BN
Alor Setar memulakan kempen sulungnya selepas proses penamaan calon
dengan mengundang negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meniupkan
semangat kepada ahli dan jentera BN malam tadi untuk menghadapi pilihan
raya umum 5 Mei ini.
Kira-kira 300 anggota dan jentera parti itu hadir dalam usaha mereka merampas semula dua kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat - Alor Mengkudu dan Kota Darulaman - sekali gus mempertahankan kerusi parlimen Alor Setar dan DUN Bakar Bata.
Hadirin sebelum itu menikmati jamuan pelbagai juadah tidak berganjak dari Bilik Gerakan BN Alor Setar untuk mendengar amanat bekas presiden Umno itu.
Sebelum itu, diadakan majlis ucapan ringkas daripada bakal calon yang akan bertanding di parlimen dan DUN dalam Alor Setar. Turut hadir bekas menteri besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zin.
Dalam ucapannya, Dr Mahathir mengingatkan anggota BN dan penyokong supaya memberi kemenangan kepada parti dan bukan individu termasuk ahli Umno yang bertanding atas tiket Bebas.
Menurut bekas presiden Umno itu, kerajaan yang kuat dibina berdasarkan mandat yang diperolehi, manakala individu bebas dan berseorangan tidak mungkin membina kerajaan.
"Saya kecewa ada (orang Umno) tanding bebas. Kekuatan dipecahkan. Tak ada cara (melainkan pecat)... Sabar dan sokong parti, nak jadi wakil rakyat, tapi tak dipilih, (maka) berjuang untuk parti.
"Parti kita menang akan tubuh kerajaan. (Kena) sokong seratus peratus. Parti kita mesti menang... Sokong BN. Jika kita dapat kelebihan undi yang banyak, kita akan tadbir negeri ini dengan cukup baik," katanya.
Beliau mengulas berhubung beberapa bekas dan pemimpin Umno yang membuat keputusan untuk bertanding atas tiket Bebas selepas selesai proses penamaan calon bagi pilihan raya umum kali ini.
Antara pemimpin Umno yang bertanding sebagai calon Bebas ekoran tidak berpuas hati menjadi calon antaranya Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, bekas Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar dan bekas exco Kedah Datuk Fadzil Hanafi.
Berucap dalam majlis pengenalan calon parlimen Alor Setar dan DUNnya, Dr Mahathir membidas kerajaan Pakatan Rakyat yang "tidak dapat memajukan" negeri itu melainkan hanya menikmati "saki baki" kemajuan yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini.
Sambil tidak menyalahkan rakyat yang "cuba" memilih Pakatan Rakyat pada 2008, beliau berkata, kini mereka mulai sedar dan membuat perbandingan dengan kemajuan yang dibawa kerajaan BN selama ini.
Sehubungan itu, beliau mengharap agar rakyat memilih kerajaan BN untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat yang disindirnya sebagai "Pakatan yang tak nak berpakat".
"Parti itu (Pakatan Rakyat) tidak cekap dan tidak dapat memajukan negeri Kedah ini... tapi rakyat (kini) dapat membuat perbandingan... lima tahun kita bagi dekat dia, apa pun tak ada.
"Kita tak marah kepada rakyat, rakyat nak cuba-cuba... Sudah lima tahun, sudahlah, cukuplah, baliklah," katanya sambil diiringi tepuk hadirin yang hadir dalam majlis anjura Pemuda BN Alor Setar.
"Kita rampas Kedah, saya yakin kita dapat majukan lagi negeri Kedah. BN akan bangunkan industri di negeri Kedah ini," katanya lagi.
Dalam ucapannya juga, Dr Mahathir turut menceritakan kemajuan termasuk sewaktu beliau menjadi perdana menteri termasuk memajukan Langkawi sehingga kini menerima pelancong hampir tiga juta orang.
Ia sekaligus boleh menjana pendapatan rakyat di negeri itu daripada hasil pelancongan dan kegiatan ekonomi yang dilakukan, katanya.
Beliau juga menerangkan usaha BN memberi bantuan biasiswa pendidikan, menyediakan pembangunan prasarana dan kemudahan pengangkutan awam seperti landasan keretapi berkembar dan keretapi elektrik untuk kemudahan rakyat.
Menurutnya lagi apa yang dijanjikan dalam manifesto BN akan ditunaikan oleh kerajaan BN jika diberi mandat khususnya di negeri itu dan sebaliknya menyindir Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyatakan manifesto itu bukan janji.
"Orang Kedah dan Pemuda BN kena menilai jasa dan bakti (BN) kepada orang Alor Setar akan nikmat yang diterima. Kenang budi, kembalikan (Kedah pada) BN," katanya sambil menyeru supaya orang ramai keluar mengundi pada 5 Mei untuk "menjatuhkan" Pakatan Rakyat di Kedah.
"Kalau (BN) tak laksana janji, beritahu saya, saya nak tibai," katanya yang mengundang gelak ketawa hadirin.
"Kita tidak buat janji yang tidak munasabah," katanya lagi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan