Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com
Memaparkan catatan dengan label Sensitif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sensitif. Papar semua catatan

1.7.13

Ditegur Hakim, anak Karpal gunakan isu berat sebelah untuk selamatkan anak guam

OLEH V. ANBALAGAN
Dalam pertarungan undang-undang, serangan peribadi hakim terhadap seorang peguam dalam kes jenayah telah dijadikan alasan untuk mengkaji semula sabitan rasuah terhadap bekas pegawai kanan kerajaan.

Peguam itu adalah Ramkarpal Singh, anak kepada Karpal Singh.

Ramkarpal dalam afidavit mendakwa Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Apandi Ali yang mengetuai panel tiga hakim,

Beliau berkata hakim itu telah berkompromi kesaksamaan dan sikap objektif apabila dua kali di mahkamah terbuka mengisytiharkan dia memohon maaf untuk mengatakan Ramkarpal tidak setanding dengan bapanya, Karpal, dan secara tersirat mengatakan dia telah membuang masa mahkamah.

Ramkarpal berkata serangan peribadi Mohamad Apandi itu bermakna dia berkelakuan tidak patut sebagai seorang hakim, berat sebelah dan ini dengan serius memudaratkan kepentingan anak guamnya, Mahmad Faisaal Fadzil.

Ramkarpal menambah sikap berat sebelah Mohamad Apandi menyebabkan rayuan terjejas kerana merit kes itu tidak diendahkan.

Datuk Linton Albert dan Datuk Wira Mohtarudin Baki adalah hakim-hakim lain yang bersidang bersama Mohamad Apandi pada 23 Mei.

Ramkarpal turut mengatakan Mahkamah Rayuan tidak menerima permohonannya secara penuh semasa pendengaran rayuan untuk menukar keputusan dua mahkamah lebih rendah.

Malah, kata Ramkarpal panel hanya pertimbangkan satu alasan dan Mohamad Apandi gelisah dengan prospek perbicaraann panjang, menjadi kurang ajar dan tidak sopan apabila Ramkarpal berkeras mengemukakan isu-isu secara terperinci.

Panel tidak mempertimbangkan dengan teliti enam hujah yang lain, dengan alasan mahkamah mempunyai perkara-perkara lain pada hari itu, katanya.

Menurut Ramkarpal, permohonannya untuk mendapatkan salinan video prosiding tersebut telah dinafikan sebanyak dua kali.

“Disebabkan itu, Faisaal telah dinafikan hak untuk mendapatkan perbicaraan adil yang dijamin oleh Perlembagaan,” kata peguam itu.

Panel lain hakim Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan Faisaal mendakwa perbicaraan sebelum ini gagal memberikan keadilan kepadanya.

Ramkarpal memfailkan afidavit bagi Faisaal yang berusia 56 tahun untuk menyokong permohonan semakan oleh kerana bekas pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia cawangan Kedah di penjara Kajang menjalani hukuman tiga tahun.

Saman RM150,000 terhadapnya juga dikekalkan.

Faisaal meminta dan menerima RM15,000 daripada seorang sub-kontraktor pada tahun 2009 dan didapati bersalah oleh mahkamah sesyen dua tahun kemudian.

– 2 Julai, 2013.

14.5.13

Bagaimana Kertas undi boleh terbang ke peti undi kawasan lain

Pemuda PAS Johor hari ini membuat laporan polis ke atas penemuan beberapa kertas undi dari kawasan DUN Nusa Jaya dalam satu peti undi dari kawasan berlainan.

Yang Dipertua PAS Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, seorang ejen pengiraan undi PAS untuk kawasan DUN Mahkota telah menemui perkara itu ketika penjumlahan dijalankan untuk pengundian awal pada 5 Mei.

Khairul Faizi, yang membuat laporan di balai polis Kluang berkata para ejen mengesan perkara itu apabila mendapati nama calon PAS untuk Nusa Jaya, Salahuddin Ayub tertera di kertas undi tersebut.

Mahkota terletak dalam kawasan parlimen Kluang manakala Nusa Jaya terletak dalam kawasan parlimen Gelang Patah.

Katanya, ejen terbabit mengemukakan bantahan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan menuntut agar undi tersebut dikira untuk kerusi Nusa Jaya.

Namun, SPR menganggap undi berkenaan sebagai undi rosak, katanya.

“Kami merujuk peguam dan memutuskan untuk membuat laporan polis kerana mengesyaki peti undi untuk pengundian awal bagi Mahkota, yang dimaterai dan ditempatkan di balai polis, mungkin telah diusik,” katanya.

Beliau menambah, ejen pengiraan berkenaan bagaimanapun tidak melihat sama ada kertas undi tersebut memihak kepada Salahuddin, yang tewas di kerusi Nusa Jaya kepada calon BN Zaini Abu Bakar dengan 2,201 undi. -MK

Anonymous said...
May 10, 2013 at 8:46 PM
Apa Cina mahu?

Senang saja jawap soalan ni.

Cina mahu Anwar, tak mau Najib.
Cina mahu PAS, tak mau UMNO.
Cina mahu DAP, tak mau MCA.
CIna mahu PR, tak mau BN.
Cina mahu Bersih, tak mau Kotor.
Cina mahu undi bersama Melayu, India dan lain bangsa warganegara Malaysia, tak mau undi bersama Bangladesh dan rakyak negara luar.
Cina mahu hidup bersama Melayu, India dan lain-lain warganegara Malaysia untuk maju bersama-sama.

Cina hanya 20% dalam Malaysia.
PR dapat 50.3%, BN dapat 46.8%.
Kata la semua 20% Cina undi PR, jadi mana yang lagi 30.3% itu?

Lagi pun bukan full 20% Cina undi DAP. Ada banyak Cina undi PKR dan PAS juga. (saya undi PKR)

Itu pun belum kira yang sikit undi kepada BN. Ini BUKAN Tsunami Cina, ini Tsunami BN.

8.5.13

Hakikatnya Siapakah Yang Menindas Bangsa Melayu, Cina DAP??

Penulis : matuse68 on Monday, May 6

Isu orang Cina bersatu mahu tumbangkan Melayu, hanya merugikan orang Malaysia.
Kita selalu kata, orang Korea, Jepun berjaya sebab mereka cuma ada satu bangsa sahaja, iaitu bangsa Korea dan Jepun, jadi mudah bagi mereka membangunkan negara.

Pointnya sudah ada, '1 bangsa' bagi membangunkan negara, tetapi sampai sekarang masih ada lagi slogan 'Melayu perlu bersatu'. Sepatutnya, slogan yang dilaungkan, 'Melayu bersatu dengan Cina dan India', barulah boleh jadi 'satu bangsa'.

Ok, katakanlah, DAP itu Cina dan mahu memerintah seperti kes Singapura dahulu. Mengapa ia terjadi? Adakah waktu itu Melayu tidak bersatu dan lemah, lalu tunduk kepada LKY?

Melayu pada waktu itu kuat bukan main, bersatu lagi tetapi Singapura tetap pergi. Antara sebabnya, orang Melayu kata Cina mahu memerintah dan menindas, Cina pula kata, orang Melayu kalau perintah mereka ditindas.

Akhirnya semua orang berasa mahu ditindas. Hakikatnya, yang menindas bukan orang Cina, dan bukan orang Melayu, tetapi 'orang jahat'.

Orang jahat ini, semua bangsa ada. Ada orang jahat Cina, ada orang jahat Melayu.

Selagi mana kita bersatu hanya berdasarkan 'bangsa', selagi itulah kita senyap2 membenarkan 'orang jahat' terus menindas.

Orang baik Melayu dan orang baik Cina perlu bersatu menentang orang jahat Melayu dan orang jahat Cina. Itu barulah betul.

Berkenaan PRU 13, analisisnya, DAP banyak menang sebab Cina bersatu undi Cina. Kalau begitu, sepatutnya Rafizi kalah, sebab lawan dengan calon Cina. Ini tidak, boleh menang besar lagi.

Sekiranya dilihat, yang DAP ini banyak menang di kawasan bandar. Kawasan orang Cina yang terdedah pemikirannya dengan pelbagai maklumat. Maklumat dari internet dan sebagainya.

Orang Cina boleh dikatakan adalah kaum yang paling celik berkenaan 'perlembagaan', berbanding orang Melayu.

Mereka faham, 'kerajaan' dan 'parti politik' itu berbeza. Mereka faham, 'kewajiban' sebuah kerajaan. Jadi, gula2 mengatakan, 'kerajaan BN sudah memperuntukkan sekian2 juta kepada orang Cina', tidak berkesan sebab mereka faham yang, itu memang kewajipan 'kerajaan'.

Ibaratnya, kita bayar buruh buat rumah kita. Jadi memang kewajipan buruh tadi bina rumah, siap ada tangga, tingkap, pintu. Takkanlah, buruh yang kita bayar tadi boleh kata, 'Tuan perlu membalas budi saya, sebab saya sudah buat pintu rumah Tuan'.

Lainlah kalau buruh tadi buat lagi jalan dan taman di hadapan rumah.

Jadi apa sebenarnya yang perlu kita takutkan sekarang? Yang kita perlu takutkan, adalah 'isu perkauman', yang senyap-senyap ditiup.

Isu perkauman bermula dengan kata, 'orang Cina pijak kepala orang Melayu'. Hakikatnya, 'orang jahat Melayu Cina', yang pijak kepala rakyat. Perlu dibezakan di situ.

Kesimpulannya, orang Melayu Umno dan PAS, sekiranya bersatu teguh bercerai roboh sekalipun, tetap Malaysia tetap tidak ke mana, tetap akan hilang tanah, sekiranya tidak mula 'bersatu' dengan kaum lain di Malaysia.

Adakah ini terlalu idealistik? Sekiranya kita kita ia tidak realistik, jadi bagaimana dengan saranan agama yang menyuruh kita berbaik-baik dengan kaum lain? Adakah agama juga sudah terlalu idealistik?

Sekian. Ada keperluan, nanti tambah lagi.

Yang ini boleh share ramai-ramai. Biar orang Cina, India tahu, masih ramai lagi orang Melayu, yang masih 'waras'.

 Bahruddin Bekri

RangBul@n:

Mereka yang persoalkan sokongan Cina terhadap PR ini sebab sebelum ini mereka amat leka betapa mereka naik menjulang sampai 2/3 undi adalah disebabkan Cina memihak mereka. Bila tenguk tak popular lagi maka gundahlah mereka ini.

Yang penting PR perlulah berhati-hati dalam isu ini; bila punya rakan jagai hati mereka jagalah hak mereka. Jika ada peluang berniaga dengan mereka jangan ikut cara yang dilakukan oleh mereka yang dulunya intim dengan tauke Cina ini. Agar negeri yang PR tadbir akan tambah maju & agihkan kekayaan negeri tersebut secara saksama. Jangan gadai bumi tercinta. Nak tebus balik amat sukar.