Ipoh: Polis masih lagi memburu tiga remaja yang disyaki terbabit
membaling dua bom petrol ke arah Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN)
Dewan Undangan Negeri Jelapang di sini, dua hari lalu.
Jurucakap media Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Kontinjen Polis Perak, Superintenden Maszely Minhad, berkata setakat ini, polis belum membuat tangkapan.
Tampil membantu
Jurucakap media Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Kontinjen Polis Perak, Superintenden Maszely Minhad, berkata setakat ini, polis belum membuat tangkapan.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Bercakap kepada pemberita, di sini, semalam, Maszely juga memberitahu polis menerima 14 laporan berkaitan dengan kesalahan pilihan raya semalam.
“Sebanyak 137 ceramah dijalankan di seluruh Perak semalam dan 14 daripadanya didapati tidak mempunyai permit,” katanya. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan