"VCD seks itu diedarkan dari rumah ke rumah," kata Suhaimi Ghazali, yang membantu jentera pilihan raya PAS Chempaka.
Suhaimi berkata seorang pengundi yang tinggal di kawasan itu memberitahu petugas kempen pilihan raya bahawa kumpulan lelaki secara senyap-senyap meletakkan VCD di rumah-rumah, kebanyakannya pada waktu malam, dan beliau tidak tahu siapa mereka.
Ditanya mengenai kandungan VCD itu, Suhaimi berkata beliau tidak tahu kerana tidak melihatnya.
"Pengundi itu memberitahu saya bahawa VCD yang dilihatnya adalah adegan lucah (memaparkan pemimpin pembangkang) yang sedang hangat diperkatakan pada masa ini," katanya.
Iskandar Abdul Samad dari PAS bertanding kerusi Chempaka, yang dimenanginya pada 2008, mengalahkan calon BN, Nosimah Hashim dengan majoriti 1,048 undi.
Chempaka terletak di bawah kerusi Parlimen Pandan.
Suhaimi berkata dia dan rakan-rakannya akan membuat laporan polis berkaitan VCD seks itu, di ibupejabat polis derah Ampang pada jam 10.30 pagi esok.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, video seks yang didakwa membabitkan pemimpin kanan PAS dan PKR beredar di blog dan media sosial, walaupun ia masih belum dapat disahkan sehingga sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan