Dah puas berpolitik; naik sengal rasa kepala. Sengalnya bukan apa. Ada sesuatu tak kena dan rasa tak adil di sana sini. Pemimpin yang bertanding akan menjadi Idol sezaman. Pasti jika sebut pemimpin Malaysia yang menerajui kerajaan. Pasti hidup mewah. Tak kiralah parti mana. Sebab di Malaysia ada dua parti besar. BN & PR. Dua-dua parti ada negeri masing-masing. Cuma sejak berzaman jika jadi pemimpin bagi Kelantan tak nampak mewahnya. Pemimpin bagi Selangor yang kaya raya insya-Allah akan kaya. Cuma tak nampak lagi.
Rakyat marhaen seperti sy biasa-biasa saja. Mengundi tetap mengundi & undi adalah rahsia. Emmm bila dah penat mengikuti perkembangan politik ini. Sy rasa mahu berehat. Moh kita kita terjun sungai. Teringat zaman kita kecil-kecil; dulu. Gumbira tanpa nak fikir bab masalah negara.
RangBul@n
Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan

7.5.13
14.2.13
Panorama indah mengasyikkan
Teks dan gambar Roselan Ab Malek
BANDUNG bukanlah tempat yang asing kerana ia cukup popular di kalangan rakyat Malaysia untuk bersantai dan membeli-belah seperti popularnya mi bandung dan air batu bandung di negara kita.
Kesempatan penulis bersama 19 ahli Kelab Media Pahang mengunjungi Bandung, baru-baru ini mendapati pengunjung dari Malaysia begitu ramai.
Melancong ke Bandung tidak lengkap tanpa mengunjungi Gunung Tangkuban Perahu, kira-kira 30 kilometer di utara Bandung.
Gunung dengan ketinggian 2,084 meter dari permukaan laut ini terkenal dengan kisah legenda Sangkuriang kerana bentuk gunung itu berupa perahu terbalik yang ditendang Sangkuriang.
Gunung yang masih tidur ini mempunyai sembilan kawah masih aktif serta mengeluarkan asap belerang dan kali terakhir meletus pada 1952.
Kawah paling besar yang berada di puncaknya ialah kawah Ratu. Cuaca yang dingin serta panorama indah di sekitarnya amat mengasyikkan.
Tidak hairanlah ia menjadi tumpuan ribuan pengunjung setiap hari sehingga kawasan itu penuh sesak, ditambah lagi dengan penduduk tempatan yang menjual pelbagai barangan kepada pelancong.
Setiap hari, dikatakan 2,000 pemandu pelancong berlesen menjual pelbagai barangan berlegar di kawasan itu untuk mencari pelancong yang melawat sekitar kawasan itu terutamanya melawat sekitar Kawah Domas yang masih aktif.
Selain pemandangan yang memukau, keunikan dua jenis tumbuhan yang tidak terdapat di tempat lain iaitu pokok ‘manarasa’ yang bentuknya seperti pokok bonsai memenuhi sekitar kawasan itu.
Pucuk tumbuhan itu boleh dimakan dan sedikit kelat, dipercayai baik untuk kesihatan terutama mengekalkan awet muda.
Terdapat sejenis paku pakis yang di namakan ‘pakis tangkur’ dipercayai berkhasiat untuk merawat penyakit darah tinggi dan sakit sendi.
Ahli rombongan begitu teruja apabila setiap seorang ditemani tiga hingga empat pemandu pelancong ketika menuruni bukit ke Kawah Domas sejauh 1.2 kilometer.
Terasa bagai ‘pembesar’, pemandu pelancong itu akan mengikut kita sepanjang perjalanan sehingga sanggup menggosok kaki ahli rombongan dengan lumpur gunung berapi selepas merendam kaki dalam air panas.
Sebaik selesai menjalankan kerja sukarela itu, mereka mula mengeluarkan barangan satu persatu memujuk ahli rombongan untuk membelinya.
Tetapi awas barangan yang dijual mereka itu berlipat ganda harganya. Justeru, anda perlu pandai tawar-menawar atau menyesal kerana terpedaya.
Ramai menangis tidak berlagu apabila mengetahui barangan sama yang dijual di Bandung lebih murah daripada apa yang mereka jual.
Bandung yang mempunyai enam juta penduduk memang sesak, jalannya yang sempit, rumah yang padat dan kenderaan yang banyak tanpa mengikut peraturan jalan raya
tetapi jarang berlaku kemalangan.
Bayangkan mereka boleh membuat pusingan U di kawasan yang sesak, cuma dengan bantuan seorang yang mengambil upah menahan kereta lain tanpa menimbulkan sebarang masalah atau kemarahan pemandu lain.
Gerai kecil atau kereta sorong yang menjual makanan terdapat di mana-mana. Pantang ada ruang kosong, di situ pasti terdapat gerai untuk mencari rezeki.
Kegigihan mereka mencari rezeki dengan menyanyi di jalan raya, di restoran, menjual akhbar, rokok dan apa saja kerja yang boleh mendatangkan wang menimbulkan rasa simpati pelancong.
Melihat kegigihan mereka itu mencari rezeki, kami bersyukur tinggal di Malaysia yang aman damai dan rezeki melimpah-ruah sehinggakan ramai anak muda boleh memilih kerja.
Bandung bukan saja terkenal dengan wanita yang cantik tetapi tumpuan rakyat Malaysia untuk membeli-belah.
Bagi wanita yang bercuti di Bandung, mereka datang dengan hanya satu beg pakaian dan apabila balik, jangan terkejut jika beg mereka sudah bertambah empat beg.
Di sini, ia bagaikan syurga membeli-belah kepada wanita. Barang khusus untuk wanita seperti beg kulit, kain pasang, kain sulam, kain bermanik, baju kebaya, telekung dan aksesori wanita semuanya ada dijual.
Harganya lebih murah malah boleh tawar-menawar.
Pusat beli-belah seperti ‘factory outlet’, Pasar Baru dan barangan kulit di Sibaduyut menjadi tempat popular di kalangan pelancong Malaysia.
Menurut pemandu pelancong, Taufik, baru-baru ini dia membawa satu rombongan sembilan wanita dengan vannya masuk ke pusat beli-belah Pasar Baru.
Bayangkan kumpulan wanita terbabit masuk jam 9 pagi dan keluar selepas kedai itu ditutup dengan barangan memenuhi van.
Selain pusat beli-belah, pelancong dari Malaysia tidak akan terlepas daripada penjual jalanan yang dikenali sebagai ‘Udin’ yang merayu tanpa jemu.
Mereka ini akan berada di mana saja sama ada di restoran, di pintu bas, van, pintu hotel dan juga di tempat membeli-belah.
Jika kita pandai menawar harganya jauh lebih murah berbanding harga di pusat beli-belah.
Bandung turut menawarkan makanan yang enak. Masakan Padang dan Sunda serta air buah-buahan yang pelbagai menjadi menu harian yang menyelerakan.
Selain itu, keunikan hiasan kedai atau restoran amat kreatif dan menarik selain hidangan makanan yang enak.

Penginapan serba selesa
Oleh Suliati Asri
“Wah, macam ini rosak diet,” detik hati saat melihat pelbagai hidangan di Restoran Degrees ketika makan tengah hari.
Restoran yang dibuka 24 jam itu menyediakan hidangan antarabangsa, Asia dan Fusion.
Pada sebelah malam, penulis bersantai di Traveller’s Bar and Grill
dengan alunan nyanyian ‘live band’ sambil menikmati hidangan secara
koktel.
Ia kemudian disusuli dengan hidangan utama secara tepayaki, snek dan minuman pencuci mulut di Pool Terrace Cafe.
Itulah pengamalan menarik penulis bersama rakan-rakan media ketika di Hotel Sama-Sama KL International Airport, baru-baru ini.
Hotel Sama-Sama menawarkan 442 bilik bebas rokok dan suite yang canggih, bergaya dan kontemporari.
Setiap bilik penginapan tetamu di hotel ini dilengkapi kemudahan canggih termasuk televisyen LCD 32 inci dengan pelbagai saluran selain kemudahan membuat kopi dan teh, akses Internet dan bar mini.
Setiap minuman atau snek yang dikeluarkan dari mini bar selama 30 saat secara automatik akan dicaj ke bil anda.
Perkhidmatan memesan makanan tidak lagi menggunakan buku, sebaliknya dengan melihat di skrin televisyen. Sistem itu mengurangkan penggunaan kertas.
Sama-Sama turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan perkhidmatan buggy 24 jam sehari.
Terletak hanya 28 minit dari pusat bandar melalui perkhidmatan KLIA Express, 10 minit dari Putrajaya dan Cyberjaya, sebarang urusan tetamu menginap di Sama-Sama semuanya lebih mudah.
Ballroom utamanya mampu menempatkan 1,700 tetamu untuk sebarang majlis dan 800 tetamu untuk makan malam.
Selain jakuzi, tetamu boleh menikmati pelbagai jenis urutan dan bersenam di gimnasium.
Menginap di hotel Sama-Sama yang membawa maksud ‘kebersamaan’ yang mencerminkan pertemuan pelbagai lapisan masyarakat dan budaya, selain sebagai satu ekspresi sambutan yang mesra masyarakat Malaysia sememangnya memberikan satu pengalaman yang unik.

Langgan:
Catatan (Atom)