Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com
Memaparkan catatan dengan label Hasutan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hasutan. Papar semua catatan

4.7.13

Profesor: BN pun ramai tentera siber


 
Dakwaan kewujudan "Red Bean Army" yang dikaitkan dengan DAP tidak mustahil kerana BN juga mempunyai pasukan pejuang siber mereka yang sebahagian ahlinya tidak diketahui identitinya.

Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Samsudin Rahman, kedua-dua bala tentera itu sebahagian daripada komponen media dalam politik Malaysia.

NONE"Kalau kita nak kata Red Bean Army (ada), saya rasa BN juga banyak troopers (tentera) yang namanya tak didedah.

"Apabila dah kata namanya troopers, ia dah jadi macam peranglah.

"Sesiapa sahaja yang dapat 'sampai', tepat 'bunuh' orang dengan ketepatan mesejnya, dialah yang akan menang," katanya sewaktu bercakap pada forum "Media dan pilihan raya umum 2013" di Kuala Lumpur pagi ini.

Menurutnya, Red Bean Army, jika benar wujud tidak boleh dianggap sebagai jahat melainkan terbukti melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

"Jadi kita tak boleh salahkan Red Bean Army. Kalau ada kesalahan dia, ada undang-undang yang kita patut bawa dia.

"Yang kita hendak supaya apabila perkara ini dah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita, kita hendak orang yang menggunakannya menjadi lebih beretika.

"Ada had batasan dan sebagainya dalam lingkungan yang boleh dan (yang) tidak (boleh)," katanya lagi.

WWW1 - Utusan kantoi lagi, DS Nizar menang RM250 000

Posted on Thursday, July 04 @ 13:43:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Berita Oleh: laniismaa

"Nizar_DS

Utusan Malaysia kantoi lagi. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Malaysia membayar ganti rugi RM250 000 kepada bekas MB Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin kerana fitnah membabitkan nombor pendaftaran WWW1 milik Sultan Johor.


Peguam Fitri Asmuni memberitahu bahawa Nizar telah dianugerahkan ganti rugi am dan teladan selepas hakim Rosnani Saub mendapati unsur fitnah ke atas DS Nizar.
Fitri berkata DS Nizar kini berada di Australia dan telah dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas tentang keputusan tersebut.
Peguam itu juga berkata, hakim mendapati Utusan Malaysia tidak menyiarkan laporan benar dan memutar berita sehingga sengaja menimbulkan fitnah kepada DS Nizar.
Amacam cai-cai, selalu aje kitab rujukan hangpa kalah saman!!
- Lagi
"

29.6.13

Dakwat : Kenapa SPR Nak Tipu Rakyat?

PARLIMEN: SPR akui dakwat kekal tidak semestinya kekal
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui hari ini di Dewan Rakyat tiada bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, sebaliknya digantikan dengan pewarna makanan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu dalam transkrip jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang mahu SPR menjelaskan kandungan dakwat kekal tersebut memandangkan keberkesanannya semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dipersoalkan kerana boleh ditanggalkan.

"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan," kata Shahidan hari ini.

Kenyataan tersebut nyata berbeza dengan penjelasan SPR sebelum ini yang mengatakan mereka menggunakan Nitrat Perak dalam dakwat kekal sebelum ini dan memberikan alasan pengurangan kandungan tersebut sebagai punca kemelut dakwat kekal tersebut ditanggalkan berlaku.

Shahidan juga berkata tarikh luput dakwat kekal adalah empat bulan daripada tarikh ia dikeluarkan serta menyalahkan pengundi yang sengaja berusaha menanggalkan dakwat tersebut sebagai punca ia tidak kekal.

"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan.

"Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah tertakluk kepada individu dan usaha-usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal berkenaan," katanya lagi.

- TMI

Respon:

Wana said...
June 27, 2013 at 10:45 AM Pernakah anda membaca label isi kandungan makanan ringan yang anda beli? Adakah anda mengambil berat tentang senarai komponen bahan-bahan yang tercatit di kotak, botol atau tiub ubat-ubatan yang anda gunakan?

Wana said...
June 27, 2013 at 10:46 AM Jika diperhatikan betul-betul, anda pasti sedar yang selain komponen utama makanan atau ubat-ubatan yang anda beli sering mengandungi pelbagai bahan campuran lain. Contohnya, bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Bahan-bahan campuran ini diberi nama aditif.

Wana said...
June 27, 2013 at 10:46 AM Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran sediaan-sediaaan tersebut. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ribuan tahun lalu.

Wana said...
June 27, 2013 at 10:47 AM Nenek moyang kita telah menggunakan garam untuk mengawet daging dan ikan, rempah ratus untuk melazatkan makanan, dan cuka serta gula untuk menyimpan buah-buahan dalam bentuk jeruk. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi. Penduduk Asia pula didapati telah menggunakan sejenis sup pekat berasaskan agen perasa terkenal, mononatrium glutamat atau MSG, sejak 2,000 tahun lalu

Wana said...
June 27, 2013 at 10:47 AM Oleh kerana aditif digunakan di dalam makanan dan ubat-ubatan dengan meluas, maka kawalan ketat terhadap penggunaannya amat penting sekali. Akta Makanan 1983 (Undang-undang Malaysia Akta 281) jelas menyatakan keperluan memastikan bahawa hanya bahan-bahan yang selamat dan sesuai sahaja boleh digunakan di dalam sediaan makanan dan minuman.

Wana said...
June 27, 2013 at 10:47 AM Penggunaan aditif dalam ubat-ubatan pula dikawal oleh garis panduan yang terkandung di dalam amalan pengilangan baik atau GMP, peraturan-peraturan penyediaan yang terdapat di dalam farmakopia British (BP) dan farmakopia Amerika Syarikat (USP) dan keperluan pendaftaran yang diperincikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Wana said...
June 27, 2013 at 10:48 AM Pertama sekali, aditif mestilah mampu memberi kesan seperti yang diharapkan terhadap makanan dan ubat-ubatan. Kajian-kajian menggunakan haiwan perlu dilakukan bagi memastikan bahawa pengambilan aditif, sama ada bagi jangka masa pendek atau panjang, tidak menjejaskan kesihatan atau mencetuskan penyakit. Walaupun kepastian mutlak bahawa sesuatu bahan aditif adalah selamat tidak mungkin diperolehi, namun maklumat daripada kajian terhadap haiwan boleh menjadi asas yang kuat bagi mendapatkan kelulusan penggunaanya.

21.6.13

Kuala Lumpur antara 10 Bandaraya paling bahaya di dunia?

Kuala Lumpur adalah bandaraya keenam paling berbahaya di dunia, demikian apa yang dipaparkan dalam laman web 10awesome.com. yang entah siapa pemiliknya..



Menerusi posting bertajuk '10 Bandaraya Berbahaya di Dunia', San Pedro Sula, Honduras disenaraikan sebagai bandar yang paling berbahaya diikuti dengan Ciudad Huarez di Mexico, Maceio di Brazil, Acapulco di Mexico dan Sharm el Sheikh di Mesir.

"Pada masa ini, ibu negera ini (Kuala Lumpur) dikatakan salah satu bandar yang paling berbahaya di dunia. Kadar jenayah meningkat sebanyak 70 peratus dalam tempoh tiga tahun yang lalu," demikian menurut kenyataan laman web itu.


http://10awesome.com/10-dangerous-cities-in-the-world/

Bagaimanapun penulis yang hanya dikenali sebagai Deaa tidak menyatakan maklumat lain sebagai sokongan terhadap dakwaan berkenaan.

Berikutan itu satu kenyataan telah dikeluarkan dalam FaceBook PDRM menafikan dakwaan penulis itu..

MAKLUMAT PALSU: Dakwaan sebuah laman sesawang yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI.

Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman sesawang tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada pihak polis.

Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi.

Sepanjang tempoh 3 tahun iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan jenayah indeks di Kuala Lumpur sebanyak 31.8%, hasil usaha berterusan pihak polis dalam menangani isu jenayah di bandaraya tersebut.

Macai tentu kata ini mesti Red Bean Army punya kerja ataupun penulis yang memburuk-burukkan Kuala Lumpur ni sahabat Anwar Ibrahim.?

-http://darisungaiderhaka.blogspot.com

22.5.13

'Pengkhianatan orang Cina itu benar'


1:43PM Mei 22 2013
Pada 12 Mei, Malaysiakini melaporkan ucapan bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah dalam "Wacana Post Morterm PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah".

Mohd Noor Abdullah dilaporkan menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Beliau membuat seruan demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.

Ekoran kenyataan itu, beliau mendapat kritikan keras pelbagai pihak, termasuk oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya mengatasi kumpulan pelampau Ku Klux Klan di Amerika Syarikat.

Gabungan NGO-NGO Malaysia dalam kenyataannya pula mendakwa, laporan Malaysiakini berhubung perkara itu tidak tepat, berniat jahat dan bertujuan melaga-lagakan keharmonian dan perpaduan kaum.

Mereka mendakwa kenyataan itu dimanipulasikan oleh wartawan dan berita itu hanyalah segmen-segmen kecil yang dipilih-pilih berdasarkan ucapan penuh Mohd Noor yang berdurasi hampir 60 minit.

Justeru, bagi membantu pembaca mendapatkan gambaran sebenar, berikut transkrip penuh ucapannya berdasarkan rakaman audio dalam wacana itu.

Di bawah ini bahagian pertama daripada tiga bahagian:

Benarkan saya bercakap yang benar. Tiada yang tidak benar, melainkan yang benar. Terima kasih.

Beginilah, saya mulai dengan berkata, pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu, itu adalah benar, oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi.

Kalau ada pihak-pihak yang menyalahkan pemimpin-pemimpin mereka kerana menipu demi hendak menjaga hati dan perasaan orang Cina terpulanglah.

Tetapi bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana, orang Melayu bila dikhianati, dia membalas. Dan bila dia membalas, dendam kesumat dia tidak sudah-sudah.

Saya hanya menyeru kepada orang Melayu, untuk berjihad dan memperkasakan perlembagaan dan tidak ada sesiapa yang hendak menentangnya kerana perlembagaan itu adalah persetujuan semua masyarakat di Malaysia ini.

Kalau begitu, perjuangan pertama orang Melayu ialah, kita hapuskan istilah "Melayu", "Cina", "India" dan "lain-lain"... dalam otak kita sejak merdeka - Melayu, Cina, India dan lain lain.

Bila ada istilah "Melayu", "Cina", "India", pertama, kita mengiktiraf; kedua, kita ikut susun atur keutamaan-keutamaan.

Adakah kita letak "lain-lain" itu secara... Siapa dia, orang Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak, layakkah mereka diletak di corot? Selepas orang Melayu, Cina, India, dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain lain. Salah.

Jadi saya menyeru, istilah yang memecahbelahkan, istilah perkauman ini, kita hapuskan, oleh kerana dalam perlembagaan tiada sepatah pun menyebut "Cina", "Orang Cina", "India", "Orang India", "Malaysian Chinese", "Malaysian Indian", tidak ada langsung.

Jadi kenapa kita boleh iktiraf? Izinkan saya menghuraikan apa yang ada, dalam perlembagaan ada menyatakan hanya empat masyarakat. Bukan kaum, bukan bangsa, empat masyarakat.

Pertama Orang Asli, mereka inilah masyarakat yang teristimewa, iaitu apa saja yang nak dibuat menurut undang-undang bagi kemajuan, baik untuk keharmonian atau kebaikan, serba-serbinya untuk mereka ini sah dari segi undang-undang.

Siapa orang asli? Mereka adalah aborigines of Semenanjung of Tanah Melayu. (Mereka) Orang asli di semenanjung Tanah Melayu ini. Mereka ini saya katakan, adalah sepupu orang Melayu.

Yang kedua ialah, yang diiktiraf dalam perlembagaan ini, Orang Asli, orang Melayu. Siapakah orang Melayu? Orang Melayu ialah orang yang beragama Islam, bercakap Bahasa Melayu, berbudaya Melayu dan lahir di semenanjung Melayu sebelum Merdeka.

Termasuk salah seorang daripadanya, orang Melayu yang satu lagi (ialah yang) tidak (Melayu), yang kahwin dengan yang Melayu (maka) anaknya Melayu.

Siapa dia? orang Arab kahwin Melayu, orang India kahwin Melayu, orang Cina kahwin Melayu, siapa saja kahwin orang Melayu, anak itu adalah Melayu Nusantara.

Begitu juga Bumiputera. Bumiputera Sabah adalah anak cucu kepada masyarakat di bumi Sabah. Dan Sarawak pula, begitu juga, cuma terhad kepada anak perkahwinan sesama mereka. Kahwin campur dengan bukan pribumi Sarawak, bukan diiktiraf sebagai pribumi Sarawak.

Orang Asli sepupu kita, Bumiputera Sabah Sarawak itu saudara-mara kita. Selain daripada itu, adalah jiran tetangga semata-mata.

Oleh kerana mereka datang menumpang dulu, kita iktiraf dia, kita beri perlindungan dan akhirnya kita beri kerakyatan sampai kaya raya. Maka, istilah pengkhianat itu pantang larang orang Melayu.

Kedua, menurut perlembagaan, sepatutnya di negara kita hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Saya gunakan istilah ini: sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan.

Saya guna istilah "hapuskan" oleh kerana perlembagaan tidak mengiktiraf sekolah jenis kebangsaan. Oleh kerana adanya sekolah kebangsaan, adanya sekolah jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, dan swasta, ia memecahbelahkan rakyat.

Apakah bentuk satu aliran pelajaran? Saya katakan, zaman Inggeris itu ada government English school, sekarang patut ada sekolah rendah kerajaan, sekolah menengah kerajaan. Itu saja ada sekolah.

Jadi sekolah jenis kebangsaan yang ada sekarang ini, sekolah jenis kebangsaan Cina, India yang ada sekarang ini, kita ubah dia kepada sekolah kerajaan. Jenis-jenis tidak ada dah, sekolah rendah dan sekolah menengah (sahaja).

Di sana, semua pelajar-pelajar belajar di satu bilik darjah, makan minum dalam satu kantin dan bermain sepadang dan gelanggang yang sama. Barulah kita boleh terapkan perpaduan dan integrasi nasional. Kalau ada yang tidak setuju, mereka adalah antiperpaduan.

Adakah salah bagi saya menyatakan sesuatu yang benar? Sepatutnya apa yang saya kata ini disokong bukan saja oleh orang Melayu tetapi oleh seluruh masyarakat Malaysia.

Yang penting, bukan sekadar betul, kita berjihad untuk memperkasakan perlembagaan. Seandainya ada sekolah-sekolah yang membantah, maka caranya ialah, dapatkan perintah mahkamah, bahawa wujudnya sekolah jenis kebangsaan Cina dan India, itu tidak sah dan bertentangan dengan perlembangaan.

Tentu adanya peguam di sini dan peguam itu boleh dapatkan perintah mahkamah. Di Mahkamah Persekutuan, lima panel hakim di sana, mengatakan, pertama dana negara, dana negeri yang dibelanjakan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan India tidak ada peruntukan dalam perlembagaan.

Lihat Perkara 12, ada menyatakan: This shall not prejudice the right of the federal government or the state government to establish or help in establishing Islamic schools and incur such expenditure as may be necessary.

Bagi sekolah agama Islam, perlembagaan menyatakan boleh digunakan dana negara dan negeri untuk menubuhkan sekolah itu atau membantu sesiapa saja yang menubuhkan sekolah agama, dan mengguna dana negara dan dana negeri sebanyak mana yang diperlukan, kerana itu ada dinyatakan.

Mana ada dinyatakan sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan India ini? Tidak ada kan?

Ini, kita ini baru defensif. Apa saya katakan tadi, itu defensif. Mari kita bertindak agresif lagi. Saya katakan bertindak agresif, seperti tadi saya katakan, orang Melayu bila dikhianati, dia ada backlash.

16.5.13

Anwar sukar terima takdir Tuhan

YUSOF HARUN
16 Mei 2013
Ketika orang lain menikmati saat-saat suka-duka sebagai pesara setelah bersara dari perkhidmatan awam ataupun pencen dari pekerjaan di sektor swasta, tidak ada siapa di antara kita yang menduga bahawa seorang lelaki yang berusia 55 tahun dari Kubang Pasu dilantik menjadi PM Malaysia ke-4.

Tidak banyak tanda yang membolehkan kita meramalkan bahawa tokoh dari Kubang Pasu itu bakal dilantik sebagai TPM sebelum disahkan ke jawatan PM sebaik Tun Hussein Onn bersara.

Namun takdir tercatat pada 1976 apabila Dr Mahathir dilantik menjadi TPM berikutan pelantikan Hussein menggantikan Tun Abdul Razak yang baru meninggal dunia.

Hussein tidak meninggal tetapi memilih melepaskan jawatan dan seperti sudah tersurat ditakdirkan pada 1981, Dr M secara rasmi dilantik menjadi PM ke-4.

Bila kita bercakap pasal takdir, maka kita harus akur kepada hakikat bahawa apa pun yang berlaku ke atas kerjaya politik seseorang ataupun sesebuah pertubuhan politik adalah sebenarnya takdir.

Pas sejak sebelum merdeka lagi sudah bercita-cita menguasai beberapa kerajaan negeri dan akhirnya kerajaan Pusat. Parti itu melakukan pelbagai rancangan bagi memastikan mereka muncul pemenang dalam setiap pilihan raya sejak selepas merdeka lagi, namun seperti kita ketahui takdir tidak menyebelahi mereka.

Paling mutakhir dan terkini serta yakin dengan slogan ‘Ini Kalilah’ Pas terus gagal walaupun terpaksa menumpang kekuatan DAP dan PKR. Sebagai parti paling senior dalam Pakatan Rakyat dan keanggotaan terbesar, Pas hanya mampu memperoleh 21 kerusi Parlimen berbanding DAP dan PKR yang masing-masing peroleh 38 dan 28 kerusi.

Begitulah takdir menimpa Pas. Di sebalik doa demi doa, solat Hajat demi solat Hajat daripada pemimpin berimej agama yang cukup tebal dan jarang menanggalkan jubah dan serban, Pas terus gagal menunjukkan  peningkatan nyata, baik ketika berlawan secara sendirian atau bergabung dengan orang lain.

Walaupun sudah tersurat bagi Pas ‘habuk pun tarak’, namun pemimpin, ahli dan penyokong Pas nampaknya enggan menerima takdir walaupun mempercayai qadak dan qadar adalah satu daripada Rukun Iman.

Anwar Ibrahim adalah nama besar yang diramal menjadi pemimpin utama negara sejak mula berkecimpung dalam Umno lagi dan menimba populariti dengan memperagakan imej Islam. Anwar sedar jika ia masuk Pas pada awal 1980, bukan saja peluang nak jadi PM jauh lebih malap, nak dipilih sebagai ahli Parlimen pun belum tahu lagi.

Nampaknya sementara Anwar boleh menerima takdir yang baik menjadi TPM, namun enggan pula menerima takdir malang dipecat dari jawatan kerajaan dan parti serta dipecat dari Umno pada 1998. Anwar mencetuskan kegelisahan awam dan menyebabkan kacau-bilau dengan kempen ‘reformasinya’.

Tanpa disedarinya, orang mula sangsi tentang Anwar yang selama ini mempergunakan ayat Quran dan hadis bagi mengaburi mata rakyat, terutama orang Melayu apabila terang-terang cuba menentang perjalanan takdir. Dalam keghairahan memetik kata-kata Abul Ala Al-Maududi, Yusof Qardawi, Anwar terlupa kata-kata Kahlil Gibran, “Manusia tidak boleh mengubah takdir sebagaimana bintang di cakerawala tidak boleh mengubah orbitnya.”

Kini, bak kata orang, secara retrospektif, rakyat mula menyangsikan keupayaan Anwar menjadi TPM waktu dalam Umno jika dibanding dengan Tun Ghafar Baba. Ghafar sebenarnya memang jauh lebih hebat. Ia setia pada parti dan tidak rosakkan parti berbanding Anwar. Dari aspek moral, semua tahu Pak Ghafar seorang insan yang mulia.

Begitulah mekanisme takdir yang bersifat halimunan. Jika ditentang sekalipun, ia tetap tidak mengubah apa-apa. Apakah peluang Anwar dalam PRU14 nanti? Ketika itu usianya sudah menjangkau 71 tahun. Kalau berdasarkan peristiwa yang memberikan justifikasi kepada kejayaan dan kegagalan masa lalu, nampaknya jalan untuk Anwar ke Putrajaya dihalang tembok-tembok tebal dan kabus gelap.

Hari ini kempen Black 505 yang dicetuskan oleh beliau sebagai bantahan kepada takdir Tuhan mungkin disokong oleh mereka yang imannya mengenai qadak dan qadar adalah cakap tak serupa bikin, tapi hakikat sebenarnya Black 505 adalah catatan pendahuluan kepada episod hitam terakhir bagi Anwar sebelum terus pudar dan lenyap serta terpadam sama sekali dalam sejarah politik Malaysia.

Mungkin ketika itu nanti Anwar akhirnya dapat menerima takdir betapa kerusi PM bukan ditentukan untuknya.

14.5.13

Anwar: Kenyataan Mohd Noor lebih rasis dari KKK

12:00PM Mei 13 2013  
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kenyataan kontroversi seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan yang memberi amaran bahawa orang Melayu akan membalas dendam sekiranya dikhianati oleh orang Cina.

Anwar berkata, kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah itu malah mengatasi kumpulan pelampau kaum Ku Klux Klan (KKK) di Amerika Syarikat, katanya.

mohd noor abdullah ex court of appeal judge 130513“Ucapan rasis bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah mengatasi Ku Klux Klan dan akan membuatkan (pemimpin Nazi Jerman, Adolf) Hitler bangga.

“Berapa lama lagi kita perlu bertolak ansur dengan tindakan meniup kebencian dan mengumpan perkauman dari kerajaan haram (Datuk Seri) Najib (Razak),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam ucapan tersebut, Mohd Noor antara lainnya menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut hari ini, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.

"Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi," katanya, mengulas keputusan pilihan raya tersebut.

Pecat bekas hakim dari panel SPRM, gesa PKR




Naib Presiden PKR N Surendran menuntut supaya bekas hakim mahkamah rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah dipecat daripada jawatankuasa pengaduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran kenyataannya yang dianggap bersifat perkauman semalam.

Surendran, anggota Parlimen baru Padang Serai berkata, Mohd Noor tidak sesuai memegang jawatan yang memerlukan kepercayaan awam.

NONE"Kerajaan BN harus segera memecat Mohd Noor Abdullah daripada kedudukan yang memerlukan kepercayaan awam.

"Kenyataan Mohd Noor membuatkannya tidak layak untuk memegang sebarang kedudukan yang perlunya kepercayaan awam," katanya.

Surendran berkata, kenyataan Mohd Noor harus disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, berhubung kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Mohd Noor antara lainnya menyeru golongan Melayu agar bertindak lebih agresif untuk mempertahankan hak serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha merampas kuasa politik.


Steve Ng · Pengulas Tertinggi · Monash University
Betul kata Surendran Nagarajan Saya juga terperanjat apabila membaca kata-kata oleh seorang bekas hakim. Ini juga membawa malu kepada Tuan Hakim sekalian, dan menunjukkan bahawa hakim-hakim di negara ini tidak lagi bermoral tinggi.

NGO Melayu gesa boikot perniagaan dimiliki Cina


1:37PM Mei 14 2013  
Beberapa NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan entititi perniagaan itu telah memecahkan perpaduan dalam negara.

Sambil menempelak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nadzim berkata, langkah itu juga bertujuan menghantar signal kepada syarikat-syarikat berkenaan agar "jangan kurang ajar".

Perniagaan yang mahu diboikot termasuk dua rangkaian kedai makan, rangkaian pasar raya serta jenama roti dan tepung terkenal.

Sementara itu, kenyataan bersamanya gabungan itu yang diedarkan menyebut, ia langkah mudah tetapi berkesan bagi mengekang Anwar daripada terus "menghasut rakyat" dan DAP daripada memperalat orang Cina.

  • Raja Mohd Shahrim · Pengulas Tertinggi · 2,984 orang pelanggan
    Jahanam PPIM kerana ada manusia mcam Nadzim Johan...dulu aku selalu ikut programnya diBernama radio 24.. setiap kali aku call.. gerenti DJ tak bagi aku cakap .. ok jika mahu perang..!! ayuh kita perang.. bukan perang senjata tapi perang antara rakyat majoriti yg menyokong PR dan kumpulan minoriti yg rasis dan terbelenggu dgn kecetekan minda...

13.5.13

Pakatan dicabar jemput SPR jawab dakwaan penipuan


 
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mencabar parti Pakatan Rakyat untuk menjemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menerangkan dakwaan penipuan yang berlaku semasa pilihan raya 5 Mei.

Beliau berkata, tiada sebab mengapa SPR akan menolak pelawaan pembangkang sekiranya bertujuan untuk memberi penjelasan.

"Saya dengan ini mencabar pembangkang supaya memanggil SPR ke tempat mereka. Saya juga mengesyorkan supaya SPR saman mereka yang buat tuduhan terhadap SPR.

“Tetapi pada pandangan saya, mereka takkan jemput sebab kalau jemput habislah modal mereka. Nak cakap apa?," katanya dalam sidang media selepas sesi penerangan jentera Penerangan Umno bersama SPR di PWTC hari ini

Sesi yang berlangsung kira-kira dua jam itu dihadiri oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof serta ketua penerangan Umno bahagian dari seluruh negara.

Ahmad juga menjelaskan, sesi penerangan hari ini bertujuan untuk menangkis tohmahan pembangkang yang mendakwa pilihan raya kali ini yabg terburuk dalam sejarah negara.

"Oleh itu saya jemput Tan Sri Aziz untuk memberi penerangan tentang tohmahan yang diberi oleh pembangkang.

"Segala tuduhan seperti black-out (masalah bekalan elektrik di pusat mengundi), peti undi dibawa lari telah dijawab oleh Tan Sri (Abdul Aziz) SPR dan kita berpuas hati dengan jawapan beliau," katanya lagi.

12.5.13

'Hapuskan SJK kerana perlembagaan tak iktiraf'


 
Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru agar kerajaan menghapuskan sekolah vernakular yang didakwanya bukan sahaja memecahbelahkan masyarakat malah tidak diiktiraf perlembagaan.
“Menurut Perlembagaan, kita sepatutnya hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan (SJK).

“Hapuskan oleh kerana Perlembagaan tak iktiraf sekolah jenis kebangsaan kerana adanya sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, ia memecah-belahkan rakyat,” katanya dalam Seminar Pasca PRU-13 di Kuala Lumpur hari ini.

Golongan yang tidak bersetuju dengan penghapusan SJK pula boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk mencabar tindakan tersebut, katanya.
“Kalau ada yang tak setuju, mereka itu anti-perpaduan. Adakah salah bagi saya nyatakan sesuatu yang benar? Sepatutnya apa yang saya kata ini disokong, bukan sahaja oleh masyarakat Melayu tetapi seluruh masyarakat Malaysia.

“Kita perlu berjihad untuk perkasakan orang Melayu. Seandainya ada terdengar suara-suara yang bantah, maka caranya dapatkan perintah mahkamah bahawa kewujudan SJK tak sah dan bertentangan dengan perlembagaan,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Dalam ucapan sebelum itu, bekas pro-canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Abdul Rahmad Arshad yang menimbulkan perkata itu berpendapat sekolah aliran tunggal akan menyatukan sistem persekolahan.

“Satukan sistem persekolahan... buat sekolah satu aliran, sekolah rendah kerajaan dan sekolah menengah kerajaan. Itu sahaja.

"Sekolah jenis kebangsaan Cina dan India yang ada sekarang ini kita ubah kepada sekolah kerajaan. Tak ada jenis-jenis.

"Kita harus praktikkan apa yang boleh dipraktikkan,” katanya yang turut mengambil contoh sistem persekolahan di Indonesia, Thailand dan Filipina.

Seminar berkenaan diadakan bagi membincangkan kesan pilihan raya umum 5 Mei, yang menunjukkan BN hanya mampu menguasai 133 kerusi parlimen, berbanding 140 dalam pilihan raya umum Mac 2008.

Bagaimanapun, Umno yang banyak bertanding di kerusi majoriti Melayu berjaya memperolehi sembilan lagi kerusi, berbanding hanya 79 kerusi pada 2008, walau parti BN yang bertanding di kerusi majoriti Cina – MCA dan Gerakan – kalah teruk dalam pilihan raya kali ini,

Di sisi Pakatan Rakyat pula, ramai calon Melayu menang di kerusi campuran, malah turut menewaskan calon pencabar dari kaum Cina.

RangBul@n:

Banyak negara luar contohnya di kota Beijing; syarikat swasta yang membina lebuh raya hanya mengutip tol sekitar 15 tahun; negara kita sampai 30 tahun ianya terlalu lama. Keuntungan PLUS contohnya telah berganda-ganda.

  • Zahman Za · Pengulas Tertinggi
    Tak perlu kepada taraf dr/profesor untuk mencari punca kenapa Melayu. Cina, India dan lain-lain tidak pilih BN. Rakyat sudah mula cerdik iaitu mereka :
    1. Mahu negara berada pada landasan yang baru.
    2. Rakyat mahu beban hidup diringankan dengan harga petrol direndahkan sikit.
    3. Diringankan kos hidup dengan dasar jalan tanpa tol.
    4. Diringankan beban hidup dengan pendidikan percuma dari sek rendah ke peringkat tinggi.
    5. Rakyat mahu harga kenderaan motor diturunkan setanding negara siam/indo.
    6 Tarif api dimurahkan sikit dan harga langganan siaran tv sangat tinggi berbandi negara siam free
    7. Rakyat mahu segala kos projek-projek pada tahap yang munasabah.
    8. Jenayah diperangi bukan main-main
     
     

'Orang Melayu akan balas dendam jika dikhianati'


 
Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.
Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut hari ini, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.

"Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi," katanya, mengulas keputusan pilihan raya tersebut.

Dakwaan mengenai pengkhianatan orang Cina itu mula timbul apabila keputusan pilihan raya umum 5 Mei menunjukkan BN hanya mampu menguasai 133 kerusi parlimen, berbanding 140 dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Bagaimanapun, Umno yang banyak bertanding di kerusi majoriti Melayu berjaya memperolehi sembilan lagi kerusi, berbanding hanya 79 kerusi pada 2008, walau parti BN yang bertanding di kerusi majoriti Cina – MCA dan Gerakan – kalah teruk dalam pilihan raya kali ini,

Di sisi Pakatan Rakyat pula, ramai calon Melayu menang di kerusi campuran, malah turut menewaskan calon pencabar dari kaum Cina.

Dalam ucapan selanjutnya, Mohd Noor mempertegaskan amaran bahawa orang Melayu akan membalas dendam sekiranya dikhianati.
"...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah," katanya.

Beliau turut menganjurkan agar penyusunan masyarakat itu turut melibatkan pewartaaan kawasan rizab Melayu di kawasan bandar bagi membolehkan kaum Melayu membangun dan menguruskan perniagaan bersama kaum Cina.

“Perlembagaan menyatakan tanah rizab Melayu dah diisytihar selepas merdeka kekal sampai bila-bila. Lepas merdeka, menteri besar dan exco boleh isytiharkan kawasan-kawasan Melayu dan beri jaminan perlembagaan apa kita boleh buat.

“Tanah rizab hendaklah diisytihar di kawasan bandar supaya orang Melayu boleh berniaga di kawasan bandar yang sebelum ini dimiliki oleh orang Cina.

"Istilah cantiknya ialah menyusun semula masyarakat. Tapi istilah kasar ialah (membolehkan) orang Melayu berhijrah supaya gedung-gedung yang kita lihat dibandar sama-sama dimiliki, bukan melihat sahaja,” katanya.

Berucap dalam seminar yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu, Mohd Noor mencadangkan agar penyusunan semula masyarakat itu dijalankan dalam tempoh 10 tahun.

Katanya, walaupun setelah 56 tahun merdeka, kekayaan orang Melayu masih lagi tidak mencapai sehingga 20 peratus di negara ini.

“Sudah 56 tahun berlalu, kita masih memiliki tidak sampai 20 peratus kekayaan negara ini.

“Susunlah strategi supaya dalam masa 10 tahun ini, Yang Dipertuan Agong mengarahkan badan berkuasa untuk jamin supaya kekayaan negeri ini dimiliki kita sebanyak 67 peratus.

“Orang Melayu harus kenal siapa sekutu kita, siapa saudara-mara kita,” katanya lagi.

Turut hadir menjadi ahli panel ialah bekas pro-canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Abdul Rahmad Arshad serta timbalan presiden PAS Datuk Nasharuddin Mat Isa.

Sementara itu, Pengerusi DAP Karpal Singh dalam satu kenyataan medianya petang ini meminta supaya pihak polis menyiasat berhubung kenyataan Mohd Noor yang disifatkannya berbaur hasutan.

Menurut Karpal, dengan bahasa yang digunakan sangat provokatif, beliau mendakwa kenyataan Mohd Noor itu bertujuan untuk menghasut.

"Saya agak terkejut dengan kenyataan berbaur hasutan yang dibuat oleh bekas hakim mahkamah rayuan, Mohd Noor Abdullah yang mempunyai elemen hasutan. Tidak syak lagi, Mohd Noor telah gunakan bahasa yang sangat provokatif," katanya.

4.5.13

6 Ribu Hadir,Tun M Punca PAS PKR Bergaduh Di Permatang Pauh. (benarkah 6 ribu)

Semalam lebih 6 ribu pengundi Permatang Pauh hadir untuk mendengar mantan bos kepada anugerah tuhan PKR ,kesesakan lalu lintas lebih 3km dari bulatan Permatang Pauh hinggalah di pusat Komersial Permatang Pauh lokasi ceramah . Kawasan pusat komersial buat pertama kali padat dengan hadirin.

Apa yang menarik ada wajah wajah yang Pisau cukup kenal penyokong kuat PKR dan PAS turut sama berada didalam kelompok orang ramai yang kusyuk mendengar ucapan Tun M.
Pisau ditegur oleh mereka “hang pun ada sini? buat apa?” Jawap Pisau “saja nak dengar apa orang tua ni dok bohong dengan orang matang pauh”  ,kata Abang M orang kuat PKR “lepas ni jumpa tempat biasa”. Untuk pengetahuan anda semasa ceramah berlangsung berlaku provokasi oleh puluhan penyokong haprak pakatan.

Seperti biasa mereka berkonvoi membuat bising dan juga memaki hamun, keadaan bertambah kecoh apabila kumpulan haprak pakatan ini telah membaling 3 buah canister ke arah kelompok hadirin yang sedang mendengar ceramah. Alhamdulilah hadirin tidak panik dan canister berjaya dibuang jauh dari lokasi.

Sebaik saja habis ceramah,Pisau terus ke Seberang Jaya lepak di gerai kegemaran kami . “Hang tengok macam mana tadi? Tun bantai bang non fitnah tak habis habis” kata Abang M kepada kami. Abang A penyokong kuat PAS, kata ” apa yang Tun M kata tak betul?” ” Bukankah Anwar dari dulu nak jadi PM?” ” yang cakap tu bekas bos bang non, mesti dia tau banyak pasal bang non”

Abang M ” Nak fitnah pun agak agak la..sampai kata penipu besaq dalam dunia awatnya” “Dia tak penah tipu orang ka? sampai nak tuduh macam tu” , Terus Abang A jawap ” habis apa cerita dengan 16 September? tu bukan bohong ka? habis semua orang kita kena tipu ingat nak dapat dah Putrajaya”

Abang M ” Yang hang dok kata kat Abang Non pasaipa?” ,jawap Abang A ” bila pulak aku kata kat Abang Non, dah benda tu betui,orang PAS semua dok bagi harapan tinggi..last last Bang non jual kita 3 sekupang tau..”

“Hang ni pasaipa? sejak balik ceramah aku tengok lain macam? Tadi hang pi salam dengan Dr Mazlan awatnya? Dah kena mandram BN ka sampai dok hentam bang non” kata abang M..
“awatnya kalau aku nak pi salam dengan orang kita? Dr Mazlan tu aku kenai lama dah..dia orang kita!” kata Abang A, bila dah hampir panas dan suara makin kuat,orang yang makan di gerai sebelah dah pandang pandang meja kami bertiga..

Ini gambaran yang terjadi dikalangan penyokong pakatan yang dapat Pisau ceritakan kepada anda.. sebenarnya dimerata ceruk Permatang Pauh terdapat banyak mini parlimen kedai kopi..ramai YB YB parlimen kedai kopi sekarang ini panas membentangkan siapa pilihan mereka. Sekarang ini menurut sumber maklumat Pisau dari war room PKR , Anwar bakal menang kerusi Parlimen Permatang Pauh,namun mengusarkan kem PKR apabila penurunan mendadak jumlah majoriti.tunpmtgpauh
Berdasarkan kajian PKR sendiri,Anwar hanya mampu menang lebih kurang 4 ribu majoriti. Jika Anwar berjaya mengalahkan Dr Mazlan dengan sebegini banyak maka ia adalah episod paling memalukan oleh Anwar dan PKR kerana jumlah majoriti menjunam drastik apatah lagi Anwar memwar warkan diseluruh negara kononnya beliau bakal menjadi PM.

Ada yang berpendapat tindakan Anwar dan CheGuBard Tuya yang cuba mendedahkan klon pelakon video seks Anwar berubah menjadi tragedi,Video china doll dipanaskan kembali oleh PKR hinggakan sekarang ini cakap cakap dikalangan pengundi mereka sudah percaya video tersebut benar benar tulen dan Anwar gagal yakin kan mereka apabila skrip lakonan kononnya saksi dari Thailand ditangkap polis telah menyebabkan ramai orang berasa mereka diperbodohkan sebegitu rupa oleh CheGu Bard dan Anwar.

Pisau kata ” Guan Eng broker tanah paling berjaya di Pulau Pinang bakal jadi Ketua Pembangkang di Penang beb…hehe percaya tak?”

Penulis ini terlalu taksub dengan BN sampaikan tolak semua kempan PR.

Rusuhan Besar Besaran Bakal Berlaku Ketika PRU13!



20130504-225537.jpg
Seperti yang sudah dijangkakan, kenyataan terbaru Mat Sabu memang satu tindakan preamptive untuk menghalalkan rusuhan besar besaran di seluruh negara. Pisau pernah dedahkan perancangan sulit yang dibuat oleh pimpinan pakatan pada Jun 2011.
Usaha Hancurkan PRU13 Bermula,Halalkan Kudeta.

Seluruh negara memperkatakan tentang demo Bersih yang dinaungi oleh Ambiga dan Mat Sabu. Matlamatnya tidak lebih kepada tindakan preamptive atau langkah persediaan dalam kerangka membangkitkan kononnya revolusi dinegara ini.

Dikhabarkan dalam mesyuarat pimpinan tinggi pakatan pada pertengahan 2010,setiap pemimpin komponen pakatan telah menyuarakan kebimbangan bahawa matlamat untuk mengekalkan momentum tsunami 08 sudah tidak berhasil.Ketika itu beberapa pilihanraya kecil sudah memihak kepada BN dan sehinggalah kemuncaknya ketika di Galas dan Batu Sapi apabila BN memenangi di kerusi Dun dan Parlimen.

Laporan tersebut turut menyatakan golongan muda terlalu banyak beralih arah memberi sokongan yang tinggi dan diluar jangkaan kepada BN,kata pemimpin kanan tersebut,perangkaan dan statistik didalam laporan tersebut ternyata meleset apabila pakatan rakyat kehilangan lebih daripada 60% pengundi muda sedangkan jangkaan mereka sokongan golongan muda meningkat naik memandangkan strategi menarik golongan muda dijalankan secara konsisten sejak 2008 lagi.Faktor kuasa ketiga seperti golongan profesional, atas pagar dan parti KITA,kaum India yang beralih arah juga meresahkan pakatan.Kesemua ini diambil kira.

Paling menarik kata salah seorang pimpinan kanan pakatan,berdasarkan laporan IRI pakatan ternyata akan gagal memenangi PRU 13 nanti,makanya mereka telah mengerakkan plan strategik untuk menjatuhkan kerajaan pusat secara coup de tat.

Menurut beliau,sebenarnya tiada masaalah dengan SPR,jika benar pilihanraya tidak bersih masakan pakatan mampu memenangi 5 negeri dan berjaya menafikan 2/3 kerusi parlimen BN.Kemenangan yang diraikan oleh penyokong pakatan sebenarnya hasil daripada sistem demokrasi yang ada,SPR menjadi badan pelaksana yang terbukti berpengalaman dan cekap.
Menuntut pilihanraya Bersih sebenarnya tak lebih kepada membangkitkan sentimen benci dan hasutan,memandangkan pakatan bakal kalah pada PRU13 nanti maka sentimen kebencian dan hasutan akan dijadikan insuran buat pakatan untuk menuduh SPR dan BN melakukan penipuan semasa pilihanraya nanti. Selepas itu rusuhan dan kononnya revolusi akan digerakkan untuk meruntuhkan kerajaan yang menang.

Mendengar penerangan yang diberikan oleh sumber Pisau, ia satu grand design yang dirangka oleh NED,IRI dan CIA seperti mana mereka menjatuhkan kerajaan Panama,Mesir,Thailand,Indonesia,namun usaha mereka berjaya dipatahkan di Iran:klik sini
Tak terjangkau dari pemikiran marhain bahawa ancaman kepada negara hingga ke tahap ini. Yang berada didalam circle atau kelompok pakatan sendiri hampir kesemuanya sudah tenggelam dan diprogram didalam sentimen yang dibangkit dan direka oleh strategis strategis ini.

Skrip sudah dirancang,pak lawak,badut dan haiwan sarkis hanya menurut kata kononnya mahu melaksanakan kuasa rakyat.Sebaliknya hanya menjadi boneka suruhan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan .

Soal bangsa mana yang lebih ramai turun didalam Bersih nanti semua orang dah tahu,99.9% Islam dan Melayu. Hanya golongan ini saja yang mudah dilembukan sepertimana DAP melayan mereka di Pulau Pinang.

*Laporan diatas bukan bermakna BN & Umno boleh tidor lena dan duduk selesa tak payah buat kerja.

Ini kenyataan Mat Sabu,

”Kami ke jalan raya jika PRU tipu”

Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112), Mohamad Sabu berjanji akan menghimpunkan lebih ramai rakyat lagi jika berlaku sebarang penipuan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Jika berlaku demikian, beliau berjanji, rakyat tidak akan pulang selagi kerajaan yang naik secara penipuan itu tidak turun.

“Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang,” katanya dengan disambut tepukan gemuruh para hadhirin.

Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS itu berkata demikian ketika memberikan ceramah di tapak Uptown, Bandar Tasik Puteri malam tadi-HaprakDaily

Sebenarnya Haprak Pakatan sudah merancang awal untuk melakukan revolusi,akan berlaku bantahan pada hari pembuangan undi.Akan berlaku boikot dan menolak proses pembuangan undi sebelum waktu mengundi jam 5 petang. Pada malamnya mereka menolak keputusan undi dan tidak menerima keputusan keseluruhan undi PRU13 ,haprak pakatan akan turun dijalan raya merusuh dan mendakwa kononnya mereka kalah PRU13 disebabkan penipuan.

Tahukah anda pimpinan pakatan didalam mesyuarat sulit mereka mengakui PRU13 mereka tidak akan berjaya mengalahkan BN.Tetapi cara revoulsi dan merusuh adalah jalan terakhir untuk menumbangkan BN. Himpunan Bersih adalah justifikasi dan alasan menghalalkan rusuhan yang bakal berlaku pada PRU13 nanti .

Selepas berlaku rusuhan,maka desakan dibuat untuk satu badan bebas dari Barat untuk memantau pilihanraya.Ketika itulah baru haprak pakatan menang atas bantuan daripada negara Barat sepertimana yang berlaku di negara negara lain.

Pakatan cukup terdesak,terutamanya Anwar..,maka mereka harus melakukan apa saja menghalalkan cara asalkan matlamat mereka tercapai.

Sumber Pisau dari DAP yang sangat rapat dengan Pemimpin tertinggi turut mengakui Pakatan gagal untuk takluk Putrajaya, manakala DAP hanya mampu menang tipis dengan majoriti mudah di Pulau Pinang. Manakala sumber dari PKR turut merumuskan mereka gagal untuk menang di peringkat parlimen malah kedudukan di Selangor juga lebih memihak kepada BN.
Ini adalah maklumat yang Pisau berjaya dapatkan dari Bangsar.

Mereka bakal merusuh di setiap pusat pengiraan undi dan akan memulakan revolusi di seluruh negara .

Bersih 4.0
Perhimpunan 505
Gerakan Kebangkitan Rakyat-Hishamuddin Rais
Perhimpunan Kebangkitan Rakyat akan bermula selepas tamat pembuangan undi 5/5/2013 jam 1830.

Peserta 505 akan berhimpun di setiap pusat penjumlahan negeri masing-masing di seluruh negara.

Gerakan Propaganda akan dimulakan dengan menyebarkan berita-berita yang mampu menbangkitkan kemarahan dikalangan penyokong dan Ahli Pakatan Rakyat.

Penyebaran Propaganda akan dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) serta media elektronik dan media cetak (Risalah).

Kemuncak Perhimpunan Kebangkitan Rakyat 505 akan diadakan pada 6/5/2013 di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Kerajaan Selangor telah mengumumkan cuti peristiwa pada tarikh tersebut untuk memudahkan mobilisasi penyokong.

Kehadiran dianggarkan 50,000 orang dimana mereka akan dipecah-pecahkan mengikut kumpulan kecil.

Sumber nyatakan pergerakan rakyat akan bermula dari luar Putrajaya dan berarak ke arah PMO (belum dimuktamadkan).

Sumber 2 nyatakan bahawa jentera PAS Serdang dan Cempaka akan bergerak menuju ke Putrajaya pada tengah hari esok, untuk melakukan roadblock untuk menghalang kononnya daripada dokumen dibawa keluar. Tempat perkumpulan adalah di masjid Putra.
Penyokong akan dikerahkan ke Putrajaya dan matlamat akhir di Bangunan PMO.

Matlamat perkumpulan adalah :-
● Sekiranya menang, meraikan kemenangan PR
● Sekiranya kalah, menunjukkan gerakan rakyat yang mahukan pilihanraya yang adil.
● Sekiranya berlaku kekecohan, untuk perkara 1 dan 2, kedua-duanya adalah salah BN.
Sumber nyatakan situasi esok, lebih kepada perkara yang kedua.

Sumber 1 minta diambil tindakan segera terhadap senarai bilik gerakan yang telah diberi dengan tumpuan khusus kepada pusat propaganda di : No 3-4, Jalan Bangsar Utama 3 Off Jalan Bangsar, KL.

Pisau kata ” mesyuarat DAP kata mereka hampir kalah di Penang.. 1Malaysia bersatu kalahkan pakatan

 

URL: Pisau