Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

19.4.13

Bertanding bebas kerana penamaan di hari jadi

 
Seorang calon Bebas memutuskan menghantar borang penamaan calon untuk bertanding dengan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) di Bukit Gantang semata-mata kerana hari ini hari lahirnya.

"Saya bertanding hari ini sebab hari ini hari lahir saya," kata Zulkifli Ibrahim yang genap 60 tahun hari ini, sambil ketawa.

Bukit Gantang akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru dengan calon BN Datuk Rosli Husin.

Anak kelahiran Kedah itu berpindah ke Changkat Jering kira-kira 30 tahun. Beliau berharap dapat menyatupadukan semua kaum di kawasannya itu.

"PAS baik, Umno pun baik. Saya tak sebelah kiri atau kanan. Umno pun boleh kumpul masyarakat Cina, India, Melayu. PAS pun sama.

"Saya tak sebelah kiri atau kanan. Saya nak satukan semua," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Taiping, Perak.

Ini percubaan pertama Zulkifli - yang bekerja sebagai pelatih tilawah dan penceramah bebas - bertanding dalam pilihan raya.

Bagaimanapun, bercakap kepada pemberita, Nizar dan Rosli tidak melihatnya sebagai ancaman.

"Dia rangsang peluang kemenangan sebab dia mempunyai pengikut yang terdiri daripada orang tegar BN. Meraka akan pecahkan undi BN," Nizar.

"Bagi saya tak ada masalah, kerana hati pengundi dah dekat dengan kita," kata Rosli pula.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon PAS Roslan Shaharum mengalahkan lawannya Datuk Azim Zabidi (BN) dengan majoriti 1,566, juga dalam persaingan tiga penjuru dengan Bebas M Morgan.

Tiada ulasan: