Posted on Tuesday, April 16 @ 12:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo |
Oleh Wong Choon Me
Nampaknya bekas PM Mahathir Mohamad akhirnya mahu berhadapan dengan kenyataan bahawa Pembangkang akan memerintah kerajaan persekutuan selepas pilihanraya ke-13 nanti.
Jika berlaku sedemikian, Mahathir yang berusia 87 tahun yang telah didakwa menggelapkan sekurang-kurangnya US$ 100 billion dari perbendaharaan negara tahu bahawa dia tidak akan terlepas dari pada undang-undang daripada pesaing utama yang juga bekas timbalannya, Anwar Ibrahim yang sekarang memimpin Pakatan Rakyat, pakatan pembangkang utama negara.
“Ada yang berkata saya patut meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihanraya diumumkan. Perkara pertama yang akan dilakukan oleh Pakatan jika memegang kuasa adalah untuk menutup semua lapangan terbang supaya tiada jet persendirian boleh berlepas. Mereka akan mengambil tindakan ke atas orang yang tidak sebulu dengan mereka atau anggap tidak baik dengan mereka,” ini adalah antara komen yang diutarakan oleh bekas lelaki paling berkuasa ini pada hari Khamis.
PR akan bertindak secara professional
Dalam ucapan yang dibuat dalam sebuah forum ekonomi di Kuala Lumpur, Mahathir juga berseloroh dengan menyatakan kelegaannya kerana Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) tidak lagi wujud dan Pakatan yang menggesa pemansuhannya tidak boleh memenjarakan sesiapa sahaja apabila berkuasa kelak.
“Tanpa ISA saya lebih merasa selesa,” kata Mahathir, yang semasa memerintah secara autoritarian, telah memenjarakan ribuan rakyat dibawah undang-undang kejam ISA yang membenarkan kerajaan pimpinannya menahan lawan politik mereka tanpa perbicaraan untuk jangka masa yang tidak diketahui.
Tidak diketahui jika Mahathir cuba mendapatkan maklumat bagaimana Anwar dan Pakatan akan menghukumnya tuduhan rasuah nanti, [baca DR M IBARAT SYAITAN: Tidak boleh digantung, patutkah kita penjarakan seorang yang berusia 87 tahun, bagaimana kita akan MENGHUKUMNYA?] atau adakah dia hanya membuat percaturan politik, penasihat DAP, Lim Kit Siang yang ironinya pernah menjadi mangsa ISA Mahathir menegaskan bahawa Pakatan tidak akan bertindak atas dendam tetapi professional.
“Boleh tenangkan Dr M- tiada yang akan membalas dendam padanya,” kata Kit Siang dalam akaun twitternya. DAP, bersama parti Anwar, PKR dan parti Islam PAS yang diketuai oleh Hadi Awang dari Pakatan Rakyat.
Dr M yang jahat
Mahathir yang telah dikritik hebat dan juga didakwa pengkhianat tertinggi negara juga mahu menyeret Anwar dalam skandal kewarganegaraaan untuk undi di Sabah.
Tidak hairanlah jika Mahathir, yang dianggap sebagai Syaitan cuba untuk memaksa rakyat Malaysia untuk mengundi BN kerana ia merupakan ‘syaitan yang yang sudah dikenali’ daripada Pakatan, yang merupaka ‘malaikat’ yang tidak diketahui- tidak merasakan bahawa dia perlu memberi sebarang bukti ke atas dakwaannya.
“Dia mempunyai kuasa pada masa itu,” kata Mahathir, apabila ditanya jika dia pernah mengarahkan Anwar untuk memberikan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak bersyarat.
“Dia selalunya mengambil inisiatif untuk melakukan lebih (dari sepatutnya). Apa yang dijalankan selalunya berbeza dari apa yang diarahkan.
Khianat
Mahathir yang merupakan perdana menteri dan juga menteri dalam negeri pada tahun-tahun Malaysia menghadapi ketegangan iaitu antara 1980-an dan 90-an telah mengakui bahawa Projek I.C Sabah atau Projek M adalah ideanya sendiri.
Tetapi dia mendakwa bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang jenayah dalam memberikan kewarganegaraan kepada pekerja asing di Sabah malah menyamakan tindakannya dengan tindakan perdana menteri pertamaTunku Abdul Rahman, yang telah memberikan kewarganegaraan kepada pekerja Cina dan India sebagai sebahagian usaha untuk mendapatkan kemerdekaan dari penjajah British pada tahun 1957.
Walau bagaimanapun, Anwar dan Pakatan telah menuduh Mahathir menawarkan secara rahsia, kerakyatan kepada warga asing jika mereka bersetuju untuk mengundi BN pada pilihanraya tahun 1994, perbuatan khianat paling dahsyat terhadap negara.
Anwar yang pada ketika itu merupaka timbalan perdana menteri dan juga menteri kewangan telah menafikan penglibatan dalam Projek M, dengan menegaskan bahawa dia tidak tahu apa yang telah berlaku.
Dalam Inkues Suruhanjaya bagi skandal kerakyatan untuk undi yang sedang berjalan di Sabah, saksi dari Jabatan Pendaftaran Negara telah tampil untuk memberi kenyataan menerima arahan dari setiausaha politik Mahathir, Aziz Shamsuddin dan Allahyarham Megat Junid, timbalan menteri dan juga pengikut setia Mahathir.
“Mahathir sememangnya terkenal dengan kejahatan seperti ini. Dia mahu mencemarkan nama baik Anwar. Lihatlah pada dakwaan liwat yang direncanakan olehnya terhadap Anwar untuk menyembunyikan kerugian sejumlah RM 30 billion dalam pertukaran wang asing dan salah tadbir urus ekonomi- ia sama seperti tidak jujur dalam politik dan perbuatan kejam,” ketua jawatankuasa disiplin PKR, Tan Kee Kwong memberitahu Malaysia Chronicle.
Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan