Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

18.2.10

Pakatan Rakyat sokong MP Australia


Feb 18, 10 12:42pm

Ahli parlimen dari Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP menggesa pejabat peguam negara segera mengugurkan dakwaan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Supremo DAP, Lim Kit Siang berkata sidang tergempar parlimen juga perlu diadakan bagi membahaskan tekanan daripada rakan-rakan mereka dari Australia dan Amerika Syarikat yang mahu dakwaan berkenaan digugurkan.

Menurut Lim, demonstrasi di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia semalam tidak mencerminkan hasrat seluruh ahli parlimen Malaysia.

“Ramai lagi termasuk daripada pihak BN, Pakatan tidak merestui tindakan sedemikian.”

Pakar strategi PKR, Tian Chua berkata “kata-kata keras” dari Australia itu bukan satu bentuk campur tangan tetapi bagi memastikan prinsip demokrasi dipelihara.

“Kami di PKR dan Pakatan berpendapat pendakwaan ini tidak ada asasnya.”

Naib PresidenPAS, Mahfuz Omar juga menggesa kerajaan menggugurkan dakwaan liwat itu bagi mengelakkan Malaysia dan mahkamah di negara ini menjadi bahan ketawa dunia.

MalaysiaKini

Pemuda BN bantah campur tangan MP Australia

Feb 17, 10 7:53pm

Pemuda BN hari ini menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan 50 ahli parlimen Australia didakwanya cuba campur tangan dalam hal ehwal sistem kehakiman negara ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, memorandum itu menuntut agar pengerusi jawatankuasa kecil hal ehwal luar negeri parlimen Australia, Michael Danby menarik balik surat yang dihantar oleh 50 ahli parlimen negara itu kepada pesuruhjaya tinggi Malaysia di Australia serta menuntut permohonan maaf Danby bagi pihak mereka.

Khairy yang juga ketua Pemuda Umno berkata, memorandum itu juga menggesa Perdana Menteri Australia Kevin Rudd menyatakan dengan jelas pendirian kerajaan Australia tidak sama dengan pendirian 50 ahli parlimen negara itu.

"Malaysia adalah negara yang berdaulat. Dengan adanya keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, kita tidak terima langsung apa saja usaha, apa saja tindakan yang kita anggap sebagai campur tangan pihak Australia, luar negara dan asing dalam hal ehwal negara kita," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia Penny Williams di ibunegara hari ini.

Dalam pertemuan kira-kira 15 minit itu, Khairy berkata Williams telah memberi jaminan bahawa kerajaan Australia tidak ingin campur tangan dalam sistem kehakiman Malaysia dan tidak mahu membuat satu pengadilan terlebih dahulu tentang perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Pesuruhjaya Tinggi Australia itu juga memberi jaminan bahawa memorandum Pemuda BN yang mewakili NGO belia yang ada akan disampaikan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia di Canberra.

"Walaupun ini tidak datang dari kerajaan Australia, tapi kita menganggap ini adalah serius sebab 50 ahli parlimen itu menjadi wakil rakyat kepada Australia.

"Kita tidak mahu isu ini dipolitikkan di Australia sehingga mencetuskan satu keadaan di mana campur tangan itu lebih ketara daripada apa yang kita lihat dua tiga hari lepas," katanya.

Turut sama mengiringi beliau adalah naib ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim, ketua Pemuda MIC T Mohan dan ketua penerangan Pemuda BN Datuk Reezal Merican.

Kira-kira 500 orang terdiri daripada Pemuda Umno, Pemuda MIC dan anggota NGO belia menyertai perarakan aman yang bermula daripada sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng.

Makkal Sakhti turut menyerahkan memorandum sebagai bantahan terhadap campur tangan itu dengan Presidennya R S Thanenthir berkata akan ada lebih banyak bantahan jika ahli parlimen itu tidak menghentikan campur tangan dalam sistem kehakiman Malaysia.

"Kami mahu memastikan mereka melakukan ini buat kali terakhir. Kami akan terus bantah jika mereka tidak berhenti di sini. Ini ingatan keras kepada semua ahli parlimen Australia," katanya.

Dalam memorandum mereka, Makkal Sakhti menggesa ahli parlimen Australia supaya menahan diri mereka daripada terus campur tangan kerana rakyat Malaysia tidak campur tangan dengan urusan undang-undang dan mahkamah Australia.

"Kami sentiasa menghormati dan menghargai hubungan baik dengan negara anda dan kami tidak ingin merosakkan hubungan yang sedia terjalin," katanya.

Sementara itu, timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Bung Muktar Radin berkata ahli parlimen bersedia bertemu dengan mana-mana ahli parlimen negara luar untuk menjelaskan isu perbicaraan Anwar itu.

Katanya, tuduhan terhadap Anwar dilakukan oleh individu iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, bukannya dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia.

"Kita meminta dengan sekeras-kerasnya. Mereka tidak ada hak mencampuri negara Malaysia. Mana-mana pihak yang cuba mencampuri, kita akan memberi tentangan yang tidak ada hentinya. Kita adalah negara berdaulat.

"Mana-mana pihak berhak untuk menyuarakan (pendapat), tapi pada kita apa yang dikatakan ialah tempat dan masa yang salah," katanya.

Beliau yang mewakili 140 ahli parlimen BN, tiba diperkarangan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia kira-kira jam 11.05 pagi untuk menghantar memorandum bantahan tersebut.

- Bernama


RangBul@n:

Tindakan Pemuda BN membantah luahan pendapat negara lain dalam kes yang sedang dibicarakan di mahkamah kita bukanlah langkah bijak. Sedari awal telah dilihat ketidak telusan pihak mahkamah untuk penyekat laporan kurang tepat Utusan Malaysia menampakkan di mata dunia kerajaan kita terusan menyerang PR, biar pun kesalahan belum lagi terbukti.

Dalam segi hukum agama sekali pun jika pendakwa tidak punyai bukti kukuh atau saksi, malahan yang dituduh tidak pun mengaku mengadakan hubungan liwat ianya adalah lebih baik tidak dibicarakan lagi. Apatah lagi ketika ujian DNA dibuat tanpa pemerhati yang mahir bagi pihak didakwa pastinya ianya boleh memerangkap keadilan sebenar.

Bagaimana pun RangBul@n berharap keadilan & hukuman mahkamah adalah tepat lagi jitu. Masalah nasional jika tidak diladeni dengan adil lagi saksama pasti musibahnya akan menghimpit negara kita sendiri.

Tiada ulasan: