Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com
Memaparkan catatan dengan label Pilihan Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pilihan Raya. Papar semua catatan

9.2.14

Liow: MCA senarai pendek calon PRK Kajang

 

Jentera MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Kajang hanya akan dikerah berkempen selepas penamaan calon selesai, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  
Beliau berkata MCA akur kepada peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan akan berkempen mengikut saluran yang betul dengan aktiviti dan perancangan yang diatur.
  
"Kita belum mula kempen, kita akur kepada SPR...(Buat masa sekarang) kita hanya akan adakan persiapan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco Badan Perhubungan MCA Selangor di Bilik Gerakan MCA Hulu Langat di Kajang, hari ini.
  
Namun, Liow berkata beliau dimaklumkan ada 'sesetengah' pihak yang tidak mengikut peraturan SPR dan telah memulakan kempen.
  
"...tadi pun ada terima aduan daripada bahagian-bahagian MCA yang dengan jelas tidak puas hati ada setengah pihak langgar peraturan SPR.

"Bagaimanapun, (bagi) MCA kita lebih minat (mengenai) bagaimana untuk dekati rakyat dan berkhidmat untuk rakyat," katanya.
  
Ditanya sama ada MCA akan membuat laporan polis mengenai perkara itu, Liow berkata pihaknya tidak akan berbuat demikian buat masa ini kerana yakin SPR mengambil maklum perkara berkenaan.
  
Mengenai senarai pendek calon MCA bagi PRK Dun Kajang, beliau mengulangi kenyataan bahawa maklumat terperinci mengenainya tidak akan dimaklumkan kepada pihak media buat masa terdekat.
  
"MCA telah buat senarai pendek. Kita akan buat kaji selidik umum dalam masa terdekat untuk makluman balas dan lepas itu akan hantar kepada Barisan Nasional untuk pengumuman. Kita yakin kita akan umumkan calon daripada MCA,"katanya.
  
Ditanya mengenai Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) Senator Datuk S Nallakarupan yang menawarkan diri sebagai calon pada PRK itu, Liow berkata MCA telah membuat keputusan bahawa DUN Kajang akan ditandingi MCA.

Dalam pada itu, Liow berkata exco badan perhubungan MCA Selangor hari ini bersetuju membahagikan DUN Kajang kepada 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang akan diserahkan kepada bahagian-bahagian MCA Selangor sebagai anak angkat.
  
Beliau turut mengumumkan bahawa majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA Selangor akan diadakan di Dewan Persatuan Hokkien Kajang pada 7 petang Ahad depan.
  
Dalam perkembangan lain, Liow  kesal dengan tindakan Pengerusi Hindu Rights Action Force (Hindraf) P Waytha Moorthy yang meletak semua jawatan dalam kerajaan dan Dewan Negara.
  
"Kita tak tahu apa sebab beliau meletak jawatan. Saya rasa dalam masa kita hadapi pelbagai cabaran termasuk kenaikan harga barang dan isu yang banyak, kita sepatutnya bersatu padu menghadapi bersama transformasi negara.
  
"Kita beri sokongan kuat pada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk pastikan transformasi dan matlamat negara capai objektif," katanya.
  
-Bernama

24.7.13

'Kalau Rafizi jantan, ulang dakwaan di luar dewan'


12:36PM Jul 24 2013  
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Aziz Yusof mencabar ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengulangi tuduhan bahawa beliau dan timbalannya mempunyai kaitan rapat dengan pembekal dakwat kekal pada pilihan raya umum lalu, di luar Dewan Rakyat.

NONEAziz (kiri) berkata, tuduhan tersebut fitnah dan dakwaan serius terhadap mereka, keluarga dan suruhanjaya itu sendiri dan mereka juga mahu membersihkan nama mereka daripada dibabitkan dengan pembekal dakwat kekal itu.

Beliau juga berkata cabaran mengulangi kenyataannya itu dibuat kerana Rafizi hanya menyebut "kepimpinan SPR" dan tidak menyebut nama kedua-dua pemimpin SPR itu di luar dewan dan sekali gus berbeza dengan apa yang dinyatakan dalam Dewan Rakyat.

"Kami buat keputusan untuk mencabar YB Rafizi, supaya mengulangi di luar dewan sebagaimana yang beliau sebut di dalam parlimen yang melibatkan nama kami, yang menuduh kami ada hubungan rapat atau mengenali rapat dengan pembekal dakwat pada PRU13," katanya

"Kami berharap dalam tempoh satu minggu bermula hari ini, kalau dia betul-betul anak jantan, ulang dakwaan itu di luar dewan.

"Apabila kami mendapat kenyataan itu, kami akan berbincang dengan peguam-peguam kami untuk mengambil tindakan selanjutnya," kata Abdul Aziz dalam sidang media di Kuala Besut hari ini.

'Sudah tentu calon BN undi BN'
Rafizi sebelum ini mendakwa Aziz dan Wan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya.

Beliau juga mengulangi dakwaan itu di lobi Dewan Rakyat bahawa kepimpinan SPR mempunyai kaitan dengan pembekal dakwat kekal pilihan raya, setelah diminta berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

NONEEkoran itu, beliau terlepas daripada dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan, yang diusulkan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas).

Ditanya berhubung tindakan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman hari ini yang menunjukkan kertas undinya (atas) kepada media sebelum memasukkan ke dalam tong undi, Abdul Aziz:

"Beliau tidak sepatutnya buat demikian. Setiap undi adalah rahsia. Undi adalah rahsia. Sudah tentu dia sebagai calon BN, dia pangkah (BN). Itu bukan rahsia sama sekali. Mustahil dia sebagai calon, dia pangkah orang lain."

Mengulas berhubung penajaan minyak petrol secara percuma oleh Dewan Pemuda PAS Pusat kepada penunggang motosikal berusia 21 tahun semalam sama ada boleh diterima dalam peraturan pilihan raya, Abdul Aziz berkata beliau tidak tahu menahu mengenai program Dewan itu dan pihaknya juga tidak menerima laporan rasmi mengenainya.

Penilaian serius dakwat kekal
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang turut serta dalam sidang media itu kemudiannya mencelah dan berkata pihaknya perlu mengesahkan sama ada perkara itu benar berlaku sebelum memberikan ulasan.

"Kita perlu sahkan sama ada terdapat baucer yang diberikan, sama ada ia ada kaitan dengan pilihan raya (kecil) ini.

"Mungkin ada sesuatu yang kami tidak tahu. Kami tidak mengetahui sama ada ia ada kaitan dengan pilihan raya. Yang kedua, buat laporan polis, supaya mereka membuat penyiasatan," katanya.

NONEMengulas penggunaan dakwat kekal itu akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang, Abdul Aziz berkata pihaknya akan membuat "penilaian serius" berdasarkan pengalaman penggunaannya ketika pilihan raya umum lalu dan pilihan raya kecil DUN itu.

"Kami akan membuat penilaian serius berhubung penggunaan dakwat kekal berdasarkan pengalaman pilihan raya umum lalu dan kecil Kuala Besut, sama ada untuk diteruskan penggunaan atau menggunakan metod lain.

"Kita tidak ada pengalaman menggunakan dakwat kekal sejak 12 kali pilihan raya. Pilihan raya umum ke-13 adalah kali pertama dan ini kali kedua. Pengalaman mengajar kita," katanya.

Bagaimanapun, pihaknya tidak menetapkan tarikh akhir untuk menjalankan penilaian itu bagi memastikan kajian dibuat secara lebih berhati-hati.

Tak rasmi: BN kekal kerusi, majoriti 4,000 tersasar



8:14PM Jul 24 2013  
Keputusan tidak rasmi untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut mula diperolehi malam ini melalui sumber BN dan PAS.

azlanKeputusan awal menunjukkan BN mengekalkan kawasan DUN berkenaan.

Kem BN berkumpul di satu hotel empat bintang, Demong Resot dengan diketuai timbalan pengerusi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kumpulan penyokong PAS pula berhimpun di Kampung Baharu.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof
LANGSUNG9.02pm: AJK pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu sedar bahawa BN mendahului dalam pilihan raya umum lagi dengan majoriti 2,434 undi.

Namun, BN hanya berjaya meraih tambahan kira-kira 200 undi walau mengumumkan peruntukan RM477 juta semasa kempen tersebut, katanya.

"Kami berpuas hati dan reda, meskipun disogokkan dengan begitu hebat dan juga mereka mengharapkan menang 4,000 undi, tetapi kami berjaya mengagalkan mereka," kata Dzulkefly.

"Kami tahu sukar (untuk capai) menang tapi tidak mustahil dan kami menerima kekalahan. Kami melancar serangan bersungguh-sungguh namun pelbagai sebab (kekalahan) ini," katanya.

Tambahnya, PAS juga tidak melihat bahawa strategi mereka untuk membentuk jumlah kerusi yang sama banyak di DUN Terengganu itu merupakan satu kesilapan.

"Kami tidak menganggap agenda 16:16 satu yang silap, kerana kami telah menjelaskan sejelas-jelasnya, cuma ada rakyat yang faham dan percaya, tetapi tidak boleh memberi undi. Jika dihitung dengan sogokan, ugutan dan sebagainya.

"Kami juga berdepan dengan pengundian (pada hari bekerja), menyebabkan pengundi luar dan penyokong kami tidak dapat balik.

8.50pm:
Tak rasmi - BN menang dengan 2,650 majoriti.
8.30pm: ANALISIS - PAS membuka gelanggang dengan menimbulkan isu besar termasuk isu tanah dan juga strategi untuk mencapai jumlah kerusi sama banyak dengan BN - 16:16.PAS kemudiannya berubah arah dengan menganjurkan program seperti karnival mesra rakyat, cabutan bertuah dan juga pemberian petrol percuma kepada penunggang motosikal.

Pertambahan jumlah majoriti undi BN yang tidak begitu signifikan itu juga menunujukkan bahawa PAS masih dapat mengekalkan pengaruh dari penyokongnya walau tewas.
8.25pm: Setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menulis ucapan tahniah kepada parti atas kemenangan di DUN Kuala Besut.

"Tahniah BN, kita menang dengan majoriti lebih baik walau jumlah keluar mengundi 79 peratus, kita menang kesemua pusat daerah mengundi.
"Terima kasih rakyat Kuala Besut (kerana) undi BN," katanya.
8pm: Sumber PAS menyebut, BN mendahului dengan hampir 2,600 undi.
BN pada awal kempen mensasarkan untuk meraih sehingga 4,000 undi majoriti.
PAS - 5,283 undi
BN - 7,882 undi
Majoriti - 2,599 undi
Rosak - 93 undi

22.7.13

K Besut: 1 kes pelik, bakar bendera kedua-dua parti


10:21AM Jul 22 2013  
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sehingga kini tercatat sebagai pilihan raya kecil paling tenang dengan hanya empat kes dilaporkan setakat ini, kata Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Daripada laporan itu, satu daripadanya dianggap 'laporan yang pelik' iaitu melibatkan kejadian membakar bendera kedua-dua parti bertanding.

"Ertinya ia bukan disebabkan pihak lawan tetapi mungkin ada pihak lain yang sengaja mahu membuat provokasi.

"Jadi saya harap trend tenteram ini akan berlanjutan sehingga selepas hari mengundi di mana polis akan sentiasa memantau dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua," katanya selepas mendengar taklimat keselamatan di Markas Taktikal Polis (Martek) di Kuala Besut semalam.

Ahmad Zahid berkata selain kerjasama parti-parti bertanding, keadaan tenang itu terhasil menerusi kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan penugasan 2,789 pegawai dan anggota dari seluruh negara sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu.

Katanya sebanyak RM10.4 juta diperuntukkan PDRM bagi memastikan ketenteraman sepanjang pilihan raya kecil itu.

Ditanya apakah kos itu boleh dianggap tinggi bagi sebuah pilihan raya kecil, Ahmad Zahid berkata ia adalah kos yang sederhana sepertimana yang diperuntukkan pada mana-mana pilihan raya kecil.

Pilihan raya kecil pada 24 Julai itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan Endot@Azlan Yusof dari PAS.

- Bernama

Anwar: Dunia akan perhati kita jika PAS menang


 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan calon PAS Azlan Yusof bakal mengubah landskap politik Terengganu dan dianggap luar biasa dalam sejarah negeri itu.

Katanya lagi, dunia akan memberi perhatian mengenai perjalanan politik di Terengganu jika PAS berjaya membawa tema 16:16 pada pilihan raya kecil 24 Julai ini.

"Percayalah, menang ia akan mengubah politik Terengganu. Seluruh negeri akan menjadi tumpuan. Seluruh kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini.

"Dunia akan memberikan perhatian selepas menang dalam pilihan raya kecil," katanya dalam ceramahnya sempena kempen pilihan raya kecil DUN itu di Kampung Tok Saboh malam tadi.

Anwar berkata beliau akan bertemu Perdana Menteri Turki Racep Tayyib Erdogan selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan akan menceritakan kepada pemimpin Islam itu, jika PAS berjaya mencapai kemenangan.

"Saya nak cerita, kalau menang PAS di Kuala Besut, akan membawa perubahan peta politik Terengganu dan dengan sendirinya berubah dengan rakyat memberi perhatian tentang kedudukan politik tanah air.

"Oleh itu, jangan menganggap pilihan raya ini suatu perkara yang kecil," katanya di hadapan kira-kira 1,000 orang.

P'raya semula T'ganu rakyat untung

Sementara itu, Anwar mengingatkan penyokong Pakatan Rakyat agar menguatkan semangat supaya tidak dibeli atau termakan "fitnah" pihak lawan.

Beliau menyeru semua pihak dan jentera agar mengambil iktibar daripada jumlah kecil tentera Islam dalam peperangan Badar yang mengalahkan tentera kafir yang ramai dalam bulan Ramadan.

Beliau juga mengingatkan jentera dan penyokong supaya tidak berasa kecil berdepan dengan Umno yang dilengkapi dengan jentera lengkap termasuk media massa.

Anwar yang juga ketua pembangkang memberi amaran, Umno turut bertungkus lumus untuk mempertahankan Kuala Besut kerana kekalahan akan mengubah peta politik negara.

"Ia (menjadi) gugatan kepada kekuatan Umno dan pemimpin yang lain.

"Kemungkinan akan diadakan pilihan raya semula. Kalau ada, rakyat untung. Kedai-kedai pun untung. Kuala Besut pun untung," katanya.

20.7.13

SPR masih fikir sama ada mahu saman Rafizi


 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ia masih memikirkan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berhubung dakwaan berkaitan dengan pembekal dakwat kekal untuk pilihan raya umum ke-13.

"Tak apalah jika (Rafizi) mahu mengatakannya pada bulan puasa, biarlah dia menghadapi akibatnya.

ec wan ahmad wan omar in kaula besut"Kita tidak ada masa untuk melayan orang yang menabur fitnah," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan
Omar dalam sidang akhbar di Gong Kedak Pangkalan Tentera Udara hari ini selepas memantau proses pengundian awal.

Beliau diminta mengulas dakwaan Rafizi di Parlimen bahawa beliau dan penerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal bagi pilihan raya umum lepas, di mana ramai pengundi kemudian mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.

Rafizi kemudian mengulangi tuduhan di luar Parlimen, di mana dia tidak dilindungi oleh imuniti parlimen daripada tindakan undang-undang.

Wan Omar berkata, tuduhan tersebut tidak benar sama sekali dan menganggapnya sebagai satu fitnah dan pembohongan.

Katanya, beliau dan Abdul Aziz tidak mengendalikan perolehan itu secara langsung, tetapi sebaliknya, tugas itu diamanahkan kepada urusetia dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria.

Katanya, mereka mematuhi sepenuhnya arahan perbendaharaan dan setiap pegawai bertanggungjawab.

Hadi: Ambillah jawatan MB, kami nak Kuala Besut



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong pandangan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa supaya pemimpin BN kekal menjadi menteri besar jika parti Islam itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini.

Abdu Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan.

"Tak apa, beri kita 16 kerusi, biar dia jadi MB. Tak apa kamu ambil jadi menteri besar. Kita nak 16 kerusi. Apa faedah dia kita ada 16 kerusi (dan) kita tidak menjadi menteri besar? Faedahnya, kita boleh tegur dia.

"Benda yang tidak betul, tidak boleh, kita bangkang... Kita seri, dia tidak boleh buat benda yang tidak betul. Benda yang betul kita sokong, benda yang tidak betul kita bangkang dengan 16 sama.

"Faedahnya, kita mempunyai satu kekuatan untuk membetulkan kerajaan Terengganu," katanya dalam ceramahnya di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi.

Husam dilapor berkata kerajaan BN Terengganu masih boleh dikekalkan dan PAS tidak akan membentuk kerajaan baru di negeri itu sekalipun menang dalam pilihan raya kecil itu dengan kedudukan 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub percaya PAS dapat memperoleh kedudukan sebagai menteri besar Terengganu jika DUN mencapai anggota 16:16 antara Pakatan Rakyat dan BN.

Abdul Hadi juga mengajak pengundi khususnya yang bekerja nelayan supaya "belajar daripada orang terpelajar" yang memberi kemenangan kepada PAS di empat parlimen di Terengganu.

Menegaskan beliau tidak berniat menghina kumpulan itu, ahli parlimen Marang itu menggesa pengundi Kuala Besut mengambil "peluang kedua" dalam pilihan raya kecil itu demi membuat perubahan, dengan mengundi calon PAS Azlan Yusof.

"Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru.  Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan... Kita maaflah mereka, sebab tak dapat maklumat," katanya.

15.7.13

PAS yakin dapat MB jika situasi 16:16 di T'ganu


5:41AM Jul 16 2013  
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub percaya PAS dapat memperoleh kedudukan sebagai menteri besar Terengganu jika Dewan Undangan Negeri (DUN) mencapai anggota 16:16 antara Pakatan Rakyat dan BN.

Katanya, jika itu berlaku, PAS akan dapat menyelesaikan masalah tanah di negeri Pantai Timur itu.

NONE"Jika kita dapat capai 16:16, Insya-Allah jika ia benar-benar berlaku, PAS akan menjadi menteri besar dan menyelesaikan masalah tanah di negeri ini," katanya dalam ceramah di Seberang Barat Luar, Kuala Besut malam tadi.

Menurut bekas anggota Parlimen Kubang Kerian itu, PAS ketika memimpin Terengganu pada 1999 berjaya menyelesaikan 75 peratus masalah itu.

BN sekarang mempunyai penguasaan 17 kerusi DUN di Terengganu manakala Pakatan pula 15 kerusi.

Jika PAS berjaya merampas kerusi itu, jumlah kedua-dua pihak akan sama banyak, yang kemungkinan besar mewujudkan keadaan DUN 'tergantung'.

Pakar undang-undang berpendapat, jika itu berlaku, ia bergantung kepada sultan Terengganu untuk menentukan menteri besar atau membubarkan DUN supaya pilihan raya semula dapat dilangsungkan.

'Bayangkan PAS tak masuk pilihan raya'

Sementara itu, Salahuddin juga menegaskan, parti Islam itu akan terus mengambil bahagian dalam proses pilihan raya walaupun berhadapan situasi padang tidak sama rata.

NONEKatanya, ia "sumbangan besar demi negara" daripada aspek keselamatan negara kerana mereka tidak mahu Malaysia menjadi sebuah lagi negara Amerika Latin yang rakyatnya menggulingkan kerajaan bukan melalui proses pilihan raya.

"Pasukan keselamatan patut berterima kasih kepada PAS...

"Boleh kamu bayangkan, apa yang akan berlaku sekiranya PAS memutuskan tidak mengambil bahagian dalam proses pilihan raya," katanya sambil menambah parti itu mempunyai 1.3 juga anggota di seluruh negara.

6.7.13

K Besut: Umno Kelantan kerja keras pastikan BN menang


 
Badan Perhubungan Umno Kelantan akan bekerja keras memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata buat peringkat permulaan, mulai esok 50 petugas termasuk penceramah akan dihantar untuk membantu Umno Bahagian Besut menghadapi pilihan raya kecil itu.

"DUN Kuala Besut berjiran dengan Kelantan khususnya Pasir Puteh, sudah pasti Umno Kelantan akan memainkan peranan besar dalam memastikan BN menang pada pilihan raya kecil itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) di Sekolah Kebangsaan Batu Melintang di Jeli, hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian anggota DUN berkenaan, Dr A Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru pada 26 Jun lepas.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh penamaan calon pada 12 Julai manakala hari pengundian pada 24 Julai.

Sambil menjelaskan program ceramah yang bakal diadakan akan disesuaikan dengan bulan Ramadan, Mustapa berharap sempena bulan mulia itu suasana kempen tidak mencetuskan ketegangan.

Mengenai program itu, Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata program yang membawa perkhidmatan kerajaan kepada penduduk di kawasan pedalaman khususnya di Batu Melintang, Jeli, amat berfaedah kepada masyarakat.

Mustapa, yang juga anggota Parlimen Jeli, berkata penduduk di kawasan pedalaman tiada akses mudah kepada perkhidmatan kerajaan termasuk masalah kenderaan untuk ke bandar, dan inisiatif itu membuktikan kerajaan sentiasa peka tentang kehidupan mereka.

Mobile CTC dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang pada 1 Mac lepas, dan Batu Melintang adalah lokasi ke-15 dan yang pertama di Kelantan bagi program itu.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah membuat atau menggantikan MyKad, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan mata dan pemberian percuma cermin mata, khidmat nasihat keusahawanan, Pasar Bergerak 1Malaysia selain pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan.

-Bernama

5.7.13

SPR beli dakwat kekal dari pembekal baru


SPR beli dakwat kekal dari pembekal baru
 
Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) merancang untuk membeli dakwat kekal daripada pembekal baru untuk digunakan dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

NONEBercakap dalam sidang medianya hari ini, Abdul Aziz berkata pihaknya akan mencuba untuk mendapatkan dakwat yang lebih baik bagi mengelakkan kesalahan yang lalu berulang.

Beliau berkata pihaknya akan mengumumkan kandungan silver nitrat dan akan memastikan kandungannya cukup membuatkan dakwat itu kekal.

Dalam pilihan raya umum lalu, wujudnya aduan daripada pengundi yang mendakwa dakwat kekal yang digunakan mudah untuk ditanggalkan.

Penggunaan dakwat kekal adalah syor daripada jawatankuasa khas parlimen untuk penambahbaikan sistempilihan raya dan antara tuntutan NGO BERSIH untuk mengelak pengundian dua kali.

Pilihan raya Kuala Besut 24 Julai



12:17PM Jul 5 2013  
Pilihan raya kecil Kuala Besut ditetapkan pada pada 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai - kedua-duanya pada bulan Ramadan.

Penamaan calon itu jatuh pada Jumaat dan dan pengundian pada Rabu. Masa berkempen ditetapkan selama 12 hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan perkara itu dalam mesyuarat khas hari ini di ibu pejabatnya di Putrajaya.

NONESPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N1 Kuala Besut daripada Yang Dipertua DUN Terengganu pada 27 Jun lepas.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 apabila mengalahkan calon muslimah PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Kedua-dua BN dan PAS masih belum menamakan calon masing-masing.
Sementara itu, Bernama melaporkan Abdul Aziz ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, berkata daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) suku pertama, kedua, ketiga dan keempat tahun 2012 dan DPT suku pertama tahun 2013.

"Sembilan pusat mengundi akan dibuka, satu untuk pusat mengundi awal dan lapan bagi pengundian biasa," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil DUN Kuala Besut di Putrajaya hari ini.

NONEAbdul Aziz berkata daftar pemilih itu mengandungi 17,683 pemilih berdaftar terdiri dari 16,534 pemilih biasa, 1,134 anggota tentera dan pasangan, 14 polis dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Beliau berkata bagi pengundian biasa lapan sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 35 saluran tempat mengundi.

"Bagi pengundian awal, Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak dengan dua saluran akan digunakan sebagai pusat mengundi. Seramai 305 petugas pilihan raya akan dilantik," katanya.

Beliau berkata anggaran kos perbelanjaan bagi menjalankan pilihan raya kecil itu ialah RM760,000.

Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.
NONEAbdul Aziz berkata bagi maksud permohonan undi pos, permohonan boleh dibuat mulai hari ini.

Tarikh tutup permohonan untuk warganegara Malaysia di luar negara ialah pada hari penamaan calon manakala bagi petugas pilihan raya dan petugas media ialah dua hari selepas penaman calon, katanya.

Beliau berkata pengundi dalam kawasan pilihan raya itu boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi di laman web SPR www.spr.gov.my atau menerusi SMS dengan menaip SPR jarak SEMAK jarak nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888, mulai 11 Julai.

Abdul Aziz berkata bagi memastikan pilihan raya kecil berjalan lancar, semua pihak diminta mematuhi arahan-arahan pihak polis termasuk semasa berkempen.

Ditanya mengenai sama ada boleh menggunakan masjid untuk berkempen, beliau berkata SPR tidak mempunyai kuasa kerana ia di bawah bidang kuasa negeri.

Satu pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang diketuai seorang pegawai penguatkuasa akan ditubuhkan bagi memantau semua aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen, katanya.

1.7.13

Ahli Parlimen Pakatan persoalkan elaun RM200 juta kepada SPR

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH DAN JENNIFER GOMEZ

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR), mempersoalkan rasional di sebalik bayaran elaun RM200 juta kepada pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertugas pada Pilihan Raya 2013.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendakwa SPR tidak layak memperoleh sebarang bonus berikutan kegagalan mereka mengendalikan pilihan raya dengan bersih dan adil.

"Mereka gagal dalam tugas. Bagaimana mereka boleh menerima anugerah? SPR gagal. Ini mengecewakan pembayar cukai," katanya.

Bagaimanapun, Azmin mengakui kakitangan kerajaan yang berkhidmat pada pilihan raya umum lalu, bekerja keras dan memuji kerajaan atas penghargaan kepada mereka.

"Tetapi kebimbangan utama kami ialah pegawai tinggi SPR," katanya.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong pula berkata, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak patut diberi penghargaan.

"Mereka patut meletak jawatan, bukan dapat bonus," katanya.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran pula menyifatkan pemberian bonus itu sebagai suatu penyalahgunaan dana pada pilihan raya umum lalu.

"Ia jumlah yang terlalu besar (merujuk RM200 juta), apatah lagi RM7 juta dibelanja bagi dakwat kekal.
"Kerajaan perlu memberi penjelasan dan memberi butiran perbelanjaan terperinci terhadap dana yang digunakan. Ini perlu kerana ia wang rakyat," katanya.

Dalam jawapan bertulis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata kerajaan memperuntuk RM400 juta kepada SPR untuk mengendalikan pilihan raya.

Dari jumlah itu, katanya, RM200 juga dibayar sebagai bonus dan elaun kepada mereka yang bertugas pada pilihan raya berkenaan.

Jumlah RM400 juta itu adalah pertambahan 100 peratus berbanding peruntukan pada pilihan raya umum sebelumnya.

Menegaskan jumlah itu mengejutkan, Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar hairan mengapa kos berkenaan naik sehingga 100 peratus sedangkan pertambahan jumlah pengundi cuma 20 peratus.

- 1 Julai, 2013.

27.6.13

'Kita tak perlukan dakwat kekal'



Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dakwat yang digunakan dalam pilihan raya umum lalu tidak mengandungi bahan kimia berbahaya bagi memastikan keselamatan rakyat.

Ia berbeza dengan dakwat kekal yang kekal sehingga dua bulan seperti digunakan di India, yang menurutnya memberi kesan yang bahaya kepada masyarakat.

"Sebab SPR sangat prihatin yang kimia itu akan menyakitkan orang ramai. Ini tanggungjawab kerajaan untuk menjaga rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Tambahnya lagi, Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.

"Kita tak perlukan dakwat kekal pun. Untuk apa? Kita bukan negara (dunia) ketiga, kita ada kad pengenalan yang boleh dikenal pasti. Dakwat kekal ini pembangkang yang minta di Parlimen dan kita setuju dan ikut," katanya.

Beliau mengulas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim semalam yang mengatakan bahawa bahan kimia dalam dakwat kekal diganti dengan pewarna makanan.

Shahidan berkata bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan.

"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan.

"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan. Ianya diimport daripada negara luar," kata Shahidan dalam satu jawapan bertulis kepada MP DAP Segambut, Lim Lip Eng.

12.6.13

Abdul Aziz: Kepimpinan SPR tak akan letak jawatan


 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menegaskan barisan kepimpinan suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatan barisan kepimpinan SPR yang merupakan sebuah badan bebas, tidak boleh dibuat secara tidak rela atau paksaan seperti yang didesak oleh sebuah kumpulan.

"Ia hanya boleh dibuat melalui undang-undang," katanya kepada pemberita selepas ditemu ramah stesen radio Nasional FM di Angkasapuri di Kuala Lumpur.

Beliau berkata hanya Yang di-Pertuan Agong berhak mengeluarkan arahan kepada barisan kepimpinan SPR untuk meletak jawatan jika terbukti mereka melanggar peraturan dan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau kami melanggar undang-undang, cara yang baik adalah melalui petisyen dan berjumpa di mahkamah...buktikan dahulu kami melakukan perkara tersebut dan kita sama-sama lihat," katanya.

Abdul Aziz berkata berkata barisan kepimpinan SPR hanya boleh dilucutkan jawatan disebabkan bankrap, memegang jawatan lain dengan mendapat pendapatan, menjadi wakil rakyat, atau sebab-sebab lain seperti jenayah dan masalah mental seperti gila.

"Maknanya atas sebab kepercayaan awam tidak ada lagi ataupun melanggar peraturan Perlembagaan Persekutuan, dan ia boleh dilakukan melalui penubuhan tribunal," katanya.

Beliau juga berkata tindakan pembangkang mengheret rakyat untuk berhimpun kerana tidak puas hati dengan proses pilihan raya umum lepas tidak akan mengubah keputusan pilihan raya itu.

"Buktikan melalui undang-undang...jangan kita mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang lain, persepsi mereka yang keluar perhimpunan seolah-olah mereka percaya SPR menipu," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata SPR akan tetap meneruskan kajian semula persempadanan pilihan raya di negara ini menjelang akhir tahun ini dan ia akan dilaksanakan dengan telus.

Proses persempadanan semula yang terakhir dilakukan pada 2003 dan sepatutnya dibuat semula pada 2011, tetapi SPR telah menangguhkannya sehingga pilihan raya umum ke-13 selesai, katanya.

"Peguam Negara telah menasihati SPR untuk memulakan segera kajian semula persempadanan ini," katanya.

Beliau berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2)(ii), persempadanan semula kawasan pilihan raya boleh dibuat dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya kajian sebelumnya.

Beliau berkata SPR diberi tempoh maksimum dua tahun untuk melengkapkan kajian dan kajian persempadanan itu terlebih dahulu akan dipamerkan kepada orang ramai sebelum dibawa ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dibahas dan dilulus.

-Bernama

15.5.13

CNN : SPR Malaysia ‘Curi’ Kemenangan Pakatan Rakyat

Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13 (#Black505) 8 Mei lalu mendapat liputan luas media antarabangsa termasuk Cable News Network (CNN) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

CNN dalam laporannya menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat telah ‘dicuri’ berikutan banyak penyelewengan dan salah laku oleh pengendali pilihan raya Malaysia, iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

CNN“Pembangkang Malaysia menolak keputusan pilihan raya. Pembangkang Malaysia menyatakan SPR dicemari campur tangan kerajaan.

“Bukan sahaja Anwar Ibrahim menyatakan ada berlaku penyelewengan pilihan raya, malah NGO Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menjangkakan penipuan beberapa hari sebelum pilihan raya berlangsung.

“Ia (pilihan raya) takkan dijalankan secara adil,” lapor koresponden CNN yang berpangkalan di Singapura, Liz Neisloss.

Liz Neisloss yang mengikuti perjalanan PRU 13 menyatakan, himpunan di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei lalu mencecah kehadiran 120,000 orang.

Dalam pada itu lapornya, sebuah tribunal rakyat dituntut supaya ditubuhkan di Malaysia bagi menyiasat setiap bukti penyelewengan PRU 13 yang dikemukakan.

CNN turut melaporkan kenyataan SPR bahawa sebarang petisyen bantahan pilihan raya boleh dibuat melalui mahkamah.

“Namun ada maklumat mengatakan pengendali pilihan raya (SPR) di Malaysia tidak akan melakukan apa-apa, meskipun (penipuan) dibuktikan di mahkamah.

“Ini kerana ia (SPR) adalah institusi di bawah kawalan kerajaan,” laporan CNN dipetik. -KD

7.5.13

Rafizi ketuai siasatan penipuan p'raya


3:50PM Mei 7 2013
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengetuai pasukan menyiasat penipuan pilihan raya kerana Pakatan Rakyat enggan menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.

Pihaknya menolak keputusan pilihan raya sehinggalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi justifikasi yang wajar, kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

NONEAnwar (kanan) berkata pasukan itu telahpun memula bertugas untuk mengumpul semua maklumat dan bukti penipuan dan penyelewengan di seluruh negara.

Katanya, pasukan itu memadankannya bukti tersebut terhadap analisis empirikal keputusan kawasan pilihan raya tertentu untuk mengetengahkan kawasan yang keputusannya dipertikaikan.

Anwar berlata. pasukan itu, bersama-sama dengan pasukan yang sama daripada DAP dan PAS, akan bekerjasama rapat dengan tribunal rakyat BERSIH untuk menangani perkara ini.

"Dalam beberapa minggu akan datang, kami akan membentangkan bukti kepada orang ramai bahawa (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak memenangi pilihan raya ini melalui penipuan dan penyelewengan," katanya.

RangBul@n:

Jangan lupa masalah UNDI ROSAK di Perak juga beberapa negeri lain sila rujuk  URL ini:

http://rangbulan.blogspot.com/2013/05/spr-perlekeh-pengundi-perak.html

'Pakatan layak berada di Putrajaya'


 
Pakatan Rakyat layak membentuk kerajaan persekutuan kerana ia memenangi undi popular yang lebih tinggi di seluruh negara berdasarkan keputusan pilihan raya umum Ahad ini.

"Bagaimana (kita) boleh memenangi 51.4 peratus undi popular berbanding 48.6 peratus oleh BN tetapi tidak mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan persekutuan?" tanya Pengerusi Pakatan Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Ini sangat mengecewakan. Bagaimana kita boleh menang 51.4 peratus undi popular. tetapi hanya tambah tujuh kerusi?"

Lim, bagaimanapun, gembira bahawa undi popular untuk Pakatan di Pulau Pinang telah meningkat daripada 63 peratus pada tahun 2008 kepada 66 peratus pada pilihan raya umum ke-13.

"Ini menunjukkan bahawa rakyat Pulau Pinang terus mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Lim menolak kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa "tsunami Cina" telah mengalih undi kepada Pakatan.

Beliau juga mengkritik Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menuduh DAP untuk mewujudkan "sistem dua bangsa".

Komen mereka, katanya, adalah semata-mata usaha untuk mengalihkan perhatian daripada prestasi BN yang teruk dalam pilihan raya umum Ahad lalu.

Pakatan, tegas Lim, telah menembusi banyak kawasan di seluruh Malaysia dan bukan setakat kawasan masyarakat Cina sahaja

Beliau menyenaraikan enam kerusi Parlimen - Kuala Terengganu, Dungun, Alor Setar, Lumut, Sepang, dan Penampang - yang dapat ditembusi Pakatan walaupun masing-masing mempunyai 50 peratus undi Melayu atau lebih.

Di peringkat negeri, Lim berkata Pakatan telah mencapai kemajuan dalam banyak kawasan majoriti Melayu termasuk Seberang Jaya, Pulau Pinang (64 peratus), Tanjung Lumpur, Pahang (77 peratus), Parit Yaani (54 peratus) dan Puteri Wangsa (40 peratus) di Johor.

Ia juga menang di kawasan bumiputera Sabah atau kerusi campuran di Matunggong, Kadamaian, Tamparuli, Inanam dan Moyog.

Prestasi DAP itu juga, tegasnya, turut memaparkan pembohongan bahawa ia adalah parti cauvinis Cina.

Wakil rakyat pelbagai kaum

DAP kini mempunyai dua Ahli Parlimen Melayu yang mewakili Bukit Bendera (di Pulau Pinang) dan Raub (Pahang) kerusi Parlimen dan ADUN negeri di Mentakab, Pahang.

Parti itu juga mempunyai seorang ADUN Kadazan di Kepayang - Dr Edwin Bosi - dan enam Ahli Parlimen India mewakili Batu Kawan, Bukit Gelugor, Ipoh Barat, Batu Gajah, Puchong dan Klang.

Ini, kata Lim, lebih dua daripada yang dimenangi MIC.

"Rakyat Malaysia telah menolak perkauman dan memberi undi mereka kepada Pakatan. Ia bukan satu tsunami Cina kerana kita juga menang kerusi dengan majoriti Melayu (90 peratus) di Kelantan," katanya.

"Ini semua fitnah besar bahawa kita tidak dapat undi orang Melayu. Tanpa 50 peratus undi masyarakat itu, kita tidak boleh menang.

"Jangan jatuh ke dalam perangkap perkauman. Dasar adalah lebih penting daripada bangsa. Rakyat mengundi untuk kerajaan yang bersih. Ini adalah satu-satunya cara kita boleh bergerak ke hadapan. Apa gunanya memilih calon berdasarkan kaum jika dia rasuah?".
 
Sila Rujuk Ulasan RangBul@n
 
 
 

6.5.13

DAP: Siapa bekal dakwat kekal?


 
Bekas anggota jawatankuasa terpilih khas parlimen berhubung penambahbaikan pilihan raya Anthony Loke menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan nama pembekal untuk dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya 5 Mei.
Beliau juga menyelar timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata pengundi tidak boleh mengundi berulang kali walau dakwat tersebut tidak berkesan.

“Saya rasa mereka membelanjakan berjuta ringgit (untuk dakwat), dan kesemuanya sudah dibazirkan," katanya yang mahu pembekal tersebut bertanggungjawab.

"Lebih penting lagi, ia menimbulkan kesangsian di kalangan pengundi, sama ada pilihan raya dijalankan dengan bebas dan adil, dan sama ada terdapat orang yang boleh mengundi dia kali semalam,” kata Loke dalam satu sidang media.

PAS pilih MB baru untuk Kelantan?


 
PAS mungkin akan menampilkan seorang tokoh baru di kalangan pemimpin tertinggi parti tersebut di Kelantan bagi menggantikan mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menerajui pentadbiran negeri.

Antara nama yang disebut-sebut akan mengangkat sumpah sebagai menteri besar petang ini ialah Datuk Ahmad Yaakob, yang menjadi timbalan menteri besar Kelantan selepas pilihan raya 2008.

Ahmad, yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kelantan ketika dihubungi petang ini bagaimanapun berkata beliau belum mendapat apa-apa perkenan daripada Istana berhubung jawatan tersebut.

“Saya belum dapat apa-apa daripada Istana. Saya tak boleh komen mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Difahamkan, pemimpin tertinggi parti kini sedang berunding untuk melantik tokoh baru di kalangan pemimpin tertinggi PAS negeri untuk menggantikan Nik Aziz di jawatan tersebut.

Setiausaha akhbar Nik Aziz, Ahmad Fadli Shaari ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau tidak dapat mengesahkan sekiranya benar Ahmad akan dilantik menteri besar namun menurutnya perkara itu semenangnya menjadi menjadi sebutan hari ini.

"Tapi saya tidak dapat mengesahkannya. Perkara itu masih lagi dalam rundingan dalaman parti.

"Kita tunggu dan lihat dalam majlis angkat sumpah yang akan berlangsung petang ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, anggota exco sementara Datuk Takiyuddin Hassan ketika dihubungi juga mengakui bahawa pelantikan MB baru menggantikan Nik Aziz itu sememangnya menjadi perhatian meluas di Kelantan.

Katanya, beliau sendiri dihujani pertanyaaan dari masyarakat setempat, sama ada benar Nik Aziz akan berehat selepas pilihan raya 5 Mei dan akan hanya berkhidmat sebagai wakil rakyat.

PAS memenangi Kelantan dengan kelebihan 32 kerusi DUN kali ini, kurang lima kerusi berbanding pencapaian pada Mac 2008

BN kuasai 133 kerusi Parlimen

Oleh Ahmad Zaini Kamaruzzaman 
'Tsunami kaum Cina' antara punca undi berkurangan

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila menguasai 133 kerusi Parlimen bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Pakatan pembangkang pula mendapat 87 kerusi dengan DAP memperoleh 38 kerusi, PKR (28 kerusi) dan PAS (21 kerusi).

Kita perlu mengadakan penyatuan nasional supaya sikap ekstremis dan isu perkauman tidak sihat dapat diketepikan. Kita mahukan dasar yang berpaksikan kesederhanaan atau wasatiyah. Kita amat mementingkan kesederhanaan dalam perpaduan nasional” Najib Razak, Perdana Menteri

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen pada jam 12.50 tengah malam.

BN juga berjaya merampas semula Kedah daripada pakatan pembangkang, tetapi Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang kekal dikuasai pembangkang.

Pembangkang di Selangor berjaya mendapat 44 daripada 56 kerusi bagi membentuk kerajaan berbanding hanya 12 kerusi dimenangi oleh BN.

Pembangkang juga berjaya memperoleh kemenangan dua pertiga di Kelantan dengan mendapat 33 kerusi, berbanding BN hanya 12 kerusi.

BN tambah kerusi

Di Pulau Pinang; pembangkang turut menang majoriti dua pertiga apabila memperoleh 30 kerusi dan BN menang 10 kerusi dengan DAP menyapu bersih semua 19 kerusi yang ditandingi, PKR mendapat 10 kerusi dan PAS hanya satu kerusi.

Bagaimanapun, BN menang tipis di Kedah, Terengganu dan Perak. Di Kedah BN mendapat 21 kerusi berbanding 15 untuk pembangkang, manakala di Terengganu BN memperoleh 17 kerusi dan pembangkang 15 kerusi.

Di Perak; BN berjaya melepasi jumlah majoriti mudah apabila mendapat 31 daripada 59 kerusi, berbanding 28 untuk pembangkang. Pada pilihan raya umum 2008, BN tewas tetapi berjaya membentuk kerajaan pada 2009 selepas tiga ADUN pembangkang menyokong BN.

Sementara itu, di Wilayah Persekutuan, BN menambah kerusi Parlimen apabila berjaya merampas Titiwangsa daripada PAS dan mengekalkan Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan.

Kerusi lain yang dimenangi pembangkang ialah Kepong, Wangsa Maju, Segambut, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras, Bandar Tun Razak dan Batu.

BN buat analisis

Datuk Seri Najib Razak, dalam persidangan media selepas kejayaan itu berkata, keputusan yang kurang memberangsangkan kepada BN, berpunca daripada ‘tsunami kaum Cina’ yang tidak memberikan sokongan kepada BN sehingga MCA dan GERAKAN yang mewakili kaum itu tewas di kebanyakan kerusi kepada DAP.

Katanya, BN akan membuat analisis terhadap keputusan pengundi Cina, selain kajian mengenai kegagalan mencatat kemenangan dua pertiga di Terengganu.

Beliau berkata, ‘tsunami kaum Cina’ berlaku kerana pihak pembangkang memainkan sentimen perkauman tidak sihat untuk negara ini kerana Malaysia mahu menyatukan rakyat pelbagai kaum.

Amalan demokrasi lancar

Najib juga berkata, keputusan itu membuktikan amalan demokrasi di negara ini berjalan lancar dan teratur.

“Keputusan rakyat ini turut menunjukkan aliran polarisasi pengundi dan ini membimbangkan. Jika tidak ditangani, ia boleh menimbulkan perbalahan dan ketegangan di negara ini.

“Kita perlu mengadakan penyatuan nasional supaya sikap ekstremis dan isu perkauman tidak sihat dapat diketepikan. Kita mahukan dasar yang berpaksikan kesederhanaan atau wasatiyah. Kita amat mementingkan kesederhanaan dalam perpaduan nasional,” katanya.

Kepada pembangkang Najib berkata, demi kepentingan negara beliau berharap pembangkang menerima keputusan dengan hati terbuka dan biarkan proses demokrasi berjalan lancar.

Najib juga memberi jaminan semua aku janji akan dilaksanakan dan ditunaikan oleh kerajaan BN.

“BN akan menubuhkan mekanisme khusus bagi memantau pelaksanaan aku janji supaya rakyat sedar apabila kita membuat komitmen, kita akan tepati,” katanya. 
BH
RangBul@n:
Tuduhan terhadap pihak pembangkang memainkan sentimen perkauman tidak sihat ini adalah satu tuduhan yang amat BERAT. Sebaiknya sebagai Najib sentiasa berpaksikan fakta & kebenaran. Jika Kaum Cina menolak BN@MCA tak semestinya mereka ini kaum yang bersikap ekstremis.

Apakah PAS & PKR juga sama sentiasa bercanda dengan DAP menghasut rakyat Malaysia agar sentiasa bermusuhan. Penjelasan dalam perkara ini sebaiknya perlu Najib uar-uarkan.

Perlu ada langkah pemutihan buat MCA agar kaum Cina dapat menerima sahabat kongsi parti BN ni. Malahan semua orang tahu undian mendadak tinggi untuk DAP sudah pasti adalah dari kalangan pengundi MCA yang belot. Tidak bagai orang Melayu contohnya di Perak masih tetap setia dengan UMNO & masih menolak PAS sejak zaman Pak Kadok lagi.

Begitu juga perlu ada sikap mencermin diri sendiri buat UMNO & MIC serta rakan kongsi parti yang lain di BN agar tidak menuding jari kesalahan di pihak lawan@ pembangkang yang masih kekal memiliki negeri paling maju Selangor pun negeri paling miskin Kelantan (kononnya).