Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

8.2.10

24 kerusi panas jadi rebutan di Perak


Wong Teck Chi
Feb 8, 10
1:02pm

Dua puluh empat kerusi dianggap panas di Perak dan dikatakan bakal menentukan samada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional akan berkuasa jika pilihan raya negeri diadakan dalam masa terdekat ini.

Kemelut politik di Perak dijangka bertambah kusut apabila mahkamah persekutuan membuat keputusan esok berhubung siapa yang sepatutnya menduduki kerusi menteri besar Perak.

Majoriti 24 daripada kerusi panas itu terletak di luar bandar dan juga pinggir bandar dan kebanyakan pengundi mereka terdiri daripada masyarakat Melayu.

Kerusi-kerusi itu juga dimenangi dengan hanya kelebihan kurang 10 peratus undi pada pilihan raya umum lalu. Justeru, perubahaan 5 peratus sokongan akan menyaksikan pertukaran kerusi di antara kedua-dua parti berkenaan.

12 daripada kerusi panas itu kini dimilik oleh Umno, menerusi BN manakala bakinya dipegang oleh Pakatan.

Terdapat 59 kerusi parlimen di Perak dengan Pakatan menguasai 31 kerusi manakala Barisan memegang 28 yang lain.

Adalah dijangkakan kebanyakan pengundi Melayu, khususnya di luar bandar akan kembali ke BN kerana Umno didakwa berjaya mengeksploitasikan isu “penderhaka” dan “boneka” terhadap menteri besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dengan berkesan.

Bagaimanapun, diramalkan pula lebih ramai masyarakat Cina akan menyokong Pakatan manakala undi masyarakat India pula akan terus terbahagi dua.

Menurut sumber pada pilihan raya Bukit Gantang, tahun lalu, Pakatan mendapat tambahan 15 hingga 20 peratus undi daripada masyarakat Cina tetapi kehilangan 4 peratus sokongan pengundi Melayu.

Sekiranya trend berkenaan berterusan, PAS dikatakan agak teruk terjejas kerana ia lazimnya diperuntukkan kerusi-kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

PKR juga menghadapi risiko kerana ia bertanding di kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi berbilang bangsa manakala DAP dijangka tidak menghadapi laluan sukar kerana ia bertanding di kerusi-kerusi yang majoritinya pengundi Cina.

MalaysiaKini

Bubar DUN, PAS Perak gesa rakyat bersiap sedia
Jan 25, 10 5:24pm

PAS Perak hari ini menggesa seluruh rakyat negeri itu bersiap siaga menghadapi kemungkinan berlakunya pilihanraya semula berikutan desas-desus yang bertiup kencang akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

NONEPesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain, ketika mengulas isu
itu turut menggesa seluruh rakyat khususnya mahasiswa dan anak muda yang masih belum mendaftar untuk segera berbuat demikian bagi memastikan mereka tidak terkecuali dalam membuang undi sekiranya pilihanraya berkenaan benar-benar berlaku.

"Saya dengan ini merayu dan menggesa seluruh mahasiswa, belia dan
mana-mana golongan rakyat di negeri ini (Perak) yang belum mendaftar sebagai pemilih untuk berbuat demikian secepat mungkin.

Ini kerana jika DUN dibubarkan, kita tidak mahu mereka yang layak mengundi tidak dapat berbuat demikian disebabkan kelewatan mereka untuk mendaftar" jelas beliau.

"Oleh itu sebagai anak muda, kita perlu sedar akan peranan dan suara kita yang sangat berkuasa dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan" tambahnya lagi.

NONEDalam pada itu, beliau juga berharap agar konflik yang berlaku di Perak selama ini akan terlerai dengan pembubaran DUN demi menjamin kestabilan politik dan pembangunan di Perak.

"Apa yang lebih penting bagi kita adalah apabila mandat diserahkan semula kepada rakyat melalui pilihanraya, kestabilan politik di Perak akan dapat dikembalikan demi menjana pembangunan dan ekonomi yang mapan" jelas beliau.

MalaysiaKini

Tiada ulasan: