Posted on Tuesday, April 23 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: matuse68
"KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT (DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)
Di
depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang
mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat
tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan ketika
mereka mengerjakan solat.
Mereka solat nak cepat selesai. Mereka
solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan
kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar
sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak
sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak
kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka.
Saya
tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka. Siapalah saya kalaupun
saya mahu menegur mereka! Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan
tetapi, sekiranya saya tidak menegur mereka, saya tetap menanggung dosa
kerana membiarkan kesalahan yang mereka lakukan.
Kita perlu
meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang
diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang dilakukan
tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah
SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri
sendiri.
“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat
adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh
amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang
lain.”
BAB: KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
1. SOLAT TANPA ILMU
Orang
yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang
tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”.
2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja.
3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI
Ramai
di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang
langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan
kain atau seluar labuh menutup mata kaki.
4. MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat.
Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan.
5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah
SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai
solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari
rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan
hadis...
6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.
7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika
sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika
mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya
mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah
dilapik dengan kain putih di tempat sujud.
8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai
di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan
cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini
langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.
9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika
imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang
berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita
perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.
10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang."
11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda
Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri
(dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana
mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu
mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.”
12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah
SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota;
kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya),
dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."
13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada
juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu
sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan
bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan
sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW
bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan)
seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan
kaki depannya). "
14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah
SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan
Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”. Maka
dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada
Allah Ta’ala.
15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara
duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan
punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara
dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke
Kiblat.
16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agar
tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan
menurut
jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis
Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh
menyelak rambutnya ketika sujud.
17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT
Dari
Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat
Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah
beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum
bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang
(dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.
18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat
akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk
di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.
19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai
di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus beri
salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu: berkata
Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka hendaklah
berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya: "Ya Allah!
Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur,
fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid Dajjaal."
20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada
orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya tercari-cari
hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya temui adalah
seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu
katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda menyapu
dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.
21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal
ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga
ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat,
kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al
Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW
mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW
meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami
bergerak sujud.”
22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai
di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan
orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah
orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya,
pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus
melintas di hadapannya.
23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah
SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan
(maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada
di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan
cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).
24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK KISAH
Adalah
menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah
benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah Nabi
SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus
beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh
makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju
mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu”
25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada
sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan
dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat
berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum
solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak
sah” ini sebagai “tidak sempurna”.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu
'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi tetangga masjid
kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu
Abas Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar
azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti solat
berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka
(para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa
takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)
26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada
orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat
fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini
membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat
bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.
27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA MEMAKAI BAJU.
Dari
hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang
tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup
kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala.
28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah
SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika mereka
(yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi kalian
(para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan dosa
bagi mereka (yakni imam).”
29. IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam Ahmad
mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam, agar ia
berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya itu dengan
baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula solatnya.
30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila
solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada
kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan
posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah
dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW.
Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia
(makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris
dengannya).
31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun mengenai
kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan,
sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu
tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah,
kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini
tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."
32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai
di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik
dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam.
Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang
difahaminya. Inilah kebodohan yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam
beragama. Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat,
lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat.
Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari
makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda
Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa
ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat
33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda
Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk
sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat Imam
Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya
orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau
sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya.
Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar
yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan program
keduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Mereka
membuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengah
melaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.
34. MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali
kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun dan
mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak
sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu,
hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu (sebahagian
ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan dengan
Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan
di rumah.
35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari
Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika
mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu
Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk
mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).
KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA
[1] Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa dan tertidur, yang dilaksanakan ketika mengingatnya.
[2] Kewajipan segera melaksanakannya, kerana penundaannya setelah mengingatkannya sama dengan meremehkannya.
[3]
Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat bagi orang yang mempunyai
alasan, seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak mengabaikannya.
36. TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal
ini sering berlaku di mana ramai di kalangan kita tidak solat berjemaah
di surau atau musolla ketika musafir, atau di shopping-shopping
kompleks. Bukankah solat berjemaah itu 27 kali lipat pahalanya daripada
solat bersendirian? Siapa yang bagus dan baik bacaan Al-Qur’annya,
majulah ke depan untuk menjadi imam. Jangan sampai orang yang buruk
bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan bertindak menjadi imam!.
37. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai
di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat
fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya
sahaja. Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban,
Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar.
Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat
fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia
daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun
sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”
“Barangsiapa
setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْحَانَ الُ 33 kali, membaca
tahmid الحمدُ لُلُُ 33 kali, takbir الُ أَكبرُ 33 kali hingga jumlahnya
99, lalu mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah dosa-dosanya
walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di
belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang
menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” (Hadis
riwayat Imam An-Nasa'i dan lain-lain. –
sahih)
38. MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH
Mengeraskan
zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya di kalangan
kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan
berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara
beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut
adab yang betul.
BAB: PENUTUP:
Demikianlah sedikit sebanyak
kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika kita mengerjakan solat, sama ada
kita sedari atau tidak, telah menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidak
sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita jadi tidak
sah atau terbatal gara-gara kebodohan kita tidak mahu mendalami ilmu
solat yang sebenarnya.
Ditulis & disusun Oleh:
Ruslan Mamat
Info terkini layari: INI KALILAH"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan