22.4.13
Herman tino jangan fikir berapa undi anda dapat?
Posted on Monday, April 22 @ 20:47:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: spikeT
"Herman Tino, penyanyi era 80-an bertanding sebagai calon Bebas pada PRU 13 kali ini. Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, popular dengan lagu seperti ‘Yale Yale’ dan ‘Pelita Dalam Kabus’ mendapat pendidikan sehingga tingkatan tiga di Sek Men Keb Dato’ Haron di sini.
Herman Tino pasti memberi pengajaran berguna buat Barisan Nasional agar golongan artis tidak terlepas dari Transformasi Politik.
Dalam isu mengangkat darjat artis atau pengiat seni PAS kedepan dalam isu ini. PAS meletakkan calon bekas-bekas artis seolah-olah PAS nampak betapa besar masalah cetak rompak,Masalah moral dan kebajikan artis dalam negara ini.
Mereka perlu dibela kerana cetak rompaklah walaupun kita menyanyi atau bernasyid sekali pun artis takkan hidup senang. Keringatan mereka diperah dan industri hiburan atau seni tidak dibela sepenuhnya dimanakah Transformasi dalam kesenian yang hendak dibawa. Selama 55 tahun kerajaan Barisan memerintah isu cetak rompak masih tidak dapat diselesaikan,artis atau pengiat seni langsung tidak dibela.
Tahniah kepada Herman Tino berani berdepan untuk menjadi isu utama negara agar artis juga perlukan tempat untuk membela masa depan mereka. Herman Tino Jangan fikir berapa undi yang anda dapat tapi biarlah minda pemerintah dan rakyat berfikir di mana Transformasi buat anda gologan artis dan pengiat seni. Anda artis atau pemgiat seni pun perlukan perlindungan dan pembelaan.
Tahniah kepada PAS kerana berani mengangkat Artis-artis atau pengiat seni ke arah yang dihormati masyarakat dan itulah sepatutnya, Bukan mereka di calon di Dun tapi peringkat yang tertingi peringkat Parlimen amat sukar dilakukan tapi demi keadilan kita harus memberi peluang buat mereka. Hanya artis atau pengiat seni yang tahu jerit perit mereka dalam meharungi bidang seni.
Biarlah mereka bersuara di parlimen dan mengubal undang-undang bagi membela nasib mereka. Buat Pengiat seni yang bertanding Tahniah moga anda dapat membela nasib Pengiat seni dalam negara kita.Ayuh ini kalilah .."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan