uji tayang, jika begitu saya teruskan dengan EIC (pemeriksaan utama) saya.

HAKIM: 14:47 belum ditunjukkan di mahkamah.

MY: Saya ingin tunjuk gambar-gambar, lihat gambar 1, boleh tahu siapa?

SAIFUL: Saya.

MY: Gambar 2?

SAIFUL: Ini kereta yang saya pandu, ini masa tiba.

MY: Gambar 3-6, gambar kamu?

SAIFUL: Ya.

MY: Siapa itu?

SAIFUL: Saya dari P2 ke tingkat 5.

MY: Ada bawa beg hitam?

SAIFUL: Ya.

MY: Adakah ini lelaki yang kamu kata berselisih dengan kamu?

SAIFUL: Ya.

MY: Masa yang tertera, masa adalah 14:42, lelaki itu masuk berbeza adalah 9 saat.

HAKIM: Biar pembantu CCTV yang jelaskan.

MY: Gambar 8-13.

SAIFUL: Ya, ini gambar saya yang masih bawa beg.

MY: 14-15, gambar apa?

SAIFUL: Saya naiki van meninggalkan kondo.

MY: Pada peringkat ini pohon izin tanda gambar sebagai ID5 (Ikatan Dokumen 5)

ID5A-O - gambar ikut muka surat.

HAKIM: Diizinkan.

ID5A-O - gambar CCTV pada 26 6 (26 Jun).

MY: Kamu telah tinggalkan tempat itu, pada 4.15 petang dan DSAI ada di dalam bilik?

SAIFUL: Ya.

MY: Lihat laporan kamu (P3 dirujuk) (P3 laporan awal MSB), ada rubber stamp “Pondok Polis Hospital”, tulis P3 di sanakah?

SAIFUL: Tidak, saya tulis di One Stop Crisis Centre (OSCC), HKL.

MY: Mengapa berada di hospital?

SAIFUL: Untuk menjalankan pemeriksaan.

MY: Pemeriksaan apa?

SAIFUL: Mengenai saya diliwat.

MY: Pada 28 Jun, adakah kamu terus pergi ke HKL untuk mendapatkan pemeriksaan?

SAIFUL: Tidak.

MY: Sebelum ke HKL?

SAIFUL: Saya pergi ke dua hospital.

MY: Hospital pertama?

SAIFUL: Hospital pertama ke Tawakal Hospital di Jalan Pahang.

MY: Adakah tujuan sama dengan HKL?

SAIFUL: Sama.

MY: Adakah kamu dapatkan pemeriksaan di sana?

SAIFUL: Tidak dapat, kerana dimaklumkan oleh penyambut tetamu pada hari tersebut half day (separuh masa).

MY: Dari Tawakal ke mana?

SAIFUL: Saya fikirkan hospital terdekat adalah Pusrawi di Jalan Tun Razak KL.

MY: Kamu pergi hospital pergi seorang atau ditemani?

SAIFUL: Ditemani oleh bapa saudara.

MY: Siapa nama?

SAIFUL: Tuah bin Mat Ali, adik kepada arwah ibu saya.

MY: Adakah di Pusrawi dapat jumpa doktor?

SAIFUL: Ya, dapat.

MY: Ingat nama atau rupa doktor tersebut?

SAIFUL: Saya tak ingat nama tetapi boleh cam.

(Panggil Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid untuk pengecaman)

MY: Kenal dia?

SAIFUL: Ya.

MY: Siapa?

SAIFUL: Dia adalah doktor yang periksa saya di Pusrawi.

(Mohamed Osman (dicamkan oleh SP1 sebagai doktor di Pusrawi)

MY: Bila jumpa Dr. Osman, beritahu apa pada Dr. Osman?

SAIFUL: Pada mulanya saya beritahu saya sakit perut dan sakit di bahagian dubur.

MY: Apa yang doktor buat?

SAIFUL: Beliau suruh tanggalkan seluar dan baring di atas katil dan meniarap.

MY: Sepanjang pengetahuan kamu ada doktor guna apa-apa peralatan?

SAIFUL: Ada, doktor ingin masukkan sesuatu, semasa ingin masukkan benda tersebut saya terus berterus-terang bahawa saya telah diliwat dan ingin jalani pemeriksaan.

MY: Bila beritahu apa yang telah berlaku, apa doktor buat?

SAIFUL: Doktor terus berhentikan pemeriksaan dan suruh saya pakai seluar.

MY: Ada kamu tanya kenapa doktor berhenti pemeriksaan?

SAIFUL: Ya, saya tanya, doktor nasihati saya dua perkara, pertama hospital tiada kelengkapan untuk forensik, kedua laporan hospital swasta tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah. Doktor nasihatkan untuk jalani pemeriksaan di HKL.

MY: Cadangkan, arahkan atau nasihat?

SAIFUL: Cadangkan.

MY: Adakah lihat alat itu yang digunakan?

SAIFUL: Tidak pasti.

MY: Selepas itu ada pergi seperti dicadangkan?

SAIFUL: Saya ikut nasihat Dr. Osman.

MY: Terus pergi HKL?

SAIFUL: Ya.

MY: Di HKL ke mana pergi dulu?

SAIFUL: Mulanya saya tidak tahu nak ke mana, saya pergi ke wad pesakit luar dan mendaftarkan diri.

MY: Pukul berapa?

SAIFUL: Lebih kurang jam 3.

MY: Dapat jumpa doktor?

SAIFUL: Ya, sejurus mendaftar, terus jumpa doktor perempuan bangsa India, saya nyatakan saya segan untuk buat pemeriksaan kerana dia perempuan, lalu doktor perempuan India mencadangkan rujuk ke doktor sebelah bilik, doktor lelaki berbangsa India, ingat nama iaitu Dr. Daniel.

Saya sudah penat, saya terus berterus-terang untuk dapatkan pemeriksaan kerana diliwat oleh DSAI. doktor agak terkejut, beliau ada tulis nota untuk pergi ke unit kecemasan iaitu unit OSCC.

MY: Pukul berapa?

SAIFUL: Saya tiba setengah jam kemudian.

MY: Sampai di wad kecemasan?

SAIFUL: Wad kecemasan tetapi unit OSCC.

MY: Adakah kamu dapat jumpa doktor?

SAIFUL: Saya tunggu doktor tiba, doktor pertama tiba setengah jam kemudian, berbangsa India juga yang datang. Dia bertanya pada saya, beliau hanya boleh buat blood pressure (tekanan darah) sahaja, kemudian dia keluar. Selepas itu setengah jam di tempat sama, sebelum itu saya nyatakan hasrat saya buat pemeriksaan kerana diliwat. Doktor nasihatkan saya buat laporan polis dulu kerana tanpa laporan polis pemeriksaan tidak dapat dibuat.

MY: Doktor nasihatkan buat laporan polis?

SAIFUL: Ya.

MY: Mana dapat borang itu (P3)?

SAIFUL: Apabila doktor kata demikian, memang berhasrat untuk buat laporan polis selepas saya buat pemeriksaan. Memandangkan boleh buat laporan polis di tempat tersebut saya buat laporan polis. Borang saya dapat daripada dua anggota polis. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

MY: Dua-dua datang sekali?

SAIFUL: Bukan, ada gap sedikit.

MY: Bukan kamu panggil polis?

SAIFUL: Bukan.

MY: Ini dalam pukul berapa?

SAIFUL: Petang.

MY: Ada doktor datang periksa?

SAIFUL: Tiada.

MY: Ada buat pemeriksaan?

SAIFUL: Ada, pada waktu malam.

MY: Pukul berapa?

SAIFUL: Dalam pukul 9 malam.

MY: Berapa orang doktor yang datang?

MSB: Agak ramai, saya ingat ada seorang doktor Cina, dua doktor lelaki Melayu dan seorang doktor perempuan Melayu yang mengandung dan jururawat.

MY: Selain itu ada orang lain?

SAIFUL: Ada polis datang?

MY: Siapa polis itu?

SAIFUL: Masa itu saya tidak kenal tetapi lepas itu saya kenal DSP Jude Pereira.

SAIFUL: Boleh cam?

MY: Ya.

MY: Adakah ini DSP Jude?

SAIFUL: Ya. Pegawai ini ada semasa itu.

(DSP Judy Blasious Pereira dicamkan oleh SP1)

MY: Bila doktor datang adakah mereka terus periksa atau tanya dulu?

MSB: Ada tanya soalan.

MY: Soalan macam mana? Tentang latarbelakang kenapa datang ke sana?

MSB: Ya, kerana saya diliwat, mereka tanya adakah saya dicederakan, tanda-tanda di badan untuk kecederaan.

MY: Ada 2-3 doktor?

MSB: Ya.

MY: Bahagian mana badan kamu yang diperiksa?

MSB: Keseluruhan anggota dari rambut ke kaki termasuk bahagian dubur.

MY: Adalah mereka guna alat untuk periksa dubur?

MSB: Ada.

MY: Adakah berkesempatan melihat alat tersebut?

MSB: Tidak.

MY: Adakah doktor bahagi peranan untuk memeriksa?

MSB: Saya tak pasti.

MY: Selain dari itu, ada apa-apa contoh diambil?

MSB: Banyak.

MY: Bagaimana diambil?

MSB: Gunakan seperti cotton buds (putik kapas) untuk pemeriksaan di bahagian badan dan dubur.

MY: Jika ditunjukkan, adakah ini yang digunakan?

MSB: Ya, saya pasti yang digunakan seperti ini.

MY: Ini baru punya belum guna lagi. Ada apa-apa yang kamu lihat?

MSB: Lihat letak swab di dalam container (bekas), mereka letak sticker, letak seal (meterai) dengan tutup putih, di seal itu saya tandatangan.

MY: Kamu diminta tandatangan?

MSB: Ya.

MY: Iaitu satu botol atau banyak bekas?

MSB: Banyak tetapi tak pasti bilangannya.

MY: Minta SP1 camkan tandatangan di setiap container yang dia tandatangan

Pohon berhenti pada peringkat ini. Selepas ini saya ada kurang daripada 10 soalan.

(Karpal mohon melihat pejabat pengurusan di tempat kejadian)

Perbicaraan tangguh 9.30 esok.

Utusan Malaysia

Tiada ulasan: