Astaghfirullah al ‘azim.
Itu sahaja ucapan spontan yang terpacul dari mulut saya apabila mendapat tahu kes terbaru liwat membabitkan Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhary Azlan yang dilaporkan oleh Saiful sendiri di Balai Polis Travers, Brickfields, petang semalam. Saiful mendakwa Anwar meliwatnya pada 26 Jun yang lalu di sebuah kondominium di sekitar Damansara.
Keluarga DS Anwar Ibrahim diuji sekali lagi
Saya tidak tahu kenapa politik Malaysia mutakhir ini menjadi begitu “menakutkan” dan menjelikkan rupanya. Saya terasa seperti duduk di dalam sebuah jamban yang dipenuhi dengan kencing, tahi dan najis yang tidak dibersihkan apabila membaca cerita fitnah politik Malaysia hari ini di akhbar-akhbar.
Pak Lah pantas menafikan BN terlibat dalam kes ini dan meminta polis segera menyiasat laporan tersebut.
Tetapi Pak Lah begitu yakin Najib, Rosmah tidak mempunyai kaitan dalam kes Altantuya seperti di dalam statutory declaration Raja Petra. Suruh polis siasat pun tidak.
*Pak Lah telah dikesan menipu rakyat Malaysia 3 kali, iaitu dalam isu kenaikan harga minyak, perkahwinan beliau dan pembubaran Parlimen tempoh hari. Justeru, sukar untuk mempercayai apa sahaja yang keluar dari mulut imam Hadhari ini.Dalam hal ini, saya bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz.
* Mohd Saiful Bukhari bin Azlan, (850706-01-5687), dikhabarkan sebagai seorang spy Najib Tun Razak. Gambar di atas adalah gambar bersama Khairil Annas Jusoh, pegawai khas Najib.
** Laporan polis Mohd Saiful:
“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan