Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus.
Seorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya.
"Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana.
"Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS.
Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusog ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat.
"Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan," jelasnya.
Calon Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua telah membuat satu laparan polis yang dipercayai mengandungi maklumat mengenai dakwat kekal yang digunakan oleh SPR. Menurut Tian Chua:
Satu laporan polis telah dibuat pada 30/4/13 jam 1250 JINJANG report 9246/13
Pada 30/4/13 jam l/kurang 1250 saya CHUA TIAN CHANG no.kp 63122841025 ingin melaporkan salah laku SPR dalam pembekalan dakwat kekal yg digunakan untuk pengundian awal PRU 13 yg berlangsung pada 30/4/13.Pada pagi ini setelah membuat lawatan dipusat pengundian awal di kem BATU CANTOMEN dan TAMAN KOPERASI POLIS saya dapati kesemua pengundi telah dicalit di jari telunjuk dengan dakwat kekal yg berwarna unggu. Pada mulanya saya berpuas hati dengan proses ini kerana ianya dijalankan seperti yg dijanji oleh SPR . Pada jam 10:30 saya dihubungi oleh salah seorang ATM yg mendakwa dakwat kekal boleh ditanggalkan.
Saya bertemu dengan pegawai ATM tersebut di satu lokasi di SENTUL. Beliau memohon identiti beliau dirahsiakan untuk melindungi keselamatan beliau. Anggota tersebut menunjukkan di hadapan saya dengan membasuh jari yg dicalitkan dakwat kekal itu dengan instant hand sanitizer luxor dan dakwat itu dapati telah hilang. Ini adalah perkara yang sangat mengejutkan kerana tujuan dakwat kekal adalah untuk mengelakkan pengundi membuang undi berulang kali. Dengan dakwat kekal yg boleh ditanggalkan bermaksud proses ini tidak telus dan ada kemungkinan penyelewengan akan berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan