Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

19.4.13

DAP bayar harga logo, serah 2 kerusi pada PKR


 
Sehari sebelum penamaan calon, DAP Sarawak dan PKR hari ini menyelesaikan pertindihan di tiga kerusi dengan DAP menyerahkan Miri dan Sri Aman sementara PKR bersetuju tidak bertanding di kawasan Cina di Stampin.

Ini bermakna, Pakatan Rakyat mencapai persetujuan supaya berlakunya pertandingan satu lawan satu dengan BN.

NONEKetua DAP Sarawak Wong Ho Leng (kanan) memaklumkan persetujuan itu dalam sidang media di Sibu hari ini.

"Kami akan benarkan PKR bertanding di Miri (dan Sri Aman). Jika kami bertanding di kerusi itu, kami harus menggunakan logo PKR. Adakah kamu akan pinjamkan logo kamu untuk kami bertanding dengan kamu?" katanya.

"Manusia merancang tapi Tuhan menentukan, parti tiada pilihan," katanya ketika ditanya sama ada ia bermaksud DAP tunduk kepada PKR.

Ekoran masalah dengan Pendaftar Pertubuhan, DAP hari ini memutuskan bertanding menggunakan logo PKR di Sabah dan Sarawak.

Tiada ulasan: