Posted by
Mus Sabahdaily
|
Wednesday, July 3, 2013
|
25
comments

KEIKHLASAN
Menteri Kewangan Kedua, Dato’ Seri Husni Hanadzlah dalam memberi
jawapan di Parlimen pada 27 Jun 2013 berkenaan isu
Cukai Barangan dan
Perkhidmatan atau GST amat dicurigai.
Majoriti rakyat tidak mahu GST dilaksanakan tetapi Husni disyaki bersikap tidak jujur dalam jawapan Parlimen beliau.
Husni memaklumkan Dewan Rakyat bahawa “Kerajaan sekarang sedang
melaksanakan kajian mengenai GST yang mana ianya berdasarkan kepada
keadaan ekonomi dan harga semasa. Kajian sebelum ini yang telah dibuat
pada tahun 2009, adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga
pada masa tersebut. Oleh kerana terdapat perubahan kepada keadaan
ekonomi dan perubahan harga, maka kajian semula perlu dijalankan.
Sehubung dengan itu, Kerajaan belum menetapkan lagi bila GST akan
dilaksanakan.”
Dua masalah besar timbul dari jawapan beliau tersebut.
Pertama, jawapan Husni ini boleh dibaca sebagai tanda kerajaan hanya
menangguhkan sementara pelaksanaan GST. Ini bererti GST boleh
dilaksanakan pada bilabila masa difikirkan perlu oleh Kerajaan BN.
Kerajaan perlu ingat bahawa ia akan membangkitkan kemarahan rakyat jika
GST dilaksanakan. Kita semua tahu bahawa melalui bayaran BR1M sebelum
ini, Kerajaan telah memaklumkan bahawa
60 peratus rakyat Malaysia
mempunyai pendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan.
Ini bermakna 60 peratus rakyat Malaysia berpendapatan rendah.
Hujah kononnya barangan rakyat berpendapatan rendah dikenakan kadar
sifar GST adalah tidak realistik. Walaupun barangan kadar sifar GST,
golongan berpendapatan rendah – golongan 60 peratus penerima BR1M – akan
dikenakan GST untuk barangan dan perkhidmatan lain.
Pelaksanaan GST tentu akan menyebabkan taraf kehidupan golongan 60
peratus ini terjejas kerana mereka yang selama ini tidak dikenakan cukai
pendapatan akan terpaksa membayar cukai melalui GST.
Justeru, pendapatan boleh guna (disposable income) golongan ini akan
berkurangan akibat kutipan GST. Apabila pendapatan boleh guna golongan
60 peratus ini terancam ia bermakna pertumbuhan ekonomi kita akan
terjejas. Ini adalah kerana dalam keadaan eksport kita yang menurun,
perbelanjaan dan penggunaan tempatan amat penting bagi merangsang
pertumbuhan ekonomi.
Jadi jika kerajaan tetap mahu melaksanakan GST, ia bererti bukan sahaja
kerajaan akan menambah derita golongan berpendapatan rendah, ia juga
akan membebankan kerajaan sendiri kerana ia memberi kesan buruk kepada
ekonomi negara.
Kedua, jawapan Parlimen dari Husni yang mengatakan bahawa kajian GST hanya dilakukan pada tahun 2009 juga tidak benar.
Di atas nama ‘Panel Kajian Semula Cukai (GST)’, sejumlah RM22 juta
diperuntukkan pada tahun 2010, RM13 juta pada tahun 2011, RM11 juta pada
tahun 2012 dan RM5 juta pada tahun 2013, iaitu jumlahnya RM51 juta
dalam empat tahun, telah digunakan dalam belanjawan-belanjawan sejak
2010 untuk kajian perlakasanaan GST.
Pada tahun 2013, satu perkara perbelanjaan bertajuk ìPerluasan Dasar
Cukaiî (Kod 100600) yang bernilai RM 50juta juga disyaki ada
kena-mengena dengan pelaksanaan GST.
Sehubungan itu, saya menggesa Menteri Kewangan supaya:
Mengumumkan hasil kajian panel tersebut sejak 2009; kerana kami Pakatan
Rakyat dan rakyat Malaysia tidak mahu lagi kerajaan merahsiakan kajian
GST kerana ia melibatkan kesejahteraan rakyat terbanyak
Mengumumkan pihak konsultan yang terpilih untuk menjalankan kajian
tersebut kerana ini juga perlu diketahui oleh rakyat Malaysia;
Memberi penjelasan lanjut sama ada jawapan Parlimen dari Husni hanya
bertujuan menyembunyikan hasrat kerajaan untuk melaksanakan GST atau
tidak;
Dan kalau jika Kerajaan BN benar-benar mahu melaksanakan GST, satu
jawatankuasa pilihan Parlimen yang merangkumi ahli-ahli Parlimen dari
kedua-dua pihak – BN dan Pakatan Rakyat – perlu ditubuhkan untuk
mengkaji dan meneliti pandangan rakyat Malaysia.
Oleh LIEW CHIN TONG