Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com
Memaparkan catatan dengan label Tragis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tragis. Papar semua catatan

1.3.14

Tubuh bayi melecur akibat alahan ubat

Seorang bayi berusia lapan bulan terpaksa menanggung kesakitan apabila badannya melecur selepas mengalami alahan terhadap ubat diberi sebuah klinik swasta di Alor Setar.
  
Bapa bayi, Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, berkata badan anaknya Muhammad Nasrullah mula melecur dan bertukar kehitaman selepas beberapa hari menggunakan ubat makan dan sapu diberikan klinik berkenaan ketika mendapatkan rawatan bagi ruam dihidapi anaknya pada 16 Februari.
  
"Dua hari kemudian, badan anak saya membengkak dan bertompok kemerah-merahan...selepas melihat keadaan semakin teruk, saya bawa dia ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 25 Februari untuk diperiksa," katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Stadium di sini petang semalam.
  
Khairul Nizam berkata doktor pakar HSB mengesahkan anaknya mengalami alahan serius terhadap ubat-ubatan yang diterima dan telah dimasukkan ke wad selama tiga hari untuk rawatan.
  
"Saya telah diminta untuk membawa semua ubat yang diterima oleh doktor di HSB untuk diuji dan saya kemudiannya diberitahu bahawa anak saya mengalami penyakit alahan dan tidak boleh diberikan sebarang ubat," katanya.
  
Khairul Nizam berkata dia telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bagi membolehkan siasatan dibuat.
  
"Saya bukan nak menyaman klinik atau doktor yang merawat anak saya tetapi saya hanya ingin pihak polis menjalankan siasatan bagi membolehkan nasib anak sulung saya terbela," katanya.
  
Ibu bayi, Nur Shazira Mohd Salleh, 23, berkata dia sangat sedih dengan kejadian yang berlaku dan berharap akan pulih dengan cepat kerana badan anaknya masih mengelupas dan sentiasa menangis kesakitan.
  
- Bernama

12.2.14

Polis ambil keterangan ibu pelajar maut minum ubat

 9 Februari 2014

KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil keterangan ibu pelajar yang maut selepas meminum sebotol ubat di rumahnya di Seksyen 6, Bandar Rinching, Semenyih, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata keterangan akan diambil dalam masa terdekat sebaik sahaja upacara penyempurnaan mayat
mangsa di kampung halamannya di Seremban, selesai dilakukan.

"Keterangan ibu mangsa penting bagi membolehkan kita menyiasat kesahihan dakwaan dia (mangsa) tertekan akibat sering dibuli di sekolahnya," kata Abdul Rashid yang dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Rashid berkata jika dakwaan itu didapati sahih pihaknya juga tidak akan teragak-agak mengambil keterangan daripada pihak lain termasuklah pengetua sekolah mangsa.

Pelajar terbabit, T.Kavinraj, 13, mati ketika menerima rawatan di sebuah klinik selepas meminum ubat yang disimpan di dalam rumahnya.

Ibunya, B. Thanamalar, 43, berkata anaknya merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah, bagaimanapun sejak mula mendaftar sebagai pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Rinching Januari lepas, dia sering mengadu dibuli rakan-rakan. - Bernama

4.10.13

Jangan cakap lagi tentang kehilangan senjata polis!



VIDEO | 5.18 mins
dikemaskini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempertahankan integriti pasukan polis dan mengatakan bahawa kehilangan senjata polis bukan disebabkan oleh pecah amanah, penyelewangan atau unsur rasuah.

Sebaliknya, kata beliau, kehilangan itu antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan.

Beliau kemudian melarang perbincangan lanjut mengenai perkara itu dan berkata "tiada lagi" soalan dari Malaysiakini.

Ditanya mengenai senjata RM1.3 juta senjata polis yang hilang seperti yang dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, Zahid berkata beliau positif bahawa tiada motif tidak baik dikaitkan dengan kehilangan tersebut.

ahmad zahid warn malaysiakini 041013"Mengenai laporan audit tentang kehilangan 1.3 juta senjata di PDRM, saya tahu kehilangan itu bukan disebabkan  oleh pecah amanah, bukan disebabkan penyelewangan, bukan disebabkan unsur rasuah.

"Kehilangan antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan," katanya kepada pemberita.

Zahid berkata beliau telah membuat susulan terhadap laporan audit itu dengan meminta ketua polis negara menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan mengenakan surcaj ke atas anggota yang terlibat.

Beliau berharap laporan audit tahun depan tidak akan mengandungi laporan seperti kehilangan senjata kerana beliau tidak mahu "imej polis tercemar oleh laporan Ketua Audit Negara".

Katanya, kini semakin ramai yang mempercayai pihak polis, sambil menambah bahawa pasukan itu telah memperlihatkan integriti yang tinggi.

Zahid memberi amaran kepada Malaysiakini supaya melaporkan dengan tepat apa yang dicakapkannya.
"Malaysiakini, you tulis itu macam ar, betul-betul ah, jangan tulis lain...," tegasnya.

Beliau juga meminta Malaysiakini supaya tidak lagi bertanya sebarang soalan susulan mengenai kehilangan senjata itu.

"You pun tulis tak betul. Tak mau layanlah Malaysiakini. You tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN, patut you tak payah datang sinilah, malulah datang," katanya lagi.

RangBul@n: 

Sebenarnya banyak lagi kehilangan harta kerajaan tak diuar-uar di media massa; cer sesekali paparkan berapa pula jumlah peralatan penyelidkan hilang di IPTA negara kita; huh lagi banyak lagi amat membazir. Sebenarnya bukan hilang tetapi ada komplot golongan elit yang tak jujur untuk kepentingan diri terus berlaku. Perkara ini kerajaan perlu amat membuat siasatan.

RangBul@n lama berkhidmat di sektor awam & perkara kehilangan ini amat naif pun dirahsiakan oleh Pentadbiran di IPTA sana. Sebab itu RangBul@n amat tak setuju ujudnya Universiti Penyelidikan. Cukuplah telah ujud terlalu banyak agensi/instituit/jabatan/organisasi penyelidikan di negara kita. Peralatan penyelidikan ini sering dianggap barangan lupus yang amat membazir. Amat sukar mahu kita kesan atas alasan ianya penyelidikan memang perlukan percubaan rambang.

2.10.13

'Dilema' pengurusan projek empangan Bakun


 
Apabila kontraktor memohon pampasan dan lanjutan masa untuk menyiapkan Empangan Bakun di Sarawak yang bernilai RM17 bilion, pengurus projek tidak dapat menolaknya, kata Laporan Audit Negara 2012.

Ekoran itu, Kementerian Kewangan bersetuju untuk membayar RM431.59 juta kepada dua kontraktor utama Alstom daripada Perancis dan Impsa (Argentina) - untuk kerja elektro-mekanikal sebagai pampasan kerana kelewatan kerja sivil.

Tuntuan asal mereka sebanyak RM1.02 billion.

Kementerian telah membayar kepada syarikat berkenaan sebanyak RM375 juta pada Disember lalu, kata laporan audit itu lagi.

Laporan itu menyebut bahawa Alstom dan Impsa masing-masing menerima kontrak bernilai RM450-460 juta untuk kerja utama elektro-mekanikal. Kontrak ini sekarang masing-masing bernilai RM615 dan RM769 juta.

1.10.13

Makanan lebih tarikh luput ditemui di stor TLDM


6:09PM Okt 1 2013  
Bekalan makanan kering untuk Tentera Laut Diraja Malaysia yang tamat tempoh selama hampir setahun didapati masih disimpan di stor pasukan berkenaan sehinggalah dikesan oleh Jabatan Audit Negara.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 menyebut, rangsum itu termasuk kiub pati ayam dan cuka, yang tamat tempoh pada September 2011 tetapi masih disimpan di stor tersebut pada Julai 2012.

NONEMenurut laporan itu, bekalan itu juga disimpan dengan tidak baik dan berisiko menyebabkan keracunan makanan kepada anggota tentera laut.

“Kebersihan rangsum di Wisma Samudera terjejas kerana terdapat serangga perosak di dalam bungkusan agar-agar dan serbuk kari yang  boleh mengakibatkan keracunan makanan.

“Manakala di KD Sultan Badlishah, bungkusan agar-agar dan mihun terbuka serta terdedah kepada serangga perosak sekali gus menjejaskan kualiti rangsum tersebut.

NONE“Selepas teguran Audit, tindakan serta merta telah diambil seperti menyusun, mengemas dan membersihkan stor pengguna tersebut,” laporan itu dipetik.

Makanan yang tamat tempoh itu juga dilupuskan selepas audit dijalankan tahun lalu, menurut laporan itu lagi.

Dalam laporan tersebut, Jabatan Audit menasihatkan Kementerian Pertahanan agar memastikan rangsum yang dipesan bagi TLDM itu ditanda dengan baik bagi memastikan tarikh luputnya masih dapat dibaca.

Ia juga menyatakan, kementerian menandatangani kontrak dengan nilai lebih besar daripada yang diperlukan dalam bekalannya.

2.9.13

Zam: Akhbar MCA jiwai semangat DAP

2:58PM Sep 2 2013  
Bekas menteri kabinet Zainuddin Maidin berkata, tindakan The Star melaporkan tentang kurangnya sambutan terhadap filem Tanda Putera menunjukkan harian berbahasa Inggeris itu menjiwai "fahaman dan semangat" DAP.

NONE"Mungkin The Star mahu merendahkan filem ini untuk membuktikan bahawa pengharaman yang dianjurkan oleh Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Guan Eng terhadap Tanda Putera telah berjaya," katanya.

Pada masa yang sama, katanya, ketika ketika media perdana lainnya membesarkan patriotisme sambutan merdeka di muka depan, The Star, akhbar milik MCA itu sebaliknya membesarkan cerita lain.

Dalam versi Pulau Pinang, umpamanya, tambah Zainuddin - bekas pengarang Kumpulan Utusan itu - melaporkan tentang penerusan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang.

"Biarlah adanya monkey (monyet), kera, monyet atau beruk yang suka merosakkan bunga-bunga yang berkembang, biarlah makhluk perosak senang dikenali oleh masyarakat yang cintakan kedamaian dan keindahan...," katanya berkias.

Dilapor tak sampai separuh panggung
The Star dalam semalam melaporkan, tidak ramai yang menonton Tanda Putera dalam persembahan di rangkaian panggung wayang Golden Screen Cinema (GSC) di Pavilion, Kuala Lumpur.

Memetik juruwang pawagam, harian itu melaporkan filem arahan Shuhaimi Baba tidak begitu popular dan hanya 48 daripada 274 kerusi yang disediakan untuk tayangan pada 2.15 petang, terjual.

NONEPetugas GSC itu juga dilapor berkata, jumlah itu tidak sampai separuh daripada kerusi yang disediakan dan keadaannya sama sejak hari pertama dimainkan.

Dalam tulisannya di blog Zam Kata hari ini, Zainuddin berkata, isu kos besar dan kurang sambutan tidak harus menjadi masalah kerana ia bertujuan menyuburkan patriotisme - sesuatu yang lebih bernilai daripada wang.

"Bagaimanapun harus diingatkan bahawa mereka yang menonton filem ini adalah orang-orang terpilih dalam masyarakat, penonton yang berkualiti sekalipun kecil, orang-orang yang mengambil berat untuk memahami dan menilai sejarah negara.

"Di antara mereka inilah yang akan muncul sebagai pemimpin-pemimpin kecil dan besar di masa depan," katanya lagi.
  • Pyanhabib Rahman · Pengulas Tertinggi
    GUA suka ayat ini, kira-kira macam ayat banganglah:

    - Bagaimanapun harus diingatkan bahawa mereka yang menonton filem ini adalah orang-orang terpilih dalam masyarakat, penonton yang berkualiti sekalipun kecil, orang-orang yang mengambil berat untuk memahami dan menilai sejarah negara.

    - Di antara mereka inilah yang akan muncul sebagai pemimpin-pemimpin kecil dan besar di masa depan.

    * Sendal lutut:

    Kebetulan gua baharu lepas menonton filem yang dimaksudkan dalam panggung yang tersergam bersama 12 penonton lain, gua rasa gua termasuk `orang-orang yang terpilih dalam masyarakat' lah gamaknya - gua tidak tahu apa status seorang penonton yang masuk lewat selepas lebih setengah rol filem berputar - Apa pun, gua tidak ada harapan langsung untuk `... muncul sebagai pemimpin-pemimpin kecil dan besar di masa depan' hanya selepas menonton filem ini. Keh keh keh!

Anwar: Belanja boros, bebankan rakyat


9:16PM Sep 2 2013  
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kerajaan menaikkan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20sen, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

anwar ibrahim and the petrol price hike"Belanja boros bebankan rakyat!" begitu reaksi ringkas dan segera Anwar (kiri) di akaun Twitternya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi seorang pengguna @Abd_Rhmn22 kepadanya berhubung langkah terbaru kerajaan itu.

Individu itu menulis kepada Anwar: "Minyak naik- tarikh DS (kena) pecat 15 tahun lalu. Semua salah DS ;p"

Anwar dipecat daripada kerajaan pada 2 September 1998, sama seperti tarikh pengumuman kenaikkan harga minyak hari ini.

Sementara itu, Anwar juga menyindir Putrajaya dengan berkata: "Negara eksport minyak; hasil tinggi!"

Diesel, RON95 naik 20 sen

 
6:42PM Sep 2 2013
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.

Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

fuel hike chart 020913Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,

Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

Ini kenaikan pertama sejak kenaikkan sama pada Disember 2010.
Sementara itu, Bernama melaporkan pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga menteri kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

NONEBagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.
Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali.

Jimat RM1.1 bilion tahun ini
Perdana Menteri berkata melalui dasar rasionalisasi subsidi bahan api ini yang akan bermula esok, kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada tahun ini.

"Bagi tahun sepenuhnya, kita menjangka kira-kira RM3.3 bilion, tetapi tahun ini kerana kita akan bermula esok pagi, jumlah itu kira-kira RM1.1 bilion, kata beliau.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata untuk menangani lebihan akaun semasa yang berkurangan, pelaksanaan projek-projek sektor awam akan dipertimbangkan dengan teliti.

NONE"Projek-projek yang mempunyai kandungan import yang rendah akan diberi keutamaan dan kesan pengganda yang tinggi akan diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terjejas.

"Manakala, pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada imbangan pembayaran," kata beliau.

Bagaimanapun, jelas Najib projek Mass Rapid Transit Jajaran 1, 2 dan 3 akan diteruskan seperti dirancang dan Projek Rel Kelajuan Tingi Koridor Selatan pula masih dalam proses rundingan.

"Kita akan meneliti mana satu projek yang akan dijadualkan semula dan mana projek yang akan diteruskan," tambahnya.

Menurut Perdana Menteri dalam jangka sederhana dan panjang, kerajaan akan mengkaji kaedah untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan mempelbagaikan lagi pasaran eksport negara.

"Pelancongan, sumber terimaan luar yang besar akan diberi tumpuan selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2014," kata beliau.

Najib berkata Jawantankuasa Dasar Fiskal (FPC) telah menekankan bahawa komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan 3.0 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020.

"Melalui penilaian FPC, persekitaran luar didapati semakin mencabar," kata beliau dan menambah bahawa lebihan akaun semasa imbangan pembayaran yang sederhana di samping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi.

Oleh itu, langkah mengukuhkan kedudukan fiskal adalah penting untuk mengekalkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat dan pelabur, kata Perdana Menteri.

"Pada masa ini, subsidi dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, termasuklah dalam kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dan rakyat asing.

"Oleh itu, kita perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas," kata beliau.

'Inflasi masih rendah'
Menjawab mengenai kemungkinan kenaikan inflasi selepas kenaikan harga bahan api tersebut, Najib berkata inflasi pada masa ini masih rendah dan dijangkakan kesan itu tidak akan memudaratkan rakyat.

"Mungkin peningkatannya tidak begitu tinggi," kata beliau.

Semasa ditanya mengenai cukai barangan dan perkhidmatan, beliau berkata: "Apa sahaja berkaitan GST akan diumumkan dalam ucapan belanjawan."

Menyentuh mengenai ringgit, beliau berkata ringgit mendapat kesan ekonomi luar dan di luar kawalan negara.

"Bank Negara menyedari akan hal ini dan tidak memberi kita tekanan yang tidak wajar pada masa ini tetapi kita percaya apa yang penting ialah untuk mengukuhkan asas ekonomi," kata beliau.


  • Mohd Syahmie · Runner di Murah Autopart
    syukur.. saya sayang PM saya.. PM saya tahu gaji saya sebulan RM15K.. Setakat naik 20 sen tu x jejas lagi perbelanjaan saya.. Saya berjanji akan menyokong sehingga saya bankrap ahahhahaaa


PM: Kenaikan harga minyak proses pengukuhan ekonomi



Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik.

fuel hike chart 020913Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020, kata beliau.

"Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat," kata Perdana Menteri dalam persidangan media di bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata demikian sebagai merujuk kepada kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter yang diumumkannya, berkuat kuasa tengah malam ini.

Menjawab soalan, Najib berkata proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan, namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kesannya tidak membebankan.

"Kita nak tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial, seperti yang saya katakan tadi, termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M," kata Najib.

Beliau berkata kerajaan berusaha agar kesan kenaikan itu tidak membebankan rakyat, dan menurutnya jumlah kenaikan kadar BR1M akan diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2014 nanti.

Najib berkata kenaikan harga bahan api itu akan memberi kesan minimum dan seterusnya beliau berharap agar para peniaga tidak mengambil peluang ini untuk menaikkan harga barang tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

-Bernama


Zamri Mohd · Pengulas Tertinggi · Politeknik ungku omar
Pengukuhan ekonomi boleh dibuat dengan hapuskan rasuah, pembaziran dan penyelewengan oleh kerajaan, bukannya dengan sedut duit rakyat

海神 · Kuala Lumpur, Malaysia
harga minyak naik, kos pengangkutan naik. Ini akan akibat semua barang naik. Begitu juga harga elekrik. Harga minyak naik, bil elektrik naik, akhirnya semua kilang yang pakai elektrik akan naik harga barang. Akhirnay semua barang naik!!!
 

  • Nusantara Raya · Pengulas Tertinggi
    Amran Pekida bukan kah Kelantan itu dalam malaysia. Miskin kelantan bermakna malaysia miskin !! bila pelancong datang dia tak lihat negeri apa yang dia tahu Kelantan dalam Malaysia. Kelantan miskin kerana malaysia !! bukan kerana kelantan.
     
    Denny Jay · Pengulas Tertinggi · Kota Kinabalu
    Kalau nak kokohkan ekonomi kenapa tak naikkan sebelum PRU13.
    Dan kenapa kata harga petrol kerajaan tak akan naik sebelum PRU13.
    Kenapa pula naikkan harga petrol kemudian nak naikkan kadar BR1M.
    Peniaga tidak akan dengar nasihat masing-masing hendak untung. Mungkin harga kekal tetapi kuaniti dikurangkan.

    Maka tidak salah rakyat marah dan kata PM politikkan harga minyak.
     

26.8.13

Tragedi bas terjunam, SPAD tubuh j'kuasa panel inkuiri


 
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menubuhkan Jawatankuasa Panel Inkuiri secepat mungkin bagi mengumpul semua maklumat berhubung insiden kemalangan maut di Genting Highlands yang meragut 37 nyawa minggu lepas.

genting bus accident 220813 01Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pada ketika ini pihaknya sedang menunggu laporan siasatan insiden itu daripada pelbagai agensi yang bertanggungjawab.

"Perkara utama kita adalah menunggu semua laporan dan kita akan tubuhkan Jawatankuasa Panel Inkuiri yang akan mengumpulkan daripada pihak bertanggungjawab melakukan siasatan.

"Kita hendak tubuhkan (Jawatankuasa Panel Inkuiri) secepat mungkin, supaya kita dapat menyediakan syarat rujukan untuk (anggota) panel," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat skim Teksi 1Malaysia di Johor Baharu, hari ini.

Dalam kemalangan itu, 16 penumpang turut cedera parah apabila bas ekspres itu terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Genting Highlands.

Ia adalah antara kemalangan jalan raya terburuk negara.

Menurut Syed Hamid, dengan penubuhan jawatankuasa Panel Inkuiri itu kelak, pihaknya berharap ia akan dapat membuat cadangan yang menyeluruh kepada kerajaan.

Katanya jawatankuasa itu, perlu menyerahkan laporannya kepada SPAD, sebelum suruhanjaya itu mengemukakan laporan berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Syed Hamid berkata jika ada kes untuk mendakwa mana-mana pihak, suruhanjaya itu akan mengemukakan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk memutuskan tindakan selanjutnya.

"Jika ada kes, kita akan serahkan IP (kertas siasatan) kepada pihak AG (Peguam Negara) untuk membuat keputusan," kata Syed Hamid.

Beliau juga menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat spekulasi tentang punca kejadian kemalangan bas itu sehingga selesai segala siasatan dengan mengambil kira pandangan daripada mereka yang pakar.

-Bernama

Mahkamah terima rayuan, Sirul mungkin dianiaya


 
Penghakiman bertulis dalam kes rayuan oleh dua anggota polis elit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu menunjukkan bahawa tertuduh kedua, Kpl Sirul Azhar Umar mungkin telah dianiaya.

altantuya razak baginda murder 050707 sirul azhar umarMahkamah Rayuan pada hari Jumaat lalu menggariskan bahawa Sirul dan tertuduh pertama Cif Insp Azilah Hadri dibebaskan dari tuduhan berkenaan memandangkan pembantu peribadi Datuk Seri Najib Razak, Musa Safri tidak ditampilkan sebagai saksi.

Sirul dalam kenyatannya dari kandang tertuduh telah menyebut bagaimana beliau dijadikan “kambing hitam” oleh polis untuk dikorbankan demi memelihara rancangan pasukan tersebut.
Hakim Mahkamah Rayuan Tengku Maimun Tuan Mat dalam penghakiman bertulis tersebut menjelaskan sebab mahkamah tidak menerima bukti daripada pegawai polis yang membawa Sirul ke rumah tertuduh berkenaan untuk mengecam bahan bukti.

Terdapat pengakuan bertentangan dan tidak konklusif mengenai penemuan satu jaket hitam dan barang kemas milik Altantuya dalam jaket tersebut, penghakiman itu dipetik.

altantuya razak baginda murder trial 010807 sirul jacketTengku Maimun juga menyatakan, tiada keterangan yang konklusif mengenai kata-kata yang disebut oleh Sirul berhubung penemuan jaket tersebut.

Katanya lagi, seorang saksi polis menyebut bahawa Sirul memberitahu barang kemas itu disimpan dalam jaket tersebut tetapi seorang lagi pegawai polis tidak mendedahkan kenyataan seperti itu.

Hakim itu berkata, Sirul dalam keterangan menyebut bahawa pegawai polis yang mendakwa barang kemas itu disimpan dalam jaket berkenaan telah meminta tertuduh memegang jaket tersebut untuk rakaman gambar, sebanyak dua kali.

"Pegawai polis yang sama mengeluarkan beberapa barangan daripada jaket yang sama dan meletakkan ke atas katil sebelum memaksa (Sirul) menunjukkan, dengan jari, ke arah kesemua barangan tersebut sebelum gambarnya dirakam.

"Perayu kedua dengan itu menyatakan bahawa polis meletakkan barang kemas itu di rumahnya,” katanya.

Mahkamah turut mengambil kira fakta bahawa kunci rumah tersebut dipegang oleh anggota polis sebelum pencarian untuk jaket berwarna hitam dibuat dari dalam almari yang tidak berkunci di bilik Sirul yang tidak berkunci, kata hakim tersebut.

24.7.13

Seniwati veteran Umi Kalthum meninggal dunia


1:58PM Jul 24 2013  
Seniwati veteran Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia di rumahnya di Taman Ukay Prima Saujana Melawati hari ini.
  
Anak keempat Allahyarham, Noorkumalasari, 57, berkata ibunya tidak bergerak ketika dikejutkan untuk bangun bersahur kira-kira 4.30 pagi ini.
  
"Mak tidak ada penyakit dan beliau masih cergas walaupun sudah mencecah 81 tahun. Kali terakhir saya menemuinya dua hari lepas ketika menghantar sambal ikan bilis, dan kami berborak seperti biasa," katanya kepada Bernama.
  
Noorkumalasari berkata jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid

Al-Mardhiyah, Taman Melawati sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang dekat Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur.
  
Allahyarham meninggalkan lapan orang anak, empat lelaki dan empat perempuan, 22 orang cucu dan seorang cicit hasil perkahwinannya dengan pelakon Allahyarham S.Roomai Noor.
  
Semasa hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin berlakon dalam lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.
  
Sementara itu seniwati Rosnani Jamil, 77, rakan seangkatannya dalam bidang seni berkata beliau terkilan kerana hajatnya untuk berbuka puasa dengan Allahyarham yang dirancang pada 3 Ogos depan tidak kesampaian.
  
"Kami rancang nak jumpa pada majlis buka puasa anjuran Persatuan Kebajikan Artis Veteran di bangunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), tetapi Allah terlebih dahulu menjemputnya, saya reda," katanya.
  
Seniman Datuk Aziz Satar, 88, pula berkata beliau mengenali Allahyarham di Singapura pada 1956.
  
"Hubungan kami sebagai kawan tak pernah putus. Allahyarham seorang yang suka ketawa dan saya selalu mengusiknya bila kami berjumpa," katanya.

- Bernama

3.7.13

Tebing runtuh di Ukay Perdana, tiga terkorban



Tiga pekerja binaan rakyat Myanmar maut manakala seorang cedera setelah tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di kawasan pembinaan di Taman Sierra, Ukay Perdana di Kuala Lumpur hari ini.
Mereka yang maut dikenali sebagai Mohd Alam, Kowrin dan Romzo Ali, berumur antara 29 dan 34 tahun.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata ketika kejadian pada pukul 11.29 pagi itu, lapan pekerja sedang membuat kerja sistem perparitan.

"Runtuhan tebing setinggi tiga meter itu telah menghempap empat orang...tiga mati tertimbus manakala seorang lagi patah kaki dan dia kini dirawat di Hospital Ampang.

"Kami mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan tiga mangsa yang tertimbus," katanya pada sidang akhbar di tempat kejadian, hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga mayat rakyat Myanmar itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Anggota Parlimen Gombak Azmin Ali berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah mengeluarkan arahan kepada pihak pengurusan projek supaya menghentikan kerja-kerja pembinaan serta-merta sehingga siasatan selesai.

- Bernama

20.6.13

Nadzri digugur dari pasukan petugas EAIC


3:55PM Jun 20 2013  
Mohd Nadzri Ibrahim, pegawai yang dipertikaikan penyertaannya dalam pasukan petugas yang menyiasat kes kematian tahanan dalam lokap polis, tidak lagi dibenarkan melibatkan diri dalam apa-apa tugas pasukan itu.

Berikut pendirian Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) melalui kenyataan pengerusinya Datuk Heliliah Mohd Yusof hari ini.

EAIC chairperson heliliah mohd yusof 120613"Suruhanjaya integriti berpendirian Encik Mohd Nadzri Ibrahim tidak lagi dibenarkan melibatkan diri dalam apa-apa tugas berkaitan pasukan petugas.

"Beliau akan terus menjalankan tugas-tugas lain yang dihadapi Suruhanjaya Integriti," kata Heliliah (kiri).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 13 Jun lalu mengesyorkan EAIC supaya menggugurkan Mohd Nadzri daripada bertindak sebagai pegawai penyiasat pasukan itu.

Dalam kenyataannya, suruhanjaya itu menjelaskan, mereka tidak mahu pegawainya dikaitkan dengan mana-mana kontroversi sama ada yang melibatkan SPRM sendiri mahupun EAIC.

Sehari sebelum itu, dua anggota Parlimen Pakatan dari Pulau Pinang mempertikaikan penglibatan Mohd Nadzri dalam pasukan petugas itu kerana beliau pernah terlibat menyoal siasat mendiang Teoh Beng Hock yang mati pada 2009.

Tindakan itu, kata mereka akan menyebabkan integriti EAIC dicurigai khalayak.

5.6.13

Jenazah pendaki M'sia dijangka dibawa pulang esok


 
Jenazah penolong jurutera Perbadanan Putrajaya  (PPj) Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari yang meninggal dunia ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kala Pathar dan Everest Base Camp di Kathmandu, Nepal dijangka diterbangkan ke Malaysia esok.
  
Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam PPj Zaharah Salamat  berkata jenazah Allahyarham berjaya dibawa ke Lukla pukul 3 petang semalam (5.15 petang waktu Malaysia) namun tidak dapat diterbangkan ke Kathmandu berikutan cuaca yang berkabus serta batasan pergerakan trafik udara berikutan kedudukan di lereng gunung.
  
"Penghantaran pulang jenazah Allahyarham dijangka dapat dilaksanakan esok sekiranya jenazah selamat sampai di Kathamandu hari ini.
  
"Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan menggunakan penerbangan

alternatif sekiranya usaha untuk menghantar jenazah menggunakan MAS yang dijadualkan pada 12.20 tengah hari esoknya tidak berjaya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Zaharah berkata kesemua 13 peserta ekspedisi lain kini dilapor berada di laluan turun di kawasan Dingboche (berhampiran Periche).
  
Mohamad Shahrulnizam, 25, meninggal dunia pukul 7.15 malam waktu Malaysia pada Isnin ketika di Labuche dalam perjalanan ke Everest Base Camp selepas diserang penyakit akut gunung (AMS). AMS adalah respons tubuh terhadap kekurangan bekalan oksigen pada paras yang tinggi.
  
Ekpedisi yang bermula pada 27 Mei itu disertai 14 pendaki (11 lelaki dan tiga wanita) mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPj.

Kumpulan ekspedisi berkenaan dijangka pulang pada 10 Jun ini.

- Bernama

4.6.13

Sejuta Laporan Polis pun tidak akan mengubah PRU-13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata laporan polis mengenai dakwat kekal tidak akan cukup untuk mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13, kerana dakwat itu hanya satu elemen tambahan untuk proses pilihan raya.



Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata demikian bagi mengulas laporan polis Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dakwat kekal yang dibuat dalam tempoh tiga minggu selepas hari mengundi pada 5 Mei.

"Dia menggunakan isu dakwat kekal kerana Pakatan Rakyat kehabisan idea.

"Dakwaan Pakatan bahawa lebih 45,000 warga Bangladesh adalah pengundi hantu telah menjadi satu bahan ketawa kerana ia tidak masuk akal sama sekali," kata Wan Ahmad berkata seperti yang dilaporkan oleh portal berita, The Mole.

"Anwar membuat laporan polis dan mengarahkan penyokong-penyokongnya untuk melakukan perkara yang sama hanya kerana mereka mahu memastikan petisyen mereka akan disokong oleh sebab yang kukuh.

"SPR mengakui bahawa terdapat kes-kes di beberapa kawasan yang pekerja kita mempunyai beberapa masalah dengan dakwat. Tetapi seperti yang kita kata banyak kali, dakwat kekal digunakan sebagai satu elemen ditambah bagi mengelak pengundian berganda, "

Wan Ahmad juga berkata tidak ada cara untuk pengundi untuk membuang undi mereka dua kali kerana nama mereka akan diperiksa dan dipotong oleh kakitangan SPR dan ejen parti politik.

29.5.13

Mangsa bot karam tanggal seluar selamat diri



Emerita Benggau terpaksa menanggalkan seluar dan melepaskan semua barangan lain demi untuk menyelamatkan diri apabila bot eskpres yang dinaiki untuk pulang ke kampung menyambut Hari Gawai karam di Sungai Rajang semalam.
  
Beliau berkata tindakan itu terpaksa dibuat selepas seluar yang dipakainya itu menyukarkan pergerakannya untuk menyelamatkan diri.
  
"Saya dan penumpang lain menyedari air mulai masuk melalui pintu belakang bot dan kami bertindak memecahkan cermin keselamatan bot untuk keluar selamatkan diri. Saya terpaksa tanggal seluar dan melepaskan beg untuk menyelamatkan diri," katanya.
  
Beliau berkata usaha itu tidak mudah kerana cermin keselamatan yang sempit dan keadaan kelam-kabut dan sesak dengan penumpang.
  
"Selepas keluar dari tingkap keselamatan bot, badan saya kejang tetapi terpaksa kuatkan hati berenang ke kawasan berbatu di tengah sungai untuk menunggu diselamatkan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Rumah Panjang Uma Tevok.
  
Rumah panjang itu adalah antara dua dari rumah panjang yang diguna untuk menempatkan mangsa bot karam yang selamat. Sebuah lagi ialah Rumah Panjang Uma Tanjong.
  
Emerita, 27, yang menaiki bot dari Kem Pembalakan di Bakun untuk pulang ke kampungnya di Rumah Panjang Benggau Nanga Sut Balleh, Kapit, hilang semua dokumen peribadi.
  
"Saya balik nak sambut Hari Gawai, dah jadi begini, rasa seronok nak sambut dah hilang," katanya sambil menambah selepas ini akan berfikir dua kali untuk menaiki bot ekspres.
  
Bagi Sultan Usar,40, suasana kejadian ketika itu kelam-kabut dengan penumpang berusaha menyelamatkan diri tanpa bantuan petugas bot ekspres itu.
  
"Keadaan ketika itu 'bersepah', masing-masing cuba menyelamatkan diri, saya sendiri yang sudah berjaya keluar dari bot hampir lemas kembali selepas kaki tersangkut dan bot ekpres itu yang tenggelam 'menarik' saya," katanya.
  
Sultan yang bekerja di kem pembalakan di Bakun dan menaiki bot ekspres menuju ke kampungnya di Rumah Panjang Undi Sg Bena, Kapit bersyukur terselamat dan masih akan dapat menyambut Hari Gawai.
  
"Sangat bersyukur kerana saya dan 13 rakan sekerja dari kem yang sama menaiki bot ekpres itu terselamat, namun sedikit kecewa kerana pengendali bot langsung tidak memberi arahan menyelamatkan diri sebaliknya sibuk menyelamatkan enjin bot," katanya.
  
Terpaksa, tiada pilihan selain jalan darat yang terlalu jauh untuk pulang ke kampung, menyebabkan Philip Duren, 41, menaiki bos ekpres itu walaupun terpaksa duduk di atas bumbung.
  
"Saya beli tiket berharga RM50, sama harga seperti penumpang yang dapat duduk di dalam bot ekspres, tetapi sebab nak balik sambut Hari Gawai saya naik juga walaupun terpaksa duduk atas bumbung," katanya.
  
Philip berkata dalam kejadian itu, dia bersama anak, Rosek Philip, dalam perjalanan dari Kem Pembalakan Sy Sin Yang Lakin B, Bakun menuju ke kampungnya di Nanga Merit, Kapit untuk bercuti 10 hari sempena Hari Gawai.
  
"Sudah lima tahun saya bekerja di Kem Pembalakan Sin Yang, sejak dari Lakin A hingga sekarang ke Lakin B, tiap kali balik ke kampung untuk sambutan Hari Gawai atau Hari Krismas, kena duduk atas bumbung... ini dah jadi perkara biasa, sebab itu saya tidak kisah kali ini untuk duduk atas bumbung," katanya yang hanya sempat menyelamatkan dompet.
  
Terdahulu tinjauan Bernama di Rumah Panjang Uma Tevok mendapati hanya tinggal kira-kira 30 orang ditempatkan di situ manakala yang lain telah mulai pulang sejak malam tadi.

Sementara itu, selepas lebih 24 jam tragedi bot karam berlaku, John Soon, 39, tetap berharap isterinya Roslin Jati, 34, yang merupakan antara mangsa yang masih hilang, akan ditemui dalam keadaan selamat.
  
"Saya tetap berdoa dan berharap isteri saya yang sedang mengandung lima bulan itu selamat," katanya kepada pemberita, di lokasi gerakan mencari dan menyelamat di Jeram Tukok/Jeram Bungan, hari ini.
  
Mengulas kejadian itu, Soon berkata dia dan isteri bersama anak lelaki mereka, Jacky Soon, 5, dalam perjalanan pulang dari kem pembalakan Sin Yang, Lakin B, Bakun ke kampungnya di Nangat Merit, Kapit bagi menyambut Hari Gawai.

Katanya ketika kejadian dia duduk bersama isteri dan anak mereka.
  
"Semasa bot ekspres mulai tenggelam sedikit demi sedikit, saya pegang tangan anak dan isteri untuk bawa mereka keluar, tetapi ketika keluar dari pintu hadapan bot itu, saya terlepas tangan isteri saya.
  
"Saya kembali dan cuba cari isteri lagi tetapi masa itu bot dah mula tenggelam dan saya gagal," kata bapa kepada tiga anak itu.

- Bernama

22.5.13

RANAP: 91 maut, 230 cedera puting beliung landa Oklahoma

 
RANAP: 91 maut, 230 cedera puting beliung landa Oklahoma
Bencana angin kencang paling buruk landa AS sejak 2 tahun lalu

Moore (Amerika Syarikat): Sekurang-kurangnya 91 terbunuh, manakala beratus-ratus lagi cedera selepas puting beliung selebar tiga kilometer, melanda pinggir bandar raya Oklahoma, semalam.

Pusaran angin kencang itu itu juga memusnahkan kebanyakan rumah, menimbunkan kereta antara satu sama lain dan menyebabkan berpuluh-puluh pelajar terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

17.5.13

Warga emas 20 hari tak makan demi tolak Lynas


1:48AM Mei 17 2013  
Namanya Tuw Yin Lan, umurnya 72 tahun dan beliau sudah 20 hari tidak makan.

Dan beliau bertindak mogok lapar kerana mahu projek kontroversi Lynas dan perlombongan emas di Bukit Koman dihentikan segera.

Menurut Ketua Pemuda Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Robert Lua Khang Wei, keadaan Tuw kini semakin kurus dan lemah.

"Jikalau kerajaan BN betul-betul berprinsip rakyat didahulukan, ia harus segera menziarahi Puan Tuw Yin Lan dan mendengar permintaan beliau," kata Robert sambil memuji perjuangan Tuw terhadap demokrasi dan hak asasi.

Dalam kenyataannya petang semalam, Pemuda KLSCAH juga menyeru seluruh rakyat Malaysia serta pelbagai parti dan organisasi memberi perhatian dan sokongan kepada Tuw.

"Kesihatan beliau harus dibela dan permintaan beliau harus ditunaikan," katanya lagi.

Sejak 26 April lalu, Tuw hanya minum air terus bertahan hidup.
  • Gunalan Suppiah · Pengulas Tertinggi · National University of Singapore
    BN " Rakyat didahulukan sebelum pillihanraya, selepas pilihanraya Rakyat ditinggalkan" biasalah Bro...satu-satunya prinsip yg maseh diamalkan olh UMNo/BN setelah 57 tahun mentadbir....

15.5.13

Kisah Azizan: Antara amanah dan nyawa

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
15 Mei 2013
Kisah Azizan: Antara amanah dan nyawa
Tuan Guru Haji Hadi berjalan menuju ke wad CCU di mana Ustaz Azizan ditempatkan.
Khamis 9 Mei  jam 5.30 pagi, Kak Faekah (isteri pertama Ustaz Azizan) menelefon memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Mendengar itu saya bingkas capai seluar, bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas juru iring Ustaz.

Sepanjang jalan saya berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengah hari nanti. Tiba di wad CCU  HPP, Ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lutut.

Terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk.  Dia bernafas menerusi mulut saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan  membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.

Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam Pas Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada?

Ada sebaran SMS dan  blog  konon  Ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1 tengah hari, telefon tidak henti  menjerit, saling bertindih panggilan masuk. Jawapan saya ringkas. “Ustaz masih hidup, sedang koma, berita kematian itu palsu”.

Jam 2 petang Rabu 8 Mei, saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan.

Saya membayangkan perasaan keluarganya Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan.

Saya masukkan telefon bimbit ke dalam beg sandang. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya dan memulakan solat jamak dan qasar.

Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, ALHAMDULILLAH, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu.

Telefon bimbit ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.

Saya beritahu Ustaz Hafiz Nordin apa yang berlaku dan dia cuba dail nombor saya. Tiada jawapan. Dia hubungi kawannya di syarikat telekomunikasi untuk tamatkan talian saya.

Saya ke hulu ke hilir, mencari sekitar tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!

Hingga malam itu, saya tidak dapat kemaskini keadaan semasa Ustaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke Maxis, ambil sim kad baru dan sain kontrak untuk dapatkan telefon yang lebih murah.

Saya kemaskini di Facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang,  saya tak fikir lagi tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan jadi rezeki pencuri.

Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad, itupun sudah satu rahmat besar buat saya.

Ketika bawa dua anak kecil Ustaz ke Chowrasta  beli pakaian dan keperluan diri, saya dihubungi  seorang wanita. “Encik kehilangan iPad?

"Ya!"Saya terkedu, seperti tak percaya bila dengar beg saya ada padanya. Saya tunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya.  “Panjang ceritanya. Encik mahu report polis ?” Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya."

Saya belanja mereka minum. Mereka cerita bagaimana penemuan beg berkenaan. si pencuri yang juga penagih dadah, anggota keluarga mereka sendiri juga. Ibunya sedang terlantar sakit.

Saya pulang ke Alor Setar selepas lima hari di Pulau Pinang. Anak saya demam dan isteri saya sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar.

Jam 4.petang Khamis 9 Mei, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH), Presiden Pas dan isteri, diiringi setiausaha politiknya, Dr Syamsuri Mokhtar tiba untuk menziarahi Ustaz Azizan.

Saya menyambutnya dari kereta, bersama pengarah hospital dan pasukan pakar perubatan yang merawat Ustaz Azizan. Dia di bawa ke bilik CCU.

Dalam bilik itu ada ramai pelawat lain, termasuk Datuk Seri Mahdzir Khalid, mantan MB Kedah, kini MP Padang Terap.  TGHH meluru terus ke katil dan memerhati. Saya lihat matanya sayu memandang wajah dan tubuh kaku  terkujur seorang sahabat yang telah lama bersama mengharungi perjuangan.

TGHH sangat mengenali Ustaz Azizan, dia tahu kehebatan insan yang sedang bertarung dengan maut itu. Jemaah Islam pimpinannya kukuh dan teguh dengan hadirnya insan yang sedang terbaring koma itu.

Saya memperkenalkan Datuk Dr Hamzah (pakar bedah) kepada TGHH supaya dia mendapat gambaran penyakit Ustaz Azizan. TGHH menganggukkan kepalanya beberapa kali sepanjang penerangan itu.

Turut mendengar penjelasan itu Mahdzir yang berdiri di sebelah TGHH, wajahnya turut cemas dan simpati.

TGHH masuk sekali lagi ke sebalik tirai yang menempatkan Ustaz Azizan, membuka selimut kaki sahabatnya itu...

Dia bercakap serius dan tegas dengan isteri kedua Ustaz Azizan, Ustazah Samsiah yang sentiasa menunggu dan membaca Yaasin di situ sejak pagi.  Ustazah Shamsiah anak saudara dua pupu kepada TGHH).

TGHH bersungguh sungguh menjelaskan dan cuba meyakinkan sesuatu kepada warisnya itu.

“Sediakan bilik mesyuarat, panggil semua ahli keluarga yang ada, dan jemput doktor-doktor pakar datang, saya mahu berbincang dan mendengar pandangan,” kata TGHH.

Saya mengekorinya ke sebuah bilik di sebelah kiri ruang yang sesak itu.

Memang sejak doktor memaklumkan keadaan Ustaz Azizan terutama mengenai kuman yang merebak ke tubuhnya, risiko dan kesan yang ada, pendirian keluarga dan kawan-kawan terbahagi dua.

Satu pihak menyokong nasihat doktor untuk dipotong kedua belah kakinya, sebelah pihak lagi memegang pesanan Ustaz Azizan supaya jangan dipotong.

Kalau tak di potong, 100 peratus fatality (kematian), kalau di potong, masih ada peluang untuk hidup.

TGHH bertanya punca-punca Ustaz Azizan sakit hingga ke tahap ini.

Saya bercerita panjang sebelum ahli keluarga dan doktor pakar berkumpul. Saya juga ceritakan usaha membawa membawa Ustaz Azizan ke klinik di Bukit Minyak yang tertangguh.
“Jangan buang masa yang ada, jangan sampai kita terlambat buat keputusan. Mesyuarat inipun sudah memakan setengah jam,” kata TGHH.

Hj Ismail Wan Teh bertanya. “Anta secara peribadi, pada tahap dan keadaan ini, apakah pendirian anta, potong atau tidak?” Saya merenung wajah TGHH, dia menanti jawapan saya.

Saya masih berharap dia akan sedar dan saya akan ikhtiarkan rawatan alternatif untuk tidak dipotong. Bila doktor menjelaskan bahawa mesin bantuan hayat itu tidak mungkin dapat ditanggalkan, bermaksud, jalan alternatif yang ada sudah tertutup.

“Ayah Chik, dalam keadaan di mana jalan alternatif yang saya usahakan sudah tidak dapat dibuat kerana Ustaz tidak boleh dibawa keluar dari sini, saya serahkan pendirian saya kepada keputusan  Ayah Chik. Muktamad!

Ustazah Samsiah masih bertegas tidak bersetuju kaki suaminya dipotong. “Ini amanah suami saya,” katanya.

“Saya reda kalau sudah sampai masa nyawanya diambil, dia pergi dalam keadaan itu. Itu pesannya kepada saya dan anak-anak malam Rabu sebelum dia koma.

“Ayah Chik, saya yakin ada unsur lain dalam sakit Ustaz, saya mahu cuba merawatnya dengan kaedah perubatan Islam pula,” kata Ustazah Samsiah sambil cuba mendail satu nombor supaya TGHH dapat bercakap dengan pihak itu.

“Jangan begitu Samsiah, tak boleh bersikap begitu dalam keadaan ini. Itu perkara tidak nampak. Kita kena tengok apa yang nampak dulu. Zahirnya bagaimana? Soal yang tidak nampak kita kira kemudian. Ini persoalan hidup dan mati. Kita perlu buat keputusan untuk menyelamatkan nyawa dia,” kata TGHH.

“Dari segi syarak pun, inilah kewajipan orang yang masih waras dan sedar, Ustaz Azizan sudah tidak boleh buat keputusan untuk dirinya. Sanusi pun terima amanah itu, dia sudah cuba yang termampu.

"Ustaz Azizan dalam bahaya, mengikut keterangan pakar-pakar, kaki perlu dipotong untuk elak kuman merebak ke seluruh tubuh. Paling bahaya jika sudah meresap ke organ-organ penting. Kita kena dengar cakap mereka kerana kita bukan pakar. Mereka yang pakar dalam bidang ini," katanya lagi.

Panggil Faekah ke sini,”! TGHH kelihatan sangat tegas dan yakin dengan pendiriannya.

Ustazah Samsiah minta diri untuk keluar kerana di situ tiada liputan talian. Dia masih cuba memuat panggilan telefon.

Kak Faekah dan anak-anak masuk. Kak Faekah sudah ada keputusan. Aku berlalu keluar. Ini ruang untuk keluarga membuat pendirian sesama mereka. Bila aku masuk semula, Kak Faekah dan Ustazah duduk bersebelahan di hadapan TGHH dan pasukan doktor.

Kedua-duanya sugul dan menundukkan wajah. Keputusan sudah dibuat. Kak Faekah akan menandatangani surat mengizinkan pembedahan.

Ketegasan TGHH telah memandu keluarga besar itu membuat pendirian dalam keadaan yang sangat getir untuk mereka semua, untuk menyelamatkan nyawa insan yang mereka sayangi, yang sangat berjasa kepada ummah dan perjuangan Islam.


* Muhammad Sanusi Md Nor adalah Setiausaha Politik kepada  Datuk Seri Azizan Abdul Razak