Bagi
Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) - parti Sabah yang pertama kali
mencuba nasib di semenanjung - bukan sahaja bertanding pilihan raya,
menggantung posternya sudah begitu mencabar.
Di Alor Setar, calon Parlimen itu dan DUN Bakar Bata Jawahar Raja Abdul Wahid mendakwa poster yang ditampal lebih awal dibuang dan digantikan dengan poster gambar Datuk Seri Najib Razak.
Selain di pokok dekat pondok panasnya di berdekatan pasar sehari Taman Wira dalam DUN Bakar Bata, beliau mendakwa "banyak" poster calonnya menjadi mangsa di kawasan itu dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 5 pagi tadi.
Kayu bendera partinya yang dipacak di sekitar pondok panas juga telah dikepak, tambahnya dengan nada kecewa.
"Saya tidak mahu menuduh siapa. Saya menyerahkan kepada polis untuk menyiasatnya," katanya sambil menambah beliau akan membuat laporan polis hari ini.
Sementara itu, Jawahar juga mendakwa kain rentang yang membaluti pondok pasal ditemui mempunyai kesan terbakar sehingga berlubang.
Jawahar dilihat bakal menghadapi tugas sukar menentang penyandang Datuk Seri Chor Chee di Alor Setar dan Pengerusi Undang-undang PKR Gooi Hsiao Leung.
Bagi Dun Bakar Bata pula, BN mencalonkan penyandang Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan akan ditentang bekas pegawai akhbar ketua pembangkang, Mohd Eekmal Ahmad.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan