|
Kes perbicaraan hari kedua kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tertumpu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansar di ibu negara, lokasi bekas timbalan perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan tersebut.
Rombongan hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi.
Anwar yang turut berada di lokasi tidak naik ke kondominium itu, sebaliknya berada dalam kenderaan Mazda MPV hitam.
Sebelum itu, perbicaraan pagi tadi diadakan secara tertutup. Wartawan tidak dibenarkan mengikuti perbicaraan itu.
Peguam utama Anwar, Karpal Singh, semalam memohon agar keterangan Saiful didengar secara tertutup kerana saksi itu telah menceritakan apa yang berlaku di kondiminium berkenaan semasa disoal semalam.
Dalam keterangannya itu, Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa Anwar mahu mengadakan hubungan seks dengannya apabila dia pergi ke kondominium itu untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Kemaskini laporan dari Mahkamah Tinggi:
4.00pm: Saiful berkata pada jam 1.00 petang, 28 Jun 28, 2008, dengan ditemani oleh bapa saudaranya Tuah Mohd Halim, mereka ke Hospital Tawakal. Bagaimanapun dia gagal mendapat rawatan kerana hospital itu beroperasi separuh hari.
Berikutan itu, dia pergi ke sebuah lagi hospital swasta, Hospital Pusrawi dan dirawat oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid.
3.40pm: Komputer yang menayangkan rakaman visual CCTV di tempak letak kereta kondominium dipegunkan. Hakim mengarahkan Anwar keluar dari kandang bersalah dan menghampiri skrin kerana tertuduh tidak dapat melihat dengan jelas. 3.35pm: Mahkamah mempertontonkan rakaman CCTV Saiful di kondominium. 3.30pm: Hakim Mohd Zabidin memutusakan tiada tindakan menghina mahkamah kerana ia perlu dibuktikan melalui siasatan terperinci. Katanya, pihak pembelaan perlu membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia jika berpendapat laporan berkenaan menghina mahkamah. 3.10pm: Selepas permohonan daripada pihak pembelaan, hakim Mohd Zabidi berkata perkataan 'lagi' yang digunakan oleh Utusan Malaysia agak 'nakal'. Mahkamah berehat sebentar bagi membolehkan hakim membuat keputusan samada tindakan menghina mahkamah dilakukan atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan