Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com
Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan

4.7.13

Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang


Posted on Thursday, July 04 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Berita Oleh TG Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.

Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Mohamed Morsi dijatuhkan oleh orang kepercayaannya sendiri?


Posted on Thursday, July 04 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Luar Negara Blog AnakRimau


Presiden Mesir Muhamed Morsi diguling oleh pihak tentera iaitu Jeneral Abdel Fattah Al Sisi. Pada kenyataan yang disiarkan di media, Abdel Fattah bersumpah bersedia mati untuk rakyat. "Kami bersumpah demi Tuhan bahawa kami akan mengorbankan darah kami bagi Mesir dan rakyatnya, untuk membela mereka dari setiap teroris, radikal atau penipu."

Adbel Fattah merupakan pembantu kepada Moahamed Morsi dalam kabinet. Jeneral Al Sisi ini diangkat sebagai Menteri Pertahanan atau Panglima Angkatan Bersenjata oleh Morsi menggantikan Tantawi.

Dalam pidato yang disiarkan secara langsung melalui tv, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengatakan ketua MA akan mengawasi masa peralihan, yang dijalankan oleh para teknokrat, hingga pilihanraya parlimen dan pemilihan presiden baru.

 

Otoritas Islam tertinggi di Mesir, Syaikh  Al-Azhar, ketua Gereja Koptik, serta pemimpin pembangkang Mohammed El Baradei semuanya menyokong langkah Jeneral Sisi.

Morsi yang terpilih secara demokrasi itu dianggap tidak memenuhi janji-janji reformasinya. Pemimpin yang baru menjawat satu tahun itu, juga dituding lebih mengutamakan kepentingan kelompoknya, Ikhwanul Muslimin.

Antara kandungan ucapan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir Abdul Fattah As-Sisi ialah:

1) Digantung perlembagaan buat sementara.
2) Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai sementara kerajaan dalam tempoh peralihan.
3) Memberi kuasa kepada Ketua Hakim untuk mengeluarkan dekri dalam tempoh tersebut.

Dalam lain maksud Morsi digulingkan dimana kuasa presiden diberi kepada ketua hakim yang mana semua orang mengetahui di dalam kerajaan, terutama jawatan-jawatan tinggi masih lagi dikuasai oleh puak mubarak.



Rakyat Anti Morsi bersorak riang gembira.


Sementara itu pula Hateem Bagato bekas Menteri Undang-Undang Mesir berkata, Morsi hanya akan boleh digulingkan melalui tiga cara:

1) Peletakan jawatan atas kehendak sendiri.

2) Perihal untuk membubarkan Dewan Rakyat lalu Presiden mengadakan pungutan suara tetapi majoriti rakyat tidak bersetuju maka tergugur kelayakannya sebagai Presiden.

3) Melalui Pengkhianatan terbesar.

Manakala Majlis Tentera menyenaraikan beberapa orang yang termasuk mereka yang dilarang keluar negara.

Antara mereka ialah Dr.Muhammad Mursi (Presiden Mesir), Dr.Mohammed Badik (Mursyidul Am Ikhwan) dan Naibnya Khairat Shatir, Dr.Essom Eryan (Ketua Whip FJP di Dewan Senat) serta Dr.Sofwat Hijazi (Presiden Kesatuan Ulamak Sunni)

Siapa pula Presiden Sementara Mesir??




Adly Mansour  memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1967, Universiti Kaherah. Diploma Undang-undang Awam Tahun Universiti Kaherah. Diploma Sains Pengurusan Universiti Kaherah pada tahun 1970.

Pernah dilantik pembantu wakil Majlis Negeri 1970. Beliau menyertai untuk berkhidmat kepada Fatwa dan Jabatan Perundangan jawatan Presiden Republik dan wilayah pada bulan Disember 1970. Beliau pernah berkhidmat sebagai Naib Perdana Menteri Majlis Negeri pada bulan Februari 1992.Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Mahkamah Perlembagaan Agung pada bulan Disember 1992. Telah dilantik sebagai presiden interim daripada Republik Arab Mesir pada Julai 2013.

_____
http://anakharimau.blogspot.com

22.5.13

RANAP: 91 maut, 230 cedera puting beliung landa Oklahoma

 
RANAP: 91 maut, 230 cedera puting beliung landa Oklahoma
Bencana angin kencang paling buruk landa AS sejak 2 tahun lalu

Moore (Amerika Syarikat): Sekurang-kurangnya 91 terbunuh, manakala beratus-ratus lagi cedera selepas puting beliung selebar tiga kilometer, melanda pinggir bandar raya Oklahoma, semalam.

Pusaran angin kencang itu itu juga memusnahkan kebanyakan rumah, menimbunkan kereta antara satu sama lain dan menyebabkan berpuluh-puluh pelajar terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

3.5.13

7 Perkara Menarik Mengenai Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)

Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai International Space Station (ISS) merupakan sebuah satelit buatan yang mampu di diami oleh manusia untuk menjalankan kajian dan penyelidikan di angkasa lepas..Sebenarnya terdapat beberapa fakta penting yang mungkin kita tidak pernah tahu mengenai ISS sebelum ini..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..




1. Telah Beroperasi Selama 12 Tahun

Stesen ini telah beroperasi secara berterusan selama 12 tahun dan 172 hari, setelah melangkaui rekod operasi stesen angkasa lepas sebelum ini iaitu Mir selama 10 tahun (3,634 hari) pada tahun 2010. Stesen ini juga sering diservis oleh kapal angkasa Soyuz, kapal angkasa Progress, Automated Transfer Vehicle, H-II Transfer Vehicle dan kapal angkasa Dragon. Ia juga telah dikunjungi oleh para angkasawan dari 15 buah negara yang berbeza.

2. Terdapat 5 Agensi Angkasa Lepas Yang Bertanggungjawab Terhadap ISS.

Program ISS adalah program bersama antara lima agensi angkasa lepas iaitu NASA, Agensi Angkasa Lepas Persekutuan Rusia, JAXA, ESA dan CSA. Pemilikan dan penggunaan stesen angkasa lepas ini telah diwujudkan oleh perjanjian antara kerajaan. Stesen ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu segmen orbit Rusia (ROS) dan segmen orbit Amerika Syarikat (USOS) yang dikongsi oleh banyak negara lainnya.

3. Stesen Angkasa Lepas Generasi Ketiga

Reka bentuk ISS ini telah direka mengikut reka bentuk siri Salyut dan Almaz, Cosmos 557, Skylab dan Mir sebagai sebuah stesen angkasa lepas prototaip ke-11 yang dilancarkan. ISS merupakan stesen angkasa lepas modular generasi ketiga.

4. Makanan Dalam Bekas Plastik

Kebanyakkan makanan di atas stesen ini telah diletakkan dalam bungkusan plastik yang telah divakumkan. Makanan dalam tin menelan belanja yang sangat mahal dan terlalu berat untuk diangkut, oleh itu bilangannya di ISS sangat berkurangan. Makanan yang terpelihara seperti ini secara umumnya tidak dipandang tinggi oleh anak-anak kapal dan apabila digabungkan dengan kekurangan rasa dalam persekitaran mikrograviti ini, mereka perlu menggunakan usaha sendiri bagi menjadikan makanan tersebut bertambah sedap.

5. Tidak Boleh Mandi Di ISS

ISS tidak mempunyai sebarang bilik mandi sebaliknya, anak-anak kapal akan mencuci badan mereka dengan menggunakan jet air dan kain lap basah dengan sabun yang diletakkan di dalam bekas seperti tiub ubat gigi. Anak-anak kapal juga dibekalkan dengan sabun tanpa bilas dan ubat gigi yang boleh dimakan bagi menjimatkan air.

6. Bekalan Kuasa ISS Dibekalkan Melalui Lapisan Kaca Photovoltaic.

Panel kuasa solar atau dikenali sebagai Photovoltaic arrays yang mempunyai dwi-permukaan menyediakan kuasa elektrik untuk ISS. Sel-sel bifacial ini lebih cekap dan mampu beroperasi pada suhu yang lebih rendah berbanding sel tunggal yang kebiasaannya digunakan di Bumi. Ia juga mampu mengumpul cahaya matahari dan cahaya yang dipantulkan oleh Bumi pada masa yang sama.

7. Terdapat 100 Laptop di ISS.

ISS dilengkapi dengan kira-kira 100 buah laptop jenama IBM Lenovo ThinkPad model A31 dan model T61P. Setiap laptop yang dipasang di ISS telah dibeli secara komersial di mana ia kemudiannya diubahsuai untuk keselamatan dan operasi termasuk proses kemaskini kepada penyambungan, penyejukan dan kuasa untuk menampung sistem kuasa DC setinggi 28V dan persekitaran berat.

-Sohcai

9.1.13

Kes rogol Delhi: Tak siapa pun berhenti, kata saksi




Memecahkan kesunyian, saksi tunggal dan kekasih kepada mangsa rogol berkumpulan di Delhi mendedahkan, tiada sesiapa pun berhenti membantu dan ketibaan polis hanya membuang masa untuk memutuskan kes itu bawah bidang kuasa balai yang mana.

delhi gang rape victim student strike"Kami tidak berpakaian. Kami cuba hentikan orang yang lalu lalang. Beberapa beca bermotor, kereta dan motosikal memperlahankan kenderaan tetapi tiada siapa pun berhenti kira-kira 25 minit.

"Kemudian, seseorang yang sedang meronda berhenti dan panggil polis," katanya dalam wawancara dengan Zee News yang berpangkalan di India pada Jumaat malam.

Menurut Bernama dan Reuters pula, beliau memberitahu pihak yang menemuramahnya bahawa tiada sesiapa, termasuk polis memberikan mereka pakaian atau menelefon ambulans.

"Mereka hanya memerhatikan kami," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurutnya lagi, selepas mengulang minta, seseorang tampil memberikannya sebahagian alas tilam untuk menutup badan temannya.

"Jika kamu dapat bantu seseorang, bantulah. Jika ada seorang tampil tolong saya pada malam itu, keadaan mungkin akan berbeza," katanya.