Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

19.4.13

DAP guna roket, Tee Keat tak tanding


8:29AM Apr 20 2013
Hari penamaan calon pagi ini menandakan permulaan rasmi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang membabitkan pertandingan merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Cuaca pagi ini diramalkan baik di kebanyakannya tempat di seluruh negara, kecuali Pulau Pinang, Johor dan kawasan-kawasan tertentu di Melaka.

Penamaan calon akan bermula dari jam 9 pagi hingga 10 pagi. Untuk pertama kalinya, tidak akan ada tempoh bantahan awam terhadap mana-mana calon seperti sebelum ini.

Tidak seperti pada tahun 2008, pakatan PAS, PKR dan DAP dijangka tidak akan bertanding sesama mereka tetapi ramai calon Bebas akan muncul untuk membawa kepada pertandingan pelbagai penjuru.

Sebilangan besar mereka yang tidak terpilih sebagai calon BN dan Pakatan dijangka bertanding sebagai calon Bebas.

Sabah, seperti tradisinya, dijangka menyaksikan paling banyak pertandingan pelbagai penjuru, dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Reformasi Negeri (Star) turut serta dalam pilihan raya kali ini.

DAP dijangka menggunakan logonya sendiri untuk bertanding berikutan jaminan pada saat-saat akhir daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa ia tidak ada bantahan terhadapnya walaupun tidak mengiktiraf barisan kepimpinan parti itu.

Sebaik sahaja pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan calon-calonn yang bertanding, kempen pilihan raya umum akan bermula secara rasmi selama 15 hari sehingga tengah malam 4 Mei.

LAPORAN LANGSUNG

7:54am: Penyokong BN dan Pakatan Rakyat mula berkumpul di pelbagai kawasan untuk bergerak ke pusat penamaan bersama calon masing-masing.

Kota Kinabalu - Keadaan lalulintas tidak banyak dan, jika tidak kerana bendera yang dipasang di sepanjang jalan, mungkin orang ramai tidak perasaan yang hari ini adalah hari penamaan calon.

Bentong - Kira-kira 300 penyokong Himpunan Hijau dan penyokong Pakatan Rakyat mula berarak dari Medan Selera Kampung Baru -  600 meter dari pusat penamaan calon.

Mereka melaungkan "Ini Kalilah" dan "Kuburkan BN" .

Jerlun - Penyokong kedua-dua pihak mula berkumpul. Pusat penamaan calon ialah di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dan kedua-dua kem berkumpul di kawasan yang bertentangan.

Kerusi Parlimen Jerlun dan kerusi DUN Ayer Hitam akan menyaksikan orang kuat Umno, Datuk Othman Aziz dan Datuk Mukhriz Mahathir berdepan dengan Exco PAS, Dr Ismail Saleh dan Abdul Ghani Ahmad.

Pandan - Walaupun tidak ramai kelihatan penyokong parti dari mana-mana pihak, lebih 100 anggota polis dan petugas majlis tempatan telahpun menutup jalan di hadapan pusat penamaan calon.

Kereta bomba membantu dengan mengisi air ke dalam bekas halangan jalan, manakala trak tunda mengalihkan kenderaan yang diletakkan di dalam zon penampan sejuh 50 meter dari pusat penamaan calon.

Cuaca masih sejuk dan berangin ketika petugas media menunggu di luar pusat penamaan calon menunggu sama ada penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat akan mempertahankan kerusinya sebagai calon Bebas.

8am: Pandan - Tee Keat muncul di kawasan bertentangan dengan medan makan Lembah Maju dan menyampaikan ucapan kepada kira-kira 100 penyokongnya yang berbaju oren. Masih tidak jelas sama ada beliau akan bertanding.

Kluang -Sekitar 1,000 orang ramai pelbagai kaum berkumpul di hadapan pusat gerakan Pakatan dan bersedia untuk berarak ke pusat penamaan calon kira-kira 1 km dari situ. Ramai kaum Cina dilihat membawa bendera PAS manakala penyokong Melayu memegang bendera roket DAP.

Manakala petugas parti kelihatan sedang menjual aksesori Pakatan seperti topi dan baju-T dan ia begitu laris dibeli orang ramai.

8.11am: Jerlun - Mukhriz dan Abu Hassan mula bergerak bersama dengan kira-kira 3,500 penyokong.

Taiping - penyokong PAS mengadakan solat bersama Nizar Jamaluddin (kerusi DUN Changkat Jering) dan Idris Ahmad (Parlimen Bukit Gantang) di Taman Tasik Taiping sebelum bergerak ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah Larut dan Matang. Kira-kira 300 penyokong telah membanjiri tempat itu dan jumlahnya semakin meningkat.

Sementara itu, penyokong BN berkumpul di pejabat Umno Bukit Gantang bersama calon-calon mereka.

Kota Kinabalu - Calon PKR bagi kerusi Api-Api, Christina Liew adalah calon pertama yang tiba di pusat penamaan calon di Dewan MAKSAK, Likas.

50 penyokong yang membawa bendera parti itu melaungkan "Reformasi" dan "Ini Kali Lah!".

Bagan - 300 penyokong Pakatan berkumpul di hadapan pusat agerakan DAP - 500m dari pusat penamaan calon di Dewan Badawi.

8.30am:

Segamat - Calon BN Segamat S Subramaniam dan Jementah Lee Hong Tee tiba di Dataran Segamat bersama 300 penyokong.

Penyokong BN, Raziah Abdul Kahir, 32, antara yang kelihatan bersama bayi dua bulannya.

"Suami saya sedang bekerja tetapi saya di sini untuk menunjukkan sokongan," katanya.

Sementara itu, di Padang Bukit Hampar, kira-kira 2oo penyokong Pakatan disertai aktivis Himpunan Hijau.

Shah Alam - Penyokong Pakatan sudah tiba dan berhimpun tetapi penyokong BN masih belum kelihatan.

Lembah Pantai - Dua bas penuh memuatkan penyokong Raja Nong Chik sampai di Jalan Bangkung.

Permatang Pauh: Anwar tiba dengan bas Jelajah Merdeka. Penyokong berbaris menyambutnya.
8.40am:  Sungai Siput - Penyandang kerusi Dr Michael Jayakumar, ADUN Jalong daripada DAP Loh Sze Yee, dan calon PAS di DUN Linang Ahmasd Mazlan Othman berarak ke pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, kira-kira 300 meter.

Mereka diiringi oleh anggota Unit Amal PAS.

8.40am:

Kota Kinabalu - Calon SAPP untuk Likas Dr Felix Ching tiba dengan 50 penyokong dengan laungan "Ini Kalilah" dan "Autonomi!". Juga kelihatan Dr Martin Ho dari Star, lawannya untuk kerusi DUN Likas.

Lanang
- Lebih 200 menemani calon DAP Lanang Lanang Alice Lau ke pusat penamaan calon di perpustakaan sibu.

Ketika melalui kumpulan BN terjadi perang mulut antara mereka. Bagaimanapun polis bertindak pantas meredakan keadaan.

Turut kelihatan nenek Alice, Liong Leh Ting, 78, dan ibu Ha Foong Yien, 51,

8.45am:

Shah Alam - Calon BN Datuk Zulkifli Noordin tiba dengan 300 penyokong disambut laungan "Sayangi Selangor!" dan "Yakini BN!".

8.50am:

Putrajaya - Ramai penyokong BN berkumpul di pusat penamaan calon. Penyokong PAS masih belum tiba. Di pihak BN mereka menyanyikan lagu patriotik. Mereka dijangka berarak daripada masjid berdekatan.

Tiada ulasan: