Timbalan pengarah pilihan raya BN negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, semua itu hanya imaginasi liar dan dakwaan terdesak semata-mata.
"Ini macam memindahkan tujuh batalion ke Sabah," katanya sambil menjelaskan langkah itu turut memerlukan pengangkutan dan penempatan.
"Adakah kamu nampak perkara sebegini (di Selangor)? Jika tidak ini hanya imaginasi liar dia (Khalid) sahaja."
Khalid yang juga pengerusi Pakatan Rakyat Selangor semalam mendakwa, risikan mereka mendapati Umno telah membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.
Bagaimanapun, Khalid yang juga menteri besar berkata, kumpulan itu tidak didaratkan di lokasi biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) tetapi di "kawasan tertentu".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan