Penyebaran
kenyataan berniat jahat dan palsu yang disebarkan melalui SMS dan media
sosial meningkat kebelakangan ini, dipercayai ekoran kehangatan kempen
pilihan raya yang tinggal tidak sampai seminggu sahaja lagi.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, perkara itu disedari hasil pemantauan terhadap aduan yang diterima serta kes-kes yang dirujuk oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada mereka.
"SKMM ingin mengingatkan pihak-pihak yang bertanggungjawab dan yang menaja aktiviti sedemikian untuk menghentikan aktiviti tersebut dengan segera atau bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang," kata SKMM.
Dalam kenyataannya hari ini, suruhanjaya itu juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa yang dibaca dalam talian dan menyemak dahulu kesahihannya sebelum membuat sebarang kesimpulan atau memanjangkan mesej berkenaan.
Menurut SKMM, orang yang menyebarkan maklumat palsu menerusi SMS atau media sosial boleh didakwa bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika didapati
bersalah boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan