"Sehingga itu, duduk diam-diam di Kelantan. Itu tempat anda. Perbaiki tempat anda dan contohi presint Putrajaha. Bina pejabat yang baik dan rumah untuk orang tempatan yang bekerja dalam sektor awam,” kata Mahathir.
Selepas itu, barulah Husam boleh memohon untuk bekerja di Putrajaya dan naik pangkat sedikit demi sedikit, kata Mahathir lagi dalam satu ceramah ketika berkempen untuk penyandang kerusi tersebut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,734 undi dalam pilihan raya umum 2008.
Pada masa itu, Putrajaya menjadi kawasan parlimen paling kecil dengan hanya 6,608 voters. Ia amat ketara berbanding kawasan Kapar yang merupakan kawasan parlimen terbesar dengan 144,369 pengundi.
Pengundi Putrajaya kini berjumlah 15, 798 orang, meningkat kepada hampir 140 peratus yang kebanyakannya merupakan penjawat awam.
Oleh yang demikian, golongan berkenaan, dan juga kawasan Putrajaya secara umumnya dianggap sebagai kawasan penyokong BN.
Dalam ceramah di Putrajaya itu, Mahathir juga membandingkan negeri Kelantan, yang diberi nama jolokan Serambi Mekah, dengan Putrajaya dan Kuala Lumpur yang menurutnya dicemburui masyarakat Islam dunia.
Mahathir seterusnya mempersoalkan sama ada Kelantan layak digelar negeri Serambi Mekah sedangkan bekalan air di negeri tersebut “tidak boleh diminum”.
Dalam ucapannya kepada 1,000 orang itu, Mahathir juga menggesa agar pengundi memastikan Husam tewas dalam pilihan raya umum 5 Mei.
Majlis itu berlangsung susulan kehadiran lebih 6,000 orang di ceramah yang turut disertai Husam dan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Jumaat malam lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan