Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com
Memaparkan catatan dengan label Sensasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sensasi. Papar semua catatan

30.9.13

Penumpang buka pintu pesawat sebab panas



Seorang penumpang pesawat milik syarikat penerbangan Lion Air bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu ketika ia sedang bersedia untuk berlepas di landasan sebuah lapangan terbang di Manado, Sulawesi Utara pada Isnin, dengan alasan penyaman udara tidak dingin.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi ketika pesawat berkenaan sedang bersiap sedia untuk berlepas bagi perjalanan Manado-Jakarta pagi ini.

Perbuatan penumpang itu menyebabkan juruterbang mengembalikan pesawat ke tempat letaknya, serta menurunkan semua penumpang, lapor portal berita kompas.com pada Isnin.   

Penumpang berkenaan dilapor bertindak membuka pintu kecemasan kerana bantahan para penumpang mengenai keadaan panas dalam kabin pesawat yang telah mereka dilaporkan kepada pramugari dan juruterbang, tidak ditangani.

Waktu berlepas penerbangan itu yang tertunda selama hampir sejam menyebabkan para penumpang tidak tahan berada dalam kabin pesawat itu, dan mereka memohon supaya diturunkan daripada pesawat itu.

"Kira-kira 30 minit kami histeria dengan suasana itu. Bukannya melayani bantahan kami, juruterbang malah menggerakkan pesawat ke kedudukan take-off (kedudukan bersedia untuk berlepas)," seorang penumpang dilaporkan berkata.

Ketika itulah seorang daripada penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat.

Sehingga pukul 1 petang ini, semua penumpang masih berada di lapangan terbang itu dan mereka tidak dimaklumkan sama ada akan mendapat pesawat ganti atau tidak, lapor portal berita itu.

- Bernama


  • Adam Sejodoh · Top Commenter
    Kalau kapal terbang tak dak aircond, penumpang boleh mati. Dalam kenderaan pun dah ada kejadian mati terkunci, apa lagi dalam kapal pasti jadi roti panggang. Tapi Indonesia memang selalu perkhidmatannya kepada orang awam amat teruk. Kalau tak percaya, pergilah ke Indonesia, dari kapal terbang ke kapal laut dan ke hotel-hotel memang teruk servisnya. Kalau di Malaysia, hotel yang paling MURAH ada aircond dan tandas. Di Indonesia, kalau penginapan yang murah, jangankan aircond kipas angin pun tidak ada. Tandas pun jauh, kena keluar jalan hampir 100 meter. Kalau melawat Indonesia setakat seminggu, tak cukup mengenali Indonesia.

29.9.13

Menteri: Henti sanjungan pada Chin Peng



Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng harus menyedarkan rakyat akan kezaliman yang pernah dilakukan pemimpin komunis itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata titah Sultan Selangor pada Khamis lepas itu jelas menunjukkan fahaman zalim yang dibawa Chin Peng dengan berazam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara komunis.

Justeru, katanya, sebarang kenyataan melampau dan keterlaluan pihak tertentu yang menyanjung serta mengiktiraf pemimpin komunis itu perlu dihentikan.

"Bagi saya, pihak yang menjadikan Chin Peng sebagai ikon perjuangan menuntut kemerdekaan perlu menyorot sejarah keganasan komunis yang telah membunuh ramai anggota keselamatan dan mengakibatkan ribuan lagi cacat anggota.

"Banyak nyawa orang awam juga terkorban selain banyak wang negara dibazirkan bagi membanteras kegiatan dan keganasan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah di bawah Program Baik Pulih Rumah Veteran 1Malaysia di Papar hari ini.

Hishammuddin berkata tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit mengguris perasaan veteran tentera dan bekas polis, anggota keluarga mereka dan majoriti rakyat Malaysia yang memahami dan menghayati sejarah negara.

Mengenai Program Baik Pulih Rumah Veteran 1Malaysia, Hishammuddin berharap lebih banyak golongan belia melibatkan diri dalam gotong-royong membaik pulih rumah veteran tentera sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

Menerusi program itu, yang dilancarkan pada 15 Dis lepas, beliau berkata sebanyak 200 rumah seluruh negara dibina dan dibaik pulih sehingga 25 Sept lepas.

- Bernama



  • Liew Nyin Tet · Top Commenter · Bekerja di Chong Hwa Independent High School, Kuala Lumpur
    Siapa kata komunisme menghalang ahlinya tidak mempercayai Tuhan? Chin Peng disemadikan dengan cara agama Buddha. Tak diawetkan pula mayatnya seperti Lenin, Stalin atau Mao. Ketua Rejimen Ke-10 PKM Abdullah CD rakan seperjuangan yg lain seperti Rashid Maiyidin, Samsiah Fakeh dan banyak lagi tidak pernah pun meninggalkan agama Islam. Masalahnya bukanlah tentang kepercayaan cuma ideologi semata-mata. Di Rusia beratus-ratus gereja dan kataderal Kristian yang berusia ribuan tahun masih kekal dengan sempurna. Berjuta-juta rakyat XinJiang beragama Islam, dan jutaan rakyat Tibet beragama Buddha. Ratusan juta lagi agama Tao, Buddha dan Kristian....Kenapa pula dibiarkan wujud jika saudara menganggap komunisme menolak agama atau Tuhan?

2.9.13

Adam Adli, Hishammudin Rais ditangkap


9:39PM Sep 2 2013
Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais hari ini ditangkap polis selepas gesaan supaya pihak berkuasa bertindak tegas kepada mereka kerana mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya'.

Menurut seorang pegawai gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH, beliau pada jam 9 mendapat SMS daripada Adam, berbunyi:

"Aku dan Isham (Hishamuddin) kena tahan. OTW (dalam perjalanan) ke (ibu pejabat polis) Dang Wangi," SMS itu dipetik.

NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut menulis maklumat sama di laman Twitter mereka.

Adik kepada Adam Adli -- Amir Amin -- ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan tangkapan itu.

Bagaimanapun, menurutnya, tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu setakat ini.

Dilaporkan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) turut menggesa polis mengenakan tindakan tegas di bawah Akta Hasutan terhadap Hishamuddin dan Adam Adli serta Sasterawan Negara daripada Datuk A Samad Said.

Perbuatan itu didakwa menghina Jalur Gemilang di Dataran Merdeka Jumaat lalu.
Sementara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamid pula dilapor berkata polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' jika ada laporan dibuat mengenainya.
Manaf Ahmad · Pengulas Tertinggi · Kolej Islam Malaya Sangsaka merah putih adalah hasrat segelintir pemimpin Melayu sosialis dalam awal tahun lima puluhan yang mahu menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia.

3.7.13

Catatan RangBul@n mendapat perhatian

Bicara RangBul@n mendapat perhatian dunia media maya tersohor... teruskan menulis.



24.6.13

Dengarnya ada berita baik untuk negara?

Waktu dan zaman berubah. Ia juga membawa perubahan kepada keadaan sesebuah negara termasuk politiknya sendiri. Negara kita tidak terkecuali dari melalui perubahan ini. Tidak mungkin keadaan sekarang mampu memberikan satu kerajaan yang benar-benar stabil dan berkesan.

Baik dari pihak kerajaan dan pembangkang, roh politik yang sebenarnya secocok dengan kehendak rakyat dan negara sudah tidak dapat di perkasakan lagi. Tidak mungkin kita akan mengalami satu keadaan yang pernah kita alami dahulu jika keadaan sekarang berterusan berlaku.

Ramai rakyat yang berfikir, dan ada juga pemimpin yang mencari jalan penyelesaian terhadap kecelaruan politik negara kita ini. Tentunya penyelesaian itu terbit dari pemikiran manusia yang insaf dan tekun mengamalkan introspeksi terhadap kecelaruan ini. Yang berfikir dengan bertanggungjawab akan sentiasa mencari kaedah untuk memperbaiki keadaan negara dan diri sendiri.

Di akhir-akhir ini ada kedengaran usaha beberapa pemimpin dikalangan ahli-ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan keadaan yang ada sekarang ini dan formula baru nampaknya sudah mula bertunas. Samada ia akan berjaya dilakukan, itu juga adalah ketentuan dari Tuhan Maha Esa. Seperti biasa keresahan dikalangan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli legislatif itu akan membawa perubahan dan gerak ini diharapkan adalah gerak yang diredhai Tuhan.

Kedengaran yang mereka bersungguh-sungguh mahukan perubahan ini dilakukan sekarang juga dan sambil itu melakukan transformasi yang sebenarnya yang diperlukan oleh negara dan rakyat. Jika gerakan ini menghasilkan perubahan kepada negara ia perlu mendapat sokongan semua pihak agar impian rakyat untuk hidup dalam ‘environment’ politik yang baru dan kesejukan siasah negara dapat dirasakan semua.

Kita mahukan sebuah negara baru, seperti yang selalu disebutkan oleh blog ini. Kita mahukan dasar yang baik perlaksanaannya. Kita mahukan imej rasuah yang tertempel kepada kerajaan hari ini dihapuskan dan ‘stigma’ BN itu rasuah, rasuah itu BN wajib dilenyapkan.

Imej ini tentulah datang bersama dengan manusia yang memimpinnya. Seperti yang blog ini selalu tekankan, tiada siapa dikalangan ahli-ahli kabinet sekarang berkemampuan untuk membawa perubahan ini kerana mereka semuanya terlibat dengan isu rasuah ini, setidak-tidaknya dalam erti kata ‘collective responsibility’ jemaah menteri itu.

Ia mesti dilakukan oleh pemimpn yang dipilih rakyat yang tidak terlibat bersama kabinet sekarang dalam semua keputusan ‘collective’ itu. Memilih gantian dari mereka yang berada dalam barisan kabinet dan MT UMNO sekarang ini tidak akan ada perubahannya. Selalu blog ini menyatakan dengan tegas yang mereka ini datang dari satu acuan yang sama.

Apabila kerajaan baru itu dipimpin oleh seorang yang tidak berada didalam kabinet yang mempunyai ‘stigma’ buruk itu, sekali gus imej dan pandangan serta persepsi rakyat itu akan berubah. Perubahan ini perlu dilakukan dengan kadar yang segera sebelum kita berpecah dan berbelah dalam semua hal kehidupan bernegara. Jika perubahan ini berlaku secara yang disebutkan dan dicadangkan ini maka kita agak pasti negara kita akan dipandang dengan lebih tinggi oleh masyarakat antarabangsa.

Jika Najib menjadi isunya sebagai Perdana Menteri yang terlemah ia tidak boleh diperbaiki. Tetapi beliau boleh mengubah imej serta persepsi rakyat terhadap beliau dengan mewariskan kepimpinan negara kepada seorang yang bertanggungjawab dan beramanah. Meninggalkan nama yang baik bukan semestinya melalui hasil kerja yang baik tetapi juga dengan memberikan tanggungjawab negara kepada orang yang lebih berkemampuan dari beliau itu juga adalah tindakan meninggalkan nama yang baik buat beiau.

Tindakan mengaku kelemahan dan memberikan kepimpinan negara kepada seorang yang berkebolehan untuk memperbaiki keadaan negara itu sendiri adalah pengorbanan yang sangat besar kepada rakyat dan negara. Tindakan itu juga adalah tindakan mulia demi untuk rakyat dan negara.

Beliau akan diingati oleh generasi yang akan datang sebagai seorang pemimpin yang berani melakukan tindakan untuk kebaikan dengan berkorban kepentingan peribadi beliau sendiri. Begitu juga kepada Muhyidin Yassin dan rakan-rakan kabinet yang lain. Mereka juga akan turut dikenang oleh generasi yang telah menyokong usaha rakyat untuk merubah dan menghindarkan negara dari terjerumus kedalam politik yang kacau bilau.

Jika berlaku perubahan ini, maka kita tidak lagi bersusah payah memikirkan tentang tindakan rakyat berhimpun ke sana ke mari sambil berbalas-balas tuduhan diantara pihak-pihak yang berbalah sekarang ini.

Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran apa yang kita dengar itu. Tetapi jika Tengku Razaleigh lah orangnya yang disebut-sebut menjadi pilihan untuk diberikan tugas memperbaharui semangat negara dan demokrasi kita serta rakyatnya, ia merupakan berita yang amat memberangsangkan oleh banyak pihak dinegara ini.

Dari sudut psikologinya sahaja negara akan menganjakkan imej dan stigma negatif negara yang sedang kita alami sekarang ini kepada imej yang baru yang memberangsangkan. Apa yang sangat perlu bagi negara sekarang ialah lonjakan persepsi yang baik untuk memulakan kerja dan tanggungjawab mengtransformasikan negara dengan semangat baru dalam ‘ambience’ siasah yang baru.

Bermula dengan semangat yang baru dan suasana politik negara yang baru, maka mudahlah kita mengalihkan tumpuan rakyat yang sedang berbalah sesama sendiri di negara ini kepada penantian baru bagi mereka. Lantas lebih mudahlah rakyat bersatu serta memberikan sokongan kepada kerajaan baru dengan doa serta restu yang menyeluruh dari rakyat jelata. Suasana politik baru inilah faktur besar yang akan menyatukan rakyat yang sedang berbalah ini.

Dalam perjumpaan-perjumpaan saya dengan semua pihak setiap hari jelas apa yang kita dengar sekarang sudah terbina harapan menggunung yang sangat-sangat mereka tunggu dan nanti-nantikan, iaitu sebuah negara yang bersemangat baru.

Blog ini bersama yang ramai dibawah ini amat teruja untuk menulis lagi tentang isu ini lagi dalam posting-posting yang akan datang. Kerana apa blog ini teruja untuk menulisnya? Kerana nama yang disebut-sebut itu adalah nama yang sangat cocok dengan keperluan negara yang inginkan pembaharuan itu.

Tengku Razaleigh merupakan seorang ahli politik yang veteran disamping seorang teknokrat dan 'planner' pembangunan yang telah meletakkan asas ekonomi negara dizaman kegemilangan beliau. Hanya politik dalaman UMNO semasa itu yang telah mengenepikan beliau dari arus perdana politik negara. Beliau dikenali diperingkat antarabangsa dan pernah mempengerusikan setidak-tidak tiga institusi kewangan antarabangsa yang berbeza fungsinya dalam satu masa yang sama.

Diantaranya ialah Bank Dunia yang beribu Pejabat di Washington, Bank Pembangunan Islam yang beribu Pejabat di Jeddah serta Bank Pembangunan Asia yang beribu Pejabat di Manila. Hanya politik dalaman UMNO sahaja yang menyebabkan beliau diketepikan sejak tiga puluh tahun dahulu sehinggalah sekarang.

Teruja pula blog ini untuk menulis tentang pemimpin yang sedang menjadi sebutan ramai sekarang ini. Insyaallah, kita berjumpa lagi

Oleh Aspan Alias

18.6.13

Selamat jalan kereta nasional, Proton

Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.

Kedua-dua model sekarang ini dipasang oleh pemegang saham terbesar Proton Bhd iaitu DRB-Hicom Bhd di Pekan di mana ahli Parlimennya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kenderaan baru itu untuk menteri Kabinet, timbalan menteri dan ahli majlis kerajaan negeri (Exco). Jumlah kos keseluruhan pembelian masih belum ditentukan.

Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara.Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.

Kedua-dua model sekarang ini dipasang oleh pemegang saham terbesar Proton Bhd iaitu DRB-Hicom Bhd di Pekan di mana ahli Parlimennya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Kenderaan baru itu untuk menteri Kabinet, timbalan menteri dan ahli majlis kerajaan negeri (Exco).

Jumlah kos keseluruhan pembelian masih belum ditentukan. Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara. The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang telah menolak Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi mereka kerana ianya dipasang di negara jiran Thailand.

“Pertimbangan utama adalah kenderaan mestilah dipasang di sini,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengatakan Putrajaya akan menggunakan model Honda Accord berkapasiti enjin 2.4 liter sementara kerajaan Pahang akan mengambil Volkswagen Passat berkapasiti enjin 2.0 liter.

Difahamkan, sebuah Volkswagen Toureg juga telah dibeli untuk kerajaan negeri Pahang.

Penggantian lain bagi Perdana termasuk Mercedes-Benz E200 Kompressor oleh kerajaan Terengganu pada tahun 2008, menggantikan Perdana V6 Eksekutif tahun 2004 mereka.

Kedua-dua Selangor dan Perak juga telah menggantikan Perdana mereka dengan Toyota Camry sementara kerajaan negeri Sabah menggunakan Volvo S80s. Proton telah melancarkan model berkos rendah Saga SV hujung minggu lalu akan tetapi tidak menyatakan sama ada akan mengeluarkan model berkuasa tinggi yang boleh menggantikan Perdana. Terdapat spekulasi tentang model baru Perdana berasaskan Passat apabila perjanjian diantara Proton dan Volkswagen dibincangkan sekitar 2004-2007.

Akan tetapi rancangan itu dibatalkan apabila Volkswagen mengumumkan rundingan kerjasama menemui kegagalan. Terdapat juga perbincangan diantara Proton dan Mitsubishi pada 2005 untuk model baru Perdana berasaskan Mitsubishi 380 sedan yang menghentikan pengeluaran pada 2008.

Spekulasi lain tentang penggantian Perdana adalah menggunakan platform Proton Exora iaitu Nissan Fuga atau berkongsi casis dengan Honda Accord akan tetapi tiada perkembangan.

Perdana merupakan model terbaik Proton yang menggeluarkan model pertama Saga pada tahun 1985 dalam program industri berat dimulakan oleh perdana menteri paling lama berkhidmat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana SEi diperkenalkan buat pertama kali sedekad selepas model pertamanya dan dibuat dari 1995 hingga 1998.

Ia berdasarkan kepada platform Mitsubishi Galant dan menggunakan enjin 2.0L 4G63 SOHC pembuat kereta Jepun itu. Generasi pertama Perdana merupakan model pertama Proton menawarkan sistem brek anti-kunci (ABS) dan kawalan pemanduan. Pada tahun 1997, Perdana diberikan wajah baru dengan jeriji krom, reka bentuk rim baru, warna badan yang baru dan hiasan dalaman dipertingkatkan.

Pada tahun 1999 Proton menggeluarkan Perdana yang menggunakan enjin Mitsubishi 2.0L 6A12 V6 dengan bodykit dan rim 16 inci. Pada tahun 2003, Perdana V6 telah melakukan prubahan yang besar dan diberi wajah serta bumper baru. Di dalam, perubahan besar turut dilakukan.

Model ini kekal dijual sehingga awal 2010. Terdapat juga Proton Perdana V6 versi mewah dengan kepanjangan melebihi 25 cm (10 inci) di pintu sisi - di gelar Proton Perdana V6 Executive yang diubah oleh Automotive Conversion Engineering (ACE), salah satu unit EON - khusus dalam membangunkan limosin untuk negarawan. Seperti Perdana asal, Perdana V6 juga tidak dieksport ke Eropah. – 18 Jun, 2013.

The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang telah menolak Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi mereka kerana ianya dipasang di negara jiran Thailand.

“Pertimbangan utama adalah kenderaan mestilah dipasang di sini,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengatakan Putrajaya akan menggunakan model Honda Accord berkapasiti enjin 2.4 liter sementara kerajaan Pahang akan mengambil Volkswagen Passat berkapasiti enjin 2.0 liter. Difahamkan, sebuah Volkswagen Toureg juga telah dibeli untuk kerajaan negeri Pahang.

Penggantian lain bagi Perdana termasuk Mercedes-Benz E200 Kompressor oleh kerajaan Terengganu pada tahun 2008, menggantikan Perdana V6 Eksekutif tahun 2004 mereka.

Kedua-dua Selangor dan Perak juga telah menggantikan Perdana mereka dengan Toyota Camry sementara kerajaan negeri Sabah menggunakan Volvo S80s.

Proton telah melancarkan model berkos rendah Saga SV hujung minggu lalu akan tetapi tidak menyatakan sama ada akan mengeluarkan model berkuasa tinggi yang boleh menggantikan Perdana.

Terdapat spekulasi tentang model baru Perdana berasaskan Passat apabila perjanjian diantara Proton dan Volkswagen dibincangkan sekitar 2004-2007. Akan tetapi rancangan itu dibatalkan apabila Volkswagen mengumumkan rundingan kerjasama menemui kegagalan.

Terdapat juga perbincangan diantara Proton dan Mitsubishi pada 2005 untuk model baru Perdana berasaskan Mitsubishi 380 sedan yang menghentikan pengeluaran pada 2008.

Spekulasi lain tentang penggantian Perdana adalah menggunakan platform Proton Exora iaitu Nissan Fuga atau berkongsi casis dengan Honda Accord akan tetapi tiada perkembangan.

Perdana merupakan model terbaik Proton yang menggeluarkan model pertama Saga pada tahun 1985 dalam program industri berat dimulakan oleh perdana menteri paling lama berkhidmat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana SEi diperkenalkan buat pertama kali sedekad selepas model pertamanya dan dibuat dari 1995 hingga 1998. Ia berdasarkan kepada platform Mitsubishi Galant dan menggunakan enjin 2.0L 4G63 SOHC pembuat kereta Jepun itu.

Generasi pertama Perdana merupakan model pertama Proton menawarkan sistem brek anti-kunci (ABS) dan kawalan pemanduan. Pada tahun 1997, Perdana diberikan wajah baru dengan jeriji krom, reka bentuk rim baru, warna badan yang baru dan hiasan dalaman dipertingkatkan.

Pada tahun 1999 Proton menggeluarkan Perdana yang menggunakan enjin Mitsubishi 2.0L 6A12 V6 dengan bodykit dan rim 16 inci. Pada tahun 2003, Perdana V6 telah melakukan prubahan yang besar dan diberi wajah serta bumper baru. Di dalam, perubahan besar turut dilakukan. Model ini kekal dijual sehingga awal 2010.

Terdapat juga Proton Perdana V6 versi mewah dengan kepanjangan melebihi 25 cm (10 inci) di pintu sisi - di gelar Proton Perdana V6 Executive yang diubah oleh Automotive Conversion Engineering (ACE), salah satu unit EON - khusus dalam membangunkan limosin untuk negarawan.

Seperti Perdana asal, Perdana V6 juga tidak dieksport ke Eropah. – 18 Jun, 2013.

-TMI

12.6.13

Zahid 'kantoi', kata Rafizi


 
PKR mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membelanjakan lebih RM2 juta, sepuluh kali ganda perbelanjaan yang ditetapkan untuk kempen di peringkat Parlimen, iaitu RM200,000, dalam pilihan raya umum lalu.

Parti itu memfailkan dua petisyen pilihan raya, mendakwan Zahid terlibat dalam pembelian undi dan berbelanja lebih dalam kempennya sebelum ini.

NONEDua petisyen itu merujuk kepada video yang dimuat naik oleh Zahid sendiri dalam laman rasmi, yang menyebut beliau merekrut 24,000 penyokong BN yang juga pengundi tempatan di Badan Datoh, sebagai pekerja kempen ketika bertanding kerusi Parlimen itu.

Beliau juga dalam video itu mengakui memberikan mereka RM100 dan 5kg beras setiap seorang.

"...dia kantoi," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

5.6.13

'Sekarang Interlok versi drama pula?'


 
Kerajaan didakwa menyediakan RM1 juta untuk drama adaptasi novel kontroversi Interlok sebanyak 13 episod yang akan disiarkan oleh RTM, dakwa NGO Pasukan Bertindak India Nasional (NIAT).

Keputusan itu dibuat selepas kerajaan memutuskan menarik balik novel itu daripada menjadi teks sastera di sekolah pada Disember 2011, kata Pengerusi NIAT Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim.

niat forum election 120812 thasleem mohamed ibrahim"Kami fikir isu itu sudah tamat, tetapi RTM akan menayangkan drama siri menggunakan jalan cerita daripada buku ini. Apa agenda di belakang perkara ini?" katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya, NIAT mendapat pengesahan berhubung perkara itu daripada pengurus produksi drama itu serta dua pelakon terlibat.

Thasleem justeru menuntut pembatalan segera penggambaran drama itu yang didakwa bermula pada 1 Julai atau mereka akan bertindak menggagalkannya.

26.5.13

Kenapa orang Cina sokong Adam Adli?


 
ULASAN Dalam tempoh lapan tahun saya bekerja sebagai seorang wartawan, cuma dua kali sahaja saya perhatikan orang Cina keluar beramai-ramai untuk menyokong aktivis Melayu yang ditahan.

Kes yang pertama berlaku pada tahun 2008 apabila penulis blog politik termasyhur waktu itu, Raja Petra Kamarudin, ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) selama sebulan.

raja petra court case 060508 petra arrestedWaktu itu, Raja Petra (kiri) dianggap sebagai "hero" oleh pembaca blognya, yang kebanyakan orang Cina dan India kawasan bandar kerana rencana "pedas" yang ditulis secara eksklusif dalam Bahasa Inggeris.

Kalau kita lihat gambar-gambar sewaktu dia dibebaskan, memang kebanyakan peminatnya yang berkumpul di mahkamah adalah orang bukan Melayu.

Sebelum dibebaskan, dianjurkan beberapa acara nyalaan lilin untuk menunjukkan sokongan, yang juga kebanyakan menarik peserta bukan Melayu.

Kelmarin pula, senario yang hampir sama berlaku berhampiran balai polis Jinjang, di mana sebuah perhimpunan aman untuk menyokong Adam Adli Abdul Halim berlangsung.

Memang terdapat orang Melayu. Antaranya aktivis lama reformasi, geng Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), geng mahasiswa dan aktivis parti pembangkang.

Mereka faham perjuangan Adam Adli dan datang dari jauh untuk menunjukkan sokongan sampai larut malam.

'Tsunami Cina' di Jinjang


Tetapi bilangan mereka kecil kalau dibandingkan dengan kehadiran beratus-ratus orang Cina yang mewakili kelas berpendapatan rendah sampai kelas yang menggunakan kereta mewah.

Adanya geng gereja Lutheran, ahli Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema) dan geng DAP. Tetapi apa yang mengejutkan, pihak yang tidak dijangkakan turut berhimpun demi Adam Adli.

NONEAdanya Ah Soh bersama tiga anak perempuanya yang masih dalam umur persekolahan. Adanya Ah Seng rambut perang membawa motorsikal Suzuki RG.

Adanya ah pek yang memakai singlet putih jenama pagoda. Adanya Ah Siang, seorang pakar penulis aplikasi untuk iPhone dari Shah Alam.

Sampai 11.30 malam, saya berasa letih dan meminta izin bos saya untuk balik rehat. Tetapi Ah Soh, Ah Seng, Ah Pek dan Ah Siang masih hendak berhimpun, bersorak dan menyanyi Negaraku, walaupun sudah tengah malam dan adanya risiko ditahan polis.

Bagi saya, ini agak pelik. Kalau dibandingkan dengan ketika Raja Petra ditahan, penyokongnya memahami pendiriannya kerana dia sudah menulis rencana sejak beberapa dekad.

Manakala, Adam pula masih dikira orang baru dalam arena aktivis dan pendirian. Ataupun idealismenya kurang menarik perhatian orang ramai kerana dia bukan seorang penulis prolifik seperti Raja Petra.

Kesilapan keutamaan
Tidak lama selepas polis menahan 18 peserta (antaranya, 11 lelaki dan 4 perempuan Cina), saya sempat berborak dengan beberapa orang Cina yang bagi saya, tidak menonjolkan ciri-ciri kaki demonstrasi.

Tiada seorang pun yang tahu tentang latar belakang Adam Adli, ataupun kisah beliau menurunkan bendera perdana menteri di PWTC.

NONETetapi, kebanyakan orang yang ditemuramah nampaknya tidak puas hati melihat seorang mahasiswa ditahan kerana hujahnya di sebuah forum, sedangkan pihak berkuasa sepatutnya mengutamakan benda lain yang lebih penting.

"Itu (sebut nama seorang pemimpin BN) dia tak mahu tangkap. Olang jahat dia tak mahu tangkap. Mengapa tangkap budak itu?"

Ini merupakan pandangan yang lazim diluahkan orang yang ditemuramah. Sebaliknya, soal bangsa Adam Adli tidak disentuh langsung.

Jadi kalau mahu menjawab soalan yang dikemukakan sebuah akhbar tempatan, apa lagi Cina yang berkumpul di sekitar balai Jinjang semalam mahu, jawapannya keadilan.

Mereka mahu pihak berkuasa menyempurnakan tugas mereka secara adil dan saksama, bukan membuang masa menutup mulut aktivis muda yang cuba untuk menegakkan sistem pilihan raya yang bersih.

Itu saja Cina mahu?


Saya juga membuat kesimpulan, orang Cina yang saya nampak kelmarin juga masih mahu kepimpinan Melayu.

Pada tahun 2008, Raja Petra antara pemimpin yang diagung-agungkan orang Cina kerana hujahnya berlandaskan keadilan.

Sekarang pula orang Cina mengagung-agungkan pemimpin Melayu seperti Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khalid Ibrahim, Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub, Rafizi Ramli dan sebagainya kerana prestasi pencapaian mereka.

penang save democracy rally 180513 lim kit siangPernahkah para pembaca dengar orang Cina kata dia hendak lihat Lim Kit Siang (kanan), Karpal Singh ataupun Dr Chua Soi Lek sebagai perdana menteri? Tidak.

Ketiga-tiga pemimpin ini tidak begitu fasih bahasa kebangsaan pun. Macam mana pula mereka hendak menggubal undang-undang?

Saya juga berpendapat orang Cina memahami bahawa kebanyakan orang Malaysia adalah orang Islam yang memerlukan pimpinan orang Islam. Ini kerana perlembagaan telah menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai penjaga hal-ehwal Islam dan seorang perdana menteri adalah wakil eksekutif Tuanku.

Saya mengaku, kesimpulan yang saya temukan ini mungkin simplistik sebab ia berdasarkan satu senario yang jarang berlaku dan berdasarkan pendapat segelintir peserta malam kelmarin.

Tetapi saya harap pemerhatian saya kelmarin dapat membuka lagi ruang perbincangan tentang "Apa lagi Cina mahu" dan adakah semua perbuatan mereka merupakan pecaturan licik bersifat perkauman, seperti didakwa sesetengah pihak.

Setahu saya, Adam Adli bukan Cina dan tidak pernah cuba menghasut orang Cina. Secara umumnya, orang Cina tidak kenal dia pun, lebih-lebih lagi orang Cina Jinjang.


ANDREW ONG bertugas di Malaysiakini (laman Bahasa Inggeris). Ini rencana pertamanya yang ditulis dalam Bahasa Melayu.

17.5.13

KJ: Suruh tinggal negara pandangan peribadi Zahid


 
Gesaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia meninggalkan negara ini tidak mewakili pendirian kerajaan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

"Itu adalah pandangan peribadinya. Tidak mencerminkan pendirian kerajaan.

"Tengok juga artikel itu secara keseluruhan, beliau cuba menyampaikan bahawa kita mempunyai sistem tertentu di Malaysia. First past the post (pemenang undi terbanyak).

"Kita tidak ada sistem demokrasi langsung. Kita tidak ada sistem siapa menang undi popular, boleh bentuk kerajaan. Kita ada sistem wakil rakyat dalam demokrasi berparlimen....

"Jadi sistem itu, harapannya bahawa semua dapat menerima keputusan yang sedia ada," katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Khairy juga berharap semua pihak menerima keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Zahid semalam menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, sama ada list system atau single transferable vote di negara republik.

Menteri dalam negeri itu menulis di Utusan Malaysia, merujuk kepada siri perhimpunan besar pembangkang di seluruh negeri yang mempertikaikan keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.
 

  • Mansor Raya · Pengulas Tertinggi · Document Controller di Singapore
    Khairy lebih matang dari Zahid dalam membuat kenyataan.. Banyak kegagalan yg ditunjukkan oleh Zahid terutama isu Lahad Datu yg baru lepas.
 

15.5.13

Mat Sabu: 7 Kerusi untuk dia seorang??


Posted on Tuesday, May 14 @ 21:07:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel Oleh TKOOffline


Ini bukan 7 kerusi Dun atau Parlimen, tetapi Haji Mohamad Sabu telah diberikan 7 kerusi untuk duduk semasa satu ceramah setelah dia sakit akibat dilanggar oleh pihak PDRM semasa kes nak menangkap beliau dahulu.

Kalau puak UMNO lihat gambar ini, pasti meroyan sakan!!!


..

Jangan hina orang tiada kelulusan



Posted on Tuesday, May 14 @ 21:09:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Pendapat Oleh: tenggara

"Dua tiga hari ini kumpulan media dari Barisan Nasional dan media dari Pakatan Rakyat sangat aktif mempertahankan parti masing-masing. Keputusan pilihanraya yang mengejutkan baru-baru ini telah membuat kedua-dua belah pihak berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Saya bukanlah penyokong hardcore mana-mana parti cuma minat akan situasi politik negara kita dan minat dalam penulisan. Saya cuma ingin berkongsi pendapat, beberapa hari ini saya lihat banyak artikel mengenai seorang Exco yang dilantik yang tiada kelulusan.
Saya kira isu ini amatlah tidak sesuai untuk dijadikan senjata politik, kerana isu ini boleh mengaibkan seseorang yang berkait, bukan itu sahaja boleh juga mengaibkan keluarganya. Sama ada berkelulusan atau pun tidak, itu adalah perkara lain yang penting boleh kah dirinya berkhidmat untuk rakyat? Banyak juga pemimpin dari pembangkang yang tiada kelulusan contohnya Mat Sabu dan ramai lagi. 
Kita tidak mahu menjadikan perkara ini satu nilai tambah bagi kita, kerana ianya adalah satu taktik yang kurang baik, kita berhujah secara adil dan saksama asalkan tidak mengaibkan orang dan menyakitkan hati orang lain, insyallah.
"

90 Peratus Pengundi Cina Undi PAS Di Selangor

Sebanyak 90 peratus pengundi Cina undi Pas di Selangor, lapor Suara Keadilan edisi terbaru, 7 Mei ini kerana ia berasaskan semangat Pakatan Rakyat.

Misalnya di Taman Daya, tempat penempatan pengundi Cina di Selayang, calon Pas berjaya mendapat 1681 undi berbanding BN hanya mendapat 160 undi sahaja.

Ini bermakna, Cina bukan memberikan undi kepada DAP tetapi memberikan sepenuhnya undi mereka kepada semua calon-calon Pakatan Rakyat.

“Saya menang dengan majoriti 7467 kerana sokongan pengundi bandar khasnya orang Cina,” kata Zaidy Talib calon Pas yang menang di DUN Taman Templer.

Zaidy bersama rakan-rakannya di Selangor mencipta rekod tersendiri bagi Pas di Selangor apabila berjaya dengan cemerlang dalam pilihanraya ini.

Pas dan DAP berkongsi kemenangan bersama iaitu 15 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) diikuti dengan PKR, 14 kerusi.

Kerusi-kerusi DUN yang dimenangi Pas adalah Dusun Tua, Bangi, Gombak Setia, Hulu Kelang, Tanjung Sepat, Meru, Selat Kelang, Seri Serdang, Taman Templer, Cempaka, Lembah Jaya, Sabak, Sijangkang, Morib dan Paya Jaras.

Di Parlimen pula, Pas menang lima kerusi iaitu Shah Alam, Kota Raja, Hulu Langat, Sepang dan Sungai Besar. -SK

14.5.13

Kartunis enggan iktiraf Najib sebagai PM


12:53PM Mei 13 2013  
Sekumpulan kartunis diketuai Zunar mengancam tidak mengiktiraf Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri jika pilihan raya umum tidak diadakan semula dengan pemantauan badan berwibawa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Beliau yang menubuhkan gerakan kartunis bagi memberi tekanan kepada kerajaan melalui kerja kreatif berkata, BN tidak layak dari segi perundangan untuk memerintah ekoran dakwaan penipuan pilihan raya.

NONEDikenali sebagai Kartunis Lawan Penipuan Pilihanraya (CAEF), mereka berpendapat, penipuan jelas kelihatan melalui angka undi popular yang menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat 50.3 peratus berbanding BN yang hanya 46.8 peratus.

"Kami sedia bekerjasama dengan BERSIH serta lain-lain NGO di seluruh negara.

"CAEF juga akan berusaha menjalin rangkaian dengan gerakan kartunis dan NGO di peringkat antarabangsa di seluruh dunia atas tujuan yang sama," kata Zunar.

Antara kartunis terlibat, Mohd Afendi Ramli (Ronasina), Abdullah Jones, Nor Azlin Ngah (Jonos) dan Johnny Ong.

CAEF akan dirasmikan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada Sabtu ini di sebuah kompleks membeli belah di Petaling Jaya.

13.5.13

Perhimpunan malam 13 Mei tolak perkauman


11:54AM Mei 14 2013  
Sekumpulan aktivis NGO mengadakan perhimpunan berbilang kaum di Kuala Lumpur pada malam 13 Mei bagi menolak agenda perkauman yang dimainkan, termasuk di media, selepas keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Berkumpul dekat stesen bas Pudu Sentral di Kuala Lumpur malam tadi, lebih 100 orang, kebanyakannya berpakaian hitam, menyanyikan lagu, membaca sajak dan berucap menentang agenda perkauman.

Masing-masing bertemankan sebatang lilin dan membawa plakad menolak prejudis perkauman, mempromosi kasih sayang rentas kaum dan menolak rasisme yang dianggap sudah ketinggalan zaman.

"Kami berkumpul di sini untuk menentang retorik perkauman politik. Kita perlu suarakan perkara ini," kata Ng Yap Hwa, yang juga penyelaras kumpulan yang memperjuangkan keadilan untuk mendiang pembantu politik DAP Teoh Beng Hock.

"Ahli-ahli politik kita gemar memomokkan kita dengan rusuhan 13 Mei 1969 yang tidak patut digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat."

11.5.13

Kalah PRU-13 : Anwar salah pilih calon?

Ketidakcekapaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih calon yang ‘salah’ mengakibatkan PKR tewas empat kerusi parlimen di Perak dan satu di Selangor pada pilihan raya yang ke-13 yang berlangsung Ahad lepas.

Menurut sumber parti, Pasir Salak, Bagan Serai, Setiawangsa, Tanjong Malim di Perak dan Hulu Selangor di Selangor dianggap sebagai kerusi-kerusi potensi untuk di menang tetapi kalah kerana faktor calon.

“Antara kawasan yang kalah teruk dengan majoriti yang besar ialah di parlimen Pasir Salak. Calon ‘kesayangan’ Anwar iaitu Mustaffa Kamil Ayub kalah dengan majoriti 7,386 lebih teruk berbanding 2008,” katanya sumber tersebut yang enggan mendedah identitinya.

“Kekalahan di Pasir Salak, seharusnya menjadi pembuka mata kepada pimpinan PKR pusat agar memilih calon ‘yang turun padang buat kerja’ dan bukannya calon yang hanya sekadar rapat dan ‘berlegar’ di sekeliling Anwar dan Wan Azizah, presiden parti semata-mata,” tambahnya.

Di Pasir Salak sepatutnya parti peka penolakan pimpinan akar umbi terhadap Mustaffa apabila Setiausaha cabang merangkap pengarah Jentera Pilihanraya PKR cabang Pasir Salak, Taufik Hasan dan beratus-ratus ahli PKR Pasir Salak keluar parti sebaik sahaja Anwar mengumumkan Mustafa sebagai calon dalam satu program ceramah kira-kira sebulan sebelum tarikh pembubaran parlimen.

Ramai mempertikaikan kredibiti Mustaffa apabila rekod menunjukkan beliau adalah calon ‘tak boleh menang’…tewas setiap kali bertanding PRU sejak 1999 (parlimen Kuala Kangsar), 2004 (parlimen Lumut) 2008 (tewas di parlimen Pasir Salak dan dun Sungai Manik) dan sekarang PRU 2013 tewas lagi dengan majoriti yang begitu besar (7,386) juga sekali lagi di parlimen Pasir Salak).

‘Tewas majoriti besar’

“Tiada seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat peringkat pusat yang tewas dengan majoriti sebegitu besar.”

“Mustaffa juga dilihat sebagai pemimpin ‘nomad’ (sering berpindah randah dari satu parlimen ke satu parlimen lain)…tidak kekal bekerja di sesuatu kawasan piliharaya tetapi akan hanya muncul di kawasan beberapa hari sebelum penamaan calon juga atas ‘belas ihsan Anwar atau Wan Azizah.”

“Anwar juga silap dalam meletakkan seorang lagi ‘kroni’ bertanding dan tewas di parlimen Hulu Selangor,” katanya.

Khalid Jaafar seorang bekas penulis ucapan Anwar tidak popular di kalangan jawatankuasa PKR Hulu Selangor. Lantaran itu dua pemimpin setempat telah bertanding atas tiket bebas di Hulu Selangor bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan parti meletakan Khalid sebagai calon.

Khalid yang tewas bertanding di Bukit Katil pada 2008, kali ini kalah dengan majoriti yang agak besar berbanding 2008.

Meletakkan Dr. Muhd Nor Manuty juga seorang yang rapat dengan Anwar sejak zaman Abim lagi di parlimen Bagan Serai, Perak juga mendapat bantahan hebat dari pemimpin akar umbi setempat.

Sepatutnya DUN bukan parlimen

Dr Muhd Nor yang merupakan pengerusi PKR Negeri Perak adalah ketua cabang PKR Larut sepatutnya bertanding di peringkat DUN bukannya di kerusi parlimen bagi menguatkan dan menyokong calon-calon negeri yang bertanding.

Tetapi, disebabkan keghairahan untuk ke Putrajaya, maka Dr Muhd Nor menjadi mangsa , tewas dalam percaturan Anwar.

Meletakkan Ibrahim Yaakob di kerusi Setiawangsa bagi kali kedua juga percaturan yang disilap oleh Anwar.

Ibrahim yang dianggap sebagai ‘chief of staff ‘ di kalangan ‘inner circle’ parti merupakan orang kanan Anwar dalam menetapkan jadual temujanji dan ceramah dan bertugas sepenuh masa di pejabat Anwar.

Beliau tidak diihat sebagai nama besar parti di Setiawangsa yang merupakan kawasan masyarakat kelas pertengahan di tengah -tengah kotaraya Kuala Lumpur.

Anwar juga harus disalahkan apabila meletakkan Datin Paduka Tan Yee Kew (dianggap seorang berstatus nenek) bertanding di kerusi parlimen Tanjong Malim, Perak.

Berkempen seorang diri

Tan datang ke Tanjong Malim sehari sebelum hari penamaan calon mengakibatkan beliau berkempen berseorangan semasa dua minggu tempoh berkempen.

Masyarakat Cina setempat mengadakan demonstrasi apabila pimpinan pusat mengenepikan calon pemudi AMK Chua Yee Ling yang telah bekerja di sana lebih tiga tahun sebelum ini.

Chua kemudiannya dipindahkan ke DUN Kuala Sepetang (dalam parlimen Bukit Gantang) dan telah menang.

Dalam satu kes lain pula, Anwar juga telah memberikan satu kerusi DUN secara mudah kepada seorang calon di DUN Paya Rumput , Melaka bukan atas rekod kerja calon tersebut, sebaliknya kerana calon tersebut ‘Cikgu Taha’ sering membacakan doa setiap kali diadakan majlis tahlil malam Jumaat di kediaman Anwar di Segambut.

“Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pimpinan parti di Melaka.”

“Kami (ahli PKR) menyokong penuh Anwar dalam isu menolak dan membantah keputusan PRU yang diumumkan atas alasan berlakunya pelbagai penipuan semasa PRU ini.

“Tetapi, dalam masa yang sama Anwar juga harus muhasabah diri apabila beliau menafikan ‘hak’ pemimpin setempat yang telah bekerja keras beberapa tahun di sesebuah kawasan tetapi di saat-saat akhir tempat tersebut diberikan secara percuma kepada calon-calon yang rapat dengan beliau. -FMT

Najib: Bawa ke mahkamah, kita sanggup terima keputusannya


 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau bersedia menerima sebarang keputusan mahkamah sekiranya Pakatan Rakyat membawa ke mahkamah kes yang didakwa sebagai penipuan pilihan raya dalam keputusan pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, sehingga hari ini, tiada sebarang bukti sahih yang dibawa oleh Pakatan mengenai dakwaan penipuan keputusan pilihan raya tersebut.

"Mereka menggembar-gemburkan satu pembohongan dalam media sosial dan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut. Mengenai "blackout" di satu kawasan yang dikatakan sebagai cara untuk menipu dalam pilihan raya, walhal senarai daftar pemilih ada dalam tangan mereka, setiap pusat pengundian ada agen yang menyaksikan proses.

"Sehingga akhirnya, belum ada bukti sahih mengenai penipuan yang dijalankan. Maka, kalau ada satu dua kes, bawalah ke mahkamah. Mahkamah akan tentukan dan kita sanggup menerima apa jua keputusan mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis sambutan ulangtahun ke-67 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Turut hadir ialah mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad dan isteri Tun Siti Hasmah Mohd Ali.

Selain itu, Najib juga menggesa Pakatan untuk mengemukakan bukti tentang dakwaan wujudnya usaha untuk mengimport 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi dalam pilihan raya lalu.

Beliau juga berkata, sebagai sebuah parti yang sebelum ini kerap melaungkan tentang demokrasi, Pakatan sepatutnya menerima keputusan pilihan raya yang ditentukan oleh rakyat Malaysia sendiri.

"Yang anehnya mereka yang banyak bersuara tentang demokrasi yang menyatakan rakyat yang menentukan segala-galanya, setelah pilihan raya berakhir enggan menerima keputusan demokrasi parlimen yang ditentukan rakyat Malaysia sendiri.

"Pelbagai alasan diberikan kononnya telah berlaku penipuan dalam pilihan raya. Mereka bawa cerita kononnya kita import 40,000 mat bangla untuk mengundi.

"Saya nak tanya, kalau nak bawa 40,000 mat bangla, sebuah (kapal terbang) Jumbo muat seramai 400 dan bererti 100 buah Jumbo terpaksa mendarat di lapangan terbang. Saya nak tanya pada pembangkang, tunjuk di mana ada 100 buah jumbo yang mendarat di lapangan terbang," katanya lagi.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13 yang diumumkan Isnin lalu.

Sehubungan itu, Anwar yang juga merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, sebuah pasukan bagi menyiasat penipuan pilihan raya ditubuhkan kerana Pakatan enggan menerima keputusan pilihan raya itu.

Pihaknya menolak keputusan pilihan raya sehinggalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi justifikasi yang wajar, kata Anwar.

Pakatan turut mengadakan himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" yang mengumpulkan kira-kira 120,000 orang Rabu lalu bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan pilihan raya itu.

10.5.13

Politik Neutral

Bila RangBul@n buka Muka Buku (FB) terlalu banyak komen pro & kontra dalam bab politik jika anak cucu kita baca sekitar seabad tahun lagi masa tu kebarangkalian BN dah tak ujud; UMNO mungkin tiada lagi; PR atau PAS pasti dah lama hilang jika terus dimasuki parasit. PKR macam Semangat 46. Politik memang tak kekal; sering orang cakap; dalam politik bukan mustahil hari rakan esok jadi lawan. Begitulah sebaliknya.

  • Baharuddin Md Noor lagi heboh pembangkang sering menggunakan kata-kata kesat dalam ceramah. siapa yg mulakan perkataan 'haram jadah', sapa yg mulakan perkataan 'syaitan dikenali' siapa yg mulakan gangsterism di ipoh. siapa yg mulakan ceramah berlawan sebelah menyebelah. siapa??! kenapa bila pr ceramah di mana-mana, tv hanya siarkan perkataan perkataan yg kasar sebegini. apa tujuan?? mana keadilan??
  • Idan Radzi SILAP amat jika kita katakan Doa, Solat atau perjuangan ke arah Islam yang syumul itu bagaikan tunai padi antara masak... Jangan label sy ahli PAS atau PR atau sy ini benci UMNO atau BN; (Sy ♥ dua-dua parti sbb tanpa ada parti sehebat ini parlimen amat lengang akan angguh-angguk saja) tak ada parti politik ini kekal; baik BN atau PR; Malaysia sahaja nampak JUMUD amat rakyatnya berpolitik; kat negara luar jika kita mengamiti politik semasa semua dah berubah (dah kita org Msia sayang & ♥ akan BN). Hatta itu sy sering uar-uarkan sy ini NEUTRAL dalam berpolitik.

    Jika nak berjuang dalam politik kena dari usia awal; buang masa sy pilih jadi kuli kat UPM tu sebelum sy buat keputusan jadi Penyair sepenuh masa... jika sy berjuang dalam poltik sy dah lama dapat Dato' Tan Sri pasti PM pun tergugat. Bukan nak Xsen sbb memang sy pernah ke arah itu masa sy di kampung sebelum merantau. MMG masyarakat kampung mengharapkan sy begitu. Sy memilih sebagai menjadi Penyair sbb tak ada Penyair yang kaya raya kat dunia ini. Maziah tahu kan apak sy orang kaya di Kota Bharu Perak sana. Isteri pun sampai tiga. Harta arwah apak sampai sekarang melambak tak berjaga. Yang dapat sy tebus pun jika dijual berjuta RM sudah nilainya.

    Bab doa Maziah jangan kita RASA kita ini anak emas Tuhan; hari ini minta emas... esok bertempayan emas berlonggok di depan pintu. Baca sejarah Islam bagaimana jika kita jadi Nabi Noh AS; anak bini tak SEDAR DIRI biarpun Nabi Noh AS sentiasa berdoa siang & malam; jauh sekali kita ni setaraf dengan Nabi. Bila doa tak sampai ingat doa Nabi Noh AS... baru kita rasa hinanya kita jadi hamba Allah. Hatta tak baik kita ragu-ragu dengan niat sesuatu parti berdoa untuk kebaikan Islam malah tak baik kita suka gumbira melihat ada parti terkinja-kinja gempak moh heboh segala dengan muzik leka yang sering menipu kita. Politik jua begitu jangan kita rasa doa org ni tak sampai sbb Tuhan tak terima, mungkin ujian; orang ini dapat tak mestinya itu hak dia mungkin Tuhan nak uji dengan kekayaan.

    Lapangkan dada pun jangan benci jika waris dan rakan sendiri giat dalam PAS@PR atau hebat dalam UMNO@BN itu hak masing-masing. (semua parti politik yg ada kat Msia berdaftar jgn sekali kata parti pengganas atau komunis atau nak samakan dengan PAP/Singapura yg telah belot merampas bumi kita) DAP mmg serpihan PAP tapi lihat perjuangan mereka pemimpin mereka pernah ke penjara ISA sbb bela anak gadis kita orang Melayu yang kena rogol. Dalam belantara luas jika tak pandai bawa diri mmg kena makan dek harimau; dibelit ular sawa. Jangan kata di banglow agam perompak tak masuk. Gajah & harimau manusia boleh jinakkan, ada juga perompak terdesak baik hati tapi tak waris bertindak; politik jua macam tu.

    Pun Jangan kata parti itu tak betul parti aku saja yang betul weh.. semua politik amat kotor JIKA diri & jiwa kita kotor tak dapat nur pertunjuk dari Tuhan. Ada juga parti berniat baik merapati agama Islam tak Tuhan tak kasi kuasa lagi; jangan tanya sebab jika kita percaya perkara ghaib (maaf jika ayat agak kasar) sbb tak suka bab politik tuding menuding ni.

    KAMI hidup bahagia sekarang ni biarpun adik ipar sy pekat arwah UMNO pak mertua juga org kuat UMNO jiran sy lagilah pekatnya... kami baik & mesra. Mak mertua sejak azali org PAS biras juga pegang jawatan hebat dalam PAS di Meru Klang sana; Setiausaha Sulit Najib jua kawan baik kami sering datang ke rumah kami; Sy & Datuk Satim baik bertimang-timang sy sedih dia tak terpilih, Pak Lah & anak buahnya sering hantar e-mel kepada sy sbb sy rapat dengan orang di BPA Jabatan Perdana Menteri malahan JPM membantu sy untuk dapatkan semula tanah pusaka.. masih banyak yg kroni mereka KEBAS (apa isunya jika sy nak ada jawatan dalam politik???) tenguk wajah & watak sy pun Maziah tahu kan; sy org seni seorang Penyair yg miskin. Nak beli bateri kereta perang pun asyik bertangguh-tangguh. Jika sy nak kaya peluang tu banyak sebab wakil DAP (Sel) sekarang Ahli Majlis selalu pujuk sy jadi Pengurus Besar Syarikat Ali Baba miliknya. Sy tak mahu/tolak atas sbb peribadi. Rakan sy yang itu belum aktif DAP pun mmg jutawan. Wajah dia sering keluar paper.

    Tapi kan... sy tetap benci JIM; waspada mereka ini, puak mereka telah musnahkan kerjaya sy, mereka masih tak lunaskan hutang kepada sy & keluarga. Sungguh sy tak mahu halalkan sbb mereka ini masih tamak haloba (jika mereka bertaubat baru jadi rakan tapi hutang tetap kena bayar bukan sy mata duitan sian isteri, anak-anak & kekasih sy). Golongan ini bertanding di PRU13 baru ni tapi hilang duit deposit. Seyogia jika Maziah nak ikut fahaman mereka sy tetap ♥ Maziah. Sebab Maziah mmg Idola sy sejak berzaman. hihihi.
  • Idan Radzi Sebenarnya Maziah Brunei tu kalau buat politik cara kita payah juga; mana ada org tak kelabu mata dengan harta benda... sana tak demokrasi bagai kita.. lagi pun mereka kecil harta banyak; yg uruskan semua kuasa Sultan .. menteri sekadar dapat kasi nasihat ... kuasa monarki mutlak... Mantan PM Ayahda Dr M pernah bercita-cita mirip begini nak jadikan negara ini Repablik.. Presiden adalah segalanya... tapi Agong kita nak letak mana?...

    Ada baik & ada kurangnya dalam apa jua corak politik dunia; komunis pun ujud asalnya okey membela buruh dasarnya penuh kebajikan akhirnya maharaja kaya raya gundik sampai 3000 org (boleh kenalkan semua gundiknya?) sbb tu BN kata mereka yang rapat dengan komunis di Malaya dikatakan berhaluan kiri.

    Terbaik mmg poltik cara Islam;tapi org kafir dengki maka itu banyak negara yang gah temadun Islamnya runtuh. Sejarah mmg tak boleh dipadam.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Brunei#Politik_dan_kerajaan