Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

22.4.13

Angkara Siapa Seluar Dalam Di Batu Sapi?


SUASANA penamaan calon P.185 Batu Sapi Sandakan dicemari dengan sepanduk buatan penyokong Barisan Nasional (BN). Sepanduk putih yang bertulis, "Seluar katak siapa ini. kehilangan seluar katak?".

Sepanduk putih itu juga mempunyai lukisan seluar dalam yang berwarna.

"BN ndak habis dengan politik lucah. Waktu macam ini pun, seluar dalam dibawa," kata seorang penyokong KEADILAN yang turut berada di pusat penamaan calon pada Sabtu.

‘Saya tidak menyangka proses penamaan calon dicemari dengan sepanduk seperti itu. Ini bukanlah merupakan satu contoh yang baik kepada rakyat. Tambahan pula, calon BN merupakan penyandang kerusi Parlimen Batu Sapi sekian lama.

"Inilah akibat yang harus ditanggung oleh rakyat. BN membiasakan budaya politik kotor ini di Malaysia!," kata Calon PAS di Parlimen Batu Sapi ketika ditanya mengenai sepanduk tersebut. -Sabahkini

Tiada ulasan: