KAJANG: Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak faham erti
kezaliman, kata calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Kajang,
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata demikian sebagai
respons kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno itu yang menyifatkan beliau
sebagai boneka kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Khairy
adalah orang yang berpendidikan tinggi, dianugerahkan keistimewaan.
Beliau merupakan seorang anak diplomat serta berpeluang belajar di luar
negara.
"Jadi beliau tidak faham erti bagaimana orang tersebut
ditindas dan dizalimi," kata beliau pada sidang media di Bilik Gerakan
Utama PKR, dekat sini hari ini.
Semalam Khairy yang juga Ahli
Parlimen Rembau sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN
di Taman Saujana Impian mendakwa Azizah hanyalah boneka dalam politik.
Wan Azizah juga menegaskan, tindakan beliau bertanding di Kajang adalah untuk membela nasib Anwar dan menentang kezaliman.
"Bagi orang Islam, menentang kezaliman itu satu jihad," katanya.
Beliau
menggantikan Anwar sebagai calon Kajang selepas Mahkamah Rayuan
menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar dalam kes liwat 2.
Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa. Papar semua catatan

4.3.14
Anwar: Media Umno tetap sebar maki hamun
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin Umno bagai tidak berpijak di dunia realiti apabila menganjurkan untuk bertanding secara 'gentleman' dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.
Katanya, beliau masih tetap diserang melalui media dikuasai BN walaupun Timbalan Perdana Menteri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menganjurkan agar kempen pilihan raya berjalan dengan bersih.
"Dari segi politik saya tak ada masalah nak 'gentleman' kerana ini persaingan politik yang sihat.
"Tapi kenyataan maki hamun cerca hukum orang (tetap) disebar dalam media Umno," kata beliau selepas sesi bertemu rakyat di bandar Kajang hari ini.
Beliau tidak akan melayan perkara itu dan meneruskan kempennya sendiri, kata Anwar yang mengulas kenyataan Muhyiddin semalam.
Sementara itu, Anwar turut menjawab kenyataan bakal calon bebas Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa beliau akan mengabaikan pengundi di Kajang setelah berjaya menjadi ADUN pada 23 Mac depan.
Katanya, rekod beliau sebagai MP Permatang Pauh selama lebih 30 tahun membuktikan beliau mampu mendekati Rakyat di kawasan beliau walaupun tidak setiap hari.
"Saya bukan peguam korporat atau orang korporat. Saya hanya lelaki biasa dari kampung Cheruk Tok Kun. Saya dilahirkan di situ. Dan orang Kajang akan faham.
“Saya tidak akan memberi gambaran salah dan tipu mereka bahawa saya akan ada di sini setiap hari. Tapi Kajang dekat dengan rumah saya di Kuala Lumpur, rumah bapa saya pun di sini," kata beliau.
Zaid dalam tulisan di blognya mendakwa tanggungjawab Anwar yang semakin banyak akan menyebabkan beliau tiada masa menjenguk pengundi di Kajang.
2.3.14
7.9 juta pemohon BR1M tiada akaun bank
Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) digesa membuka akaun bank serta
mengemas kini nombor akaun dengan pihak berkaitan bagi mempercepatkan
penyaluran bantuan itu pada masa hadapan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (bawah) berkata daripada 7.9 juta pemohon BR1M di seluruh negara, sebanyak dua juta daripadanya tidak mempunyai akaun bank dan diberikan baucar bantuan.
"Saya
tak faham kenapa tiada akaun bank ataupun mereka ini tidak
mengemaskinikan borang BR1M mereka. Mereka boleh mengemas kini pada
setiap masa di pejabat-pejabat daerah, Lembaga Hasil Dalam Negeri atau
ketua-ketua kampung," katanya selepas majlis penyerahan BR1M kepada
penerima kawasan parlimen Pontian di Pontian hari ini.
Ahmad turut menjelaskan antara sebab mengapa ada permohonan lambat diproses adalah disebabkan penggunaan borang secara manual dan bukan melalui dalam talian.
Beliau turut meminta pejabat-pejabat daerah mempercepatkan pengagihan BR1M selewatnya sebelum April bagi mengurangkan kegusaran rakyat yang layak mendapat bantuan tersebut.
- Bernama
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (bawah) berkata daripada 7.9 juta pemohon BR1M di seluruh negara, sebanyak dua juta daripadanya tidak mempunyai akaun bank dan diberikan baucar bantuan.
Ahmad turut menjelaskan antara sebab mengapa ada permohonan lambat diproses adalah disebabkan penggunaan borang secara manual dan bukan melalui dalam talian.
Beliau turut meminta pejabat-pejabat daerah mempercepatkan pengagihan BR1M selewatnya sebelum April bagi mengurangkan kegusaran rakyat yang layak mendapat bantuan tersebut.
- Bernama
Anugerah: NGO gesa PM pecat Zahid Hamidi
Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom mahu
Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk
mengundurkan diri dari kabinet.
Beliau turut mengatakan Zahid tidak menjaga maruah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan menyampaikan penghargaan kepada Malaysiakini.
"Saya terkejut juga dengan pemberian anugerah menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) Zahid Hamidi kepada Malaysiakini.
“Itu
kami sedih dan rasa marah kepada menteri KDN yang tidak peka, tidak
celik dan tidak bijak yang boleh dipanggil bodoh," kata beliau dalam
sidang media di Hotel Midah hari ini.
Ali (atas, berbaju kuning) hari ini ditemani gabungan 14 NGO lain di bawah payung Sekratariat Gabungan Sahabat 1Malaysia (SAHABAT).
Malaysiakini mendapat hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu.
Bagaimanapun anugerah bukanlah dari Zahid yang hanya hadir sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah.
Anugerah kepada Malaysiakini itu hasil undian awam (80 peratus) dan selebihnya penilaian juri.
Ali yang lebih dikenali sebagai “Ali Tinju” juga mendakwa Zahid telah menunjukkan prestasi buruk sepanjang menerajui KDN sejak tahun lalu.
Kerja separuh jalan
Ali mendakwa Zahid hanya melakukan kerja setengah jalan termasuk dalam isu membabitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isu kalimah Allah, kerana tiada pendakwaan dibuat ke atas Mohamad dan paderi Lawrence Andrews.
"Saya ulang sekali lagi mohon jasa baik PM Datuk Seri Najib Razak supaya pecat Zahid Hamidi.
"Beliau buat pelbagai masalah, buat kerja setengah jalan dan tak habiskan kerja beliau. Conotohnya isu Mat Sabu, Dia 'gempak' dalam dewan (perhimpunan agung) Umno tetapi tiada tindakan (susulan)
Ali turut mempertikaikan kenyataan Zahid dalam isu video kontroversi anggota Parlimen DAP Teresa Kok yang disifatkan Ali sebagai 'membahayakan' negara.
"(Dalam) isu Teresa Kok, dia katakan tampar orang tak salah. Ini yang bahaya ini. Harap PM bijak untuk buat penukaran," kata beliau.
Sementara itu seorang pemimpin NGO AKS Ramesh Rao pula mendakwa Malaysiakini didanai oleh badan yang menyokong revolusi 'Arab Spring' di Timur Tengah dan sebahagian dari agenda zionis.
Beliau turut mempertikai pemberian hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu.
"Penerima dana zionis tidak layak jadi media portal terbaik. Banyak lagi portal baik di Malaysia ini," kata beliau.
Beliau turut mengatakan Zahid tidak menjaga maruah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan menyampaikan penghargaan kepada Malaysiakini.
"Saya terkejut juga dengan pemberian anugerah menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) Zahid Hamidi kepada Malaysiakini.
Ali berkata tidak patut seorang menteri kabinet seperti Zahid memberi penghargaan kepada Malaysiakini tidak sampai sehari selepas mengeluarkan berita berhubung kesibukan Rosmah yang tiada masa untuk hobi, antaranya bermain badminton.
Ali (atas, berbaju kuning) hari ini ditemani gabungan 14 NGO lain di bawah payung Sekratariat Gabungan Sahabat 1Malaysia (SAHABAT).
Malaysiakini mendapat hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu.
Bagaimanapun anugerah bukanlah dari Zahid yang hanya hadir sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah.
Anugerah kepada Malaysiakini itu hasil undian awam (80 peratus) dan selebihnya penilaian juri.
Ali yang lebih dikenali sebagai “Ali Tinju” juga mendakwa Zahid telah menunjukkan prestasi buruk sepanjang menerajui KDN sejak tahun lalu.
Kerja separuh jalan
Ali mendakwa Zahid hanya melakukan kerja setengah jalan termasuk dalam isu membabitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isu kalimah Allah, kerana tiada pendakwaan dibuat ke atas Mohamad dan paderi Lawrence Andrews.
"Beliau buat pelbagai masalah, buat kerja setengah jalan dan tak habiskan kerja beliau. Conotohnya isu Mat Sabu, Dia 'gempak' dalam dewan (perhimpunan agung) Umno tetapi tiada tindakan (susulan)
Ali turut mempertikaikan kenyataan Zahid dalam isu video kontroversi anggota Parlimen DAP Teresa Kok yang disifatkan Ali sebagai 'membahayakan' negara.
"(Dalam) isu Teresa Kok, dia katakan tampar orang tak salah. Ini yang bahaya ini. Harap PM bijak untuk buat penukaran," kata beliau.
Sementara itu seorang pemimpin NGO AKS Ramesh Rao pula mendakwa Malaysiakini didanai oleh badan yang menyokong revolusi 'Arab Spring' di Timur Tengah dan sebahagian dari agenda zionis.
Beliau turut mempertikai pemberian hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu.
"Penerima dana zionis tidak layak jadi media portal terbaik. Banyak lagi portal baik di Malaysia ini," kata beliau.
26.2.14
Kemelut BR1M 3.0
BR1M 3.0
Ada
yang kasi maklumat... staf LHDN dah buat kerja lebih dalam bab
semakan... mereka trace gaji kasar suami & isteri bila digabungkan
dah lebih jumlah RM3000 maka dapatlah RM450. (RM3001-RM4000 hanya layak
RM450)
Ada pula yang kata dia dah gabungkan kedua-dua gaji masih tak sampai RM3000 layaknya RM650; kenapa pula kasi RM450; ini yang kena buat rayuan...
Hahaha kut ada Spy Leman kerajaan yang kasi tahu... si isteri part time jual nasi lemak julaa kuih pelbagai... suami pun part tima kerja jaga... maka akhir tak layaklah dapar BR1M... ish payahlah kalau macam tu.
Sepatutnya seragamkan saja... kan ke kita ni negara makmur maju jaya... apa sangatlah beda RM200 tu sian dia... apa kata... yang dapat RM650 gajinya dah cecah RM3000 & si polan yang dapat RM450 hanyalah RM3001... macam tak adil... kan? kan?

- Peluit Ralit alahai lagi sedih... rakan saya mengadu gaji kasarnya cuma sekitar RM4010 memang isterinya suri rumah sepenuhnya... dia tak pernah merasa BR1M sejak dulu lagi... (dulu hanya layak RM3000) saya pun turut bersedih... sebab saya tahu dia bayar cukai juga. RM10 punya pasal tak merasa duit BR1M.(Rezeki anak muda sekarang memang murah; yang bujang pun dapat BR1M & pelbagai kemakmuran negara dapat mereka kecapi; cuma masalah kehidupan anak cucu kita nampak makin terhimpit; sebab belum kerja dah ada hutang PTPTN ; rumah pula makin mahal; kos hidup tinggi melambung. Jika kerajaan tak sediakan peluang kerjaya yang munasabah pasti anak cucu kita akan makin terhimpit)
17.2.14
PRK Kajang: Polis buka lagi kertas siasatan
Polis membuka satu lagi kertas siasatan
berhubung dakwaan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012)
berkaitan berkempen awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri
(DUN) Kajang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini menjadikan sejumlah empat kertas siasatan dibuka berhubung perkara sama kerana individu terbabit tidak mengemukakan sebarang kenyataan bertulis 10 hari sebelum melakukan kempen.
"Yang melanggari APA 2012 dan sebagainya kita akan ambil tindakan dan sememangnya kita telah buka siasatan dan kita akan berunding dengan pihak peguam negara.
"Ada kertas siasatan yang sudah lengkap. Setakat ini ada empat kertas siasatan yang telah kita buka dan kita tidak menjurus kepada individu yang sama. Biarlah kita siasat dulu, dah selesai nanti, kita tuduh di mahkamah baru tahu individu terbabit nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen atau daerah terbaik Op Selamat 4/2014 sempena Tahun Baru Cina di KL Sentral di ibu negara hari ini.
Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar dilapor mengesahkan tiga kertas siasatan dibuka terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menurut Seksyen 9(5) akta itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berhubung kempen yang diadakan.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya sedang berunding dengan Peguam Negara untuk memperkemaskan lagi siasatan terhadap kes klip video membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang didakwa berbaur fitnah.
"Kita akan teruskan siasatan dan saya minta orang yang membuat video ini untuk berhenti, khabarnya dia nak buat dalam versi bahasa Malaysia pula, saya minta cukuplah, orang Malaysia faham walaupun dalam bahasa Cina.
"Cukuplah dengan kempen benci-membenci yang menanamkan sifat-sifat kebencian terhadap orang-orang tertentu, apa faedahnya, ia akan meruntuhkan lagi kerukunan masyarakat kita, saya meminta mereka ini teruskan membina negara kita dari buat perkara tidak berfaedah," katanya.
Mengulas mengenai insiden di dalam terowong yang membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Februari lalu, Khalid berkata pihaknya akan memanggil beberapa lagi saksi untuk membantu siasatan.
-Bernama

Mahfuz: Sudahlah buli MCA, Umno
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar meminta agar Umno tidak terus membuli MCA dan bertanding menentang dua lagi calon Melayu di pilihan raya kecil Kajang 23 Mac depan.
Dalam sidang medianya hari ini, Mahfuz berkata membenarkan MCA bertanding di situ walaupun tahu telah ditolak oleh masyarakat Cina ibarat membuli parti tersebut.
"Semalam, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan sendiri minta kepimpinan buat keputusan bertanding.
"Saya nak minta beliau desak kepimpinan Umno untuk benarkan Umno yang bertanding menentang (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan (Datuk) Zaid Ibrahim," katanya.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Ahmad berkata tindakan BN melengah-lengahkan perkara itu menyukarkan jentera parti pemerintah berkenaan selain tertanya-tanya sama ada BN akan meletakkan calon menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di kerusi berkenaan.
"Sekarang ini, ada kenyataan minta BN bertanding dan ada pula cakap jangan. Jadi, kedudukan jentera parti ada yang bersemangat tetapi ada juga yang masih separuh hati.
"Sebab itulah, saya berharap pucuk pimpinan BN akan buat keputusan segera sama ada bertanding atau tidak dan soal siapa akan jadi calon itu nanti boleh diputuskan," katanya.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata beliau tiada masalah untuk bekas ahli Majlis Sekretariat Pakatan Rakyat, Zaid bertanding dalam pilihan raya kecil itu atas semangat demokrasi.
"Bagaimanapun PAS akan sepenuhnya bergerak membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang," kata Mahfuz yang juga yang pesuruhjaya PAS Kedah.
Sementara itu ADUN Batu Burok PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi berkata beliau bersama kepimpinan Pakatan Rakyat Terengganu dipanggil bertemu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada Jumaat ini.
Beliau berkata MP Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, ADUN Bandar Azan Ismail serta kerabat diraja Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan bersamanya membawa laporan dan dokumen berkenaan isu rasuah dan korupsi di negeri itu.
"Hari Jumaat ini akan saya akan bawa empat isu penyelewengan dan rasuah di negeri iaitu isu pembalakan, perlombongan, Tasik Kenyir serta pembinaan dan perubahan Pasar Payang," kata beliau.
13.2.14
FB Sinar Online diciplak!
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
SHAH ALAM – Susulan portal Sinar Harian Online kian mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca, terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang cuba ‘menangguk di air yang keruh’ dengan menciplak akaun media sosial Facebook portal tersebut.
Tinjauan Sinar Harian Online hari ini mendapati terdapat dua akaun FB palsu menggunakan nama yang menyerupai portal berita tersebut.
Akaun palsu pertama yang dikesan menggunakan nama Sinar Harian Online, sedangkan nama rasmi FB hanya Sinar Harian.
Malah lebih memeranjatkan apabila akaun FB Sinar Harian itu mengguna pakai semua bahan berita Sinar Harian Online termasuk ‘cover page’ timeline FB melainkan mastheadnya yang ditambah dengan perkataan Online.
Kehadiran akaun palsu tersebut yang dicipta sesingkat 16 jam lalu juga telah ‘mencuri’ jumlah like di akaun rasmi Sinar Harian apabila ia mampu menarik 913 pengunjung (subscriber), sedangkan akaun rasmi mempunyai jauh lebih besar pengikutnya iaitu 787,000.
Sementara itu, akaun palsu kedua pula menggunakan nama Sinar Harian Official, namun kesahihan akaun itu diragui apabila maklumat akaun itu menunjukkan ia telah ditubuhkan pada 21 November 2012 dan pengendalinya yang bekerja di Bank Negara Malaysia yang kini menetap di Petaling Jaya serta berasal dari Melaka.
Sehubungan itu, pihak pengurusan Sinar Harian sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua 'admin' palsu tersebut.
Kepada pembaca setia Sinar Harian, diharap anda tidak terpedaya dengan akaun palsu tersebut, dapatkan maklumat rasmi dan sahih daripada akaun asal FB Sinar Harian.
Terima Kasih!
13 Februari 2014

Khalid Samad 'kecewa' Noh gagal sekolahkannya
MP Shah Alam Khalid Samad 'kecewa' Ahli
parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar gagal 'menyekolahkannya'
sewaktu berdebat dengan tajuk Kalimah Allah: Dari Sudut Perundangan
anjuran MobTV pada Isnin lalu.
Ini kerana, kata Khalid, Noh menyarankan supaya mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan negeri dan manakala soal perlembagaan negara diserahkan kepada mahkamah setelah beliau mengaku "tidak pakar" soal hukum Islam dan perlembagaan.
"Saya hairan dengan sikap beliau ini. Kalau Noh menganggap kita tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat?
"Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya?
"Maka kecewa teramatlah diri saya dalam soal ini kerana tidak bertambah ilmu saya walau sedikit pun setelah bermuzakarah lebih sejam bersamanya.
"Hanya yang terserlah adalah kecelaruan pemikiran yang biasa pada mana-mana pimpinan Umno/BN," tulis Khalid dalam blognya semalam.
Khalid turut menyindir Noh bahawa pengerusi Umno Selangor itu "tidak mampu menilai dan memberi pandangan" berhubung isu itu menyebabkan memilih jalan selamat dan tidak memberi sebarang komen terhadap hujah yang dikemukakan kepadanya.
"Ayat Quran yang mempunyai makna dan maksud yang jelas ditepis dengan sekadar menyatakan, “kamu bukan ulama. Kenapa kamu tidak menjadi anggota Dewan Ulama PAS?” dan sebagainya.
"Sekadar itu sahajalah kemampuan dirinya sambil menyerang peribadi saya berhubung tauliah saya yang tidak dilanjutkan dan tuduhan kertas putih terhadap saya semasa saya ditahan ISA," katanya.

12.2.14
Taib jadi ketua menteri sudahkan kebal...
Abang Ahmad Kardee Masagus
Saya membaca laporan berita yang dimuatkan di laman web Malaysiakini berkenaan dengan kedudukan “bakal bekas ketua menteri Sarawak” oleh Prof Abdul Aziz Bari.
Saya tidak bercadang untuk menolak pandangan Aziz dari sudut undang-undang. Saya sebagai seorang peguam bersetuju sepenuhnya dengan apa yang telah beliau katakan dalam laporan tersebut.
Cumanya saya ingin memberi sisi pandang yang berbeza dari sudut realiti, iaitu seolah-oleh dengan pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) atau Yang Di-Pertua Negeri merupakan lesen besar untuk menutup segala aduan kes rasuah, skandal atau salah guna kuasa oleh banyak pihak selama ini.
Sebagaimana kenyataan Pemuda PAS sebelum ini, yang mengambil contoh kes Tan Sri Khalil Yaakob (bekas menteri besar Pahang) bahawa beliau dilaporkan mempunyai tuduhan dan aduan rasuah sebelumnya namun segalanya lenyap sama sekali setelah beliau dilantik menjadi Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka.
Walaupun diakui terdapat peruntukan atau prosiding undang-undang di mahkamah, TYT boleh didakwa di mahkamah khas yang dibentuk bawah Artikel 182 Perlembagaan Persekutuan.
Namun sayang seribu kali sayang, praktikalnya tidak berlaku bila mana melibatkan pemimpin yang telah lama mentadbir sesebuah negeri.
Berbalik kepada cadangan pelantikan TYT yang melibatkan Pehin Seri Abdul Taib Mahmud, satu perkara yang harus kita sedari, ketika masih menjawat jawatan ketua menteri, beliau terlalu kebal untuk disiasat oleh agensi yang berkenaan.
Sehinggakan kita dimaklumkan bahawa terdapatnya peristiwa pegawai penyiasat SPRM gagal untuk melengkapkan laporan disebabkan oleh halangan untuk mendapatkan keterangan beliau.
Siasatan bakal jadi sejarah
Inikan pula, setelah dilantik menjadi TYT, satu jawatan yang cukup suci dan tertinggi di negeri Sarawak, sudah pasti kertas siasatan itu akan menjadi bahan sejarah di bilik fail agensi terbabit.
Justeru itu, pada pandangan saya, dalam soal pelantikan TYT Sarawak ini, Abdul Taib mestilah berjiwa besar dan menghormati peranan agensi-agensi kerajaan terbabit.
Berilah kerjasama dan bantuan yang baik demi membersihkan nama dan peribadi Pehin Seri sebagai seorang pemimpin yang disanjung tinggi oleh masyarakat di Sarawak.
Sebagai anak Sarawak, saya menyeru kepada Abdul Taib, jika benar segala tuduhan yang dilemparkan tidak berasas, sudilah kiranya Pehin Seri mengisytiharkan harta yang ada.
Jika tidak mampu untuk mengisytihar harta yang ada di luar negara, memadailah dengan harta yang ada di Sarawak sahaja.
Ayuh Pehin Seri, bantu kami anak muda Sarawak untuk menafikan wujudnya kisah dongeng seorang sultan atau rajah bernama Taib.
Kami percaya Pehin Sri mampu mengubahnya.
Nota: Mohon ihsan Pehin Sri sebelum berundur, kotakan Semangat "Sarawak untuk orang Sarawak" agar royalti minyak dinaikkan dari 5 peratus sekarang kepada 20 peratus.
Dengan hasil royalti ini sudah tentunya dapat menjana pembangunan yang lebih pesat kepada Sarawak demi kesejahteraan rakyat Sarawak.
ABANG AHMAD KARDEE ABANG MASAGUS pengerusi Jawatankuasa Pemuda PAS Anak Sarawak dan seorang peguam.

Mahkamah Persekutuan halang 13 mengakses dokumen SYABAS
Sambil menyifatkannya sebagai mundur ke belakang, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (kiri) berkata penghakiman itu akan menghadkan fungsi Enakmen Kebebasan Maklumat di Selangor.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 yang lain, telah menamakan menteri air, tenaga dan teknologi hijau dan SYABAS dalam permohonan itu, untuk mendapatkan akses kepada dokumen-dokumen yang diklasifikasikan rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi.
"Saya percaya ada sesuatu yang tidak kena dalam laporan audit itu. Bagaimanapun, kita tidak boleh mendapat akses kepada kedua-dua
dokumen tersebut," kata MP Klang, Charles Santiago (kiri), salah seorang daripada 13 perayu yang dianggap oleh mahkamah gagal dalam ujian 'locus standi' dalam menjadi sebahagian daripada permohonan itu.
Bagaimanapun, dalam penghakimannya hari ini yang disampaikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hasan Lah, MTUC akan dibenarkan akses kepada dokumen itu kerana ia telah membuat suatu permintaan formal secara bertulis kepada menteri berkenaan.
Hakim Hasan berkata, melihat konteks undang-undang dan fakta keseluruhan permohonan itu, terutama hakikat bahawa ini adalah satu tindakan undang-undang yang kepentingan awam, maka Mahkamah Persekutuan berpendapat MTUC telah menunjukkan bahawa ia mempunyai kepentingan sebenar dan tulen dalam kedua-dua dokumen itu, dan oleh itu, kongres itu terjejas oleh keputusan menteri.
9.2.14
menghina demokrasi
Pada
1997 umno/BN mengosongkan kerusi dun Permatang yang di sandang oleh
Jamaluddin Adnan untuk memberi laluan kepada Abu Hassan Omar menjadi MB
Selangor, Abu Hassan Omar juga mengosongkan kerusi parlimen Kuala
Selangor, Mengapa puak2 umno/BN Laknatullah, babi daging tidak kata
ianya menghina demokrasi dan membazirkan wang rakyat. Kepala Hotak kome
umno/BN HARAMJADAH, sah umno/BN memang anak haramjadah.
2.2.14
Ahmad: Isu seks Anwar jadi modal BN di Kajang
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi Kajang perlu diingatkan yang pembangkang menawarkan seorang calon dengan beban kes mahkamah yang masih belum selesai.
"Yang akan berlawan dengan kita ini ialah Anwar Ibrahim yang kes liwatnya belum selesai. Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.
"Jadi, dia tak boleh menghalang siapa-siapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah.
"Kes liwat dengan Saiful dan kes video itu. Jadi pengundi Kajang kena diberitahu tentang perkara ini dan tidak ada menyalahi apa-apa untuk kita bercerita tentang Anwar Ibrahim ini supaya pengundi Kajang memilih orang yang benar-benar sesuai menjadi ADUN mereka.
"Itu satu perkara yang saya sebut tadi dalam penjelasan untuk bercerita siapa sebenar Anwar Ibrahim," katanya di Kajang petang tadi.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat tertutup pilihan raya kecil DUN Kajang anjuran Umno bahagian Hulu Langat.
Rayuan kes liwat itu diketuai pendakwaraya Tan Sri Shafee Abdullah akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini , depan tiga orang hakim.
Lipat ganda usaha
Berkaitan isu video, Ahmad dipercayai merujuk video yang didedahkan oleh Trio Datuk 'T' pada 21 Mac 2011 dan dipertontonkan kepada wakil media di Hotel Carcosa Seri Negara.
Bagaimanapun Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata jentera pilihan raya Umno perlu melipatgandakan usaha bagi mendedah wajah sebenar ketua umum PKR itu supaya pengundi Kajang tidak tertipu seolah-olah kesnya itu sudah selesai.
"Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, ho, dia ini dah lepas.
"Tak betul, tak betul. Dia ini belum lepas. Dia belum lepas kes liwat, dia belum lepas hakim di Mahkamah Rayuan. Saya sebut ini tentang fakta. Adakah apa yang saya sebut ini tak betul?
"Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar, bahawa Anwar Ibrahim belum lepas lagi kes liwat dia di Mahkamah Rayuan," kata Ahmad.
Sementara itu, beliau yang juga timbalan menteri kewangan berkata data-data setakat ini menunjukkan BN berpeluang memenangi pilihan raya kecil Kajang.
"Saya menaja program (taklimat tertutup) ini untuk memberikan semangat kepada mereka dan menunjukkan data-data bahawa tak mustahil kita boleh menang di Kajang ini," katanya.
Kekosongan kerusi itu berlaku selepas penyandang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ - sekaligus mencetuskan spekulasi beliau bakal mengambil alih tugas menteri besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim
Video CNY Teresa Kok cetus kontroversi
Dalam video yang dimuatnaik di laman web beliau Isnin lalu, Kok memainkan watak sebagai hos dalam acara bual bicara dengan menemuramah panel pakar tentang apa yang diharapkan dalam Tahun Kuda.
Mereka yang melakonkan pakar itu ialah - Brother Wai, lelaki mudah tersentuh dan mengalirkan air mata; Puan Jit, wanita gemuk berambut besar yang suka barang kemas dan beg tangan, dan Cik Yan Yan, pakar dalam pelancongan dan Feng Shui.
Antara lain, merujuk kepada cincin berlian, beg tangan berjenama dan hartanah di New York dan juga beberapa bahan berita lain yang berkaitan pelancongan dan pendidikan vernakular.
Walaupun tidak secara langsung, penonton video 'Onederful Malaysia CNY 2014' Kok mungkin mengaitkan ini kepada kegemaran Rosmah membeli barangan mewah dan pembelian pangsapuri oleh Riza Shahriz Abdul Aziz di New York bernilai RM100 juta.
28.1.14
'Selesai isu S'gor dulu sebelum konsensus'
PKR patut menyelesaikan terlebih dahulu
isu-isu di Selangor sebelum mengutarakan tawaran konsensus nasional
kerana ketegangan antara lain berpunca daripada isu rampasan Bible di
negeri itu masih belum diselesaikan, kata Pemuda Umno.
"Selesai isu ini baru boleh berbincang... Ketegangan berpunca daripada kerajaan Selangor. Isu yang timbul selepas JAIS gagal menjelaskan perkara itu.
"Itu
yang menyebabkan ketegangan. Selesai itu dahulu, baru boleh selesai
dengan kerajaan pusat," kata ketuanya Khairy Jamaluddin selepas
mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas pelawaan konsensus nasional Anwar susulan beberapa insiden melibatkan kaum dan agama bagi mengelak ketegangan dan dikhuatiri menggugat keamanan negara.
Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ketegangan kaum disebabkan kepimpinan yang lemah, Khairy menepis kenyataan bekas perdana menteri itu.
"Tindakan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) yang tidak dapat dijelaskan oleh kerajaan Selangor, bukan kelemahan kepimpinan pusat, tapi Selangor," katanya.
"Selesai isu ini baru boleh berbincang... Ketegangan berpunca daripada kerajaan Selangor. Isu yang timbul selepas JAIS gagal menjelaskan perkara itu.
Beliau mengulas pelawaan konsensus nasional Anwar susulan beberapa insiden melibatkan kaum dan agama bagi mengelak ketegangan dan dikhuatiri menggugat keamanan negara.
Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ketegangan kaum disebabkan kepimpinan yang lemah, Khairy menepis kenyataan bekas perdana menteri itu.
"Tindakan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) yang tidak dapat dijelaskan oleh kerajaan Selangor, bukan kelemahan kepimpinan pusat, tapi Selangor," katanya.
'Soal Anwar jadi PM, itu ketentuan Tuhan'
Profesor Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid
berkata soal Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menjadi
perdana menteri bergantung kepada ketentuan Tuhan.
Menurutnya tokoh akademik itu berkata seingatnya, Anwar seorang yang giat dan mempunyai niat untuk menjadi seorang pemimpin sewaktu beliau menuntut di Universiti Malaya (UM).
"Sekarang
dia sudah jadi pemimpin, sama ada suka atau tidak. Soal dia layak atau
tidak nak jadi perdana menteri, itu ketentuan Tuhan.
"Nasib manusia kita tak tahu, nasib kita bukan di tangan manusia. Ketika zaman pelajar, perangai dia macam pelajar lain. Bila masuk arena politik, perangai dia macam orang lain, pernah jadi menteri kewangan.
"Kemahuan dan kemampuannya yang menentukan sampai bila dia boleh bertahan. Pengalaman berapa lama dia ditahan, berapa lama duduk dalam kem tahanan, itu masalah dia.
"Tetapi bukan dia saja, sama juga kes seperti Syed Hussin (Ali), semua itu pelajar saya," kata Ungku Aziz seperti dilapor Berita Minggu hari ini.
Ungku Aziz berkata demikian bagi menjawab perbandingan watak Anwar sewaktu tokoh akademik yang mesra dipanggil 'Pak Ungku' itu menjadi naib canselor UM dan ketika ini.
Menurutnya tokoh akademik itu berkata seingatnya, Anwar seorang yang giat dan mempunyai niat untuk menjadi seorang pemimpin sewaktu beliau menuntut di Universiti Malaya (UM).
"Nasib manusia kita tak tahu, nasib kita bukan di tangan manusia. Ketika zaman pelajar, perangai dia macam pelajar lain. Bila masuk arena politik, perangai dia macam orang lain, pernah jadi menteri kewangan.
"Kemahuan dan kemampuannya yang menentukan sampai bila dia boleh bertahan. Pengalaman berapa lama dia ditahan, berapa lama duduk dalam kem tahanan, itu masalah dia.
"Tetapi bukan dia saja, sama juga kes seperti Syed Hussin (Ali), semua itu pelajar saya," kata Ungku Aziz seperti dilapor Berita Minggu hari ini.
Ungku Aziz berkata demikian bagi menjawab perbandingan watak Anwar sewaktu tokoh akademik yang mesra dipanggil 'Pak Ungku' itu menjadi naib canselor UM dan ketika ini.
MP selar polis nafi dera kontraktor
Gooi mempersoalkan bagaimana polis membuat kesimpulan bahawa Zul Hilmi Abdul Rahman tidak dipukul ketika ditahan pada 12 Disember, dengan secepat kilat.
Lelaki 32 tahun itu didakwa dipukul pada kaki, buah zakar dan bahu menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada 23 Disember.
Ditemui di rumahnya di Alor Setar pada Rabu, Zul Hilmi berkata, beliau tidak lagi dapat bekerja atau hidup seperti biasa, malah mungkin tidak dapat memiliki zuriat.
Ketua polis daerah Kubang Pasu cif superintenden Ibrahim Mohd Yusoff dilaporkan berkata, laporan pemeriksaan perubatan menunjukkan tiada tanda-tanda pukulan pada tubuh Zul Hilmi.
Gerakan Anwar kejutkan PKR, Pakatan
Edmund Bon: Kajang voters should punish #PKR by voting any candidate but PKR's.
Wan Saiful Wan Jan: Stupid excuse "@KEADILAN: Kenyataan media CC Lee, mantan ADUN Kajang yang telah letak jawatan petang tadi (semalam).
Pengumuman pengunduran wakil rakyat Kajang semalam menggemparkan banyak pihak, termasuk pemimpin kanan dalam PKR, dan menjadikan mereka semua sangat serba salah.
Gerakan yang mendadak ini dipercayai datang daripada beberapa pihak yang dekat dengan Ketua Umum Anwar Ibrahim sendiri, bukan kumpulan Timbalan Presiden Azmin Ali.
Kumpulan Azmin sendiri, yang digambarkan sangat ghairah ingin mengambil tampuk kekuasaan di Selangor, dikhabarkan terperanjat dengan gerakan mengejut semalam.
Tindakan ini bertujuan "menyelesaikan" persaingan antara PKR Selangor, yang diketuai Azmin, dengan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.
Walaupun PKR negeri masih utuh di belakang Azmin, mereka tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengelak pengumuman pengunduran CC Lee, bekas pemimpin Gerakan yang dikaitkan dengan Azmin.
Difahamkan, keputusan itu belum mendapat persetujuan PKR Selangor yang masih berusaha untuk menentukan perjalanan parti dalam krisis terbaru ini.
PKR negeri dikatakan mengambil strategi berbeza untuk menangani kemelut ini -- strategi akibat tidak menduga langkah mendadak pasukan Anwar.
DAP, PAS tunggu & lihat
Gerakan mengejut pasukan Anwar, disertai beberapa pemimpin kanan dan muda PKR termasuk Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, dapat dijayakan susulan pertemuan ketua pembangkang itu dengan Khalid pada hujung minggu dan Lee semalam.
Pasukan Anwar juga cuba memberikan gambaran kepada beberapa pemimpin PKR bahawa proses biasa parti tidak sesuai untuk gerakan ini.
Malah, lebih elok jika diuruskan oleh pasukan kecil mereka. Sama ada pasukan ini berjaya dalam misinya akan dapat dinilai mulai hari ini.
Jika pasukan Azmin terkejut dengan gerakan pantas kumpulan Anwar, rakan-rakan Pakatan Rakyat juga belum tentu bersetuju dengan percubaan PKR itu.
Yakni, percubaan untuk mengundurkan Khalid dengan menggantikan calon baru (bukan Azmin) melalui satu pilihan raya kecil DUN Kajang.
Akibat tiada sokongan awal DAP dan PAS sebelum peletakan jawatan Lee, dua parti ini tidak menyatakan sokongan segera semalam selepas pengunduran Lee.
Kedua-dua parti masih mengambil sikap "tunggu dan lihat" tindakan lanjut PKR.
Sikap ini diambil dipercayai akibat pemimpin-pemimpin kanan mereka tidak dirujuk lebih awal oleh PKR.
Mereka dikatakan tidak selesa dengan gerakan pasukan Anwar yang tidak merundingi mereka sebelum keputusan besar itu.
Persetujuan malam tadi
Sekiranya dua rakan Pakatan menyatakan sokongan pada gerakan menggemparkan Anwar ini, persetujuan ini baru dicapai malam tadi atau pagi ini.
Pasukan Anwar dikatakan giat menyusun strategi malam tadi untuk mendapatkan sokongan bulat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
(Setakat artikel ini ditulis, sikap kedua-dua parti itu terhadap projek Anwar ini masih belum jelas)
Sementara itu, pagi ini, pasukan Anwar dijadual mengadakan beberapa siri pertemuan saat akhir, termasuk dengan Khalid dan Azmin, sebelum pengumuman rasmi yang dijadualkan jam 11 pagi.
Pengumuman ini dijangka menyentuh rancangan pengunduran Khalid dalam tempoh sebulan dua ini.
Ia juga akan menjawab teka-teki siapakah calon DUN Kajang -- yang disebut-sebut mahu diangkat sebagai menteri besar baru -- sama ada Anwar sendiri atau seorang tokoh lain.
Namun, semua ini tergantung sejauh mana Khalid bersetuju dengan pelan permainan pasukan Anwar dan bagaimana pula sikap Azmin dalam rencana Anwar yang menggemparkan ini.
Setakat malam tadi, sikap tokoh nombor dua dalam PKR masih belum jelas -- sama ada bersama pasukan Anwar atau mengambil jalan lain.
Gerakan Azmin selanjutnya bergantung pada siri pertemuan pagi ini dan pengumuman penting selepasnya.
Jika Khalid degil...
Khalid sendiri belum menunjukkan sikap yang jelas, sama ada mahu mengikut sahaja arahan ketua umum atau membantah.
Sikap ini dapat dilihat jika beliau sendiri hadir di mesyuarat pagi ini dan menyuarakan isi hatinya.
Jadi, sidang media Anwar berhubung isu-isu Selangor pagi ini akan mendedahkan sedikit bagaimana pintar (atau, tidak) pasukan Anwar.
Pasukan Anwar ini, nanti, akan menentukan kepintaran mereka sama ada berjaya mengatasi kemelut di Selangor atau menambahkan lagi kerumitan sedia ada.
Langkah bijak atau langkah dungu akan terlihat mulai hari ini, menjelang pilihan raya kecil DUN Kajang dan juga dukungan istana.
Proses panjang ini, seperti diingatkan Khalid semalam, tidak mudah tanpa konsensus Pakatan dan restu istana.
Tugas ini tentunya lebih rumit daripada meyakinkan peguam Edmund Bon dan Wan Saiful Wan Jan, ketua kumpulan pemikir IDEAS.
Malah, apabila diketahui Anwar akan mengadakan sidang media berhubung isu-isu Selangor, Wan Saiful dengan sinis mengtuit: I thought Azmin heads PKR Selangor?
Jika Pakatan dan istana di belakang pasukan Anwar, apa akan jadi jika Khalid berdegil?
Katakanlah Khalid pula tidak berdegil, apa pula kata istana - baginda perkenan?
FATHI ARIS OMAR bertugas sebagai seorang editor kanan di Malaysiakini.

MB: Anwar sah tanding kerusi DUN Kajang
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya,
Lee Chin Chen dari PKR meletakkan jawatan semalam, umum Menteri Besar
Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Parti
Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang akan bertanding (di) Kajang," kata Khalid dalam sidang
media di ibu pejabat PKR pagi ini.
Antara pemimpin yang hadir dalam sidang media itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan mewakili DAP dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Sementara itu, Anwar - yang duduk di sisi Khalid - berkata keputusan bersama pimpinan Pakatan Rakyat itu dibuat bagi memastikan "Selangor terus menjadi asas kukuh buat Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya".
Pengumuman
itu menguatkan lagi desas-desus Anwar akan mengambil alih jawatan
menteri besar daripada Khalid bagi menyelesaikan pertelingkahan antara
Khalid dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di negeri itu.
Ditanya tentang perkara tersebut, Anwar berkata "ia hanya spekulasi" dan beliau mahu menumpukan perhatian kepada pilihan raya kecil akan datang.
"Kita minta Tan Sri Khalid teruskan kerja-kerja dia sementara kita tunggu pilihan raya kecil Kajang," katanya.
Anwar turut ditanya tentang kemungkinan pilihan raya kecil ini mewujudkan persepsi yang beban untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR kini diletakkan kepada pengundi Kajang.
Gesa BN tak tanding
Jelasnya,
persepsi itu tidak berbangkit sebaliknya pilihan raya kecil nanti
merupakan peluang untuk Pakatan Rakyat meningkatkan khidmatnya kepada
rakyat.
"Dia tak berbangkit isu itu kerana kita nak guna (pilihan raya ini) untuk lonjakkan prestasi khidmat kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Anwar juga menggesa BN agar tidak meletakkan calon memandangkan kerusi itu disandang PKR dan bagi mengelakkan pengundi keluar mengundi dua kali.
"Kalau boleh, kawasan (ini sudah) dimenangi oleh PKR, Pakatan, (jadi) bagi laluan, tak payah ada pertandingan," kata Anwar ketika ditanya kemungkinan ia membebankan pengundi.
Sementara itu, Bernama melaporkan Salahuddin berkata PAS akan memberi sepenuh sokongan kepada calon yang diketengahkan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pakatan rakyat.
Mohamad Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon menteri besar yang baru ketika ditemui selepas itu hanya memberi reaksi ringkas berhubung pemilihan Anwar sebagai calon.
"Keputusan dah dibuat...saya hanya akan buat kenyataan selepas mesyuarat dengan pimpinan PKR negeri ini," katanya.
Antara pemimpin yang hadir dalam sidang media itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan mewakili DAP dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Sementara itu, Anwar - yang duduk di sisi Khalid - berkata keputusan bersama pimpinan Pakatan Rakyat itu dibuat bagi memastikan "Selangor terus menjadi asas kukuh buat Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya".
Ditanya tentang perkara tersebut, Anwar berkata "ia hanya spekulasi" dan beliau mahu menumpukan perhatian kepada pilihan raya kecil akan datang.
"Kita minta Tan Sri Khalid teruskan kerja-kerja dia sementara kita tunggu pilihan raya kecil Kajang," katanya.
Anwar turut ditanya tentang kemungkinan pilihan raya kecil ini mewujudkan persepsi yang beban untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR kini diletakkan kepada pengundi Kajang.
Gesa BN tak tanding
"Dia tak berbangkit isu itu kerana kita nak guna (pilihan raya ini) untuk lonjakkan prestasi khidmat kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Anwar juga menggesa BN agar tidak meletakkan calon memandangkan kerusi itu disandang PKR dan bagi mengelakkan pengundi keluar mengundi dua kali.
"Kalau boleh, kawasan (ini sudah) dimenangi oleh PKR, Pakatan, (jadi) bagi laluan, tak payah ada pertandingan," kata Anwar ketika ditanya kemungkinan ia membebankan pengundi.
Sementara itu, Bernama melaporkan Salahuddin berkata PAS akan memberi sepenuh sokongan kepada calon yang diketengahkan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pakatan rakyat.
Mohamad Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon menteri besar yang baru ketika ditemui selepas itu hanya memberi reaksi ringkas berhubung pemilihan Anwar sebagai calon.
"Keputusan dah dibuat...saya hanya akan buat kenyataan selepas mesyuarat dengan pimpinan PKR negeri ini," katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)