 |
7:15PM Apr 30 2013 |
|
Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyusun anggota seragamnya daripada
pelbagai bahagian bagi membuat pemantauan berterusan di majlis dan surau
dalam negeri itu daripada terlibat dalam aktiviti berunsur politik,
termasuk ceramah.

Pengarah jabatan itu Marzuki Hussin berkata, pihaknya juga menasihati
seluruh anggota jawatankuasa masjid dan surau di Selangor supaya tidak
membenarkan perkara itu, selari dengan titah Sultan Selangor yang
melarangnya.
Beliau juga berkata, bahagian penguatkuasaan JAIS
juga sudah membuka bilik gerakan yang akan beroperasi antara jam 7
petang hingga 10 malam bermula semalam bagi memudahkan orang ramai
membuat aduan.
Selain itu, menurut Marzuki, pihak yang memiliki
maklumat atau ingin membuat aduan juga boleh menghubungi terus jabatan
itu melalui telefon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan