|
Ketika masyarakat Cina sibuk membuat persiapan terakhir sambutan tahun baru mereka pada Ahad ini, kerajaan Pulau Pinang pula bertungkus lumus cuba meredakan ketegangan isu perkauman di negeri itu.
Kerajaan negeri sejak minggu lalu 'diserang bertubi-tubi' oleh Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Bagi menangkis tohmahan berkenaan, kerajaan Pulau Pinang dalam proses untuk mencetak 10,000 risalah bagi menerangkan keadaan sebenar tetapi belum diketahui bila ia dapat diedarkan.
Kerajaan Pulau Pinang juga akan mengadakan perhimpunan di dua kawasan majoriti Melayu beberapa hari sebelum tahun baru Cina meskipun lazimnya aktiviti politik mula lesu sempena sambutan itu.
Perhimpunan pertama akan diadakan di Tapak Ekspo, Seberang Jaya esok manakala perhimpunan kedua pula akan diadakan di Permatang Pasir Sabtu ini.
'Wanita dan kanak-kanak dicabuli'
Ini bukan kali pertama kerajaan Pulau Pinang dikecam oleh kumpulan berkepentingan Melayu.
Malah, tohmahan yang sama dilemparkan ketika parti Gerakan menerajui negeri itu dengan dakwaan masyarakat Melayu, yang merupakan kaum kedua terbesar di negeri ini, terus dipinggirkan.
"Demonstrasi Jumaat lalu adalah permulaan kecil dan kita akan menghimpunkan lebih ramai NGO pada peringkat nasional dan menamatkan kezaliman serta keganasan ke atas bangsa Melayu di Pulau Pinang.
“Kita tidak akan membiarkan mereka datang ke rumah kita dan mencabuli isteri dan anak-anak kita. Kita akan lawan. Jika tidak dibendung dia (Lim Guan Eng) akan bertambah teruk.
Rizal juga memberi amaran pertelingkahan kaum seperti yang tercetus di Kampung Rawa pada 1998 akan berulang jika masalah yang dihadapi oleh orang Melayu tidak diselesaikan.
MalaysiaKini.
RangBul@n:
Bagaimana status tanah di kawasan pulau di Pulau Pinang, katanya banyak yang telah dibeli oleh bangsa asing. Apakah Tanah Rizab Melayu masih ujud di kepulauan sana. Mungkin ada antara kita mendapat maklumat terkini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan