Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 9 Feb: Mohd Saiful Bukhari Azlan, saksi utama kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di Balai Polis Sentul, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi mendakwa dia telah diugut oleh satu pihak akan menculiknya. Sementara itu, Hakim Datuk Mohamed Zabidin Md Diah pagi tadi mengarahkan media arus perdana yang melaporkan butiran-butiran eksklusif mahkamah supaya menyiarkan berita-berita yang wajar sahaja. Arahan tersebut selepas pasukan peguam bela Anwar, Karpal Singh meminta supaya Mohamed diketepikan dari mendengar perbicaraan kerana dianggap bias serta enggan menegur media-media terbabit semalam. "Saya percaya pada kebebasan media tetapi saya minta laporkan apa yang wajar dilaporkan," jelas Mohamed di kamar perbicaraan, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya tidak mensensasikan informasi berhubung butiran-butiran di dalam kamar perbicaraan. Demi membuktikan perbicaraan dikendali secara adil, Mohamed juga mengarahkan dua polis cawangan khas (SB) supaya tidak lagi memenuhi dua kerusi khas yang disediakan untuk pemerhati dari beberapa pertubuhan guaman antarabangsa. Pun begitu, beliau mencadangkan kedua-dua SB terbabit mengisi tempat duduk awam dalam kamar perbicaraan sebagai menghormati tugas mereka. Pada jam 2.30 petang ini, dijangkakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, 63, bersama-sama pasukan peguamnya membuat afidavit balas pada inisiatif pasukan pendakwaraya semalam. Afidavit balas itu adalah prosedur biasa sebelum pasukan peguam bela Anwar memulakan sesi penghujahan balas ke atas saksi utama, Saiful yang dijadualkan pagi esok. Harakah |
8.2.10
Liwat: Saiful lapor polis, hakim tegur media
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan