Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

8.2.10

Titik hitam kehakiman negara


Sofi Wahab

Titik hakim terus menyelubungi sistem kehakiman negara. Keputusan 5-0 memihak kepada Zambry menyebabkan kesangsian rakyat kepada ketelusan sistem kehakiman negara semakin terhakis.

Ditambah lagi dengan sikap berat sebelah yang ditunjukkan pada perbicaraan Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung, membuktikan tiada langsung penambahbaikan dalam sistem kehakiman kita.

Dunia luar terus memerhatikan negara kita dengan penuh minat dan sinis. Selepas amat sukar dan susah untuk rakyat menerima dakwaan pihak kerajaan bahawa sistem kehakiman kita telus, professional dan adil.

Kerajaan mesti mengubah keadaan ini serta merta jika mahu ianya terus dihormati dan disanjungi rakyat. Jika tidak mungkin setiap kali perbicaraan berkaitan dengan kerajaan rakyat akan menganggap ianya hanya lakonan sedangkan keputusannya sudah diketahui.

Fikirkanlah wahai pimpinan kerajaan yang ada sekarang.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Tiada ulasan: