Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

4.2.10

Angka korban akibat gempa di Haiti 200,000 orang

PORT-AU-PRINCE: Angka kematian akibat gempa kuat di Haiti lebih tiga minggu lalu mencecah 200,000 orang, demikian disahkan Perdana Menteri, Jean-Max Bellerive, semalam.

Angka korban itu diumumkan ketika penduduk masih terus berhimpun bagi memprotes kelemahan pihak berkuasa dalam menangani penghantaran bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa.

Bellerive berkata, gempa kuat 7.0 magnitud yang melanda pulau kecil di Caribbean itu nyata 'menyebabkan kemusnahan yang besar' serta paling tragik.

“Lebih 200,000 penduduk kini dikenal pasti terbunuh akibat gempa ini," katanya dalam satu temubual dengan AFP.

Beliau berkata, bencana itu juga menyebabkan lebih 300,000 penduduk lagi cedera manakala 250,000 rumah musnah.

Bellerive berkata, beliau sudah mencadangkan agar diwujudkan 'kerajaan kecemasan' di Haiti bagi memastikan usaha menangani bencana, khususnya mangsa yang terbabit lebih fokus.

Selain operasi penghantaran bantuan yang besar, kelemahan yang nyata ialah kurangnya aspek penyelarasan terutama dari segi pembahagian makanan dan air untuk berjuta lagi rakyat yang menderita.

“Kerajaan Haiti tidak memberi apa-apa bantuan kepada kami, mereka tidak memberi kami makanan seperti kami inginkan," kata

Sandrac Baptiste yang menyertai demontstrasi bantahan, semalam. - AFP

Tiada ulasan: