Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

28.4.13

2,000 mahasiswa berarak ke ibu pejabat Umno

Lebih 2,000 mahasiswa dan anak muda dari seluruh Malaysia semalam berarak ke bangunan ibu pejabat Umno di PWTC, bagi menyatakan penolakan anak muda terhadap parti itu khususnya untuk Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Perarakan anjuran Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) tersebut bermula jam 2.30 petang dengan himpunan di Dataran Merdeka sebelum bergerak ke bagunan Umno kira-kira 3.15 petang melalui Jalan Putra.

Sepanjang perarakan, mereka yang rata-rata memakai baju hitam sebagai lambang penolakan turut menyanyikan lagu tolak Umno, bersorak dan melambai kepada rakyat yang menyusuri jalan disamping mengedarkan risalah 'Mengapa Anak Muda Tolak Umno BN'.

Kemuncak perarakan itu, mereka telah menyerahkan kain sepanjang 50 meter mengandungi tandatangan rakyat khususnya anak muda yang menyokong gerakan tolak Umno BN, kepada wakil ibu pejabat parti itu.

Mereka juga turut mengadakan bacaan ikrar janji setia Anak Muda Tolak Umno BN yang dipimpin oleh Ahmad Afif sebagai jurucakap gerakan tersebut.

Sebelum ini, Tolak telah menjelajah ke seluruh Malaysia mengadakan kempen besar–besaran bermula pada 15 Mac hingga 15 April lalu.

Kempen tersebut sebagai memberi penjelasan kepada masyarakat mengapa rakyat Malaysia wajib menolak Umno BN.

Tolak turut mendapat sokongan lebih 30 NGO termasuk Bersih.

Tiada ulasan: